اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Barzakh
بسم الله الرحمن الرحيم
Barzakh
|
Syeikhul Akbar Ibnu 'Arabi Muhyiddin
Barzakh ialah pengantara atau pemisah yang ma'kul(pada anggapan), yang menceraikan dua perkara. Barzakh itu tidak dapat diperhatikan dengan deria. Apabila ada dua perkara bertemu bersama, maka di situ adanya barzakh. Barzakh itu bukan daripada Ain atau Zat kedua-dua perkara itu, tetapi mempunyai tenaga kedua-duannya.
Oleh kerana pengantara ini adalah satu perkara yang memisahkan,
·
"Yang Diketahui" dengan "Yang Tidak Diketahui"
·
Ma'dum dengan Maujud
·
Nafi dengan Isbat
·
Ma'kul dengan Bukan Ma'kul,
maka iannya diistilahkan sebagai Barzakh.
Ianya ada dalam anggapan dan khayalan sahaja.
·
Jika anda kaji melalui deria, anda tahu yang
anda mengetahui sesuatu hakikat yang anda telah tahu.
·
Jika anda kaji dengan dalil, anda akan
ketahui itu adalah kosong sahaja.
Apakah yang menyebabkan anda mengisbatkan hakikat-Nya dan di samping itu menafikan pula? Itulah khayal yang bukan ma'dum dan bukan pula wujud; bukan "yang diketahui" dan bukan "yang tidak diketahui"; bukan nafi dan bukan isbat.
Orang yang melihat cermin tahu yang ia melihat bayangannya.
Apabila ia datang dekat cermin itu dan meneliti dirinya dalam cermin itu,
maka ia tahu pula yang ia tidak melihat dirinya di situ. Jika cermin itu
kecil, ia tahu bayangannya lebih besar dari apa yang
dilihatnya. Jika cermin itu besar, dilihat bayangannya sangat
besar meskipun ia tahu dengan yakin yang bayangnya lebih kecil dari apa
yang dilihatnya. Dia tidak dapat menafikan yang ia melihat bayangannya
sendiri.
Sungguhpun bayangan dalam cermin itu tidak sama besar, apabila ia
berkata bahawa dia melihat bayangannya atau pun ia berkata bahawa dia tidak
melihatnya, ia bukan bercakap benar dan bukan pula bercakap bohong.
Maka
apakah itu bayangan yang dilihatnya???
·
Di manakaha ia berada???
·
Bagaimanakah keadaannya???
·
Ianya adalah yang dinafikan dan yang
diisbatkan, ada dan tidak ada, yang diketahui dan yang tidak
diketahui.
Adakah yang mempunyai hakikat kerana ia bukan tidak ada langsung" Deria melihatnya tetapi ia bukan ada wujud hakiki. Anda tahu pula ia maujud dan bukan semata-mata kosong sahaja.
Ke dalam hakikat seperti inilah manusia masuk dalam
waktu tidur dan selepas matinya. Dilihatnya keinginan atau nafsunya
berbentuk-bentuk. Bentuk-bentuk itu bercakap kepadanya, dan dia
pula bercakap-cakap kepada bentuk-bentuk itu seperti bercakap dengan
orang-orang yang berjasad. Orag-orang yang kashaf melihat semasa jaga apa
yang dilihat oleh orang-orang yang sedang tidur dan apa yang tleah dilihat oleh
orang yang telah mati. Begitu jugalah seseorang itu melihat amalnya
ditimbang meskipun amal itu semata-mata kualiti sahaja tanpa
berjasad. Maut atau mati adalah hanya perkara nisbah perceraian
selepas Ijtima'.
Apabila Allah memerintah yang mumkin(makhluk) menjadi apa yang telah
ditentukan dalam bakat-bakatnya, maka mereka
bergegas untuk melihat apa yang memang sedia wujud; kerana mereka
berbakat untuk melihat sebagaimana juga mereka berbakat untuk mendengar.
Apabila yang mumkin terzhohir, ianya disinari dengan cahaya.
'Adam hilang lenyap. Yang mumkin membuka matanya dan melihat kebaikan
mutlak yang sedia ada. Tidak diketahui apakah itu. Tidak juga dia
tahu itulah yang memerintahkan supaya terzhohir. Tajali Ketuhanan
mengurniakan kepada yang mumkim(makhluk) ilmu tentang apa yang dilihat oleh
mumkin; dan bukan ilmu hakiki tentang apa yang memberi kepada mumkin itu
wujudnya.
Apabila yang mumkin telah diberi cahaya, ia pun menghadap ke kiri
lalu terlihatlah 'adam. Ia pun mula memerhatinya. Ia adalah ibarat
bayangan seseorang yang terbit dirinya apabila orang itu disinari cahaya.
Yang mumkin itu bertanya, Apakah ini?". Cahaya itu menjawab
dari kanan; "Itulah
dirimu!!!".
Jika anda cahaya semata-mata, tidaklah ada bayangan
ini. Aku
ini cahaya semata-mata dan Aku tidak ada bayang-bayang. Cahaya yang ada
dalam diri anda itu adalah kerana sebahagian anda menghala kepada Aku. Anda hendaklah tahu
bahawa anda bukan Aku, kerana Aku ini cahaya tanpa bayang. Anda itu cahaya
bercampur gelap, kerana sebahagian dari anda menghala kepada Aku,
dan yang satu lagi menghala kepada 'adam. Oleh itu anda terletak anda
wujud dengan adam, antara baik dengan jahat. Wujud anda yang mumkin
itu dibawa kepada anda oleh kerana anda melihat bayangan anda itu. Jika
anda lari dari cahaya seluruhnya, lalu terus melihat bayangan anda,
maka anda akan tahu yang ia adalah bayangan kemungkinan anda itu. Anda
anggap itu bayang yang tidak mumkin. Yang tidak mumkin(mustahil) dan Yang
Wajib adalah dua perkara yang berlawanan dalam semua segi.
Jika Aku panggil anda, anda tidak akan menjawab dan anda tidak
dengar Aku, kerana pandangan kepada bayangan anda itu membuat anda pekak
untuk mendengar panggilan-Ku. Jangan lihat Aku sebentar,
kerana anda akan kehilangan bayangan anda dan mengatakan diri anda itu sebagai
Aku. Dengan itu anda akan mengatakan diri anda itu sebagai Aku.
Dengan itu anda akan jadi mangsa Kejahilan. Jangan lihat bayangan anda seketika kerana
anda akan kehilangan aku. Anda itu pekak, anda akan lupa dengan
tujuan anda itu Aku jadikan. Sekarang jadi ini dan sekejap lagi
itu. Allah jadikan dua mata untuk anda. Satu untuk melihat aku dan
satu lagi untuk melihat bayangan anda. Demikianlah kami telah terangkan
dua jalan; - Jalan cahaya dan Jalan bayangan. Satu,
jalan syukur, satu lagi jalan kufur. Sesungguhnya 'adam mustahil
itu adalah kegelapan dan 'adam yang mumkin pula adalah bukan kegelapan. Oleh
kerana itulah di dalam bayang ada Kerehatan Wujud.
MAUQIF HAKIKAT
|
Dia meletakkan aku dalam HakikatNya, dan berkata kepadaku;
Jika Kucipta ia menjadi sebuah lautan, kau akan dihubungkan dengan kapal; dan jika kau
terbuang kerana pengusiranKu, kau akan dihubungkan dengan pengembaraan; dan jika kau
bangkit atas perjalananmu, kau akan dihubungkan dengan pantai; dan jika terhalau
ke pantai, kau akan dihubungkan dengan penamaan "hakikat" dan
"laut".
