اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Hakikat
Solawat
ASSALAMU'ALAIKUM
WARAHMATULLAH.............
ISTI'AZATI
BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA
RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............
SUBHANAKALA
‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN
WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............
AMMA BA'DU,
Sebagaimana halnya dengan
solawat, salam dinilai sama dengan solawat kerana di dalam ayat Al Quran
tentang solawat pada surat al Ahzab ayat 56 yang bermaksud “Sesungguhnya
Allah dan malaikat-malaikatNya bersolawat ke atas nabi, wahai orang-orang yang
beriman, bersolawatlah kamu semua ke atas nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya”.
Daripada ayat tersebut terlihat
bahawa, perintah bersolawat dan mengucap salam penghormatan disampaikan secara
bersamaan dan sehingga ketika ini, belum ditemukan sebarang dalil yang lain
yang membezakan di antara solawat dan salam yang berasal daripada Al Quran dan
hadith Nabi saw selain daripada perbezaan penafsiran hukum oleh para ulama
tentang solawat dan salam.
Merujuk kepada surat al Ahzab
ayat 56 tersebut, Allah dengan tegas telah menyatakan bahawa solawat dan salam
merupakan perintah wajib untuk orang-orang yang beriman. Dan Al Quran
sebagaimana yang diimani dan diyakini oleh seluruh orang-orang yang beriman
merupakan sumber hukum pertama dan utama di dalam struktur hukum Islam.
Sesungguhnya perbezaan di antara
solawat dan salam pada hakikatnya adalah pada tujuan daripada solawat dan salam
itu, serta siapa yang bersolawat dan siapa yang menyampaikan salam. Solawat
bersifat khusus yang hanya dilakukan oleh Allah swt dan para malaikatNya untuk
Rasulullah Muhammad saw, bukan kepada makhluk selain baginda sebagai suatu
bentuk penghormatan.
Manusia tidak berhak untuk
menyampaikan solawat kepada Rasulullah kerana status atau keadaan manusia
selain daripada Rasulullah Muhammad saw semuanya berada di bawah keagungan
Rasulullah saw. Solawat tidak boleh disampaikan oleh makhluk yang lebih rendah
atau sama tingkatannya kepada yang lebih tinggi atau sama darjat kemuliaannya.
Kerana itu, hanya Allah yang
berhak untuk menyampaikan solawat kepada Nabi saw. Sebagai catatan, perlu
disampaikan bahawa para malaikat yang bersolawat kepada Nabi saw pada ayat
solawat tersebut bukan mengisyaratkan bahawa kedudukan malaikat lebih tinggi
daripada Nabi saw tetapi, sebuah penghargaan yang diberikan Allah kepada para
malaikatNya.
Kemuliaan Nabi saw berada di atas
kemuliaan para malaikat. Bahkan ada sebahagian ulama berpendapat bahawa
kedudukan malaikat di sisi Allah berada di bawah kedudukan para wali dan aulia
serta orang-orang soleh yang dicintai Allah, kecuali para malaikat khusus
seperti malaikat Jibril, Mikail, Malik, Ridwan dan lain-lain. Sedangkan
kedudukan para wali Allah, aulia dan orang-orang soleh adalah sebagai penerus
atau penyambung risalah yang telah disampaikan oleh Rasulullah Muhammad saw
sebagai nabi dan rasul terakhir.
Kerana solawat adalah hak Allah,
maka kepada manusia yang beriman hanya diperintahkan untuk menyampaikan salam
kesejahteraan kepada Nabi saw. Perkataan solawat yang selama ini kita kenali
pada hakikatnya adalah doa yang disampaikan kepada Allah untuk Nabi saw iaitu
“Berikanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad”. Selain itu, solawat hanya
dikhususkan untuk Nabi Muhammad saw dan selain kepada baginda hanya disampaikan
salam, sehingga solawat bersifat khusus untuk Nabi saw dan salam berlaku secara
umum untuk manusia.
Hal ini sesuai dengan pendapat
Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa, beliau tidak mengetahui ada solawat daripada
seseorang kepada orang yang lain selain kepada Nabi saw yang kemudian dibalas
oleh Nabi untuk kaum muslimin dan muslimat berupa istighfar. Menurut suatu
riwayat, Rasulullah pernah bersabda bahawa, “Solawat yang disampaikan kepada
orang lain selain diriku adalah tidak sah” dan at Tsauri mengatakan bahawa, bersalawat
kepada selain Nabi saw hukumnya makruh. Pendapat ini sama dengan pendapat Al
Baihaqi dan Abdur Razzaq. Riwayat lain menyatakan bahawa, Khalifah Umar bin
Abdul Aziz ra pernah di dalam satu surat untuk para gabenornya menyampaikan
begini; “…. Saat kau terima suratku ini, perintahkan agar mereka bersolawat
kepada Rasulullah saw secara khusus, dan berdo’a untuk kaum muslimin secara
umum dan berdoalah sesuka hati setelah melakukan dua hal itu …”.
Imam Al Ghazali mengatakan bahawa
untuk setiap doa yang disampaikan kepada Allah, tidak akan diterima apabila
tidak didahului dengan solawat kepada Rasulullah saw, sehingga solawat dan
salam kesejahteraan kepada Nabi Muhammad saw pada awal doa atau pembukaan doa
merupakan salah satu syarat untuk dikabulkan akan doa tersebut oleh Allah swt.
Wallahu a’lam…

No comments:
Post a Comment