أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Solat Seorang Sufi *Sholat Seorang Sufi*
S E K I A N
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Solat Seorang Sufi *Sholat Seorang Sufi*
بسم الله الرحمن الرحيم
Shahibul Karib
Air Mutlak:
Penyucian hanya bisa dilaksanakan dengan Air Mutlak. Kejernihannya
meliputi setiap lapisan alam. Asal air adalah satu pada tahap Yang Ghaib,
apabila ia menyatakan penzahirannya maka timbullah pelbagai warna yang
terpelihara dari asal yang satu itu. Inilah Air yang hakiki. Bersucilah
dengannya di dalam SirulLah.
Hadath:
Makna hadath dari kacamata kesufian ialah wujud selain Allah ( wujud
ghairuLlah). Hadath ini mesti dibersihkan dengan Air Mutlak di dalam SirulLah.
Apabila telah bersuci dengan air tersebut, maka barulah layak untuk memasuki
pintu Majlis Tuhan itu. Jika masih lagi ada wujud ghairulLah, maka belumlah
lagi dikatakan bersuci dan masih menanggung hadath. Bersihkanlah diri dengan
Air Mutlak dengan sebersih-bersihnya sehingga tiada lagi yang kelihatan
melainkan Allah Yang Maha Esa sahaja.
Hadath Kecil:
Menghilangkan hadath kecil dari sisi kerohanian ialah:
Fana’ dalam 7 sifat:
1. Qudrat
2. Iradat
3. Ilmu
4. Hayat
5. Sama’
6. Bashar
7. Kalam
Hadath Besar:
Menghilangkan hadath besar dari sisi kerohanian ialah:
Memfanakan diri seluruhnya. Apabila telah bersih suci daripada hadath
besar ini barulah dikurniakan bisa ‘melihat Allah’ dengan segala KeagunganNya
dan KemulianNya. Bermandilah dengan Air Mutlak ini dengan niat:
• Laa fa’il illallah – tiada yang berbuat melainkan Allah
• Laa hayya illallah – tiada yang hidup melainkan Allah
• Laa maujuda ilallah – tiada yang maujud melainkan Allah
‘Man arafa nafsahu, faqad arafa Robbahu, man arafa Robbahu, fasadal jasadu’
– Siapa yang mengenal dirinya rata-rata, kenallah dia Tuhannya, siapa yang
kenal Tuhannya, fanalah jasadnya, sehingga basah kuyup seluruh dirimu dengan
Air Mutlak itu oleh pentajallian Al-Haq, dan dengan Air Mutlak itu jua dirimu
terserap dalam CintaNya yang mendarah-daging dalam seluruh tubuhmu – “Ke mana
engkau memandang, di situlah WajahKu”.
Sholat diambil daripada perkataan Washlat (ertinya tersangat hampir).
Sholat daripada fahaman sufi maknanya ‘Pertemuan’ atau lebih tepat lagi ialah
‘Penyatuan’. Manakala wudhu maknanya ‘Perpisahan’.
Solat digolongkan kepada 2 bahagian:
1. Sholat Syari’at
2. Sholat Hakikat (Da’im)
Sholat Syari’at:
Solat ini mempunyai tatacara dan hukum-hukum tertentu. Kiblatnya
mengarah kepada Ka’abah di dalam Masjidil Haram. Tertakluk kepada lima waktu
sehari semalam. Wajib dikerjakan dengan seluruh tubuh yang zahir.
Sholat Hakikat:
Sholat Hakikat atau sholat Da’im adalah sholat yang berkekalan – tidak
putus dan tidak tertakluk kepada waktu dan tempat, tidak ada perbuatan, tidak ada
bacaan. Da’im adalah juga namanya Wustha ertinya yang di tengah-tengah, maka
ianya dilaksanakan hanya pada hati. Namun begitu, Sholat Da’im atau Wustha ini
tidak boleh dipisahkan dengan Sholat Syari’at. Mengerjakan sholat syari’at
sahaja tanpa hakikatnya adalah pincang. Dan begitu pula mengerjakan solat
hakikat sahaja tanpa syari’at adalah binasa. Justru itu, Solat Da’im ini harus
disepadukan dengan Sholat Lahiriyah.
Intisari Solat Da’im | Wustha
Kiblat:
Tidak di Timur dan tidak pula di Barat. Ianya menghala dari tengah (Roh)
menghadap ke Wajah Allah (SirulLah).
Berdiri:
Berdiri (mula) di Alam Mulki dalam takluknya Alif. Sebelum jatuhnya
niat, Alif itu wujud memakai 7 sifat ma’ani: Wujud, Hayat, Ilmu, Qudrat,
Iradat, Sama', Bashar dan Kalam.