Masing-masing dari dua nama ini mengundang; dan pendengaran hilang
dalam dua pengungkapannya; dan engkau tidak akan mencapai AKU, pun
tidak akan mengembara di atas laut.
Dan
kulihat kilauan cahaya sebagai kegelapan, dan air laut sebagai batu
karang.
Dan DIA berkata kepadaku;
·
Dia yang tak melihat ini, tak terikat oleh Hakikat-KU;
·
namun dia yang melihat ini telah terikat oleh Hakikat-KU.
Barang siapa yang terikat oleh
Hakikat-KU, dan menujukan dirinya kepada selain Aku, dia adalah
kafir. Semua pembatasan adalah tirai yang memisahkan sehingga AKU tidak
nampak; dan di situ tiada selain penglihatan dari Hakikat-KU yang
menjamin penglihatan terhadapnya.
Dan kusaksikan yang tak pernah berubah; dan DIA memberiku keadaan
yang berubah-ubah di mana kulihat segala hal bahawa mereka sentiasa diciptakan.
Dan DIA berkata kepadaku;
Jangan kecualikan. Semua yang dicipta itu tidak serupa.
Dan penglihatan dipisahkan menjadi dua bahagian; Penglihatan mata
dan penglihatan jiwa. Lihatlah keseluruhan hatinya, tiada bergerak
ataupun mengucap.
Dan DIA berkataku;
Bagaimana kau melihatnya di hadapan penglihatan akan Hakikat-KU????
Dan kukatakan;
Dengan menggerakkan dan membuatnya mengucap.
Dan DIA berkataku;
Ketahuilah bezanya supaya kau tak rugi.
Dan DIA membuatku berpaling jauh dari Hakikat-NYA, dan tak
kusaksikan apa-apa.
Dan DIA berkataku;
Kau melihat segala hal, dan segala hal patuh kepadamu, dan
penglihatanmu atas segala hal adalah ujian, dan kepatuhan segala hal
kepadamu juga adalah ujian.
Dan DIA membuatku berpaling dari semua itu. Dan DIA berkata
kepadaku;
Semua dari itu tak
kuacuhkan, kerana ia tak pantas bagi-KU.
DARI AKU UNTUK AKU
|
Dan di bumi ada beberapa potong
tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada
kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar yang
berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan
Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang
lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berfikir serta
memahaminya.(Al-Rad:4)
|
Mujahadah ialah permainan kanak-kanak,
dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan.
Ucapan sebegini telah beberapa kali disinggung dalam beberapa tulisan di
laman engkau. Mungkin telah ramai yang telah dibukakan Allah dalam
memahami dan mengamalkannya.
Berkatalah Aku kepada Aku
................Dalam memahaminya, apa yang diharapkan agar
engkau menyedari mana satu permainan budak-budak kecil dan mana satu urusan
orang-orang tua. Tua-mudanya pula bukan diukur pada umur atau bentuk
fizikalnya tetapi bergantung kepada bakat-bakat yang terpendam di A'yan
Sabitah. Yang kanak-kanak, ikutlah jalan kanak-kanak. Dengan
cakap wali(penjaga/ibu-bapa)engkau. Yang tua ikutlah caranya
sendiri, dengan aqal sempurna yang diberikan. Inilah jalan yang
lurus, jalan yang tidak dimurkai, jalan yang tidak disesati
Jalan inilah yang kau lafazkan berulang-ulang kali terutama semasa kamu
bersholat. Jalan inilah yang kau minta ditunjukkan, minta
dilorongkan, minta dibimbingi, dan minta dibukakan dengan
berulang-ulang pada setiap hari. Sungguhpun kau tidak nampak dengan jelas
jalan itu; sungguhpun kau tidak berapa faham mengenai jalan
tersebut, namun yang pastinya kau telahpun diletakkan atas jalan itu.
Telahpun diluluskan jalan yang kau lalui itu. Dari dulu lagi kau
bertindak, kau bergerak, kau berusaha, kau bertadbir dengan
jalan yang diluluskan dan dikhaskan untuk kau.
Sesungguhnya, Ilmu Yang Qadim itu telah Menentukan dan Menetapkan
jalan yang akan kau lalui kini. Mana mungkin kelulusan jalan engkau itu
boleh berubah dari telah sedia Qadim itu?. Ianya mempunyai Yang Wajibal
Wujud(Yang Pasti Ada) pada satu sisi dan yang mumkin pada sisi yang lain.
Jika engkau melalui mana-mana sisi, engkau akan dapati WujudNya
Allah. Dan ini adalah kekal dalam kekal dan fana dalam fana.
Hakikat tidak dicipta oleh Yang Menjadikan; Perbuatan Si Pembuat tidak
berlawanan dengan "bakat-bakat" yang terpendam itu.
"Kamu dahulunya mati, maka diberiNnya kamu
hidup(Al-Baqarah:28).
Yang engkau nak ikutkan sheikh itu, sheikh ini, guru
itu, guru ini,......... ikutlah mereka, tetapi jangan kacau pula
urusan orang-orang tua. Mereka tidak ada syeikh yang menjadi tempat
ikutan, tetapi bahkan sedang berada dalam keadaan jalan mereka.
Biarkan mereka dengan urusan mereka; dengan jalan mereka yang
tersendiri. . Budak-budak mana tahu urusan orang tua kerana orang
tua jauh fikirannya, banyak perkiraannya dan banyak
tanggungjawabnya. Engkau ada jalan yang diuntukkan untukmu
tersendiri. Pergilah bermain-main dengan kawan-kawan kau itu.
Rasailah keseronokkan permainan itu, tetapi jangan lupa apabila senja
nanti, cuci diri dan mandi dengan air itu. Jangan mandi kerbau
tahu!!!.
Kata Aku kepada Aku lagi;
Orang tua kerjanya memerhatikan Allah. Dia yakin yang Allah itu
wujud dalam tiap-tiap sesuatu. Dia mengamalkan keyakinan tersebut
sehingga dikatakan sebagai satu perjuangan untuk menyatukan tiap-tiap sesuatu
yang dipandang. Inilah urusan perjuangan mereka. Inilah
amalan mereka. Inilah maksud yang cuba di sampaikan oleh seorang
Arif;
Barangsiapa menetapkan adab kepada segala waktu, maka sampailah ia
kepada Maqam Al-Rijal;
Maqam lelaki yang sebenar-benarnya yakni keadaan orang -orang tua
yang berjalan ikut jalannya yang lurus. Dengan menetapkan tiap-tiap
sesuatu yang banyak itu menjadi satu dalam waktu itu. Menetapkan Waktu
Titik itu, Waktu Tulisan itu dan Waktu Lautan Dakwat itu, semasa
A'yan Saabitah dan semasa A'yan Khorijah dalam waktu yang sama, serentak
dan pada satu masa jua. Inilah perjuangan, inilah kesempurnaan adab
orang-orang tua yang ingin Menyatukan yang banyak menjadi Satu dan melihat Yang
Satu itu hal keadaanNya banyak yang tidak terjangkau.
Abu Yazid pernah berkata;
Aku
sampai pada Allah dengan dua langkah. Satu kaki atas nafsu(diriku)
sendiri, dan satu lagi di lorong yang Dicintai.
Kebanyakan orang berkata ini bererti berlawanan dengan nafsu dan
mujahadah???????
Sebenarnya......., satu kaki itu dalam Manifestasi(Tajali) dan
yang lagi satu itu dalam wujud keakuan diri. Satu dalam memahami diri dan
yang lagi satu dalam memahami Allah. (Siapa yang kenal dirinya,
kenallah pada TuhanNya).
