Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Bicara Tentang Dajjal
Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para
sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang
kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di
dalam kelompok lebah.Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi
ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah;
“Apa khabar kamu semua”, jawab kami “Baik”, tapi kami hendak bertanya mengenai
Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara
Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?.
Jawab Rasullullah; “Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap
kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan
membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada di
samping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan
Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim”. Dajjal pemuda
berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan
Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah
dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi.
Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq.
Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu
teguhkan pendirian kamu!. Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di
bumi ?”, jawab Rasullullah : “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti
setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya
seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari
seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab
Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
Berapakah kecepatannya di bumi ?” jawab Rasullullah; Seperti
hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya
beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala
perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka
diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari
sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk
dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan. Kemudian didatangi kaum yang
lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak
ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi
kering kontang dan habis semua kekayaan mereka.
Kemudian katanya; “Keluarkan perbendaharaanmu!” maka keluarlah
seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah
diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah
dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di
lempar sejauh anak panah dipanahkan.
Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali, dia datang
seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa. Sementara Dajjal
asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa
Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur
Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat.
Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat
kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara.
Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang
kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata
memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di
pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya
Dajjal tersebut. Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari
kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka
kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s.
“Aku akan mengeluarkan hamba-hambaku yang tidak terkalah
oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit”,
lalu Allah Taala mengeluarkan Ya’juj dan Ma’juj. Mereka turun melanda dari
tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum
habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata
mereka; “Sesungguhnya dahulu ada air di sini”. Nabi Isa dan para sahabatnya
terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus
dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).
Maka Nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah
s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya’juj dan Ma’juj. Maka Allah s.w.t
mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga
mereka mati semuanya. Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi.
Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan
bangkai-bangkai busuk. Nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t
semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu.
Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu
di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan
Allah s.w.t. Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah
tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti
kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; “Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan
kembali keberkatan mu!” Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah
delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.
Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk
orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor
kambing cukup untuk sekeluarga terdekat. Ketika itu mereka berada dalam
keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki
ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim.
Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur
seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.
" (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan
sebenar-benar goncangan, dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan
selebur-leburnya, lalu menjadilah ia debu yang bertebaran."(Al-Waqiah ayat
4-6 )
p/s : Artikel dipetik dari buku "Himpunan Cerita-cerita
Wanita Dan Laki-Laki Dalam Al-Quran Dan Hadis.
Posted by Hassan Adli B. Haji Othman at 5:33 PM No comments:

No comments:
Post a Comment