اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Bertasawuf Dalam Syariat
ASSALAMU'ALAIKUM
WARAHMATULLAH.............
ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE
BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA
ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............
SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA
‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI
DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............
AMMA BA'DU,
Dari segi bahasa, syariat adalah
tempat yang didatangi atau dituju oleh manusia dan binatang untuk meminum air.
Sedangkan menurut istilah syara’, syariat merupakan nas-nas yang suci yang dikandung
di dalam Al Qur’an dan As Sunnah.
Syeikh Amin Al Kurdi memberikan
batasan syariat dengan hukum-hukum yang diturunkan Allah swt kepada Rasulullah
saw yang difahami dan diijtihadkan oleh para ulama daripada Al Kitab dan As
Sunnah, baik berbentuk nas atau istimbath. Hukum-hukum itu meliputi Ilmu
Tauhid, Ilmu Fiqah dan Ilmu Tasawuf.
Dalam erti istilah yang lebih
sempit, syariat ialah hukum-hukum dan tata aturan yang disyariatkan Allah swt
kepada hambaNya untuk diikuti dan hubungan dengan Allah swt dan sesama manusia.
Pengertian ini dikenali secara meluas dengan istilah atau pengertian hukum
fiqah yang sebetulnya. Fiqah itu sendiri bukanlah merupakan nas-nas Al Qur’an
dan As Sunnah, tetapi sudah merupakan hasil olahan manusia.
Prof. Dr. Salam Mazkur memberikan
definisi bahawa fiqah adalah segala hukum-hukum keagamaan, baik yang
berhubungan dengan hukum ‘aqaid ataupun dengan hukum amaliah, maka hal ini
menyebabkan kalimah fiqah diperbatasi untuk sekelompok hukum yang bersifat
amaliah, syariat yang lalu dipetik atau diistimbathkan daripada dalil yang
jelas sebagaimana dipergunakan kalimah fiqah untuk nama-nama hukum tersendiri.
Imam As Syafi’ie mendefinisikan
fiqah adalah suatu ilmu tentang hukum-hukum syariat yang bersifat amaliah yang
diperolehi dari satu per satu dalilnya. Dengan demikian, fiqah adalah apa yang
dapat difahami manusia dari teks-teks suci Al Qur’an dan As Sunnah dengan
melakukan ijtihad untuk menangkap makna-makna, ‘ilat-’ilat (sebab-sebab) serta
tujuan yang hendak dicapai oleh teks suci tersebut.
Kerana perbahasan fiqah mencakupi
perbahasan mengenai hukum-hukum dengan objek manusia, maka fiqah tersebut akan
mencakupi semua disiplin ilmu seperti Ilmu Fiqah, Ilmu Tauhid, Ilmu Akhlak dan
sebagainya.
Perlaksanaan aturan dan ketentuan
hukum tanpa memahami dan menghayati tujuannya, maka perlaksanaannya tidak akan
menemui sasaran yang ingin dicapai daripada tujuan hukum itu sendiri dan tidak
akan memiliki nilai yang sempurna iaitu kebenaran yang datang dari Allah swt,
yang di dalam istilah tasawuf dinamakan hakikat yang merupakan inti dari hukum
itu sendiri.
Hukum itu ditetapkan atau beredar
menurut ilatnya. Kalau ilatnya masih ada, maka hukumnya ada; Kalau ilatnya
sudah hilang, maka hukumnya akan hilang; Sehingga hubungan di antara syariat
dengan hakikat dapat dinyatakan bahawa syariat itu adalah lahirnya dan hakikat
itu adalah batin daripada tujuan penetapan sesuatu hukum.
Untuk mencapai tujuan daripada
sebuah penetapan hokum, diperlukan jalan atau cara serta kaedah mencapainya,
agar dalam perlaksanaannya tidak menyimpang daripada tujuan penetapan hukum
yang telah ditetapkan. Sebab tanpa mengetahui jalannya atau caranya dalam
mencapai sesuatu tujuan hukum, tentunya akan sulit untuk sampai ke tujuan
tersebut. Jalan atau cara atau kaedah tersebut dinamakan tariqat.