Itulah jalan orang-orang tua. Yang engkau nak sibukkan diri dengan
permainan kamu itu, sibuklah kerana itu adalah jalan buat kamu,
tetapi jangan dikacau dan diganggu urusan orang tua dengan halnya
sendiri. Jangan dikata mereka nyanyuk, mereka tidak
understanding, tidak proaktif, ketinggalan zaman atau apa-apa
perkataan yang kurang beradab untuk mereka hanya dengan kerana mereka tidak
mahu ikut bermain-main dengan kau atau hanya kerana kau tidak memahami urusan
mereka. Mereka tak pernah menganggu keseronokan engkau, malah
kadang-kadang tumpang seronok dengan gelagat kau. Pergi main
jauh-jauh, dan jangan diganggu diri mereka itu.
Berkata pula yang lain bagiku; "Hai
anakku...jadikan akan amalmu garam dan adabmu tepung."
Si A ada garamnya sendiri dengan guru ghaibnya. Si B ada garamnya
sendiri dengan ilmu diri bapak bagindo mukhtarnya, dan si C ada garamnya
sendiri dengan inkisyarnya. Si D ada garamnya sendiri dengan
Masyayeikhnya. Demikian jua dengan Si E, Si F dan yang
lain-lainnya. Sikit sahaja sudah cukup kerana tepung yang adapun tidaklah
banyak sangat untuk dibuat kuih..
Alahai, betapa bodohnya aku, betapa bebalnya
aku, betapa bengongnya aku, betapa bangapnya kerana menilik-nilik
dan berbimbang untuk membanyakkan garam sehingga melupakan sesuatu yang perlu
diperbanyakkan. Terkejar-kejar ke sana ke mari, ke hulu ke
hilir, ke bukit ke bandar mencari dan melonggokan garam sehingga lupa
pada MENGISAR TEPUNG yang perlu diadun menjadikan sesuatu yang mengenyangkan.
Oooooo. begitu.........Patutlah di dalam satu majlis kenduri
dulu, seorang tua yang kenyang berisi pernah berkata kepada kawan-kawan
yang makan sehidangan dengannya;
Tidak ada wujud melainkan Allah. "Dia" Allah terzhohir
dalam bentuk "Aku". Oleh itu memahami "Aku" sendiri
adalah memahami "Dia" Allah. Yang Mengetahui dan Yang Diketahui
- "Araftu Rabbi birabbi" - Aku kenal Allah dengan Allah.
Disampuk pula oleh yang lainnya;
yang mana mengikut beliau membawa pengertian; "Dan Dialah
dalam diri kamu dan kamu tidak nampak Dia"(Az-Zaariyat:21)
Dan mencelah pula seorang yang lain dengan katanya;
Memahami atau mengetahui Allah lebih dulu dari mengetahui diri sendiri.
Dan sebelum beredar mereka sama-sama tersenyum sambil berkata;
·
Lupa akan Allah adalah lupa akan diri sendiri.
·
Lupa datang kemudian daripada tahu.
Pesan seorang kawan untuk aku;
"Jaga diri baik-baik."
PALING MERENDAHKAN DIRI
|
Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah
dan menjadi satu(dalam Ahadiah). Inilah jalan setengah
kaum sufi dan bukan orang-orang lain (Ibrar dan Ikhtiar) yang menjalankan
latihan dan mujahadah dan berkata: "Anggaplah diri anda dalam jalan
Fana dan Allah dalam jalan Baqa; Diri anda - Ubudiyah(Kehambaan) dan Allah -
Rububiyah(Ketuhanan). Ini adalah fahaman secara pertentangan
dan bukan tujuan hadis ini. (Siapa yang kenal diri akan kenal
Tuhannya).
Bukan sekadar mengagungkan jalan setengah kaum sufi itu, dan
tidaklah pula menganggap lekeh pada jalan orang-orang lain (Ibrar dan Ikhtiar).
Sekadar menyatakan
"Bilangan kunci pada peti harta menunjukkan nilai ketinggian harta
di dalam peti itu. Jalan yang berliku-liku, menurun dan
mendaki, perompak penyamun dalam perjalanan; membuktikan keagungan
tempat yang dituju oleh si pengembara. "
Selebihnya bila banyak kunci, maka mudahlah membuka peti harta itu
mengikut mana-mana pintu yang diizinkan.
Pun begitu, pemegang kunci itu tidak pernah lupa pada
liku-liku jalannya dan serakan jalan yang lain untuk sampai ke tempat peti
harta itu. Ini adalah kerena keagungan tempat itu adalah seumpama tebaran
spektrum pada sebutir permata. Percikan kilauannya sudah cukup
memperihalkan betapa Agungnya tempat itu.
Dan ini tidaklah bertentangan sebagaimana yang pernah dipesankan oleh
Sheikh Ibnu Arabi pernah menyentuh perihal isyarat ini dengan katanya;
Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah
dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli
Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri. "Ke mana saja
kamu memandang, di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an)
"Ke mana saja kamu memandang", sama ada dengan
deria atau akal atau khayalan, maka di situ ada Wajah Allah".
Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan semuanya adalah
"La ilaha illalLah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah).
Dan hakikat kalimah La ilaha illaLah inilah yang menjadi dasar pegangan
setengah kaum sufi yang berkata; "Anggaplah zat, sifat dan afaal anda
sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam
Ahadiah).". Kalimah hakikat inilah juga yang ingin
dijernihkan oleh latihan zikir. Hakikatnya adalah sama, dan jika nampak
perbezaan pun kerana wujudnya tebaran cahaya spektrum pada peti harta itu.
Dan pada satu pihak yang lain, wujudnya dua yang berbeza ini
adalah kerana wujudnya tempat tegak maqam-maqamnya. Orang yang memegang
kunci peti yang bercahaya itu tidak sama pandangan dengan mereka yang masih
dalam perjalanan mengikuti mana-mana cahaya yang dinampakkan kepadanya.
Berbeza pandangan-pandangan ini, kerana berbeza-beza tempat
tegaknya. Bila berbeza-beza tempat tegaknya, maka berbeza pulalah
hal-ahwal mereka dan idea-idea di sebalik maksud pengucapan mereka.
Fikirkan dan renungkanlah Firman Allah Taala yang bermaksud;
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan
keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta
pohon-pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram
dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang
lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang
(mahu) berfikir serta memahaminya.(Al-Rad:4)
Dengan itu jangan pula sampai tersasar pandangan mereka yang masih dalam
likuan perjalanan itu hingga terlatah sehingga sanggup menutup cahaya-cahaya
lain atau tergamak melontarkan kepada pemegang kunci itu kata-kata yang
membatalkan adab. Bersabarlah kerana sesungguhnya Allah itu bersama
dengan orang-orang sabar. Bila Allah bersama, maka adalah
nanti kenyataan anugerah kurnia yang Maha Melimpah itu.
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu
arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang
diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas
(rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui. (Al-Baqarah:115)
Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian
Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa
melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan
manusia tidak bersyukur. (Al-Baqarah:243)
Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan
derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak
binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada
sekalian alam. (Al-Baqarah:251)
"Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk
Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan
diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka
akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah : "Sesungguhnya
limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang
dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi
pengetahuanNya. (Al-Imran: 73)
Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh
kepada ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya dan limpah
kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan
mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya. (An-Nissa':175)
Demikian juga, jika difahami dengan penuh kesabaran, maka
Insya Allah kita akan menganggap kata-kata setengah kaum sufi itu;
Anggaplah
zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu
dan tidaklah keterlaluan, atau paling sederhana atau mungkin
kurang lagi (meminjam kata-kata seorang sahabat. Semoga Allah memberkatinya) jika dinyatakan
isyarat menjadi "satu" sebagai satu dalam Ahadiah sebagaimana
berikut;
Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah
dan menjadi satu(dalam Ahadiah). Inilah jalan setengah
kaum sufi dan bukan orang-orang lain (Ibrar dan Ikhtiar) yang menjalankan
latihan dan mujahadah dan berkata: "Anggaplah diri anda dalam jalan Fana
dan Allah dalam jalan Baqa; Diri anda - Ubudiyah(Kehambaan) dan Allah -
Rububiyah(Ketuhanan). Ini adalah fahaman secara pertentangan dan bukan tujuan
hadis ini. (Siapa yang kenal diri akan kenal Tuhannya).
