Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
ALAM SYAHADAH
Alam keseluruhannya
dinamakan alam kejadian atau alam makhluk atau segala sesuatu yang Allah
ciptakan daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesar-besarnya. Makhluk
kejadian Allah boleh dibahagikan kepada tiga peringkat alam.
1: Alam Syahadah
2: Alam Misal
3: Alam Arwah.
1: Alam Syahadah
2: Alam Misal
3: Alam Arwah.
Alam Syahadah
adalah benda dalam erti kata yang luas. Jangan menyangka sesuatu yang jauh dan
tidak dapat dipandang dengan mata kasar itu sebagai bukan benda. Jika bintang
merupakan benda yang paling jauh kelihatan pada pandangan kita, yang lebih jauh
daripada bintang dan tidak dapat dipandang juga termasuk dalam kumpulan
kebendaan. Benda atau jisim boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1: Jisim yang boleh dilihat dan dipegang
2: Jisim tipis yang ditembusi pandangan (transparent)
3: Jisim halus yang ghaib.
1: Jisim yang boleh dilihat dan dipegang
2: Jisim tipis yang ditembusi pandangan (transparent)
3: Jisim halus yang ghaib.
Ketiga-tiga jenis
jisim tersebut boleh didapati di dalam Alam Syahadah. Alam Syahadah pula boleh
dibahagikan kepada empat peringkat alam.
1: Alam Langit Dunia
2: Alam Bumi
3: Alam Langit-langit
4: Alam al-Kursi Yang Agung.
1: Alam Langit Dunia
2: Alam Bumi
3: Alam Langit-langit
4: Alam al-Kursi Yang Agung.
ALAM LANGIT
DUNIA
Satu bahagian kecil
daripada alam ini ialah planet bumi di mana tinggal di atasnya makhluk yang
berbangsa manusia. Planet bumi bersama-sama bulan dan planet-planet yang lain
berada di dalam satu tingkatan alam yang dinamakan Sistem Matahari. Pada
mulanya ahli astronomi menyangkakan matahari menjadi pusat kepada alam.
Penemuan kemudiannya menunjukkan matahari hanyalah sebiji bintang di antara
jutaan bintang-bintang. Apabila ilmu astronomi semakin maju manusia menemui
maklumat bahawa kumpulan bintang-bintang yang sangat banyak membentuk satu
galaxy. Ahli astronomi membuat anggaran terdapat kira-kira satu ratus ribu juta
bintang dalam galaxy yang ada planet bumi. Bintang-bintang berpusing
mengelilingi satu pusat yang dipanggil Pusat Sistem Galaxy. Ahli astronomi
membuat kiraan dan mendapati matahari kita mengambil masa 225 juta tahun untuk
mengelilingi Pusat Sistem Galaxy satu pusingan.
Di samping galaxy
yang terkandung planet bumi terdapat pula galaxy-galaxy lain. Bintang-bintang
bagi setiap galaxy mengelilingi Pusat Sistem Galaxy masing-masing. Ada ahli
astronomi membuat kiraan dan menganggarkan terdapat kira-kira 10 ribu juta
galaxy semuanya.
Ukuran di antara
bintang-bintang dan galaxy-galaxy tidak lagi diukur dengan kiraan batu atau
kilometer, tetapi digunakan sukatan tahun cahaya. Cahaya bergerak selaju
186,000 batu satu saat. Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak matahari
kita dengan bintang yang paling hampir ialah 4 ¼ tahun cahaya.
Tiap galaxy
bergerak dengan kelajuan yang berbeza. Galaxy yang dekat dengan kita lambat
pergerakannya sementara yang lebih jauh lebih pantas pergerakannya. Pada jarak
tertentu galaxy tidak kelihatan lagi kerana ia sudah lebih laju daripada cahaya
lalu membawa cahayanya bersama-sama dan tidak mungkin lagi cahaya tersebut
sampai ke bumi. Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak di mana galaxy
membawa cahaya bersama-samanya ialah tidak kurang daripada 13 ribu juta tahun
cahaya. Inilah perbatasan ahli astronomi yang dapat dicapai melalui bantuan
teleskop yang paling canggih. Kesemua galaxy tersebut berada di dalam satu alam
yang bulat dan mengembang seumpama belon yang ditiupkan angin ke dalamnya.
Hasil penemuan
melalui teleskop melahirkan teori-teori untuk menceritakan keadaan
galaxy-galaxy selepas batas teleskop. Timbullah istilah Group, Metagalaxy,
Teragalaxy dan sebagainya, sehingga sampai kepada yang tanpa batas (infinity).
Teori-teori
tersebut adalah bersifat mungkin dan agak-agak sahaja. Walaupun bersifat
mungkin dan agak-agak tetapi bila disandarkan kepada sains dan teknologi
manusia umum dapat menerimanya sebagai kebenaran. Malangnya teori yang dibuat
oleh ahli agama berdasarkan kitab ilmu alam yang paling jitu yang ‘ditulis’
sendiri oleh Pencipta alam, tidak dapat diterima umum kerana tidak saintifik.
