‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 




Jawi adalah sistem abjad yang diadaptasi dari sistem abjad bahasa Arab dan ia amat sinonim dengan bahasa Melayu di Nusantara. Ia mula digunapakai di kawasan Nusantara Melayu seawal abad ke 7 selepas Islam diperkenalkan dan diterima oleh masyarakat Rumpun Melayu dan berkembang luas selepas abad ke 14. Dengan adanya peningkatan bilangan Muslim di kawasan Malay Archipelago ini, bahasa Melayu yang disampaikan dalam tulisan jawi turut berkembang luas bersama bahasa Melayu sebagai lingua franca. Kini tulisan jawi sudah berusia hampir 1000 tahun.
Sebelum bahasa Melayu menggunakan sistem abjad jawi, terdapat 3 sistem abjad lain yang digunakan iaitu
  1. Pallavi atau Pallava abad ke 3 – 5
  2. Rencong, Rentjong abad ke 6 (682 – 1500, pupus 1800)
  3. Kawi abad ke 11
Bahan buktinya ialah apabila batu bersurat dalam sistem abjad Pallavi (kuno Hindu, dari Sanskrit) dijumpai di Kudukan Bukit (683M), Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kapur (686M), dan Karang Brahi, Jambi (692M).
Bahan bukti lain ialah batu nisan dalam tulisan kawi (tulisan kuno jawa) dan jawi, milik Ahmad Majnun di Pengkalan Kemas, Sg Ujong, Negeri Sembilan di jumpai pada tahun 1463.  Tedapat juga batu bersurat dalam tulisan kawi dijumpai di Tapanuli Sumatera, iaitu Joreng (1179M) dan padang Lawas (1213M).
Tulisan Rencong
Tulisan Pallava

Tulisan Kawi
Indahnya jawi kerana sistem tulisan jawi telah berjaya
  1. mengembang dan memajukan bahasa Melayu
  2. menjadi alat tulisan komunikasi sebelum merdeka dan selepas merdeka di Malaysia
  3. menjadi alat tulisan pendokumentasian ilmu dan maklumat
  4. meningkatkan kadar literasi membaca
  5. menjadi logo halal untuk memudahkan urusan perniagaan bukan Islam
  6. mengembangkan pengaruh agama Islam
  7. menjadi cop mohor raja-raja Melayu yang merupakan kuasa raja-raja  Melayu
  8. merupakan tulisan pada matawang dunia
  9. menjadi sistem numerikal atau pernomboran dunia berdasarkan nombor Arab
  10. merupakan kaligrafi atau seni khat antara yang tercantik dalam dunia
  11. menjadi identiti tamadun di kepala surat, label pada papan tanda di kedai dan jalanraya
  12. menyumbang kepada kemudahan membaca bahasa singkatan, bahasa SMS
Perkembangan tulisan jawi
  • Sistem ejaan jawi pakatan
  • Sistem ejaan jawi Zaaba
  • Sistem ejaan jawi dian
  • Sistem ejaan jawi yang terkini (sempurna)
Fakta ringkas sejarah jawi
  • Surat Khabar “Jawi Peranakan” 1876 – 1895
  • Batu Bersurat Terengganu 1303M
  • Jawi sebahagian dari bahasa Melayu dalam Akta 152 Perlembagaan negara
  • Surat-surat antara Sultan dan “penjajah” Barat dalam tulisan jawi
Di ATMA, terdapat koleksi buku-buku sastera dalam tulisanj jawi  di laman https://malaycivilization.com.my yang dihimpukan dalam Data Raya bagi tujuan penyelidikan tulisan jawi.
Tokoh pengkaji jawi dari luar negara yang tersohor ialah Prof Dr Kang Kyoung Seok dari Korea.
Sila




Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 


.........................................................