Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sesungguhnya Aku berniat kerana Allah:
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat Allah.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada Mu Ya Allah..
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Hembusan Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
الحمد لله syukur kepada الله
Ibadah itu Hukumnya Haram!!!
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............
ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI
LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN
WALAH.............
SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA
ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN
NABIYAN WA RASULA.............
AMMA BA'DU,
Menurut definisi hukum Islam dinyatakan bahawa ibadah itu
adalah haram untuk dilaksanakan, kecuali adanya tatacara aturan hukum yang
mengaturnya, sehingga setiap peribadatan yang dilaksanakan mesti mempunyai
landasan hukum yang jelas dan tegas, termasuk tata cara perlaksanaannya.
Apabila tidak ada penetapan hukum yang jelas tentang sesuatu peribadatan itu,
maka hukum beribadah jatuh kepada haram dan ditolak di hadapan Allah swt.
Bahkan mungkin saja perlaksanaan peribadatan tersebut menjadi dosa dan mendapat
laknat daripada Allah swt.
Tatacara aturan hukum yang mengatur atau menjadi landasan
hukum sesuatu peribadatan dikenali sebagai hukum syar’ie atau hukum yang lima
kerana terdiri daripada lima asas pokok hukum Islam iaitu:
1. Wajib: Wajib bererti perintah untuk melaksanakan sesuatu
peribadatan sesuai dengan syarat dan rukun yang sudah ditetapkan. Perintah
tersebut disertai ganjaran bagi yang mahu mengerjakannya dan hukuman bagi yang
tidak mahu mengerjakannya. Secara sederhana dikenali dengan pernyataan; “Wajib
itu bererti kalau dikerjakan akan mendapat pahala dan kalau ditinggalkan akan
mendapat dosa daripada Allah dan dinyatakan sebagai orang yang ingkar terhadap
perintah Allah”.
2. Sunat: Sunat bererti perintah untuk melaksanakan sesuatu
peribadatan sesuai dengan syarat dan rukun yang sudah ditetapkan. Perintah
sunat ini hanya berlaku kepada siapa yang sanggup untuk melaksanakannya.
Perintah sunat ini disertai dengan ganjaran bagi yang mahu melaksanakannya dan
tidak ada hukuman bagi yang tidak sanggup untuk melaksanakannya. Secara
sederhana dikenali dengan pernyataan; “Sunat itu bererti kalau dikerjakan
mendapat pahala daripada Allah dan kalau ditinggalkan tidak mendapat dosa”.
3. Haram: Haram bererti perintah untuk meninggalkan sesuatu
peribadatan atau perbuatan lain yang sudah ditetapkan. Perintah tersebut
disertai dengan hukuman bagi yang engkar dan tetap mengerjakannya dan ganjaran
bagi yang sanggup meninggalkannya. Secara sederhana dikenali dengan peryataan;
“Haram itu bererti kalau dikerjakan mendapat dosa dan kalau ditinggalkan
mendapat pahala daripada Allah”.
4. Makruh: Makruh bererti perintah untuk meninggalkan suatu
peribadatan kepada yang sanggup meninggalkannya. Perintah makruh ini disertai
dengan ganjaran bagi yang mahu meninggalkannya dan tidak ada hukuman bagi yang
tetap melakukannya. Secara sederhana dikenali dengan pernyataan; “Makruh itu
bererti kalau dikerjakan tidak berdosa, kalau ditinggalkan akan mendapat pahala
daripada Allah’.
5. Mubah: Mubah atau dikenali juga dengan harus bererti
perintah membolehkan untuk mengerjakan atau tidak mengerjakan sesuatu
peribadatan. Perintah mubah ini tidak disertai dengan ganjaran atau balasan
bagi yang mengerjakannya atau tidak mengerjakannya. Secara sederhana dikenali
dengan pernyataan; “Mubah bererti kala dikerjakan tidak mendapat pahala dan
kalau ditinggalkan juga tidak berdosa”.
Hukum syar’ie ditetapkan berdasarkan di atas dua
pertimbangan atau merujuk kepada dua jenis dalil rujukan iaitu:
A. Dalil Naqli
Dalil Naqli iaitu dalil yang berdasarkan kepada penetapan
yang sudah ditetapkan Allah dan Rasulullah Muhammad saw. Penetapan itu
merupakan penetapan yang bersifat pasti ataupun penetapan-penetapan yang
memerlukan penafsiran lebih lanjut berdasarkan struktur dan tingkatannya. Dalil
naqli dapat dibezakan atas empat tingkatan di mana tingkatan itu merupakan
struktur bertingkat, ertinya dalil yang berada pada tingkatan yang lebih rendah
tidak boleh bertentangan atau berlawanan dengan dalil yang berada di atasnya.