Sains siapa yang lebih hebat di antara sains yang menghidupkan orang ‘mati’
dengan memasukkan darah dan memindahkan organ dengan sains yang membangkitkan
orang yang di dalam kubur hanya dengan berkata, :”Bangunlah kamu dengan izin
Allah”. Sesungguhnya sains “Dengan izin Allah” tidak dapat dicabar dan tidak
mungkin dicabar oleh sains manusia buat selama-lamanya. Oleh itu apabila sains
manusia mengaku kalah berpindahlah kepada sains “:Dengan izin Allah”. Pasti
keterangan yang lebih lanjut dan jelas dapat diperolehi.
Ahli agama yang
mendapat sains “Dengan izin Allah” dinamakan ahli al-hak, ertinya pakar yang
sebenarnya. Ada juga kalangan masyarakat menamakan mereka sebagai manusia
kebenaran atau orang kebenaran. Malangnya pula manusia kebenaran ini dianggap
sebagai orang yang ‘betul bendul’. Tertutuplah rahsianya sebagai ahli sains
yang hakiki dan tidak adalah orang yang bertanyakan perkara sains kepadanya.
Penghulu kepada
sekalian ahli al-hak, Nabi Muhamamd .s.a.w, telah menjelajah ke seluruh alam
maya sehingga ke puncak yang paling tinggi, yang tidak ada lagi alam kejadian
selepas itu. Baginda s.a.w menceritakan apa yang baginda saksikan. Cerita yang
dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w menjadi pedoman bagi ahli al-hak yang lain
untuk mencungkil rahsia alam maya, seterusnya membina teori alam maya
berdasarkan keterangan Rasulullah s.a.w dan penyaksian mereka sendiri.
Bertaburanlah maklumat tentang alam maya yang telah dikeluarkan oleh
manusia-manusia kebenaran yang tidak pernah mempelajari sains dan tidak tahu
istilah-istilah sains. Mereka menggunakan istilah mereka sendiri. Timbullah
teori bumi berada di atas tanduk lembu. Lembu pula berada di atas belakang ikan
nun. Lembu memakan rumput yang tumbuh di atas belakang ikan. Apabila lembu
bergerak berlakulah kegoncangan di atas bumi. Mendengar teori yang demikian orang
terus menutup telinga, tidak masuk akal, Israiliyat dan karut. Padahal teori
itu dikeluarkan oleh seorang yang diperakui ilmunya oleh Rasulullah s.a.w
kerana baginda sendiri mendoakan agar mengurniakannya ilmu dan kefahaman.
Beliau adalah Ibnu Abbas r.a.
Apabila ahli nujum
membuat teori mengenai bintang 12, di antara 12 bintang tersebut ada dua
bintang yang dinamakan lembu dan ikan. Ada pengaruh mempengaruhi di antara
bintang lembu dengan bintang ikan dan juga bintang-bintang lain kepada penduduk
di atas muka bumi. Teori ahli nujum tersebut diterima dengan penuh yakin
sehingga boleh dikatakan semua orang tahu bintangnya masing-masing. Mereka
boleh percaya kepada bintang lembu dan ikan yang dikatakan oleh ahli nujum
tetapi menolak perkataan ahli kasyaf yang dapat menyaksikan apa yang tidak
dapat dilihat oleh mata kasar.
Kita kembali kepada
Alam Langit Dunia. Kita mulai dari satu planet yang bernama bumi di mana kita
tinggal di atasnya. Planet yang kita tinggal ini dinamakan bumi kerana kita
mendiaminya. Jika kita mendiami bulan maka bulanlah bumi kita. Jika kita
mendiami matahari maka mataharilah bumi kita. Jadi, maksud bumi adalah relatif.
Yang menjadi identiti bumi ialah ia berada di dalam satu kerangka. Bagi planet
bumi kita banjaran gunung-gunung menjadi kerangka. Gunung di atas bulan menjadi
kerangka bulan.
Apabila planet bumi
yang kecil ini berada di dalam satu kumpulan yang mengandungi berjuta-juta
bintang ia dinamakan galaxy. Terdapat banyak galaxy sehingga sampai kepada satu
peringkat semua galaxy tersebut berada di dalam satu kerangka. Seperti di
planet bumi kerangka galaxy juga dinamakan gunung. Ia diistilahkan sebagai
Gunung Qaf. Gunung Qaf merupakan satu alam yang luas yang terdapat di dalamnya
banyak galaxy. Di samping Gunung Qaf yang planet bumi ada di dalamnya terdapat
enam Gunung Qaf yang lain. Jumlah Gunung Qaf semuanya adalah tujuh. Tujuh
Gunung Qaf itu berada atau terapung-apung di dalam ruang angkasa yang luas yang
dikelilingi oleh satu bulatan yang dinamakan Langit Dunia atau Langit Rendah
atau Langit Pertama.
Apabila planet bumi
sudah menjadi terlalu kecil dibandingkan dengan kewujudan yang lain, konsep
bumi itu pun berubah. Pada peringkat ini satu alam di dalam satu Gunung Qaf
dinamakan satu bumi. Tujuh Gunung Qaf menjadi tujuh bumi. Terdapat tujuh bumi
yang dilengkungi oleh Langit Dunia. Seluruh alam di dalam Langit Dunia ini
dinamakan Alam al-Mulk. Jika istilah Alam al-Mulk dirasakan tidak sesuai
maka boleh juga digunakan istilah Universe. Begitulah keadaan Universe yang
digambarkan oleh ahli al-hak berdasarkan penyaksian mata hati mereka.
