Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sesungguhnya Aku berniat kerana Allah:
Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat Allah.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada Mu Ya Allah..
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Hembusan Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
الحمد لله syukur kepada الله
Arah pusingan jam dan lawan Jam: Takdir atau kebetulan?
Mengapa jam dicipta dengan bergerak dari kiri ke kanan? Dari mana asal usul idea pergerakan itu? Pergerakan jam biasa ialah dari kiri ke kanan. Bukankah ia satu pergerakan luar tabiie?
Islam mempunyai, konsep kanan dan kiri adalah cukup jelas. “Kanan” dikaitkan dengan yang positif, baik, pahala, amal kebajikan, kitab penilaian di akhirat, dan golongan selamat di akhirat. Dalam amalan ibadah umum dan khusus juga Islam mengajar makan dan minum dengan tangan kanan, bersalam dengan tangan kanan, memberi sedewah dengan tangan kanan, memberi barang pada orang lain dengan tangan kanan, mengambil wuduk untuk tangan dan kaki dengan memulakan dengan yang kanan, dan tawaf dengan menghala ikut sebelah kanan dan berpusing arah ke kiri mengelili kaabah.
Bukankah pergerakan dari kanan ke kiri merupakan satu yang tabiie? Bukankah pergerakan dari kanan ke kiri dan berpusing dalam satu bulatan merupakan satu yang semulajadi atau fitrah? Benar, pergerakan “lawan putaran jam” adalah satu sunnatullah dan tabiie alam. Cuba lihat senarai fenomena alam sekeliling yang menggunakan arah lawan putaran jam di bawah ini. Apa rahsia arah haluan putaran jam? Adakah ia kebetulan berlaku dalam fenomena di bawah ini atau ia takdir Tuhan?
- Pusingan bumi atas paksinya
- Pusingan bumi mengelilingi matahari
- Pokok menjalar dan memanjat
- Ibu jari
- Peredaran darah dalam jantung
- Struktur DNA
- Pusar air
- Pusaran ikan dalam air
- Torehan getah
- Angin puting beliung
- Ibadah tawaf keliling Kaabah




Apa istimewanya arah haluan lawan putaran jam hingga aktiviti sukan juga menggunakan arah haluan yang sama dalam aktiviti di bawah? Apa rahsianya? Adakah ia kebetulan?
- Sukan lari di trek stadium
- Sukan lumba basikan
- Sukan lumba motor
- Sukan lumba kereta
- Melempar cakera
- Melontar tukul besi
- Melontar tombak atau javelin
- Permainan baseball



Apa jadi kalau pelumba lari di trek stadium lari ikut arah haluan jam? Dalam satu kajian disebutkan dalam video ini menunjukkan pelumba lari akan cepat letih kerana ia bergerak “melawan arus” putaran bumi yang bergerak secara lawan putaran jam.
Dan apa istimewanya arah lawan putaran jam juga digunakan dalam rekabentuk mekanikal yang terdapat pada aktiviti di bawah? Apakah jurutera memahami kelebihan yang ada arah haluan lawan putaran jam? Apa rahsianya? Adakah ia kebetulan?
- Kipas kapalterbang
- Kipas helikopter
- Putaran CDROM/DVD
- Putaran disc dalam hard disk
- Kincir angin



Mengapa ilmu mekanik dalam membuka skrew menggunakan arah lawan pusingan jam, manakala untuk kunci atau matikan skrew digunakan arah haluan jam? Adakah ia kebetulan atau takdir? Mengapa pencipta skrew dan jurutera mekanik tidak cipta skrew menggunakan arah haluan begitu?

Bukankah ikut haluan jam itu “mematikan”, manakala ikut arah lawan pusingan jam itu memberi “tenaga” dan memberi “kekuatan” yang lebih terbuka?
Kesimpulan: Kesemua perkara di atas boleh disimpulkan bahawa arah lawan pusingan jam adalah satu yang tabiie; ia adalah ciptaan Allah. Allah lebih tahu mengapa arah rah lawan pusingan jam ni lebih baik dari arah haluan jam. Allah yang mencipta dahulu “arah haluan” dari kanan ke kiri, dan manusia mencipta arah haluan baru kemudiannya. Arah haluan jam itu juga perlu dalam urusan manusia misalnya dalam kejuruteraan mekanik mengetatkan skrew dan kipas helikopter.

Di dalam ibadah tawaf, Allah mewajibkan peraturan tawaf di Kaabah mengikut haluan pusingan dari kanan ke kiri, iaitu arah pusingan ini disebut sebagai pusingan tawaf. Kesemua pergerakan perbuatan dalam Islam dimulakan dari kanan. Makan dengan gunakan tangan kanan, pakai baju dimulakan dari kanan, memberikan barang pada seseorang dengan tangan kanan, memuliakan seseorang dari sebelah kanan dahulu; manakala masuk bilik air dengan kaki kiri dan keluar dari bilik air dengan kaki kanan dan bersitinja’ (membasuh kemakuan menggunakan tangan kiri). Di padang mahsyar, manusia dibahagikan kepada dua kumpulan, kanan dan kiri. Orang yang mendapat buku rekod amalannya ketika hidup di dunia dari sebelah kanan akan masuk syurga, dan orang yang menerima buku rekod amalannya ketika hidup di dunia dari sebelah kiri akan masuk ke neraka.

Foto: http://www.khilafatworld.com/2012/07/why-tawaf-circumambulate-is-performed.html

Pusingan tawaf akan menghasilkan medan elektrogmagnetik yang lebih banyak dan luas. dan sekaligus memberi kepadatan daya pada tubuh badan.


Apa yang menarik ialah kalau kita lihat tapak tangan kita, kita dapati ada angka 81 pada sebelah kiri dan 18 pada sebelah kanan. 81 + 18 = 99 adalah nama-nama Allah, iaitu asma ul husna. Fenomena alam dalam grafik di atas menujukkan arah pusingan tawaf (dari kanan ke kiri) adalah lebih dominan dari arah pusingan jam. Inilah kehebatan pencipataan Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Agong.

Dalam kalangan orang Yahudi, mereka juga percaya kekuatan yang pada pusingan dari kanan ke kiri. Mereka juga mempunyai jam pusingan tawaf. Apa tujuan orang yang mencipta jam yang menggunakan haluan yang berlawan dengan pusingan tawaf?

Ujikaji: cuba anda buat ujian di bawah ini:
- Jangan pakai jam yang ada arah haluan jam selama 2 bulan. Gunakan jam pusingn tawaf selama 40 hari. Lihat apa yang berlaku pada diri anda dari sudut emosi, mental, fizikal, fiziologi dan emosi anda. Anda boleh guna jam digital yang bernombor tanpa ada jarum jam.
- Ambil segelas air, kacau air dengan sudu besi ikut pusingan tawaf tujuh kali dan berikan air tersebut kepada kanak-kanak yang hiperaktif untuk menium. Perhatikan adakah kelakuan agresifnya akan berkurangan.
- Bila anda hendak minum, kacau air segelas dengan sudu besi 7 kali ikut pusingan tawaf, dan minum air tersebut. Perhatikan tenaga dan kekuatan diri anda. Pada waktu yang lain, kacau air segelas dengan sudu besi 7 kali ikut pusingan jam. Perhatikan tenaga dan kekuatan diri anda
Kaabah lwn Jam Menara di Mekah – arah pusingan tawaf lwn pusingan jam
Jam menara vs Kaabah. Adakah dapat pahala kalau kita tengok Kaabah atau tengok Jam Menara? 10 lagi soalan seterusnya:
Soalan 1: Kalau anda berada di Masjidil Haram, apa yang amat cepat menarik perhatian anda? Kaabah atau Jam Menara?
Soalan 2: Kalau anda berjalan di sekitar Mekah, adakah jam menara ini akan menjadi focal point pada anda atau hotel, restoran, bangunan, kedai, atau pasar? Adakah mata anda tidak akan mengelak dari melihat Jam menara?
Soalan 3: Kalau anda tawaf sekeliing Kaabah, adakah anda tidak akan dongak kepala ke atas untuk melihat Jam Menara atau Kaabah?
Soalan 4: Bukankah jam menara ini sumbangan Syarikat Swiss International (siapa pemilik syarikat ini) melalui sebuah syarikat milik Muslim?
Soalan 5:Bukankah jam menara ini mendapat 15 years free maintenance service dari Syarikat Swiss International?
Soalan 6: Bukankah jam menara ini berciri clockwise dan tidak anti-clocwise dan tidak ikut pusingan tawaf?
Soalan 7: Apakah tidak ada agenda tersirat di sebalik kewujudan jam menara (clockwise) ini di Masjid Haram?
Soalan 8: Apakah agenda “Clock Worshipers” yang dibawa oleh Yahudi telah berjaya hari ini secara massive di tempat paling ramai orang beribadah?
Soalan 9: Apakah hati dan mata manusia tidak terganggu dalam menunaikan ibadah umrah dan solat di Masjidil Haram kerana akan terpandang Jam Menara ini setiap minit ketika berada di sekitar Masjid Haram?
Soalan 10: Tidak bolehkah jam menara ini ditukar arah kepada anti-clockwise dan ditukar nombor Roman kepada nombor Arab?
Soalan 2: Kalau anda berjalan di sekitar Mekah, adakah jam menara ini akan menjadi focal point pada anda atau hotel, restoran, bangunan, kedai, atau pasar? Adakah mata anda tidak akan mengelak dari melihat Jam menara?
Soalan 3: Kalau anda tawaf sekeliing Kaabah, adakah anda tidak akan dongak kepala ke atas untuk melihat Jam Menara atau Kaabah?
Soalan 4: Bukankah jam menara ini sumbangan Syarikat Swiss International (siapa pemilik syarikat ini) melalui sebuah syarikat milik Muslim?
Soalan 5:Bukankah jam menara ini mendapat 15 years free maintenance service dari Syarikat Swiss International?
Soalan 6: Bukankah jam menara ini berciri clockwise dan tidak anti-clocwise dan tidak ikut pusingan tawaf?
Soalan 7: Apakah tidak ada agenda tersirat di sebalik kewujudan jam menara (clockwise) ini di Masjid Haram?
Soalan 8: Apakah agenda “Clock Worshipers” yang dibawa oleh Yahudi telah berjaya hari ini secara massive di tempat paling ramai orang beribadah?
Soalan 9: Apakah hati dan mata manusia tidak terganggu dalam menunaikan ibadah umrah dan solat di Masjidil Haram kerana akan terpandang Jam Menara ini setiap minit ketika berada di sekitar Masjid Haram?
Soalan 10: Tidak bolehkah jam menara ini ditukar arah kepada anti-clockwise dan ditukar nombor Roman kepada nombor Arab?
Menara dibina oleh keluarga Ben Laden, tapi jam sumbangan dan rekabentuk dari Syarikat Swiss Internatiional
<meta http-equiv=”refresh” content=”0; URL=/?_fb_noscript=1″ />Big Ben (kanan) dan Jam Menara di Mekah sedang bersaing untuk mendapat pengiktirafan pusat penentuan masa. Kedua-dua Jam menara adalah hampir sama wajahnya.
Rujukan:
- https://www.theguardian.com/notesandqueries/query/0,5753,-1416,00.html
- http://www.anythinglefthanded.co.uk/sports-anti-clockwise.html#sthash.HrFqOE9X.j1S8HGec.dpbs
- http://www.jamtawaf.com.my/2015/10/29/khasiat-dan-fungsi-jam-tawaf/
- http://fiza93.blogspot.my/2015/10/jam-tangan-tawaf-al-jazari-serta.html
- http://www.khilafatworld.com/2012/07/why-tawaf-circumambulate-is-performed.html
- http://jamtawaf2013.blogspot.my/
- http://www.naakamaruddin.com/2014_07_01_archive.html
- https://jamtawaf.wordpress.com/info/
- http://aurabiz88.blogspot.my/2015/02/jamtawaf.html

No comments:
Post a Comment