Niat:
Maksudnya dari sisi kesufian: melenyapkan diri dari diri. Dalam takluk
rahsianya Alif yakni Titik Hati. Tujuan niat ini adalah untuk memulangkan
kesemua sifat amanah kepada Al-Haq.Beradanya niat ialah di antara Alam Mulki
dan sempadan Alam Malakut. Niatnya ialah:
La maujud
La haiyu
La ‘alimu
La qaadiru
La muridu
La sami’u
La bashiru
La mutakalimu
Fil haqiqati illaLah.
(tidak ada yang maujud, tidak ada yang hidup, tidak ada yang tahu, tidak
ada
yang kuasa, tidak ada yang kehendak, tidak ada yang dengar, tidak ada
yang
lihat, tidak ada yang berkata-kata pada haqiqatnya melainkan Allah)
Takbiratul Ihram:
Di sini maksudnya, berpisah dari Alam Mulki dan fanalah hamba ketika
mengucapkan ‘Allahu Akbar’. Hanya sifat ‘yang menyembah’ sahaja yang tinggal
sebagai penzahiran wujud Allah – ‘Yang Disembah’. Ia bergerak dengan gerak
Allah. Ia berkata-kata dengan kata-kata Allah. Takluknya dalam rahsia Titik
bagi Alif – ‘Tiada’. Seperti kata Abu Yazid Bustami, “Ariftu Robbi bi Robbi’
(Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku).
Membaca Fateha:
Ketika membaca Fateha, terbukalah Pintu Alam Malakut bagi ‘yang
menyembah’. Dia menyaksikan kalimah Allah melalui penyingkapan (syuhud) akan
firman Allah; “Malikiyauu middin” di dalam Kerajaan Allah Ta’ala. Dari
takluknya ‘Tiada’ ia menjadi Titik dari NurNya (Nur Muhammadi). Dengan Nur
Muhammadi inilah ‘yang menyembah’ mengenal dirinya – ‘man arafa nafsahu’ -
sebagai ‘RohNya’ yang pernah dihimpunkan di Alam Lahut semasa Adam baru
sempurna kejadiannya, yakni ketika Jibril menepuk tulang sulbi Adam, maka
keluarlah semua roh anak cucu Adam dari tulang sulbi Adam itu. Adapun ‘RohNya’
itu pada hakikatnya adalah satu jua, iaitu daripada SirulLah. Roh anak cucu
Adam itu hanyalah bayangan (menumpang) dari RohNya. Tanpa hadirnya Nur
Muhamadi, ‘yang menyembah’ tak mungkin bisa berhadap di depan Allah Ta’ala.
Dengan perwujudan Nur Muhammadi inilah maka ‘yang menyembah’ berdialog dengan
Allah Ta’ala secara langsung “Kepada Engkaulah kami sembah dan kepada Engkaulah
kami memohon pertolongan. Tujukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan mereka
yang Engkau berikan ni’mat, bukan (jalan) mereka yang Engkau murkai, dan bukan
pula (jalan) mereka yang sesat.” Maka diAminkan akhir Fateha itu oleh para
malaikat dari setiap 7 lapis langit iaitu dari: Alam Mulki, Alam Malakut, Alam
Jabarut, Alam Bahut, Alam Lahut, Alam Hahut dan yang tertinggi sekali ialah
Alam Al-Insan yang di sinilah kemuncaknya Sholat itu. Adapun maksud ‘jalan yang
lurus’ bagi kalangan sufi ialah Mi’raj. Sebagaimana sabda Nabi saw; “Sholat itu
adalah mi’raj bagi mukmin”. Tujuan Mi’raj itu ialah Penyatuan, yakni kembalinya
‘yang menyembah’ kepada ‘Yang Disembah’.
Rukuk:
Takluknya kepada huruf 'Lam' terzahirnya dari Alif - 'yang menyembah'
menampakkan 'Yang Disembah'. Alif adalah Kanzun Mahfiyyan (Yang Tersembunyi).
Yang Tersembunyi ingin dikenali maka dizahirkan Lam sebagai tabirnya. Sabda
Nabi saw, "Dirikanlah sholat seolah-olah kau melihat Allah". Dan kata
para Ariffin, "Siapa yang kenal dirinya, kenallah Tuhannya." 'Yang
menyembah' dinatijahkan seperti 'angin', manakala tatkala 'yang menyembah' pada
posisi berdiri tadi, natijahnya adalah 'api' - fana dalam wujud. Api itu
sifatnya membakar - yakni melenyapkan keakuan diri. Pada tahap 'rukuk' ini,
'yang menyembah' berada dalam suatu tarikan yang tersangat kuat dari Nur
Muhammadi. Justeru itulah ianya dinatijahkan kepada angin (tunduk dan menderu).