ALAM BUMI
Langit Dunia, iaitu
langit pertama merupakan permulaan Alam Malakut Bawah yang dinamakan juga Alam
Barzakh, tempat roh yang meninggalkan jasad berhenti sementara menunggu ditiup
sangkakala. Langit Dunia dengan segala isinya menjadi satu alam kecil terapung
di dalam ruang angkasa alam Langit Kedua. Begitulah keadaannya sehinggalah
sampai ke alam Langit Ketujuh.
Selepas Langit
Ketujuh terdapat satu tingkat Alam Ghaib, bukan lagi Alam Syahadah. Alam Ghaib
ini terdiri daripada benda juga Cuma ia ghaib daripada pancaindera. Bahagian
pertama daripada Alam Ghaib ini dinamakan Sidratul Muntaha. Sidrat bermakna
pokok bidara dan muntaha bermakna yang penghabolehn. Sidratul Muntaha bermakna
pokok bidara yang penghabolehn. Ia merupakan satu tingkat alam yang menjadi
perbatasan, tempat berhenti perjalanan dan ilmu makhluk yang dari alam atas
dengan alam bawah. Apa sahaja yang datang dari bawah terhenti di Sidratul
Muntaha dan apa sahaja yang turun dari atas juga terhenti di Sidratul Muntaha.
Hanya yang mendapat keizinan dapat menyeberangi perbatasan ini.
Peristiwa mikraj
menceritakan, “Kemudian baginda s.a.w sampai ke langit ke tujuh…tiba-tiba
didapatinya Nabi Ibrahim a.s…Kemudian aku (Nabi Muhamamd s.a.w diangkat ke
Sidratul Muntaha. Tiba-tiba kelihatan buahnya seperti tempayan dan daunnya
seperti telinga gajah”.
Pada planet bumi
kita ada pulau-pulau seperti tempayan dan semenanjung seperti telinga gajah.
Alam Sidratul Muntaha juga mempunyai ciri-ciri yang demikian.
Pada bahagian
tengah Sidratul Muntaha terdapatlah Baitul Makmur yang menjadi pusat
pentadbiran alam bawah. Di bahagian atas Sidratul Muntaha terdapat satu lagi
bahagian Alam Ghaib yang dinamakan al-Kursi berbentuk empat persegi. Seluruh
alam maya yang diperkatakan hingga kini berada di dalam ruang alam al-Kursi
yang ghaib ini. Al-Kursi pula menjadi alam yang kecil di dalam ruang alam Arasy
ar-Rahman, yang masih lagi di dalam peringkat Alam Ghaib. Di bawah daripada
Arasy ar-Rahman terdapat satu kumpulan syurga tujuh tingkat: Darul Jalal,
Darussalam, Jannatul Ma’wa, Jannatul Khuldi, Jannatul Na’im, Jannatul Firdaus
dan Jannatul ‘Adn.
Di kanan Arasy
ar-Rahman terdapat pula sempadan yang memisahkan alam yang di atasnya dengan
alam yang di bawahnya, dinamakan Sidratul Muntaha kedua. Arasy ar-Rahman dan
Sidratul Muntaha kedua berada di dalam ruang angkasa bulatan Alam Syahadah
semula yang dinamakan al-Mastawa. Al-Mastawa bukan lagi Alam Ghaib tetapi alam
nyata. Pada keliling permukaan al-Mastawa terdapat Loh Mahfuz yang padanya
al-Qalam menulis perintah Allah.
Al-Mastawa dengan
segala isi kandungannya berada dalam satu bulatan alam yang juga Alam Syahadah,
yang dinamakan Bumi Rendah atau Bumi Pertama. Alam Bumi Pertama ini dikelilingi
oleh tiga lapisan alam. Lapisan pertama dinamakan Alam Laut. Lapisan Kedua
dinamakan Alam Angin. Lapisan ketiga dinamakan Alam Kegelapan. Semuanya berada
di dalam ruang angkasa Bumi Kedua. Bumi Kedua berada di dalam ruang angkasa
Bumi Ketiga dan Begitulah seterusnya hingga ke Bumi Ketujuh.
Semua peringkat
alam sehingga alam Bumi Ketujuh berada di dalam ruang angkasa bulatan alam yang
dinamakan Alam Gunung Kemurkaan. Alam Gunung Kemurkaan berada di dalam bulatan
alam yang dinamakan Alam Lautan Kegelapan. Di dalam Alam Lautan Kegelapan di
bawah Alam Gunung Kemurkaan terdapat an-Nar atau neraka. Ada tujuh tingkat
neraka: Jahannam, Sa’ir, Luzi, Huthamah, Jahim, Saqar dan Hawiyah.