Sedangkan tasawuf merupakan sikap
hati rohani yang taqwa, yang selalu ingin dekat kepada Allah swt. Apabila
dihubungkan dengan pengertian syariat dalam erti yang luas, yang meliputi
seluruh aspek hidup dan kehidupan manusia akan mempunyai hubungan yang sangat
erat dan saling mengisi di antara satu dengan yang lain.
Sehingga untuk mencapai
kemaslahatan diri dan umat di dunia dan akhirat dalam erti yang sesungguhnya,
tujuan hidup harus sejalan, dituruti dengan tujuan tasawuf, iaitu melaksanakan
hakikat ubudiyah bagi memperolehi tauhid yang haqqul yakin, makrifatullah yang
tahqiq.
Tujuan tasawuf dalam erti ini,
tidak mungkin hanya dilaksanakan dengan zikir atau zikrullah dalam erti khusus
sahaja, tetapi harus dilaksanakan sejalan dengan perlaksanaan syariat. Oleh
sebab itu, seluruh aktiviti syariat harus digerakkan, didasarkan, dimotivasikan
dan dijiwai oleh hati nurani yang ikhlas, lillahi ta’ala yang kesemuanya
bermuarakan kepada redha Allah dan kemaslahatan diri dan kemaslahatan umat yang
menjadi tujuan daripada syariat.
Setelah kemaslahatan diri dan
maslahat umat telah diperolehi, harus digerakkan dan diarahkan pula kepada
memperkukuhkan dan mentahqiqkan tauhid makrifatullah yang merupakan
satu-satunya tujuan Allah swt menjadikan makhluk yang bernama mansuia. Imam
Malik mengatakan bahawa barangsiapa berfiqah atau bersyariat sahaja tanpa
bertasawuf, nescaya dia berkelakuan fasiq (tidak bermoral) dan barang siapa
yang bertasawuf tanpa berfiqah atau bersyariat, nescaya dia berkelakuan zindiq
(menyelewengkan agama) dan barang siapa yang melakukan kedua-duanya,
maka sesungguhnya dia adalah
golongan Islam yang hakiki (tulen). Dan Imam Ali Ad-Daqqaq mengatakan bahawa
sesungguhnya syariat itu adalah hakikat. Bahawa sesungguhnya syariat itu wajib
hukumnya, kerana ia adalah perintah Allah swt. Demikian juga hakikat adalah
syariat untuk mengenal Allah (makrifat kepada Allah). Hakikat itu wajib
hukumnya kerana ia adalah perintah Allah.
Tujuan atau sasaran ajaran dan
amalan tasawuf, iaitu melaksanakan hakikat ubudiyah bagi memperolehi tauhid
yang haqqul yakin, makrifatullah yang tahqiq. Yang menjadi kunci makbulnya
adalah adab beribadat itu sendiri. Ibadat yang berbentuk syariat itu harus
digerakkan oleh hati yang khusyuk, tawaduk dan lillahi ta’ala. Situasi dan hal
hati yang demikian inilah yang dinamakan adab beribadat.
Tokoh sufi Al Jalajili mengatakan
bahawa tauhid itu diwajibkan oleh iman. Barang siapa yang tidak beriman, maka
dia tidak bertauhid.Iman itu wajib kerana diwajibkan oleh syariat. Barang siapa
yang tidak bersyariat, maka dia tidak beriman dan tidak bertauhid. Syariat itu
wajib kerana diwajibkan oleh adab. Barang siapa yang tidak beradab, maka ia
tidak bersyariat, tidak beriman dan tidak bertauhid.
Para
mukhlasin yang sudah dapat mewujudkan pengabdian semata-mata kerana Allah swt,
Allah swt akan menganugerahkan ilmu makrifat kepadanya iaitu ilmu mengenali
rahsia-rahsia ghaib yang dinamakan dengan Ilmu Ladunni seperti yang telah
diberikan kepada Nabi Khidir ‘alahis salam dan hamba-hambaNya yang
dikehendakiNya iaitu hamba yang hanya mengabdikan dirinya kepada Allah swt.
“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan
sekalian alam, amin… Wallahu a’alam…
Bertasawuf Dalam Syariat
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................

No comments:
Post a Comment