Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sesungguhnya Aku berniat kerana Allah:
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat Allah.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada Mu Ya Allah..
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Hembusan Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
الحمد لله syukur kepada الله
Seberapa Kafirkah Kita?!
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............
ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI
LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN
WALAH.............
SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA
ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN
NABIYAN WA RASULA.............
AMMA BA'DU,
Seseorang yang dikatakan murtad adalah orang yang sengaja
ingin keluar daripada agama Islam dan kembali kepada kekafiran dengan
kesedarannya sendiri pada saat itu atau pada saat kemudian kerana meragui dan
meragukan kebenaran ajaran agama, samada keluarnya itu masih berupa isyarat
kerana sesuatu hal atau sudah dikatakan ataupun belum.
Seseorang juga sudah boleh dikatakan kafir apabila mempunyai
niat untuk kafir atau mengucapkan sesuatu yang membuatkan dia kafir, sekalipun
di dalam gurauan atau jenaka seperti mengingkari keEsaan Allah dan sifat-sifat
Allah, tidak percaya dan mempercayai ajaran Islam samada menambah atau
mengurangi daripada apa-apa yang sudah ditetapkan secara syariat atau pun yang
sudah ditetapkan secara ijmak seperti masih ragu-ragu untuk mengkafirkan orang
Yahudi atau Nasrani.
Beberapa perbuatan yang boleh membuatkan seseorang tersebut
dikatakan kafir adalah seperti sujud kepada patung atau berhala, matahari dan
atau berjalan ke gereja dengan memakai pakaian mereka dan mengikuti peribadatan
mereka.
Selain itu, dengan sengaja meletakkan kertas yang
bertuliskan ayat-ayat Al Quran, ilmu Syariat, nama Allah, nama nabi, malaikat
dan lain-lain di tempat yang kotor, sekalipun yang kotor tersebut suci seperti
ludah atau ingus.
Seseorang juga sudah boleh dikatakan kafir apabila ingkar
terhadap kenabian nabi-nabi yang sudah disepakati para ulama, mengingkari
penurunan kitab-kitab suci seperti kitab Zabur, kitab Taurat dan kitab Injil
serta suhuf atau lembaran-lembaran yang diturunkan kepada nabi Ibrahim. Ingkar
terhadap kewajiban yang sudah diwajibkan dan pengharaman perkara yang
diharamkan yang sudah disepakati oleh para ulama dan atau perkara yang sudah
diterangkan secara jelas di dalam hukum syariat seperti solat, puasa, riba,
zina dan lain-lain.
Mengingkari kemukjizatan Al-Quran, persahabatan nabi dengan
para sahabatnya, hari berbangkit, syurga dan neraka, tidak mempercayai atau
menghina salah seorang nabi, meragui malaikat, mencacimaki nabi dan mengakui
seseorang yang mengaku menjadi nabi setelah nabi Muhammad saw.
Seseorang juga boleh dikatakan kafir apabila rela terhadap
kekufuran yang tertegak di atas muka bumi ini, menyeru orang–orang lain untuk
kafir sekali pun dengan sindiran atau isyarat atau mengisyaratkan kepada orang
kafir yang ingin masuk Islam atau melarang mengajar orang kafir akan kalimat
keislaman, termasuk menolak atau menangguhkan untuk mengajar orang kafir yang
meminta kepadanya untuk diajari, walaupun penangguhan itu di dalam waktu
sesaat, termasuk di dalamnya berdoa dengan doa-doa; “Semoga Allah tidak memberi
kamu keimanan” atau; “Semoga keimanan kamu dicabut”; dengan tujuan
mempersulitkan seseorang yang ingin masuk Islam.
Begitu juga seseorang boleh dikatakan kafir atau menjadi
kafir bila mendahulukan atau memberi penghormatan kepada wali melebihi
penghormatan kepada nabi. Atau seseorang mengaku melihat Tuhan dengan jelas
atau mengaku telah berbicara dengan Tuhan atau Allah menampakkan diriNya atau
Allah telah memberinya makan dan minum secara langsung atau Allah telah
menggugurkan perkara yang haram padanya atau untuknya diperbolehkan melakukan
perkara yang diharamkan, atau seseorang boleh mendekatkan diri kepada Allah
tanpa jalan ibadah atau mengaku dia telah mencapai darjat yang boleh
menggugurkan segala hukum syariat dan tidak terikat lagi dengan ajaran agama.
Menghina Allah dan nabi-nabi Allah, perintah Allah, larangan
dan janji Allah, mencerca sifat–sifat Allah seperti sesungguhnya Allah pemalas,
mengubah kalimat al Quran dengan mengiktiqadkan itu berasal daripada Allah.
Membaca bismillah untuk meminum khamar, berzina atau menyatakan; “Apabila Allah
dan rasulNya memerintahkan aku, maka aku tidak akan menjalankannya”; Atau “Aku
tidak sudi memasuki syurga Allah kalau Allah memasukan aku ke dalamnya”, dengan
maksud menghina.
Juga boleh menjadi kafir seseorang itu apabila berkata;
“Bila Allah menyeksa aku lantaran aku meninggalkan solat padahal aku mengalami
kesakitan yang amat sangat, maka Allah telah berbuat zalim padaku”; Dan
ungkapan-ungkapan lain yang sama maksudnya. Atau dia berkata; “Orang azan itu
bohong” atau; “Suaranya seperti orang kafir” dengan nada menghina atau
memperlekeh-lekehkan atau; “Kamu telah kenyang membaca Al Quran, berzikir”
atau; “Aku tidak takut pada hari kiamat, neraka, padang mahsyar atau segala dosa
yang telah aku lakukan”.
Menghina majlis ilmu, orang-orang yang menghadiri majlis
ilmu atau mengatakan; “Semoga Allah mengutuk para ulama”. Bila dia berkata;
“Semoga terkutuk seluruh para ulama”, maka dia akan kafir sekalipun tidak
dengan nada menghina, sebab pengertian ulama adalah mencakupi para nabi dan
malaikat atau dia mentertawakan para ulama, mubaligh dan guru-guru dengan nada
menghina di hadapan umum, agar mereka juga mentertawakannya atau hanya sekadar
mempermain-mainkan sahaja atau dia membuang fatwa seorang alim dan berkata;
“Untuk apa fatwa ini?” dengan maksud menghina.
Seseorang muslim juga boleh menjadi kafir apabila berharap
untuk keluar daripada agama Islam atau bila beragama Islam, maka dia meminta
beberapa imbuhan atau dia berkata; “Hendaknya Allah mengharamkan untuk zaman
tertentu, sehingga zina diperbolehkan untuk sementara”. Begitu juga menganiaya
orang, membunuh atau dia mengatakan; “Allah berbuat kezaliman” atau; “Allah
dalam mengharamkan sesuatu itu, penuh dengan kezaliman”. Seseorang itu boleh
menjadi kafir bila mana dia mengenakan pakaian khusus orang-orang kafir
seakan-akan condong kepada agama kufur.
Begitu juga apabila seseorang muslim itu apabila dengan
sengaja menyesatkan umat Islam yang lain, mencacimaki para sahabat Nabi, Hasan
dan Husin. Apabila ditanya tentang keimanannya, lantas dijawab; “Aku tidak
mengerti”. Apabila ditanya; “Apakah kamu muslim?” Lantas dijawab; “Aku bukan
orang muslim!”, dengan jawapan yang disengajakan. Apabila seseorang bertanya
kepada seseorang muslim, lantas dijawab; “Aku tidak ada urusan dengan hal-hal
yang tidak berguna seperti itu”. Atau apabila seseorang muslim melarang orang
lain mengucapkan kalimat-kalimat yang diperintahkan Allah; Semua tindakan atau
perbuatan seperti dinyatakan tadi boleh menjadikan seseorang muslim itu kafir.
Mengatakan kafir kepada orang muslim atau mengatakan;
“Berbuatlah amalan batin sahaja dan tinggalkanlah amalan syariat” atau
seseorang berkata; “Aku memperolehi wahyu” atau; seseorang mendakwa atau
mengatakan bahawa kenabian itu boleh diperolehi atau dicapai bila mana hatinya
telah bersih dan jernih atau berkata; “Bila nabi itu berkata benar maka aku
akan mengikutinya”, pada hal dia tidak melakukannya atau berbohong.
Atau berkata “Kami diberi hujan kerana berkat bintang ini”,
dengan anggapan bahawa bintang tersebut berpengaruh untuk menurunkan atau tidak
menurunkan hujan; Atau berkata bahawa nabi nabi itu hitam atau bukan suku
Quraisy atau bukan bangsa Arab atau orang berkata; “Aku lupa apakah nabi itu
dilahirkan di Makkah?” atau; “Aku lupa apakah nabi itu wafat di Madinah?”.
Itulah beberapa hal yang sepatutnya diingati agar kita tidak
melakukannya dan semoga kita diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah swt agar
sentiasa di atas landasan kebenaran yang diredhai olehNya. Seandainya di dalam
keadaan sedar atau tidak sedar, ada di antara kita pernah melakukan beberapa
hal yang telah disebutkan di atas atau beberapa hal lain yang belum atau tidak
disampaikan di atas (tetapi perbuatan tersebut menggambarkan keadaan
memperlekehkan atau menghina Islam dan segala yang berkaitan dengan Islam),
maka tidak ada pilihan lain yang boleh dilakukan selain dari menyegerakan
taubat dengan sebenar-benarnya, semoga Allah merahmati kita semua, amin…
Wallahu a’lam…

No comments:
Post a Comment