Alam Lautan
Kegelapan dikelilingi oleh lapisan alam yang dinamakan Alam Kegelapan. Di
dalamnya terdapat Sijjin, penjara tempat disimpan roh-roh dan catatan amalan
orang-orang kafir. Mengelilingi Alam Kegelapan ialah Alam Gunung Pendakian.
Alam Gunung Pendakian dengan segala isinya berada di dalam kerangka yang
dinamakan juga Gunung Qaf. Semua peringkat alam yang diperkatakan hingga kini
termasuklah Gunung Qaf terakhir ini diistilahkan sebagai Alam Bumi. Ia masih di
dalam peringkat Alam Malakut Bawah atau Alam Barzakh.
ALAM
LANGIT-LANGIT
Alam Bumi bergerak
pada satu lakaran mengelilingi satu pusat yang dinamakan Kalbu Langit-langit.
Selepas lakaran pusingan Alam Bumi ada pula tujuh lakaran lain, menjadikan
lapan lakaran semuanya. Pada lakaran pertama hanya Alam Bumi berpusing
mengelilingi Kalbu Langit-langit. Pada lakaran kedua terdapat 70,000 bulatan
alam-alam mengelilingi Kalbu Langit-langit. Begitu juga pada lakaran ketiga
sehingga lakaran ke lapan. Bulatan alam pada tujuh lakaran selepas lakaran Alam
Bumi tersebut dinamakan Alam Langit-langit tujuh lapis. Alam Langit-langit ini
sangat indah dan menjadi syurga Barzakh yang sekarang didiami oleh para
malaikat. Ini adalah kumpulan syurga yang kedua, jua mempunyai tujuh tingkat
dan memakai nama yang sama seperti syurga kumpulan pertama.
Selepas lakaran
pusingan Alam Langit-langit ada satu lagi lakaran yang ke sembilan. Pada
lakaran yang ke sembilan ini terdapat dua belas buah bulatan alam yang juga
mengelilingi Kalbu Langit-langit. Alam yang dua belas ini dinamakan Buruj Alam
Atas. Dan diberi nama mengikut lambang malaikat yang memerintah pada
setiap alam tersebut: biri-biri, lembu, kembar dua, ketam, singa, gadis,
neraka, busur panah, kambing, timba dan ikan. Begitulah nama 12 Buruj Alam
Atas.
Sebenarnya terdapat
juga Buruj Alam Bawah, iaitu bintang-bintang tertentu dalam Langit Dunia yang
menjadi tempat pengawalan malaikat, menjaga supaya tidak ada syaitan yang dapat
naik ke atas untuk mencuri maklumat dari alam atas. Mana-mana syaitan cuba
menceroboh akan dipanah dengan panah api. Buruj Alam Atas pula bukanlah bintang
tetapi adalah 12 buah alam yang sangat luas.
Planet bumi tempat
kita tinggal ini apabila ia berpusing satu pusingan pada paksinya terjadilah
satu hari. Apabila ia berpusing satu pusingan mengelilingi matahari terjadilah
satu tahun matahari. Alam Bumi yang besar di dalam Alam Barzakh itu apabila berpusing
satu pusingan di atas paksinya satu hari Alam Bumi yang dinamakan Hari Allah,
bersamaan dengan satu ribu tahun matahari.
“Dan satu hari di sisi Tuhan kamu adalah seribu tahun mengikut hitungan kamu”. (Surah al-Hajj, ayat 47).
“Dan satu hari di sisi Tuhan kamu adalah seribu tahun mengikut hitungan kamu”. (Surah al-Hajj, ayat 47).
Ukuran kelajuan
pada peringkat ini bukan lagi kelajuan cahaya tetapi kelajuan malaikat, nur
yang jauh lebih seni daripada sebarang cahaya yang diketahui.
“”Malaikat dan roh naik kepada-Nya pada satu hari yang kadar ukurannya lima puluh ribu tahun”. (Surah al-Ma’arij, ayat 4).
“”Malaikat dan roh naik kepada-Nya pada satu hari yang kadar ukurannya lima puluh ribu tahun”. (Surah al-Ma’arij, ayat 4).
Satu hari
perjalanan malaikat bersamaan lima puluh ribu tahun matahari.
Kalbu Langit-langit
memancarkan nur keseluruh alam-alam di sekelilingnya. Nur yang dipancarkan itu
adalah ilmu Allah. Malaikat katibun menerima pancaran tersebut dan menulisnya
di Loh Mahfuz dalam Alam Bumi.
AL-KURSI YANG
AGUNG
Semua alam-alam
yang diperkatakan sehingga ini berada di dalam ruang angkasa al-Kursi al-A’dzam
(al-Kursi Yang Agung), yang menjadi batas terakhir Alam Syahadah. Alam selepas
al-Kursi Yang Agung ini adalah Alam Ghaib yang dinamakan Alam Misal.