'Yang menyembah' ditarik masuk ke dalam Alam Jabarut dan berpisah dari Alam
Malakut. Justeru itulah kata para Ariffin, "Barangsiapa mencari Tuhan di
luar dirinya, nescaya akan sesat."Pada tahap ini 'yang menyembah' melepasi
kalbunya dan yang tinggal padanya adalah RohNya yang akan naik ke lapisan yang
lebih tinggi untuk kembali kepada Tuhan. Alam Jabarut adalah sempadan yang
menghubungkan Perbendaharaan Wujud (batas larangan yang tak bisa ditembusi
melainkan kepada Nur Muhammadi) di antara yang 'maujud' - 'yang menyembah'.
'Yang menyembah' mengenal dirinya di Alam Jabarut, maka tersingkaplah baginya
seluas-luasnya wujud Allah tanpa tabir bahawa 'yang menyembah' telah bersatu
dengan 'Yang Disembah'. Maka bertasbihlah 'yang menyembah', "Maha suci
Tuhanku yang Maha Agung dengan sifat kepujiannya."
Harap maklum, jika difahami pengertian bersatu dengan 'Yang Disembah'
yang dimaksudkan di sini bukanlah mengambil kefahaman 'Hulul' sebagaimana yang
diyakini oleh Mansur Al-Hallaj. Yang lebih ditekankan di sini ialah
Wahdatus-Syuhud (Kesaksian Penyatuan)
I'tidal:
'Yang menyembah' adalah yang dibangkitkan - ‘Yang menyembah’ masuk dalam
‘Pintu Kematian.’ “Matikanlan dirimu sebelum mati”. Di sini juga ertinya
‘waqaf’ (sementara) dalam Solat.
Sujud Awal:
Takluknya kepada huruf 'Lam' - juga huruf 'Mim'. Sabda Nabi saw,
"Aku dizahirkan ke dunia dalam keadaan sujud". 'Yang menyembah'
dinatijahkan kepada air. Air adalah sumber kejadian Alam Mulki. Arasy Tuhan
berada di atas air. Maka 'yang menyembah' dinatijahkan kepada air, kerna di
sinilah 'yang menyembah' sampai di Alam Bahut. Alam Bahut adalah Pembatasan
Terakhir Segala Penzahiran, atau seumpama ungkapan Syekh Akbar Ibu Arabi;
Syajaratul -Kaun (Pohon kejadian) atau sebutan yang sering juga disebut -
Sidrahtul Muntaha. Pada tahap ini 'yang menyembah' adalah RohNya yang di dalam
Sirr. Sabda Nabi saw ketika mi'raj baginda melihat Wajah Allah, "Aku tidak
tahu di manakah aku berada". Pada tahap ini juga 'yang menyembah' menyerap
kepada 'Yang Disembah' seolah-olah 'yang menyembah' itulah 'Yang Disembah,' 'Yang
Disembah' itulah 'yang menyembah, - yang pada hakikatnya wujud terurai dalam
fana fil sifat dan lebur dalam fana fil zat – ‘Melihat Allah dengan Allah’ –
maka ‘yang menyembah’ diberikan pengetahuanNya – Ana al-Haq (Akulah Yang
Benar’). Dari sisi tahap ini, lihatlah kepada ‘Basmalla’. Hanya ‘Ba’ dalam
Basmallah sahaja yang tercantum dengan Alif. Sabda Nabi saw; “Seluruh kitab
Al-Qur’an itu terkandung dalam Al-Fateha. Dan seluruh Al-Fateha itu terkandung
dalam Basmallah. Dan Basmallah terkandung dalam huruf ‘Ba’. Dan rahsia ‘Ba’ itu
adalah Titik di bawahnya” – Inilah yang dimaksudkan oleh Syekh Ibnu ‘Arabi
Wujud Kesatuan – Wahdatul Wujud. Maka bertasbihlah ‘yang menyembah’, “Maha suci
Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya.”