Dasar kesederhanaan ini yang pula seakan bertentangan dengan
ahli-Al-suluk ialah pada memahami isyarat berkenaan dengan maksud tujuan hadis
itu. Sebagaimana yang telah disinggung, pertentangan kefahaman ini
adalah kerana berbezanya tempat tegaknya. Tidak menghairankan,
seorang Aulia Allah Sheikh Abdul Shomad Muhammad Soleh(Tok Tabal) ada mencatatkan
beberapa keterangan berkaitan dengan perbezaan ulama dalam memahami tujuan
hadis tersebut dalam kitab peninggalannya "BabuHarap" di bahagian
khatimah kitabnya.
Tulisan ini bukanlah ingin memperincikan keterangan-keterangan Tok Tabal
berkenaan perkara tersebut, tetapi sebagai usaha untuk menyatakan kesederhaan
mereka yang berkata;
Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah
dan menjadi satu(dalam Ahadiah).
Dengan memahami keseluruhan berkenaan dengan idea yang berkaitan dengan
Ahadiyah atau sebaiknya Martabat Tujuh, maka teranglah pada kita akan
kesederhanaan mereka bahkan mungkin kurang lagi. Dan perlu ditegaskan
apabila kita sebut sahaja Martabat Tujuh, bukanlah sebagaimana yang
difahami oleh Ahli-Suluk sebagai Tujuh martabat nafsu. Keterangan
berkaitan dengan ini, boleh suadara kutip dari keterangan Imam Ghazali
sebagaimana yang tercatat pada Kitab Sira-Ssalikin juzuk pertama.
Dan di medan ini, bukanlah tempat yang memadai untuk membicarakan
perihal yang berkaitan dengan Martabat Tujuh yang disebut;
·
Alam Ahadiyah
·
Alam Wahdah
·
Alam Wahidiyah
·
Alam Arwah
·
Alam Misal
·
Alam Ijsam
·
Alam Insan Yang Kamil
Tambahan adab-adabnya ialah dengan
merujuk kepada ahli-ahlinya sebagaimana yang pernah dipesankan oleh Aulia
Allah. Ini adalah kerana bicaranya adalah berkaitan dengan pati Ilmu
Tauhid, Ilmu Hakikat, berkenaan dengan Hakikat Muhammadiyyah dan Hakikat
Insaniyah, A'yan Sabitah dan A'yan Khorijah serta peringkat-peringkat
Musyahadah dan Tajali Allah.
Secara pengenalannya Martabat
Ahdiyah yang dinamakan Martabat La Ta'Yun(martabat yang
tiada nyata Hakikat Muhammadiah) dan dinamakan juga Zat Al-Mutlak atau Zat Al-Bakhat iaitu memandang dengan hati akan
semata-mata Wujud Zat Allah Taala dengan tiada iktibar SifatNya dan AsmaNya dan
AfaalNya dengan sekira-kira ghaib segala Alam dan dirinya(hamba) dengan
memandang Allah Taala; tiada ingat dalam hatinya' hanya Allah Taala jua.
Dan martabat ini adalah Martabat
Sifat Nafsiah(istilah Ilmu Usuluddin) kerana martabat Zat pada ulama Tahqiq daripada
Ahli Tasauf.
Dan dengan kerana sebab-sebab inilah, dinamakan juga Martabat
Al-Itloq yakni bermaksud lepas dari sesuatu. Dan sebahagian maksud
dinamakan dengan Martabat La Ta'Yun kerena tidak ada nyata sesuatu jua pun.
·
Adalah misal bagi menghampirkan faham ialah
Martabat Ahadiyah ini seperti kertas putih yang lapang yang tiada di
dalamnya suatu qaid jua
·
Dan dimisalkan pula Martbat Wahdah itu seumpama
noktah dalam daerah bulatan yakni titik yang satu. Maka adalah noktah ini
asal bagi segala huruf yakni yang menerima lagi mengandungi segala huruf yang
hendak disuratkan tetapi Ijmal yakni berhimpun di dalamnya; dengan tiada
kenyataan huruf-hurifnya..........(Petikan dari Kitab Manhalus Shofi)
Saudara harus ingat...bahawa misalan di
atas adalah sebagai menghampirkan faham. Jangan pula bersikap seperti
mereka yang menjadikan tempat tiliknya pada misalan lantas tenggelam dan
tetap di dalamnya. Tidak hairanlah, ada yang cuba bermain-main
dengan kiasan atau misalan ini yang boleh mengusutkan dan mengelirukan orang
ramai. Lihatlah contoh mereka tanpa mengira batas adab-adab mengeluarkan
pertanyaan kepada umum seperti;
Titik itu apa? Apa sebelum titik itu? Dan apa pula selepas
titik itu?
Semoga Allah membimbingi diriku dan saudara-saudaraku yang berhemah agar
sentiasa menjaga adab-adabnya.
Dan jangan pula ada yang terasa atau tersinggung bila satu golongan
mengatakan;
Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhatikan yang Allah ada
di mana sahaja adalah perjuangan.
kerana sebelum dewasa, kita yang kanak-kanak ini mesti beradab
dengan kanak-kanak juga sebagai fitrahnya.
Dengan demikian, bukankah paling sederhana, atau
mungkin kurang lagi mereka yang berkata;
Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah
dan menjadi satu(dalam Ahadiah).
sebagaimana yang dipandang oleh Sheikh Jalaludin Rumi sebagaimana
berikut;
Orang yang mengatakan "Anal-Haqq" mengisbatkan Wujudnya Allah
dan menafikan wujudnya sendiri. Dia telah menyerahkan seluruh dirinya
kepada Allah Yang Esa. Itulah sebabnya ia berkata,
"Anal-Haqq" yang bererti ;
"Aku tidak ada apa-apa.Yang ada itu hanya Allah. Dialah Maha Segala
dan Maha Wujud".
Inilah yang dinamakan paling merendahkan diri, paling
menundukkan diri, paling sujud kepada Yang Esa, hingga diri sendiri
tidak wujud.
"Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk
Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan
diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka
akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai
Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah,
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah
kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. (Al-Imran: 73)
Sebagai kiasan antara lautan Ahdiyah dengan titikan Wahdah untuk
renungan bersama
Jika anda lihat dakwat, huruf hilang. Jika anda lihat
huruf, dakwat hilang.
WalLlahu ta'lam A'lam
Fakir
Suluk
Jalaluddin Rumi
GUNANYA KESUSAHAN DAN KESUKARAN
|
Lihatlah kacang yang direbus dalam periuk. Kacang itu naik ke atas seolah-olah melompat apabila air periuk itu panas mendidih. Seolah-olah kacang itu berkata;
"Kenapa kau rebus aku?. Kamu beli aku, kemudian kamu
siksa aku dalam periuk ini.....kenapa?".