ALAM MISAL
Alam Syahadah yang
berbataskan al-Kursi Yang Agung dengan segala isinya berada di dalam ruang
angkasa Alam Ghaib yang dinamakan al-Arasy al-Majid (al-Arasy Yang Megah), yang
sudah termasuk dalam peringkat Alam Misal. Rasulullah s.a.w memberi gambaran
tentang keluasan al-Arasy al-Majid, “Hai Abu Zar. Langit yang tujuh dan bumi
yang tujuh di sisi al-Kursi hanya seumpama sebentuk cincin di atas padang pasir
luas, dan al-Kursi di sisi al-Arasy hanya seumpama sebentuk cincin di atas
padang pasir yang luas pula. Lebihnya al-Arasy daripada al-Kursi seperti
lebihnya padang pasir yang luas daripada sebentuk cincin tersebut”.
Di bawah al-Arasy
al-Majid terdapat pula sempadan yang memisahkan makhluk alam bawah daripada
makhluk alam atas. Sempadan ini dinamakan Sidratul Muntaha ke tiga. Al-Arasy
al-Majid mempunyai 18,000 tiang. Di sisi tiap-tiap tiang terdapat gugusan
alam-alam yang merupakan syurga kumpulan ke tiga. Syurga kumpulan ini dinamakan
Jannatul Firdaus Atas. Ia merupakan salah satu syurga yang tidak binasa bila
berlaku kiamat. Syurga Jannatul Firdaus Atas menjadi sempadan terakhir
Alam Barzakh atau Alam Malakut Bawah. Al-Arasy al-Majid yang di dalamnya
terkandung Alam Barzakh, sudah termasuk di dalam peringkat Alam Malakut Atas.
Al-Arasy al-Majid
mengelilingi satu pusat, pada satu lakaran. Pusat yang dikelilingi oleh
al-Arasy al-Majid ini dinamakan Kalbu Alam. Lakaran pusingan al-Arasy al-Majid
merupakan salah satu daripada seribu lakaran. Pada setiap lakaran itu terdapat
satu buah alam yang besarnya lebih kurang sebesar al-Arasy al-Majid. Jadi,
terdapat seribu alam-alam mengelilingi Kalbu Alam. Alam-alam tersebut dinamakan
alam Arasy-arasy. Kalbu Alam menjadi pusat dan menguasai Arasy-arasy tersebut.
Al-Arasy al-Majid
sama dengan Arasy-arasy yang lain terletak di dalam ruang angkasa alam yang
dinamakan Alam Hijab. Alam Hijab yang mengandungi Arasy-arasy ini berada di
dalam peringkat Alam Hijab yang lain pula, berlapis-lapis sehingga 70,000 lapis
bagi satu peringkat Alam Hijab yang dinamakan Hijab Nur Putih. Kemudian ia
diikuti oleh peringkat Alam Hijab yang lain, hinggalah kepada beberapa
peringkat. Setiap peringkat mengandungi 70,000 lapisan Hijab. Peringkat
terakhir dinamakan Hijab Ketunggalan, yang juga terdiri daripada 70,000
lapisan. Peringkat Hijab Ketunggalan berakhir dengan lapisan Hijab yang
dinamakan Hijab Hamparan Emas.
Alam-alam bermula
daripada al-Arasy al-Majid hingga ke lapisan Hijab Hamparan Emas merupakan
syurga yang dinamakan Iliyyun. Ia juga terdiri daripada tujuh tingkat seperti
syurga-syurga yang lain. Di Iliyyun inilah disimpan catatan amalan orang-orang
yang beriman yang baik-baik.
Di atas permukaan
Hijab Hamparan Emas terdapat umbi bagi Sidratul Muntaha ke empat.
Seluruh alam yang
dinyatakan sehingga ini berada di dalam ruang alam yang dinamakan al-Arasy
al-Karim (al-Arasy yang mulia). Ia menjadi batasan terakhir Alam Misal.
Manusia yang berada
dalam Alam Syahadah di planet bumi, lebih-lebih lagi yang terkongkong dengan
alam jasad, hanya memandang kepada yang zahir atau nyata sahaja. Akal
fikirannya sukar menggambarkan betapa seninya jisim pada Alam Misal. Tetapi
bagi seorang insan yang tinggi makamnya di sisi Allah dapat masuk ke dalam Alam
Misal dan melihat keadaan di dalam alam tersebut, dan mendapati Alam Misal
adalah satu alam yang boleh disaksikan dan dirasa, seperti Alam Syahadah juga.
Apa yang ghaib itu apabila dibukakan ia menjadi nyata dan boleh berinteraksi
dengannya. Jika ada kerusi di dalam alam ghaib itu maka kerusi tersebut boleh
diduduki. Jika ada buah-buahan di sana maka buah-buahan tersebut boleh dimakan.
Begitu juga air yang ada di sana.
Jisim tipis dalam
Alam Misal dipanggil an-Nuur. Jisim bersifat nuur adalah jisim yang sangat
murni. Ia juga merupakan benda-benda seperti benda-benda yang ada dalam Alam
Syahadah. Ada yang bercahaya menyilaukan pandangan, ada yang cair seperti air
dan ada yang padat seperti tanah dan logam. Tetapi ia lebih murni, lebih indah
dan lebih ajaib daripada apa yang ada dalam Alam Syahadah.