Duduk Di Antara Dua Sujud:
Takluknya pada huruf ‘Ha’ besar dan juga ‘Ha’ kecil (maksudnya selepas
huruf Jim). ‘Yang Menyembah’ telah pun dikurniai ‘Baqa’ setelah fana fil sifat
dan fana fil zat. Dengan dikurniai ‘Baqa’, barulah ‘yang menyembah’ dapat
memasuki Perbendaharaan Rahsia Tuhan – Ilahiyat - pada sujud yang akhir nanti,
sebagaimana diistilahkan oleh para Ariffin melalui tiga tahapan; Ahadiyat,
Wahdat dan Wahidiyat. Pada tahap ini ‘yang menyembah’ berada di Alam Lahut –
Alam Tiada, yang tiada sesuatu pun yang tercipta, tiada awal dan akhir, ‘yang
menyembah’ menyaksikan kekosongan tanpa perbatasan, dan disinilah awalnya Diri
yang kemudiannya dizahirkan sebagai Adam. Di kalangan sufi, ianya juga
diistilahkan ‘Negeri ‘Adami’. Diri (‘yang menyembah’) dinisbahkan kepada air
yakni Air Mutlak, atau kata lainnya – inilah asal-usul manusia dari alam tiada
‘La’. Pada tahap ini juga ‘yang menyembah’ adalah di dalam SirrNya – RohNya
dalam keghaiban Nur Muhammadi. Haqiqat RohNya adalah Nur Muhammadi. Di sinilah
ia bermunajat; ‘Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku,
angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku
dan maafkanlah aku.”
Sujud Akhir:
Takluknya pada rahsia huruf ‘Ha’ – yang tak kelihatan atau bunyi
dihujungnya ‘Hu’ dan juga huruf ‘Mim’. Pada tahap ini ‘yang menyembah’ berada
di Alam Hahut’ pada nisbahnya air yang di bawah ‘Arasy Tuhan – tersangat
hampir. Yang tinggal pada ‘yang menyembah’ adalah SirulLah. Di dalam Sirr,
inilah Aku. Kata Ahli Sufi, ‘Air dalam gelas, tak dapat dibedakan lagi. Air
itulah gelas. Gelas itulah air.” ‘Yang menyembah’ itulah ‘Yang Disembah’ dalam
gedung makrifat, bukan dalam gedung syari’at, gedung thariqat dan gedung
haqiqat. Fahamkanlah ini ‘Yang menyembah’ tidak bisa menjadi ‘Yang Disembah’
dalam erti haqiqat. Ini hanya pada makrifat semata-mata. Ingatlah, bukan
fahaman hamba yang bertukar menjadi Tuhan. Camkan air di dalam gelas, bersatu
dalam kejernihan. Lihatlah pada ‘ombak’- ombak hanya pada nama yang jauharnya
adalah air yang bergelora. Kata Al-Hallaj, “Tiada yang di dalam jubahku
melainkan Allah” hanya dimengertikan sebagai ucapan Irsyadat. Dan juga sabda
Nabi saw; “Aku melihat Allah pada rupa seorang pemuda yang tersenyum”. Di sini
‘yang menyembah’ terus bertasbih, “Maha suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan
sifat kepujianNya.”
Pada sujud akhir inilah, ‘yang menyembah’ memasuki Wilayah Ilahiyat:
Ahadiyat, Wahdat dan Wahidiyat.
1. Ahadiyat – Zat Mutlak atau Zat wajibal wujud
2. Wahdat – Zat Yang Maha Esa
3. Wahadiyat – ILAH - Zat yang maha kaya daripada tiap-tiap sesuatu yang
lain dan sesuatu yang lain memerlukannya. Zat ingin dikenali sebagai Kanzun
Mahfiyyan. Di sinilah terbitnya ungkapan ‘Kun’ jadilah maka jadilah ia.
Duduk Tahiyat Akhir:
Takluknya pada huruf Dal. Pada tahap ini ‘yang menyembah’ berada di Alam
Al-Insan, dinisbahkan kepada tanah ketika ia duduk – dalam kesempurnaan. Dia
yang mengenal dan Dialah yang dikenal pada akhirnya. Dialah yang turun dan naik
dalam mi’raj. “Rahsia Insan RahsiaKu, RahsiaKu Rahsia Insan” Di Alam Insan,
‘yang menyembah’ diliputi dengan Wujud, Ilmu, Nur dan Syuhud, maka Zat adalah
rahsianya, Sifat adalah ruhnya, Asma’ adalah qalbunya dan Af’al adalah
tubuhnya. Di sinilah ia mengucapkan Selamat sejahtera (baca: tahiyat) ke atas
Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Juga kepada hamba-hamba yang solihin
sekaliannya.Dialah yang menyaksi dan dialah yang naik saksi tiada Tuhan
melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah.
Salam:
“Salamun qaulam mir-robbir- rohiim”. Inilah salam ahli syurga. Syurga
inilah yang dinikmati oleh ‘yang menyembah’, yakni syurga yang di dalamnya
tanpa bidadari, sungai, buah-buahan dan pepohonan. Di syurga inilah ‘yang
menyembah’ terlena memandang Wajah Allah.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
....................................................................................
...........................................................................................................
...............................................................................................................................................
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم
Maka sebutlah, ucaplah, lafazlah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH





No comments:
Post a Comment