Si suri rumah terus
memukul dengan senduknya, lalu berkata;
"Diam engkau dalam kuali itu baik-baik. Jangan lari
keluar. Aku rebus engkau bukan kerana benci, tetapi untuk
menyelamatkan engkau. Engkau akan jadi makanan, dan akan menyerap
jadi tenaga. Kesengsaraan yang engkau deritai itu bukanlah
kezaliman. Tatkala engkau masih hijau dan segar dalam kebun, engkau
minum air di sana. Minum air itu adalah demi untuk api.
Kasih sayang Allah
mengatasi KemurkaanNya. Kerana CintaNya itu, kita
dizhohirkan. Tujuan itu tidak dapat direalisasikan(disedari) jika sifat-sifat
basyariyah kita tidak dibersih, dicuci, diubah dan dicanai terlebih
dahulu.
Tanpa keinginan selera, darah dan daging tidak tumbuh. Kalau
tidak tumbuh apa yang hendak di "makan" oleh Cinta Ilahi
itu?. Engkau akan dicuci, dibersih, dicanai, barulah
boleh mencapai Martabat Keruhanian Yang Tinggi.
·
Mula-mulanya engkau di bumi, wahai kacang!!!
·
Kemudian engkau dimakan.
·
Engkau dicerna oleh orang yang memakan
engkau, lalu engkau menjadi tenaga - satu unsur kejiwaan.
·
Keadaan tumbuh-tumbuhan engkau hilang dan engkau
masuk ke kehidupan kemanusiaan atau kebinatangan dan menyerap dalam hidup
mereka.
·
Akhirnya kembali ke dalam Sifat-Sifat Allah.
·
Engkau lahir dari Sifat-Sifat Allah dan
kembali ke dalam Sifat-Sifat Allah.
Engkau adalah sebahagian dari awan, matahari dan bintang. Kemudian engkau jadi hidup, tindakan, perkataan dan fikiran, melalui perubahan, peralihan yang semestinya diiring oleh penderitaan, kesusahan dan kesengsaraan.
Oleh itu benarlah
kata-kata Sufi yang Syahid, al-Hallaj yang mengatakan;
"Bunuhlah aku wahai sahabat!!!. Dengan mati itu akan akan
hidup yang lebih baik".
Hidup baru
mengganti hidup yang sekarang ini; dan hidup itu adalah lebih baik dan
lebih indah dari hidup yang sekarang.
Dan betapa bermaknanya Firman Allah Taala;
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Asy-Syar-h;
5,6)
Jalaluddin Rumi
SAHABAT YANG BERKATA 'AKU'
|
Seorang hamba Allah pergi ke rumah sahabat lalu mengetuk pintu. Rakannya berkata; "Siapa di luar sana?" Dia menjawab; "Aku".
Lalu berkatalah sahabatnya, "Pergi kau
dari sini!!!!!!!. Di tempatku ini tidak ada ruang bagi mereka yang masih
mentah(dalam bidang Tauhid, Mengenal Diri dan Mengenal Allah).
Hamba Allah itu pun pergi dari situ dengan hati yang duka. Setahun
kemudian dia datang lagi. Beliau mengetuk pintu rumah sahabatnya dengan
hati yang berdebar-debar.
"Siapa itu?" kata sahabatnya.
Dia menjawab dengan berhati-hati sekali. "Engkau,
wahai tuan yang mengenal diri!" kata hamba Allah
itu.
Sahut rakannya,
"Oleh kerana engkau sekarang aku, masuklah; tidak ada
tempat bagi dua "AKU" di rumah ini. Hujung dua benang tidak
dapat masuk dalam satu lubang jarum. Oleh kerana engkau SATU,
masuklah ke lubang jarum itu".
Intaha Jalaluddin Rumi
Di rumah ini hanya ada Aku. Hanya Aku sahaja yang boleh
dimasuki. Cuma Aku sahaja yang diktibarkan; cuma Aku sahaja yang
dimaklumkan. Tidak ada Aku melainkan Aku. Demikian jua, Tidak
ada Engkau Melainkan Engkau. Di dalam rumah Keesaan ini tidak ada ruang
untuk berbilang-bilang sebagaimana yang anda sangkakan. Di sini Aku hanya
sedar akan wujudnya Aku sahaja. Aku hanya sembah Yang Esa itu. Aku
bukannya penyembah bentuk kerana kepada penyembah bentuk, mereka sentiasa
nampak dua.
Keluarlah dari bidang kesedaran bentuk kerana apabila anda keluar dari
bidang kesedaran bentuk, anda akan nampak Satu. Sementara anda lihat
bentuk sahaja, anda nampak dua. Janganlah tengok mata,
tengoklah sinaran dari mata itu.
Fahamilah.........dalam bidang keruhanian, tidak ada pemisahan,
tidak ada bilangan, tidak ada individu. Alangkah seronoknya
kesatuan sahabat dengan SahabatNya. Tangkaplah keruhanian itu dan
peluklah ia. Hancurkan segala bentuk hingga binasa. Galilah harta
yang bernama Keesaan itu.
Bagaimanakah yang sedang bermain-main bisa memahami ini? Bagaimanakah
penyembah-penyembah bentuk akan menyedari ini?
"Ana Ahmad bilal Mim"; di mana "mim" dalam Ahmad adalah
punca pertentangan atau Manifestasi yang bertentangan dalam alam; iaitu;
Dalam ketenangan laut Ahdiyah satu buih(Wahdah) timbul dan daripadanya
banyak terzhohir (Wahdiyah), yang menjadi punca sifat-sifat yang
bertentangan.
Berkenaan buih ini, seorang Aulia pernah berpesan;
Apabila laut telah melemparkan buih itu ke pantai, katakanlah
kepadanya;
"Di manakah kekuatan anda sekarang?"
Dengarkanlah mereka menjawab;
"Tanyalah
pada laut, jangan tanya pada kami!"
SIFAT PENCELA YANG MEMBINASAKAN
AMALAN
'UJUB ATAU 'AJIB
|
Bahagian Pertama
Yang menjadi sebab mengapa kita harus
menjauhkan Ujub ialah kerena ada dua perkara;
Pertama; Ujub itu
menyebabkan terhalangnya taufiq dan menghalang ia ta'yid daripada Allah
Taala. Bila tiada taufiq dan pemeliharaan dari Allah Taala, maka
tentu akan cepatlah dan mudahlah seseorang itu mendapat kecelakaan.
Firman Allah Taala yang menjelaskan punca kekalahan tentera Islam dalam
peperangan Hunain;
"Dan pada hari perang Hunain kerena kamu 'Ajib sebab ramai
kamu, maka tiada terkaya daripada kamu akan sesuatu"
Sabda Rasulullah SAW;
·
Tiga perkara yang membinasakan manusia
·
(Pertama) Kikir yang diikuti
·
(dan Kedua) Hawa nafsu yang diikuti yakni
mengikut perbuatan yang disukai oleh nafsunya
·
(dan Ketiga) 'Ajib seorang akan dirinya.
Asysya'bi berkata;
"Ada seorang bila ia berjalan dinaungi oleh awam. Maka ketika
berjalan ada orang berkata; "Saya akan berjalan di belakang orang
itu di bawah naungannya. Tiba-tiba datang "Ujub pada orang yang
bernauangan dengan awam itu dan berkata; "Orang semacam itu
akan berjalan di bawah naunganku!!!". Maka berjalanlah keduanya,
kemudian ketika berpisah jalan, mendadak naungan itu ikut pada orang yang
dihina itu".
Kedua; Ujub itu akan
merosakkan amal sholeh. Menghancurkan semua ganjaran pahala, malah
memadamkan cahaya mata hati. Oleh kerana itulah, Nabi Isa a.s
pernah bersabda;
Wahai hawarij-hawarij; sangat banyak lampu yang padam oleh
angin, ramai ahli ibadah yang rosak oleh Ujub.