ALAM ARWAH
Peringkat terakhir
Alam Misal ialah al-Arasy al-Karim, selepasnya bermula pula Alam Arwah (Alam
Roh). Pada Alam Arwah terdapat juga alam-alam Hijab. Seluruh al-Arasy al-Karim
bersama-sama segala isi kandungannya berada di dalam bulatan sejenis Alam Hijab
yang lebih ghaib dan lebih seni. Ada beberapa peringkat Alam Hijab dalam Alam
Arwah. Setiap peringkat ada 7,000 lapis Hijab. Lapisan pertama daripada Alam
Hijab itu dinamakan Hijab Permata.
Hadis mengenai
mikraj menceritakan, “Hingga aku sampai pada Hamparan Emas. Kemudian aku maju
lagi bersama malaikat wakil Hijab Hamparan Emas terus ke Hijab Permata, lalu
mengetuk-ngetuknya. Berkata malaikat di belakang Hijab, ‘Siapa ini?’ Ia
menjawab, ‘Tuan punya Hijab Hamparan Emas dan ini Muhammad Rasul Rabbil
‘Izzati’. Berkata malaikat itu, ‘Allahu Akbar!’ Ia pun menghulurkan tangannya
dari bawah Hijab dan meletakkan daku di hadapannya. Begitulah keadaannya dari
satu Hijab kepada Hijab yang lain hingga aku melampaui 70,000 Hijab, tebal
tiap-tiap Hijab 500 tahun”.
“Maka meluncurlah bersamaku malaikat itu lebih cepat dari sekelip mata hingga sampai ke Hijab Permata. Ia mengetuk pintu Hijab. Berkata malaikat dari sebalik Hijab, ‘Siapa ini?’ Ia berkata, ‘Saya tuan punya Hamparan Emas. Ini Muhamamd Rasul al-‘Arabi bersamaku.’ Berkata malaikat itu, ‘Allahu Akbar!’ Lalu ia mengeluarkan tangannya dari bawah Hijab hingga dia meletakkan daku dihadapannya. Begitulah keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang lain. Tiap-tiap satu Hijab perjalanannya lima ratus tahun dan di antara satu Hijab dengan Hijab yang lain lima ratus tahun”.
“Maka meluncurlah bersamaku malaikat itu lebih cepat dari sekelip mata hingga sampai ke Hijab Permata. Ia mengetuk pintu Hijab. Berkata malaikat dari sebalik Hijab, ‘Siapa ini?’ Ia berkata, ‘Saya tuan punya Hamparan Emas. Ini Muhamamd Rasul al-‘Arabi bersamaku.’ Berkata malaikat itu, ‘Allahu Akbar!’ Lalu ia mengeluarkan tangannya dari bawah Hijab hingga dia meletakkan daku dihadapannya. Begitulah keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang lain. Tiap-tiap satu Hijab perjalanannya lima ratus tahun dan di antara satu Hijab dengan Hijab yang lain lima ratus tahun”.
Semua lapisan Alam
Hijab bermula selepas al-Arasy al-Karim merupakan syurga-syurga yang dipanggil
secara tunggal dengan nama Darul Khulud, negeri yang abadi. Ia juga mengandungi
tujuh tingkat dengan tujuh nama seperti syurga-syurga yang lain. Jannatul ‘And
merupakan syurga yang paling tinggi, paling besar dan paling indah. Di dalamnya
ada Syajaratul Thubi, pokok thubi, yang terdapat padanya satu syurga yang
menjadi induk bagi semua syurga, dinamakan Darul Qarar, negeri ketetapan.
Di atas Jannatul
‘And adalah al-Arasy al-‘Adzim, arasy yang besar. Ia dinamakan juga al-Arasy
al-Muhith, arasy yang meliputi, maksudnya meliputi seluruh alam makhluk.
Al-Arasy al-‘Adzim merupakan bulatan terakhir atau kerangka yang paling luar
bagi seluruh alam kejadian, alam makhluk atau apa sahaja yang Allah ciptakan.
Al-Arasy al-‘Adzim mengandungi 70 juta lapisan kulit-kulit yang di antara satu
kulit dengan kulit yang lain terdapat ruang angkasa. Al-Arasy al-‘Adzim
dijadikan daripada nuur, jisim yang bersifat nurani, lagi seni dan tinggi.
Hadis menceritakan tentang nuur al-Arasy al-’Adzim, “Diliputi pada tiap-tiap
hari oleh seribu warna dari nuur”.
“(Diliputi) 70,000 warna dari nuur, tiada dapat dipandang kepadanya oleh seorang pun dari makhluk”.
“Nuur al-Arasy al-‘Adzim kalau dizahirkan kepada penduduk dunia ini dan (dalam keadaan) ia telah merendahkan diri (kepada Allah) nescaya lemah cahaya matahari bersamanya sebagaimana lemah cahaya pelita bersamanya (cahaya matahari) dan lebih kurang lagi”.
“(Diliputi) 70,000 warna dari nuur, tiada dapat dipandang kepadanya oleh seorang pun dari makhluk”.
“Nuur al-Arasy al-‘Adzim kalau dizahirkan kepada penduduk dunia ini dan (dalam keadaan) ia telah merendahkan diri (kepada Allah) nescaya lemah cahaya matahari bersamanya sebagaimana lemah cahaya pelita bersamanya (cahaya matahari) dan lebih kurang lagi”.
