Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Tanda-tanda Kiamat
Tanda-tanda Kiamat merupakan petunjuk atau isyarat tentang hampirnya kedatangan Hari Kiamat. Umat Islam percaya bahawa pengakhiran alam semesta ialah sebahagian daripada rahsia Allah dan tiada satu makhlukpun yang mengetahui waktu sebenar berlakunya Kiamat. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad
memberitahu bahawa sebelum tiba Hari Kiamat itu, tanda-tandanya akan muncul dan disaksikan oleh manusia. Turutan tanda-tanda tersebut bermula dengan tanda-tanda yang kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.
Tanda-tanda kecil
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis ini dapat ditemukan dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tirmidzi.
Orang Tidak Lagi Menyebut Allah.
Dari Anas berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Kiamat tidak akan terjadi hingga di bumi tidak ada yang mengucapkan: Allah, Allah." (HR.TIRMIDZI).
Kabilah Qahthan.
Tidak Akan Terjadi Kiamat hingga seseorang dari Kabilah Qahthan menggiring manusia dengan tongkatnya."(HR.BUKHARI).
- Orang yang baik berkurang sedang yang jahat bertambah banyak.
- Gunung-gunung di Makkah mulai berlubang
- Bayangan Ka'bah Tidak Lagi Tampak
As-Sa'ah sendiri merupakan salah satu kata kiasan untuk kiamat.
- Binatang buas berbicara
.
- Keringnya Sungai Eufrat dan Kemunculan Gunung Emas
{{Cquote|Sungai Eufrat Mengering.Rasulullah SAW bersabda, ‘’Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan 'Gunung Emas' yang mendorong manusia berperang. Sembilan Puluh Sembilan dari Seratus orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’.’’ (HR Bukhari)
- Penaklukan Baitulmuqaddis
- Zina bermaharajalela
- Pemimpin yang terdiri daripada orang yang jahil dan fasik
- Bermaharajalela alat muzik[2]
- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
- Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan]
- Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik
- Ramai orang soleh meninggal dunia
- Orang hina mendapat kedudukan terhormat
- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja
- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang[4]
- Bulan sabit kelihatan besar
- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
- Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa[perlu rujukan]
- Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
- Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
- Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi
- Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam belakang dan pengejek dalam masyarakat
- Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tidak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi
- Orang akan melakukan homoseksual
- Akan terdapat ramai anak luar nikah
- Berkurangnya sifat amanah
- Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
- Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
- Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
- Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
- Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
- Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
- Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
- Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara
- Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
- Memandang rendah kepada darah
- Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
- Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
- Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
- Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
- Banyaknya berlaku gempa bumi[5]
- Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[5]
- Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[5]
- Banyak berlaku peperangan demi peperangan
- Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
- Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
Tanda-tanda besar
- Terjadinya "Dukhan" iaitu seluruh dunia ditutupi debu selama 40 hari.
- Zahir Imam Mahdi menjadi pemimpin dan khalifah perang akhir zaman.
- Keluar Dajjal iaitu pemuda bermata satu dan berambut kerinting yang akan membuat kejahatan seluruh dunia. Di dahinya tertulis "Kafir" dalam bahasa Arab.
- Turunnya Nabi Isa alaihi salam membunuh Dajjal, membunuh khinzir, menghancurkan salib, menghapuskan riba dan jizyah.
- Keluar Yakjuj dan Makjuj yang akan meminum air sungai hingga habis dan membunuh manusia dan haiwan di muka bumi dan menghancurkan apa sahaja yang mereka jumpai.
- Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
- Akan ada angin lembut tetapi mematikan menyelubungi dunia yang membunuh semua orang beriman.
- Matahari terbit dari barat.
- Tenggelamnya daratan di bahagian timur.
- Tenggelamnya daratan di bahagian barat
- Keluarnya api dari gunung berapi Yaman mengiringi manusia.
- Tiupan Sangkakala bermulanya kiamat besar.
Rujukan
- ^ bin Abdul Lateef Az-Zubaidi, Al-Imam Zain-ud-Din Ahmad (1996). "104". The translation of the Meanings of Summarized Sahih Al-Bukhari (dalam bahasa bahasa Arab dan bahasa Inggeris). Riyadh, Arab Saudi: Darussalam. m/s. 638.
Narrated 'Auf bin Malik R.A."I went to the Prophet S.A.W. during the Ghazwa of Tabuk while he was sitting in a leather tent. He said, "Count six signs that indicate the apporach of the Hour: my death, the conquest of Jerusalem, a plague that will afflict you (and kill you in great numbers) as the plague that afflicts sheep, the increase of wealth to such an extent that even if one is given one hundred Dinars, he will not be satisfied; then an affliction which no Arab house will escape, and then a truce between you and Bani Al-Asfar (i.e. the Byzantines) who will betray you and attack you under eighty flags: Under each flag will be twelve thousand soldiers.
Parameter|coauthors=yang tidak diketahui diendahkan (|author=dicadangkan) (bantuan) - ^ Di mana kita hari ini?
- ^ Ringkasan Shahih Bukhari 1, By M. Nashiruddin al-Albani
- ^ Hari Kiamat
- ^ a b c d e bin Abdul Lateef Az-Zubaidi, Al-Imam Zain-ud-Din Ahmad (1996). "10". The translation of the Meanings of Summarized Sahih Al-Bukhari (dalam bahasa Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris). Riyadh, Arab Saudi: Darussalam. m/s. 1022.
Narrated (Abu Huraira)" Allah's Messenger SAW said, "the Hour will not be establish till:(1) two big groups fight each other..(2) about thirty dajjal appear (liars).. (3) the religious knowledge is taken away... (4) earthquakes will increase in number (5) time will pass quickly (6) al-Fitan (trials and afflictions etc.) will appear, (7) al-Harj, (i.e., killing) will increase, (8) wealth will be abundance... (9) the people compete with one another in constructing high buildings, (10) a man passing by a grave of someone will say, "Would that I were in his place" (11) ... the sun rises from the west...
Parameter|coauthors=yang tidak diketahui diendahkan (|author=dicadangkan) (bantuan)
Pautan luar
- Book 41. KITAB AL-FITAN WA ASHRAT AS-SA'AH, (Book pertaining to the turmoil and portents of the last hour)
- Tanda-Tanda Kiamat di dakwatuna.com
- Tanda Tanda Kiamat

No comments:
Post a Comment