Di kalangan orang awam, penyakit ujub ini tidaklah digeruni sangat
oleh mereka. Ini adalah kerena mereka tidak pernah punya cahaya untuk
bermusyahadah dengan Allah Taala.
Berbeza dengan golongan Salikin, 'Ujub pada mereka adalah seumpama
penyamun dan perompak dalam perjalanan mereka. Mereka amat berhati-hati
sekali berhadapan dengan musuhnya yang licik ini. "Ujub boleh muncul
dan menjelma secara tiba-tiba sahaja, tidak kira di mana daerahnya,
dan dalam berbagai-bagai rupa dan bentuknya.
Pada pandangan Ahli Makrifat pula, bala disakiti tubuh badan atau
dikeji oleh manusia itu terlebih baik daripada memandangkan diri yang banyak
berbuat amal('Ujub).
Tidak hairanlah Abdullah bin Mas'uud r.a. pernah berkata;
"Keselamatan
dalam dua macam; Taqwa dan niat. Dan binasa itu juga dalam dua
macam iaitu putus harapan dan 'Ujub"
Sayyidina Omar Al-Khattab pula menanggapi pula sebagai sesuatu yang
menjadi terhalangnya syarat-syarat kesempurnaan ibadat sebagaimana berikut;
"Sesungguhnya
kesempurnaan taubatmu, bila engkau ingat selalu pada dosamu; dan
kesempurnaan amalmu harus menghindarkan 'Ujub; dn kesempurnaan
Syukur ialah menyedari kekurangan-kekuranganmu".
Bukan setakat, parasit yang merosakkan ibadat , hama yang
menghancurkan pahala, musuh yang licik dan tersembunyi, yang
memadamkan cahaya mata hati, yang membinasakan, yang membalakan
seorang hamba, malah seorang Aulia Allah Sheikh Abdul Malik Muhummad(Tok
Pulau Manis) pernah mengisyaratkan bahawa Ujub itu boleh menjeremuskan seorang
yang suka dengan nikmat ibadatnya kepada lembah Kufur Nikmat. sebagaimana
berikut;
Suka dengan taat daripada sekira-kira zhohirnya(taat) daripada hamba
dengan ikhtiarnya dan iradat(kehendak)nya dan haul(keupayaan)nya dan
kuat(kekuatan)nya. Maka inilah suka yang dicela; yang ditegahkan
daripadanya "Kufur Al-Nikmat". Inilah setengah daripada 'Ajib
yang membinasakan pada amal.
Sayyiditina A'isyah r.a ketika ditanya oleh seorang; "Bilakah
saya mengetahui bahawa diriku telah berbuat baik?"
Jawabnya; Bila kamu merasa belum baik. Lalu ditanya
lagi; Bilakah
saya mengetahui bahawa aku jahat(busuk/keliru). Jawabnya; Jika kamu
merasa bahawa kamu sudah baik"
Umar bin Abdul Aziz jika khutbah lalu kuatir Ujub, ia hentikan
khutbahnya dan bila menulis lalu takut Ujub, ia koyak-koyakkan tulisannya
sambil membaca; "Allahumma inni a'udzu bika min syarri
nafsi" (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku).
Cukuplah sebagai menyatakan bahawa Ujub ini satu perkara yang
besar. Yang amat berbahaya. Sesuatu yang tidak boleh dipandang lekeh dan
remeh, terutamanya pada mereka yang ingin berjalan kepada
Allah. Jika yang dimaksudkan dalam beribadat akan
faedah-faedahnya,
·
sedangkan sifat-sifat Ujub boleh menyebabkan tidak
diberi faedah,
·
sehingga tidak berhasil baginya kebaikan sebaliknya
keburukan yang diperolehi
·
malah menghapuskan terus kebaikan dan
melemparkannya ke lembah Kufur Nikmat,
maka sudah sewajarnyalah kita harus
berhati-hati menjaga hati dan diri daripada terlibat dengan penyakit yang rosak
lagi merosakkan ini. Allah jua yang memberikan Taufiq dan
PemeliharaanNya.
Ketahuilah olehmu, bahawasanya Ujub itu ialah menganggap agung atas
amal sholeh, ilmu yang diperbuat oleh dirinya sendiri. Contohnya
dengan mengatakan "Akulah yang paling sholeh, tidak ada
orang lain yang melebihi kesholehanku". Menurut
perkiraan si hamba bahawa yang menjadi sebab berhasilnya kemuliaan amal sholeh
itu ialah dengan sebab adanya suatu perkara, bukan dengan pengantaraan
Allah, atau dengan sebab manusia itu sendiri.
Dengan kerana inilah terkadang Ujub itu berbentuk segi tiga.
Ketiga-tiga lengkap iaitu dirinya sendiri, makhluk dan barang.
Terkadang Ujub ini dalam rupa dua segi. Ini berupa apabila
tersuntik perasaan dan pendapatnya bahawa amal sholehnya disebabkan oleh
dirinya dan harta-bendanya. Contohnya;
·
Kalau aku tidak punya wang, tentu tidak akan
dapat naik Haji
·
Kalau aku tidak berusaha lebih, tentu tidak
akan berjaya sepertimama sekarang.
·
Kalau aku tidak mengajar mereka, tentu mereka
semua masih jahil lagi.
Kadang-kala Ujub itu tinggal iaitu
dengan dirinya sendiri. Tidak melibatkan makhluk dan benda-benda
lain. Contohnya;
·
Alangkah mulianya aku
·
Betapa rajinnya aku
·
Alangkah hebatnya aku
Kata Imam Ghazali r.a;
Hakikat 'Ujub itu ialah Takabur yakni membesarkan diri yang hasil di
dalam batin dengan sebab disangka akan dirinya itu bersifat dengan sifat
kesempurnaan daripada Ilmu atau daripada amal. Maka jikalau terdapat
ketakutan atas hilangnya ilmu atau amal, tidaklah ia dinamakan
Ujub. Demikian juga jikalau suka ia akan sifat kesempurnaan dengan
memandang keadaan nikmat itu daripada Allah Taala, maka itupun tidak
dinamakan Ujub. Tetapi sekiranya dibangsakan kesempurnaan itu kepada
dirinya dengan tidak bimbang akan hilangnya kesempurnaan itu dan tidak menilik
akan limpah nikmat daripada Allah, maka ini dinamakan Ujub.
Inilah penjelasan Imam Ghazali sebagaimana yang terdapat dalam Kitab
Mukhtasar Ihya Ulumuddin. Adapun yang terdapat dalam Arba'in Fi Usuluddin
ialah sebagaimana berikut;
Adapun hakikat Ujub ialah melihat akan kebesaran dirinya dan sifatnya
yang nyata daripada beberapa nikmat Allah Taala seperti amal atau ilmu atau
lain-lainnya dan tetap hati itu suka kepada nikmat itu serta lupa ia akan
idhofah nikmat itu kepada Allah yang memberi nikmat itu di samping sentosa ia
daripada hilang nikmat itu daripadanya.
Di sini timbul pertanyaan. Bagaimana bisa terjadi kekeliruan atas
hamba Allah yang makrifat sampai lupa dan tidak tahu bahawa Allahlah yang
memberi Taufiq kepadanya berbuat amal sholeh, Yang Mengagungkan QadarNya
dan memperbanyak pahalanya atas kurnia Tuhan???
