أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
JAWAMI'UL AMAL
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
JAWAMI'UL AMAL
JAWAMI'UL AMAL
بسم الله الرحمن الرحيم
جوامع العمل
Wa ba'du,
adapun kemudian dari itu, ini risalah peri menyatakan kenyataan amal
pada syariat dan tariqat dan hakikat dan makrifat. Yakni perhimpunan
amal empat perkara yang tersebut itu kerana sabda Nabi Muhammad
الشريعة اقوالي والطريعة افعلي والحقيقة الحوالي والمعرفة رأس مالي
s.a.w yang ertinya:
"Yang syariat
itu segala kata-kataku, dan yang tarikat itu segala perbuatanku, dan
yang hakikat itu segala kelakuanku, dan yang makrifat itu kepala
hartaku"
Maka sayogianya
atas hamba Allah yang pilihan berbuat amal dengan amal yang empat
perkara itu. Adapun amal orang syariat mengucap kalimah tauhid atau
mengucap kalimah syahaadat, dan mendirikan sembahayang, dan memberi
zakat, puasa bulan Ramadhan, dan naik haji ke Baitu al-Haram jika kuasa
pergi kepadanya.
Adapun amal orang tarikat itu, taubat daripada dosa yang kecil dan yang besar dan tawakal, dan redha dan sabar dan taslim.
Adapun amal orang hakikat itu, mengesakan Haq Subhanahu wa Taala dan megesakan segala sifat zat-Nya dan segala sifat fi'il-Nya.
Adapun amal orang
makrifat sentiasa ia zikir(ingat) dan muraqabah, dan tawajjuh dan
musyahadah akan yang dikenalnya, yakni Allah S.W.T seperti yang
diisyaratkan ustaznya kepadanya itu.
Syahdan, syuogianya atas segala hamba Allah yang pilihan, bahawa mengetahui apa yang dinafikan pada kalimah tahuid dan kalimah syahadat pada syariat dan pada hakikat dan pada makrifat itu. Dan dengan nafi, apa yang dinafikan pada dua kalimah itu. Dan apa yang di-isbatkan pada dua kalimah itu pada syariat, dan pada tarikat dan pada hakikat dan pada makrifat.
Adapun yang dinafikan pada dua kalimah itu pada syariat dengan kata (لآ اِلَهَ) itu jenis Tuhan. Kerana apakala dikatakan (لآ اِلَهَ)itu ertinya
"Tiada Tuhan, nescaya masuk dalamnya Tuhan yang mutlak dan Tuhan yang Haq dan Tuhan yang batil itu".
Maka sayogianya menafikan jenis Tuhan yang Haq dan jenis Tuhan yang batil itu.
Maka yang di-isbatkan pada perkataan(اِلّا اللّهُ) itu, Tuhan Haq yang mutlak itu.
Maka erti (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) pada dua kalimah itu pada orang syariat, "Tiada Tuhan hanya Allah"
Adapun yang dinafikan pada dua kalimah itu pada tarikat dengan kata (لآ اِلَهَ) itu jenis yang mengasih, dan yang menyertai pada suatu qaul dan pada suatu fi'il. Maka di-isbatkan "Tuhan Haq yang mutlak itu".
Maka Maka erti (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) pada dua kalimah itu pada orang tarikat itu "Tiada kekasih hanya Allah"
Adapun yang dinafikan pada dua kalimah itu pada hakikat dengan kata (لآ اِلَهَ) itu "Aniyah wujud yang haqiqi wahami berserta dengan aniyah ta;ayun yang majazi waham ini". Maka di-isbatkan "Wujud Haq yang mutlak itu".
Maka Maka erti (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) pada dua kalimah itu pada orang hakikat "Tiada wujudku hanya Allah"
Adapun yang dinafikan pada dua kalimah itu pada makrifat
dengan kata (لآ اِلَهَ) itu zikir(ingat) kepada yang lain daripada ada Allah taala. Dan muraqabah kepada yang lain daripada ada Allah Taala. Dan tawajjuh kepada yang lain daripda ada Allah Taala, dan musyahadah kepada yang lain daripada ada Allah.
Maka Maka erti (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) pada dua kalimah itu pada orang tarikat itu "Tiada wujudku hanya Allah"
Adapun yang dinafikan pada perkataan kita (لآ اِلَهَ) pada dua kalimah itu ialah "Dengan nafi yang idhafi" dan yang di-isbatkan perkataan kita (اِلّا اللّهُ) itu pada dua kalimah itu "Dengan isbat haqiqi yang mutlak"
Syahdan sayogianya atas segala hamab Allah yang pilihan itu mengetahui kerana apa ia menafikan pada kalimah (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) itu kerana bahawa wujud pada Arif yang muhaqqiq itu dua perkara:
Satu wujud Muthlaq yang haqiqi
Kedua Wujud Haqiqi yang wahami, dan majazi yang wahami.
Maka sayogianya kita menafikan Wujud Haqiqi yang wahami dan majazi yang wahami itu. Dan Sayogianya kita isbatkan Wujud Muthlaq yang haqiqi itu.
Maka dari kerana itulah wajib atas kita menyebut kalimah tauhid dan
kalimah syahadah berserta dengan tahu kita akan erti kalimah syahadah
berserta dengan tahu akan ert yang pada syariat, dan yang apda tarikat,
dan yang pada hakikat, dan yang apda makrifat seperti yang tersebut itu
supaya sempurna iman kita dan amal kita pada zahir dan batin.
Wallahu A'lam
Hakikat لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ
Hakikat لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH






No comments:
Post a Comment