اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Perkara
yang membatalkan Islam/Syahadah
1.
Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada
Allah.
2.
Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa,
syafa’at dan tawakkal.
3.
Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah
membenarkan keyakinan mereka.
4.
Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih
sempurna dan lebih baik.
5.
Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.
6.
Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau
balasan yang akan diterima.
7.
Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.
8.
Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang
musyrik untuk memerangi Muslimin.
9.
Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syariat atau
ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
10.
Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau
kerana tidak mahu mengamalkannya.
11.
Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada
syari’at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum
Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang
dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari’at Islam, maka ia
telah kafir.
12.
Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syariat Islam sudah tidak sesuai
lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam
hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada
kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang
memandang bahawa pelaksanaan syari’at Islam, misalnya masalah rajam dan
qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi
Manusia).
13.
Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak
berhukum dengan hukum atau syari’at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan
hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan
bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.
14.
Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
15.
Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah
difikirkan atau yang memerlukan kajian.
16.Bekerja
atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak
menyukainya.
17.
Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan
Allah.
18.
Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak
disukai-Nya.
19.
Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah
dalam sesuatu perkara.
20.
Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci
agama Islam seluruhnya.
21.
Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini
sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
22.
Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau
orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada
hukum Allah atau syiar-syiar Islam.
23.
Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.
24.
Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan
As-Sunnah.
25.
Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai
orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.
26.
Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
27.
Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka
dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
28.
Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi
yang terkandung di dalam ayat itu.
29.Tidak
mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan
sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.
30.
Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya
sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina
sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi
manusia.
31.
Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan
orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan
mereka.
32.Membuat
sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan
kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
33.
Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil
seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana
sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad
iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.
Dan
banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti
digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh
dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat
daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah sekali gus layak mendapat
kutukan-Nya.

No comments:
Post a Comment