Dalam hal ini, dalam Kitab Minhajul 'Abidin, Imam Ghazali
ada menjelaskan bahawa dalam perkara 'Ujub ini, manusia itu terbahagi
kepada tiga golongan;
Golongan
Pertama. Ada yang ujub selama-lamanya, sekalipun
dia ingat akan adanya krunia Tuhan, tetapi dia tetap saja ujub.
Inilah golongan Mu'tazilah dan Qadariyah. Mereka tidak memandang kepada
Allah, sebab menurut pendapat mereka itu, bahawa
kelakuan-kelakuannya adalah perbuatannya sendiri, bukan dari Allah,
bukan dari Allah. Ini merupakan Aqidahnya sehingga sentiasa Ujub
selama-lamanya. Mereka ingkar akan adanya pertolongan dan Taufiq dari
Allah yang khusus dan juga adanya LathifNya Allah. Hal ini disebabkan adanya
syubhat yang menguasai mereka.
Dalam hal ini aku(suluk) berkata; apa bezanya mereka
yang mengaku dan mendakwa beri'tiqadkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, tetapi
dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang lebih kurang sama
dengan golongan Muktazilah dan Qadariyah ini.
·
Kita yang merancang, kita yang melaksanakan
sehingga kini kita yakin kita boleh berdiri sama tegak dengan mereka yang telah
maju. Yakinlah pada diri kita sendiri dan yakinlah pada kebolehan
kita. Sememangnya kita boleh. Kemajuan diri dan negara adalah
bergantung dengan keyakinan kepada slogan "Kita boleh".
·
Jikalah aku tidak mengadakan program itu dan
itu, maka adakah kamu semua akan dapat menikmati semua kemudahan yang
dinikmati sekarang ini? Dari itu percayalah kepada aku dan golongan yang
menyokongku kerana hanya mereka yang boleh membawa anda menuju ke gerbang
kejayaan.
Nampak manis tetapi penuh dengan
suntikan hama ujub dan tipu muslihat untuk kepentingan diri dan dunia
mereka. Yang bodoh dan tolol akan percaya kepada mereka. Sama-sama
menyuburkan menggemukkan sifat Ujub ini dalam diri mereka. Waspadalah
kepada pembawa-pembawa virus ujub dan riya ini yang berpunca dari sifat Takabur
ini.
Golongan
Kedua. Golongan kedua ini adalah golongan yang ingat adanya kurnia dari
Allah. Semua perilakunya walau bagaimanapun tidak terluput dari memandang
kurnia Allah. Golongan inilah golongan yang lurus. Tidak pernah
ujub sedikitpun atas amal-amalnya. Hal ini kerana adanya kewaspadaan
hati/batin yang diberikan oleh Allah, dan dikhususkan dengan pemeliharaan
tersebut dari Allah Taala.
Golongan
Ketiga. Golongan yang campuraduk. Kadang-kadang ujub dan kadang
tidak, iaitu umumnya Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Terkadang ingat akan
kurnia Tuhan, tetapi terkadang lupa. Rasa "AKU"nya terkadang
muncul secara mendadak. Hal ini kerana kelemahan dalam ijtihad dan
kewaspadaan mereka.
Sememangnya sebagai seorang manusia yang lemah, sifat lupa dan
ingat silih berganti. Penyakit ini bukan boleh diubati semata-mata dengan
ibadat yang banyak, bukan dengan kebajikan yang banyak, kerana
ianya sesuatu hal yang bersangkutan dengan tempat tilik hati. Jika hati
sentiasa sahaja menilik diri dan amal, maka bagaimana bisa terselamat
daripada mengakui dan merasai bahawa kita yang beramal dan diri yang
mengerjakannya.
Pada suatu masa Nabi Daud a.s. keluar ke pesisir untuk beribadat dan
ketika telah genap setahun, ia berdoa; "Ya
Rabbi, Ya Tuhanku, telah bongkok punggungku dan lemah mataku dan
kering air mataku, tetapi aku belum juga mengetahui bagaimana
nasibku"
Maka Allah menyuruh katak untuk menjawab doa Nabi Daud itu. Lalu
katak berkata;
"Hai
Nabi utusan Allah, apakah anda mengungkap dan mengingat-ingatkan pada
Tuhan ibadatmu yang setahun. Demi Allah yang mengutusmu menjadi
Nabi, saya di hutan ini selama tiga puluh tahun (atau enam puluh tahun)
bertasbih, bertahmid kepada Tuhan, sedang persendiaanku tetap
gementar kerana takut kepada Tuhanku".
Maka menangislah Nabi Daud mendengar kata-kata katak yang
menyedarkannya.
Itu yang berlaku pada seorang Nabi lagi Rasul. Walaupun ianya
sebagai jalan dan cara bimbingan Allah untuk mentarbiyahkan Rasul dan
Nabinya, namun iktibar dan pengajarannya adalah untuk umat dan
hamba-hamba Allah yang mahu berfikir. Yang nyatanya, hama Ujub yang
cukup bahaya ini, bisa menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengenal taraf
dan kedudukan, maka sewajarlah bagi kita yang serba kekuangan ini
mengambil usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjauhkan penyakit ini.
Lupakan dulu seketika tilikan hati untuk mengira-ngira amal ibadat yang penuh
dengan aib itu. Lupakan dahulu perbuatan menghitung-hitung kebajikan yang
bercampuraduk dengan nafsu syahwat itu. Pendek kata lupakan dulu
ketaatanmu baru dikerjakan beberapa tahun lalu untuk membuat sedikit
koreksi. Adakah hama atau parasit 'Ujub ini dalam diriku?
Untuk itu, marilah sama-sama kita jelujuri pula perbahasan
mengenai Pokok-pokok Penyakit Ujub ini.di samping mengenal kepelbagaian wajah
dan bentuknya.
Bersambung.....Insya Allah
Allahu A'lam
Pemaparan Urusan Ghaibi
|
Apabila lalat tercebur dalam madu, semua anggota badannya kaku dan
tidak bergerak lagi. Begitulah juga keadaannya ISTIGHRAQ yang bermaksud lenyap
atau bersatu dengan Tuhan. Jika anda mahu gelarkan fana pun itulah yang
dimaksudkan. Gunakan apa istilah sahaja yang anda suka seperti Ittihad
atau Hulul atau Jami' atau Sakr atau Wahdatul Wujud atau lain-lain istilah
lagi, kesemuanya adalah merujuk kepada atau sebagai ingin memaksudkan
tidak ada kesedaran wujudnya sendiri dan tidak ada daya usaha dan geraknya
sendiri. Tindakan yang dilakukan bukan tindakannya sendiri.
Perkataan yang terluncur keluar bukanlah atas kehendaknya sendiri. Dia
sedang tenggelam dalam lautan keesaan Tuhan.
Sekiranya ia diibaratkan masih tercungap-cungap dalam air dan berteriak, "Oh,
aku tenggelam!!!" maka itu menunjukkan ia belum bersatu dengan
Tuhan. Orang yang Istighraq saja yang tahu maksud kata-kata "Anal-Haqq".
Orang yang tidak mengerti mungkin menyangka kata-kata itu keterlaluan
dan membesarkan diri. Malah ada lagi yang lebih tidak mengerti akan
mengatakan kata-kata itu ada sesat atau kafir. Padahal mengatakan "Anal-abd" (Akulah hamba iaitu
hamba Tuhan) itulah yang menyombong dan membesarkan diri. Mengatakan
"Anal-Haqq" itulah penyataan yang paling merendah diri dan menundukkan
diri di Hadrat Tuhan.
Orang yang mengatakan "Anal-abd" mengisbatkan dua wujud iaitu
Wujud Tuhan dan wujudnya sendiri.
