29 March 2020

Laut Mati Bukti Kemurkaan Allah Terhadap Kaum Homoseks


                                              Related image
                                
      لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ     
                                  اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
   
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat                         (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ اللهَ  
jantung gif
Istighfar dari Kerdipan Mataku                     أسْتَغْفِرُاللهَ)   اللهَ)
Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku                  اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ)  الله 
Tahlil ‎Degupan Jantungku                             لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ ) 
Takbir  Hela Turun Naik Nafasku                    (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎  اللهَ        
اَلْحَمْدُ ِللهِ   syukur kepadaMU  YA اللهَ                 اللهَ    ALLAH اللهَ      
     اللهَ  .لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ  اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ  
  
                                                                 Laut Mati Bukti Kemurkaan Allah Terhadap Kaum Homoseks


Laut Mati Bukti Kemurkaan Allah Terhadap Kaum Homoseks

Ada Apa Dengan Kaum Nabi Lut?
Amaran daripada Allah S.W.T itu benar. Dia memperingatkan kita tentang apa-apa yang telah manusia lakukan di atas muka bumi ini. Kisah kaum Nabi Lut patut menjadi pengajaran buat semua.
Kaum Lut mengamalkan homoseks iaitu hubungan sejenis yang dilaknat Allah S.W.T. Pada waktu itu, percintaan, perkahwinan dan seks berlaku di antara sesama jantina.
Disebabkan hubungan tersebut, keruntuhan akhlak, masalah kesihatan dan bermacam-macam hal yang terjadi. Sesungguhnya, hubungan sejenis mendatangkan keburukan dan disebabkan itu ianya diharamkan dalam Islam.
Dengan isu hubungan sejenis yang makin lama makin menjadi-jadi, kita perlu bersama-sama membanteras gejala ini. Tidak perlulah kita menyokong mereka yang melakukan amalan yang dimurkai Allah S.W.T.
Jika kita tetap mahu menyokong dan membela mereka, ini bererti kita menyokong kemungkaran yang dilaknat Allah S.W.T.
Oleh itu, masih ingatkah kita tentang kisah kaum Nabi Lut? Bagaimana dengan keadaan mereka yang tidak menerima seruan ke arah kebenaran daripada Nabi Lut?
Bukti kemurkaan Allah S.W.T terhadap kaum Nabi Lut itu jelas berlaku. Malapetaka yang terjadi ke atas mereka terang dinyatakan dalam al-Quran. Antaranya;
Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.
Surah Hud 11: 82-83
Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut). Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Surah Asy-Syu’ara’: 172-175

Laut Mati Bukti Berlakunya Peristiwa Itu
Dalam Surah Hud, ayat ke 82 yang dijelaskan tentang “diterbalikkan” membayangkan bahawa wilayah itu dihancurkan oleh satu gempa bumi yang amat dahsyat.
Kemudian, Laut Mati atau tasik Nabi Lut (tasik air masin) menjadi bukti nyata bagi kejadian bencana itu.
Werner Keller, ahli arkeologi Jerman yang membuat kajian terhadap Laut Mati telah menemui tanda-tanda itu. Menurut Werner Keller;
Bersama-sama dengan asas rekahan yang besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya.
Kemusnahannya disebabkan oleh satu gempa bumi yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar.
Tambah beliau lagi;
Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi yang selama itu tidak aktif di dalam bumi sepanjang rekahan tersebut. Di bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus.
Namun, perkara yang menarik tentang Laut Mati ini ialah kandungan garamnya yang tinggi dengan isipadu hampir 30%. Disebabkan tiada sebarang organisma yang boleh hidup termasuk ikan dan lumut, Tasik Nabi Lut digelar Laut Mati melalui penulisan-penulisan Barat.
Selain itu, berdasarkan penyelidikan Werner Keller tentang bandar-bandar Sodom dan Gomorrah telah menemukan lokasi bandar tersebut. Dalam catatannya dinyatakan bahawa bandar itu terletak di wilayah paling jauh dan paling rendah di Tasik Nabi Lut.
Di pantai Laut Mati di bahagian timur, sebuah semenanjung yang dikenali sebagai Al-Lisan menonjol keluar ke arah air. Malah, lautan itu dikatakan terbahagi kepada dua bahagian.
Di bahagian kanan, tanahnya amat curam ke bawah sehingga 1200 kaki dalam. Di sebelah kiri pula, airnya sentiasa cetek.

Berdasarkan kajian bunyi yang dilakukan, kedalaman merekodkan sebanyak 50-60 kaki. Kawasan cetek ini melingkari semenanjung Al-Lisan hingga ke bahagian selatan adalah wilayah Lembah Siddim.
Dalam pada itu, Werner Keller mencatatkan bahawa kawasan yang cetek itu terbentuk selepas berlakunya gempa bumi dan keruntuhan besar akibat gempa tersebut.
Di situlah terletaknya bandar-bandar Sodom dan Gomorrah pada satu masa dahulu iaitu tempat tinggal kaum Nabi Lut.
Kesan dari Tasik Nabi Lut turut dilihat jelas apabila seseorang mendayung perahu melintasi tasik ke arah selatan. Jika matahari menyinari ke arah yang tepat, ada sesuatu yang menakjubkan dapat disaksikan.
Di satu kawasan, agak jauh dari pantai, kelihatan jelas di dasar air bahawa ada garisan hutan yang disimpan sebagai khazanah oleh Laut Mati.
Namun begitu, pihak National Geographic menyatakan bahawa Gunung Sodom yang tidak subur menonjol keluar daripada Laut Mati. Tiada siapa-siapa yang pernah menemui bandar-bandar Sodom dan Gomorrah yang telah dibinasakan.
Tetapi para sarjana berpendapat bahawa kedua-dua bandar itu terletak di Lembah Siddim. Kemungkinan kejadian banjir yang berlaku di Laut Mati telah menenggelamkan bandar-bandar tersebut selepas berlakunya gempa bumi.
Begitulah kisah dan kesudahan kaum Nabi Lut yang dibinasakan. Semoga menjadi pengajaran dan sama-sama merenungkan kembali kisah-kisah kaum yang lenyap kerana dimurkai Allah S.W.T. Sesungguhnya, Allah S.W.T berkuasa untuk melakukan sesuatu berdasarkan kehendaknya.

Sumber: Tazkirah.net 



                                     



ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
Related imageRelated image
ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ




                 Laut Mati Bukti Kemurkaan Allah Terhadap Kaum Homoseks                                                  

اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
      والله أعلم بالـصـواب  
Moga Bermanfaat
        ..................................................................       
.......................................................................................................
        .......................................................................................................................
           اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎   
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ 
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X

100X (اللَّهُ أَكْبَر)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)  
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ   
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ                            
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
 اَلْحَمْدُ ِللهِ Related imagesyukur kepadaMU  YA اللهَ    
       آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
   Zikirullah
                     
Related image

                     
                                    

No comments: