اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tahmid Dengan Denyutan Nadiku اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ) الله
Tahlil Degupan Jantungku لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ )
Takbir Hela Turun Naik Nafasku (اللَّهُ أَكْبَرُ) اللهَ
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ اللهَ ALLAH اللهَ
اللهَ .لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Akibat Dikuarantin Penyakit Berjangkit
Sumber: tzkrh.com
Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Akibat Dikuarantin Penyakit Berjangkit
Terkini, media melaporkan bahawa penyakit berjangkit daripada Virus Covid-19 telah mencapai angka yang tinggi dan merisaukan semua pihak. Seluruh pihak kesihatan telah mula memberikan amaran dan menasihati rakyat untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
Sehingga ke hari ini, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 92 844 dan jumlah kematian adalah sebanyak 3171. Manakala, jumlah kes yang sudah sembuh dicatat adalah sebanyak 48 229.
Pelbagai nasihat dan cara untuk menjaga kesihatan juga telah mula tular bagi memberi kesedaran kepada semua orang supaya mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menjaga kesihatan diri.
Antaranya ialah membuat pemeriksaan kesihatan buat mereka yang baru pulang dari luar negara atau kawasan-kawasan yang terdedah kepada penyakit tersebut dan memakai topeng muka ketika bersosial di luar serta kawasan yang terdedah kepada ramai orang.
Adapun, buat mereka yang telah dikuarantikan oleh pihak kesihatan, menjadi kewajipan mereka untuk mengikut arahan tersebut. Ia bukan sahaja untuk kesihatan diri sendiri bahkan untuk menjaga kemaslahatan orang lain juga.
Jika seseorang itu disyaki mempunyai penyakit dan boleh membahayakan orang lain, maka adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan ia daripada terus tular kepada orang ramai.
Ambil inisiatif lain yang lebih selamat sama ada untuk menyiapkan kerja atau beribadah kepada Allah. Beribadah itu bukan hanya dilakukan antara kita dengan Allah, namun antara kita dengan sesama manusia sahaja. Jika kita beribadah dengan bijak dan tidak menyusahkan orang lain, maka Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal kepada kita.
Jika seseorang itu sudah dikuarantin, bagaimana pula dengan ibadah wajib yang lain seperti solat Jumaat? Adakah mereka boleh meninggalkan solat Jumaat selagi tidak sembuh dan dibenarkan oleh pihak kesihatan untuk menjalankanaktiviti seperti biasa?
Dalam situasi ini, tidak menjadi kesalahan untuk meninggalkan solat Jumaat di masjid kerana ia adalah untuk mengelakkan kemudaratan tersebar kepada orang lain dan dalam masa yang sama untuk menjaga kesihatan diri sendiri agar segera sembuh.
مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنَ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ فَلَا صَلَاةَ لَهُ قَالُوا: وَمَا الْعُذْرُ؟ قَالَ: خَوْفٌ، أَوْ مَرَضٌ
Maksud: “Barangsiapa yang mendegar (azan) tukang azan lalu dia tidak memiliki keuzuran yang menghalangnya mengikuti solat (jemaah), maka solatnya tidak diterima. Para sahabat bertanya: “Apakah itu keuzuran?” Baginda menjawab: “Perasaan takut dan sakit.”
Jumhur ulama seperti Syeikh Muhammad al-Zuhaili mentafsirkan hadis ini dengan maksud uzur itu adalah sakit ke atas dirinya atau juga takut saudaranya yang hadir terkena penyakit tersebut dan boleh memudaratkan. Maka, dibenarkan dia tidak hadir solat Jumaat sehingga penyakitnya disahkan sembuh dan dibenarkan untuk bersosial seperti biasa.
Kisah seperti ini juga pernah diriwayatkan dalam sahih Al-Bukhari, iaitu:
أَنَّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، ذُكِرَ لَهُ: أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ نُفَيْلٍ، وَكَانَ بَدْرِيًّا، مَرِضَ فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَرَكِبَ إِلَيْهِ بَعْدَ أَنْ تَعَالَى النَّهَارُ، وَاقْتَرَبَتِ الجُمُعَةُ، وَتَرَكَ الجُمُعَةَ
Maksud: “Ibnu Umar pernah diberitahu bahawa Sa’id bin Zaid bin ‘Amr bin Nufail, salah seorang daripada pahlawan Badr, telah jatuh sakit pada hari Jumaat. Ibnu Umar telah menunggang kenderaan menuju ke tempat Sa’id pada waktu tengah hari. Apabila masuk waktu solat Jumaat, beliau meninggalkan solat Jumaat.” (Hadis Riwayat Bukhari, 3990)
Tuntasnya, dibenarkan ke atas seseorang yang dikuarantinkan akibat disyaki menghidap penyakit berjangkit untuk tidak hadir solat Jumaat. Namun, wajib ke atasnya untuk menunaikan solat Zuhur seperti biasa dan tidak meninggalkan fardu tersebut sehinggalah disahkan sembuh.
Wallahu a’alam.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................................
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَر)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah
No comments:
Post a Comment