Orang yang mengatakan "Anal-Haqq" mengisbatkan Wujudnya Allah
dan menafikan wujudnya sendiri. Dia telah menyerahkan seluruh dirinya
kepada Allah Yang Esa. Itulah sebabnya ia berkata,
"Anal-Haqq" yang bererti ;
"Aku tidak ada apa-apa. Yang ada itu hanya Allah. Dialah Maha Segala
dan Maha Wujud".
Inilah yang dinamakan paling merendahkan diri, paling
menundukkan diri, paling sujud kepada Yang Esa, hingga diri sendiri
tidak wujud.
Jadi kenapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak ada
pengetahuan mengenainya?. Bukankah erti zholim itu ialah meletakkan
sesuatu bukan pada haknya(tempatnya)?. Kamu zholim kerana kamu menuduh
mereka sesat, kamu zholim kerana kamu telah meletakkan kemuliaan Aulia
Allah, kekasih Allah, penzhohiran Allah ditempat yang tidak
sepatutnya.
Ilmu mereka tidak setanding dengan ilmu yang perolehi dari kitab-kitab
atau mulut-mulut manusia. Kamu tidak memiliki ilmu-ilmu seperti yang
mereka miliki malah mereka memiliki sesuatu yang ada padamu dan sesautu yang
tidak ada padamu. Ini adalah kerana ilmu mereka di ambil terus dari
Tuhan. Apabila mereka berkata mereka berkata dengan Kalam Tuhan tetapi
apabila kamu berkata, kamu hanya mengajuk-ngajuk percakapan orang lain
atau atas dorongan keegoan nafsumu.
Sedarlah bahawa pengetahuan, khayal dan kefahaman anda adalah ibarat
kuda kayu yang ditunggangi oleh anak-anak untuk mainan. Ilmu orang keruhanian
meninggikan peribadinya. Ilmu orang biasa jadi beban kepadanya. Allah
berfirman: "seperti keldai yang membawa kitab".
Beratlah ilmu yang tidak diilhamkan olehnya, tetapi jika anda bawa ilmu
bukan untuk kepentingan sendiri, beban itu akan diringankan dan anda akan
senang. Bagaimana anda boleh bebas jika tidak mabuk dengan dia???.
Wahai anda yang berpuas hati dengan tanda-tandanya saja. Dari sifat dan
nama apa yang lahir? khayal semata-mata. Tetapi khayal menunjuki jalan ke
Hakikat. Adakah sebarang nama tanpa yang dinama?
Naiklah melampaui nama dan huruf. Jadikan dirimu suci bersih dan
lihatlah dalam hatimu semua ilmu Nabi-nabi. Tanpa kitab tanpa belajar dan tanpa
guru.
Belajarlah dari bawah ilmu-ilmu mereka, kenalilah dahulu hal-ahwal
ilmu-ilmu mereka nescaya kamu akan mengerti maksud isyarat Imam Ghazalii;
Ilham adalah kesan Wahyu. Wahyu
adalah penerangan Urusan Ghoibi manakala Ilham ialah pemaparannya. Ilmu yang didapati menerusi Ilham dinamakan Ilmu Laduni.
Ilmu Laduni ialah ilmu yang tidak ada perantaraan dalam mendapatkannya
di antara jiwa dan Allah Taala. Ia adalah seperti cahaya yang datang dari lampu
Qhaib jatuh ke atas Qalbu yang bersih, kosong lagi halus(Lathif).
Kamu jua akan memahami kata-kata Jalaludin Rumi;
Ruh dihembuskan pada tanah liat. Dia zhohir ke dunia dalam tanah
liat yang dibentuk. Dia jadi Nuh dan masuk ke bahtera. Dengan
doanya bumi banjir.
Dia jadi Ibrahim dan masuk ke dalam api. Api jadi sejuk dan tidak
membakar.
Kemudian dia jadi Isa, naik ke langit dan memuji TuhanNya.
Pendeknya Dialah yang datang dan pergi dalam setiap generasi. Akhirnya
Dia zhohir dalam bentuk orang Arab dan menjadi penakluk kerajaan dunia.
Dia jadi pedang di tangan Ali. Dialah juga yang meneriakkan "Ana
al-Haq" dalam bentuk manusia. Yang naik ke tempat pembunuhan itu
bukan Mansur Al-Hallaj sebagaimana sangka si bodoh.
Jalaludin Rumi tidak pernah berbohong. Percayalah kepadanya.
Wahyu adalah penerangan Urusan Ghoibi manakala
Ilham ialah pemaparannya. Inilah sebahagian
daripada pemaparan Urusan Ghoibi(Wahyu) dari firman Allah;
'Lalu kami tiupkan padanya dari roh kami.'(Surah Al-Tahrim ayat
12)
HAKIKAT SEKARANG
|
Aulia Allah Sheikh Ahmad Al-Alawi
Penyeru kepada
kehampiran Ilahi telah menyeru mereka;
"Sesungguhnya
Aku bersamamu",
kerana
"ke mana sahaja kamu memandang"
di situ ada
CahayaKu. Satu dalam ZatKu.
Dalam semua perkara
Aku terlihat. Tidak lain kelihatan kecuali Aku. Tabir makhluk
Kujadikan sebagai melindungi hakikat. Pada makhluk, ada
rahsia-rahsia yang tiba-tiba memancar keluar.
Siapa yang jahil
tentang ZatKu di bawah tabirKu, dia akan bertanya di mana Aku?.
Katakan;
Aku sentiasa
ada, di mana sahaja. Aku tidak tertakluk kepada ruang atau
lompang. Marilah ke Hadirat Ilahi yang kekal abadi.
Adakah yang lain
sekutu bagiNya?
Tidak, Dia
yang dahulu dan Dia jua yang sekarang dan yang akan datang. Aku Yang
Mutlak dan Tidak Terbatas. "Di mana" itu adalah hanya
sebenarnya "melalui Aku sekarang". Aku tidak tertakluk kepada
tempat.
Yang paling Tinggi
dan Yang Tertinggi tidak tertakluk kepada sempadan. Yang paling Rendah
dan Yang Terendah tidak ada rendahnya lagi.
Aku adalah Rahsia
Zat, Harta Tersembunyi.
Tidak ada hujung
bagi nafasKu, tidak ada hujung bagi panjangKu. Di samping
tersembunyi, Aku juga terzhohir. Aku bertanya, Aku
menjawab. Tidak ada lain mencelah.
Dia mengadakan
kesusahan, Dia mengadakan kedamaian. Dia mengadakan
kekuasaan, Dia menghilangkan kekuasaan.
Aku Satu,
Tunggal, Esa. Meliputi, tidak ada lompang untuk yang
lain. Di dalam Aku, di di luarpun Aku. Akulah di
mana-mana, bila-bila. Adakah lain daripadaKu wujud, kosong
dari SifatKu?
ZatKU adalah zatnya
wujud, sekarang dan selalu sentiasa. Tidak terhadnya, Aku
tidak terhad sedikitpun. Di manakah yang lain hendak mencelah ke dalam
Tidak Terhad itu? Manakah yang lain jika semuanya diliputiNya?
Bersama dan
berpisah pada dasarnya sama jua. Melihat makhluk adalah melihat Hakikat
itu. Jika makhluk ditafsirkan sebenarnya, tafsirnya semuanya dalam
"Dia sangat hampir".
Anda berada dalam
hampirNya itu. Janganlah ditempatkan Dia. ZatNya itu tidak terjangkau oleh
selain daripada Dia. Tidak terjangkau dan tidak tercapai. Dia tersembunyi dalam penzhohiranNya. Hijab demi hijab
menyelubungi KeagunganNya.
Barzakh
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................

No comments:
Post a Comment