Meskipun nuur
al-Arasy al-‘Adzim itu sangat kuat namun, orang yang mencapai makam yang tinggi
pada sisi Allah dapat mendekatinya tanpa terjadi apa-apa dan mendapatinya suatu
jisim alam yang sangat indah, tiada bandingannya.
Di bawah al-Arasy
al-‘Adzim ada pula Loh Mahfuz yang kedua. Catatan yang tertulis di sini diambil
oleh malaikat dan diturunkan kepada Kalbu Alam yang kemudian memancarkannya
kepada Alam-alam Arasy, termasuklah al-Arasy al-Majid. Dari al-Arasy al-Majid
ia diturunkan pula kepada Kalbu Langit-langit yang kemudiannya dipancarkan
kepada Alam Langit-langit termasuklah Alam bumi di dalam Alam Barzakh.
Begitulah salah satu cara perintah Tuhan turun
seperingkat demi peringkat hingga sampai kepada masing-masing yang telah ditentukan.
Di bahagian atas
al-Arasy al-‘Adzim yang paling luar dan paling tinggi terdapat satu alam
yang besar dan indah dinamakan Qubah. Ia merupakan tempat yang paling tinggi
dalam seluruh alam makhluk. Qubah ini merupakan syurga yang lebih indah
daripada syurga-syurga yang lain. Ia juga terdiri daripada tujuh peringkat
syurga seperti syurga-syurga yang lain.
Di dalam alam Qubah
yang besar ini, pada bahagian yang paling atas, terdapat satu Qubah yang lebih
kecil yang terdiri dari Permata Putih, berupa seperti sebuah mahligai yang
besar terapung di ruang angkasa Qubah besar. Qubah Permata Putih ini merupakan
tempat terakhir perjalanan mikraj Rasulullah s.a.w.
Qubah besar menjadi pusat pentadbiran alam di bawahnya sebagaimana Baitul Makmur menjadi pusat pentadbiran alam yang lebih bawah. Qubah yang kecil pula menjadi inti atau istana bagi Qubah besar.
Qubah besar menjadi pusat pentadbiran alam di bawahnya sebagaimana Baitul Makmur menjadi pusat pentadbiran alam yang lebih bawah. Qubah yang kecil pula menjadi inti atau istana bagi Qubah besar.
Apabila dilihat
kepada keseluruhan alam makhluk maka bahagian yang ada Qubah itu diisyaratkan
sebagai bahagian atas. Jika dibandingkan dengan sebiji buah maka Qubah itu
adalah umpama tampuk yang menentukannya sebagai bahagian atas dan lawannya
sebagai bahagian bawah.
Hingga kepada
al-Arasy al-‘Adzim yang terdiri daripada 70 juta lapisan dengan Qubah di
bahagian atasnya, maka tamatlah perbicaraan mengenai Alam Malakut Atas dan
berakhir juga ilmu manusia tentang alam. Al-Arasy al-‘Adzim itulah kerangka
alam. Ia adalah sebesar-besar makhluk. Seluruh alam atau kejadian yang Tuhan
jadikan berada di dalamnya. Sekaliannya dinamakan Alam sahaja, atau dinamakan
juga Alam Kejadian atau Alam Makhluk atau A’yan Luar atau al-Mumkinat (segala
yang mungkin) atau Alam Yang Baharu atau Yang Selain Allah. Semuanya
menggambarkan apa yang termasuk di dalam kalimah “KUN” (jadilah kamu).
Jisim dalam Alam
Arwah bersifat latif atau halus atau murni atau terlebih ghaib. Insan yang
tinggi makamnya pada sisi Allah memasuki alam yang terlebih ghaib ini dan
mendapati alam ini sama seperti Alam Syahadah juga, berjisim dan berbentuk
benda dalam bebagai-bagai keadaan yang boleh disaksikan dan dirasa. Jadi,
seluruh alam, iaitu Alam Syahadah, Alam Misal dan Alam Arwah merupakan
alam benda yang jika diizinkan boleh disaksikan samada dengan
pancaindera ataupun dengan hati. Hati insan bersifat nurani, sama seperti sifat
Alam Malakut. Kekuatan pancaran nuurnya boleh menembusi tujuh petala langit dan
tujuh petala bumi untuk menyaksikan dan memperolehi makrifat tentang Alam
Makhluk atau Alam Kejadian.
“Orang yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam lalu ia beroleh nuur dari Tuhannya”. (Surah az-Zumar, ayat 22).
“Allah jualah nuur bagi semua langit dan bumi”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Perumpamaan nuur-Nya seperti sebuah lubang di dinding di dalamnya mengandungi pelita. Pelita itu berada di dalam kaca. Kaca itu bagaikan bintang berkilau-kilauan. Dinyalakan dari pohon kayu yang berkat iaitu minyak zaitun yang bukan dari timur dan bukan dari barat. Hampir minyaknya mengeluarkan cahaya dengan sendirinya biarpun tidak disentuh api”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Nuur di atas nuur”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Dipimpin Allah kepada nuur-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Orang yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam lalu ia beroleh nuur dari Tuhannya”. (Surah az-Zumar, ayat 22).