Apabila ditemukan dalil yang saling bertentangan, atau dalil hukum syar’ie yang
tidak sesuai di antara satu dalil dengan dalil yang lainnya, maka dalil yang
dipakai adalah dalil yang paling dekat pengertiannya dengan dalil yang berada
di atasnya.
Struktur dalil hukum syar’ie tersebut adalah:
1. Al-Quran: Dalam struktur hukum syar’ie, Al Quran
menempati peringkat pertama. Pengertian Al Quran sebagai dalil hukum syar’ie
adalah sesuai dengan posisi Al Quran sebagai sumber hukum yang tertinggi.
Setiap penetapan hukum syar’ie harus dan mutlak tidak boleh bertentangan dengan
kitab suci Al Quran.
2. Hadith atau Sunnah: Dalam struktur hukum syar’ie, Hadith
atau Sunnah menempati peringkat kedua setelah kitab suci Al Quran, ertinya
kedudukan hadith berada di bawah Al Quran sebagai kitab hukum. Hadith atau
sunnah ini bersifat penafsiran dan penjelasan daripada hukum-hukum syar’ie yang
sudah ditetapkan di dalam Al Quran sebagai kitab hukum tertinggi.
3. Ijmak: Ijmak bererti kesepakatan beberapa orang atas
sesuatu persoalan hukum yang timbul di dalam hukum syar’ie. Persoalan–persoalan
itu terbatas kepada persoalan yang di dalam Al-Quran sebagai kitab hukum utama
dan hadith sebagai perincian penjelasan Al Quran, tidak ditemukan keterangan
yang jelas atau keterangan yang terperinci.
Penetapan-penetapan hukum syar’ie dengan kaedah ijmak ini
tidak boleh merupakan penetapan hukum tersendiri. Tetapi tetap merupakan
penjelasan hukum yang berada di atasnya berdasarkan wawasaan para ulama yang
sudah menguasai ilmunya dengan baik, serta pertimbangan asas manfaat dan mudharatnya
daripada sesuatu penetapan hukum terhadap umat.
4. Qiyas: Qiyas bererti mencari persamaan daripada persoalan
hukum syar’ie yang timbul dengan hukum-hukum yang sudah ditetapkan di dalam Al
Quran dan Hadith serta hukum ijmak.
Penetapan persamaan hukum syar’ie dengan kaedah qiyas dapat
dilihat pada penetapan hukum alkohol yang disamakan dengan khamar. Pernyataan
alkohol tidak terdapat di dalam Al Quran dan Hadith, tetapi alkohol tersebut
mempunyai kesan yang sama dengan khamar kepada peminumnya iaitu minuman yang
memabukkan.
Penetapan hukum qiyas, di samping tetap berpandukan kepada
Al Quran sebagai kitab hukum dan sebagai landasan hukum utama. Hukum qiyas
tetap tidak boleh ditetapkan secara sebarangan tetapi harus berdasarkan
pendapat para ulama dan para ahli yang berkaitan, berdasarkan asas manfaat dan
mudharat yang sesuai dengan Al Quran dan Hadith.
B. Dalil Aqli
Dalil Aqli bererti dalil hukum syar’ie yang sesuai dengan
akal yang sihat. Manusia yang secara psikologinya mengalami masalah kejiwaan
tidak berhak menetapkan hukum akal dan pendapatnya wajib untuk ditolak.
Penetapan dalil aqli di dalam hukum syar’ie dilakukan setelah memperhatikan dan
mempelajari hukum-hukum syar’ie berdasarkan dalil-dali naqli secara saksama.
Dalil aqli ini melahirkan beberapa jenis hukum iaitu:
1. Wajib
Wajib dalam dalil aqli pada hukum syar’ie adalah wajib pada
akal, ertinya seluruh penetapan hukum syar’ie yang sudah ditetapkan dapat
diterima oleh akal yang sihat, baik wajib secara akal menerimanya ataupun wajib
secara akal untuk menolaknya.
2. Mustahil
Mustahil dalam dalil aqli pada hukum syar’ie adalah mustahil
pada akal, ertinya seluruh penetapan hukum syar’ie yang sudah ditetapkan
mustahil diterima oleh akal yang sihat, baik mustahil secara akal menerimanya
ataupun mustahil secara akal untuk menolaknya.
3. Jaiz atau Mungkin
Jaiz atau Mungkin dalam dalil aqli pada hukum syar’ie adalah
mungkin pada akal, ertinya seluruh penetapan hukum syar’ie yang sudah
ditetapkan mungkin diterima oleh akal yang sihat, baik mungkin secara akal
menerimanya ataupun mungkin secara akal untuk menolaknya.
Hukum jaiz atau mungkin ini timbul kerana keterbatasan akal
manusia di dalam menafsirkan sesuatu persoalan hukum yang timbul. Dalam
peribadatan, hukum jaiz atau mungkin pada akal ini lebih dekat kepada haram dan
makruh. Wallahu a’lam…

No comments:
Post a Comment