“Allah jualah nuur bagi semua langit dan bumi”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Perumpamaan nuur-Nya seperti sebuah lubang di dinding di dalamnya mengandungi pelita. Pelita itu berada di dalam kaca. Kaca itu bagaikan bintang berkilau-kilauan. Dinyalakan dari pohon kayu yang berkat iaitu minyak zaitun yang bukan dari timur dan bukan dari barat. Hampir minyaknya mengeluarkan cahaya dengan sendirinya biarpun tidak disentuh api”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Nuur di atas nuur”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Dipimpin Allah kepada nuur-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
Bagaimana ahli
al-kasyaf menyaksikan alam yang begitu luas dan jauh? Adakah dia perlu menaiki
sejenis kenderaan dan terbang ke seluruh alam maya untuk menyaksikannya? Nabi
Muhamamd s.a.w telah menaiki boraq dan mengembara ke seluruh alam di bawah
bumbung Langit Dunia (Langit Pertama). Kemudian baginda s.a.w mikraj
menggunakan tangga yang dihulurkan dari alam atas seumpama lif yang dibawa
turun dari tingkat atas. Tetapi boraq hanya untuk kegunaan nabi-nabi tidak bagi
manusia biasa, walaupun seorang yang kasyaf. Namun, Allah s.w.t mempunyai
caranya sendiri untuk memperlihatkan alam ciptaan-Nya kepada sesiapa yang Dia
kehendaki.
Cuba kamu pandang
kepada sebuah bangunan. Kamu dapat melihat bangunan tersebut kerana ada cahaya
dari sumber cahaya iaitu matahari. Cahaya matahari menerpa ke arah bangunan itu
lalu membawa seluruh bangunan tersebut kepada mata kamu. Mata kamu juga
bercahaya sebagai persediaan untuk menerima pancaran cahaya matahari yang
datang. Jika mata kamu terpejam atau berselaput tidak mungkin cahaya matahari
boleh memasukinya. Pertemuan cahaya matahari dari atas dengan cahaya mata di
bawah melahirkan gambar pada belakang bola mata kamu. Gambar yang tertera pada
skrin bola mata kamu itu dalam keadaan terbalik. Otak berperanan membetulkannya
kembali. Otak boleh berfungsi sebagai kesan aktiviti akal. Akallah yang melihat
bangunan tersebut. Seluruh bangunan yang begitu besar boleh masuk ke dalam akal
kamu.
Andainya kamu
berada di tempat yang tinggi dan pandangan kamu cukup kuat maka kamu boleh
melihat seluruh planet bumi berada di dalam akal kamu. Akal kamu menjadi
seperti satu ruang angkasa yang luas yang memuatkan planet bumi. Jika kamu
berada pada tempat yang lebih tinggi dan pandangan kamu lebih kuat kamu akan
dapat menyaksikan seluruh Alam Syahadah. Begitulah keadaannya hingga kamu dapat
melihat seluruh Alam Misal dan Alam Arwah. Jadilah diri kamu seolah-olah satu
ruang angkasa yang di dalamnya terapung-apung seluruh alam makhluk.
Jika kamu memandang
kepada sebuah bangunan maka bangunan itu yang datang kepada kamu bukan kamu
yang pergi kepadanya. Kamu tidak bergerak satu langkah pun. Begitu juga keadaan
ahli al-kasyaf yang tidak bergerak dari tikar sembahyangnya namun dia dapat
menyaksikan seluruh alam makhluk. Keadaan ini boleh terjadi kerana Allah jualah
nuur bagi langit dan bumi. Nuur-Nya juga memancar di dalam kalbu orang mukmin.
Nuur di atas nuur. Nuur dari alam atas membawa turun seluruh alam kejadian dan
dapat ditangkap oleh nuur di bawah iaitu kalbu orang mukmin. Jadi, kalbu orang
mukmin itu meliputi seluruh alam makhluk tanpa dia perlu terbang ke
mana-mana.
“Dipimpin Allah kepada nuur-Nya siapa yang Dia kehendaki”.
“Katakanlah: Roh adalah urusan Tuhanku”.
“Dipimpin Allah kepada nuur-Nya siapa yang Dia kehendaki”.
“Katakanlah: Roh adalah urusan Tuhanku”.
Urusan Tuhan,
inilah makam terakhir seorang hamba. Tidak ada apa-apa lagi padanya melainkan
urusan Tuhan. Apabila dia sudah larut di dalam urusan Tuhan maka urusan
Tuhanlah yang memperjalankannya ke seluruh alam maya hingga terdampar ke
Sidratul Muntaha. Seterusnya memanjat ke Qubah yang menjadi puncak segala alam
kejadian. Tidak ada apa-apa lagi kecuali:
“ALLAH, RABBIL ‘IZZATI!’
Allah jualah yang memiliki Hijab Yang Teguh.
“ALLAH, RABBIL ‘IZZATI!’
Allah jualah yang memiliki Hijab Yang Teguh.
Mohammad Nasir
Majid
hak cipta
terpelihara ©2006
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................

No comments:
Post a Comment