أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantongku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Bolehkah Manusia Melihat Allah?
Bolehkah Manusia Melihat Allah?
Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada
Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada
hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan
pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka
menjawab, “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan
melihat Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang
tidak dilindungi awan”.
Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril, “Hai Jibril
pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah
ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang
paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau
dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling
luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”
Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah
Allah di dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya.
Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar
dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi
kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang
lemah.
Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati
susana paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka
dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah
itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para
tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib
yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.
Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah
bau-bauan harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka
bertambah harum dan nyaman susana waktu itu. Tercengang para penghuni syurga
melihat keajaiban yang berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji Allah untuk
orang yang beriman.
Seketika kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil
dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang luas. Suara itu merupakan
kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama kali didengar oleh manusia.
Firman Allah, “Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu?
Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya”.
Semua penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam,
tercengang dan terperanjat apabila mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu
nikmat yang paling berharga. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman
syurga itu berkata, “Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah sempurnakan
janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu
yang mengsyukuri setiap nikmat di dunia dahulu. Demikian pun wahai tuhan kami,
izinkanlah kami untuk melihat wajahMu di hari akhirat yang telah Engkau
janjikan ini”.
Seketika kemudian secara tiba-tiba, muncullah sebuah mimbar
yang amat ajaib di taman syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing tangan
Nabi Musa naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat
supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga. Selesai
membaca kitab Taurat dengan bacaan yang lembut itu, maka Jibril menjemput pula
Nabi Isa memperdengarkan bacaan kitab Injil yang pernah diturunkan Allah kepada
beliau.
Kemudian Jibril mempersilakan Nabi Daud membacakan kitab suci
Zabur dan beliau membaca dengan suara yang enak sekali didengar. Selesai kitab
Zabur dibacakan, Jibril akhirnya menjemput junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
ke atas mimbar untuk membacakan kitab suci Al-Quran. Rasulullah membaca dengan
suara yang paling merdu dan lembut serta tak pernah didengari oleh sesiapa pun
sewaktu di dunia dahulu sehinggakan semua penghuni syurga terpegun.
Setelah selesai pembacaan keempat-empat kitab suci yang
pernah diturunkan kepada umat manusia di dunia dahulu, maka terangkatlah suatu
hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu,
maka keluarlah angin yang lembut bersama sejenis bauan yang sangat harum dan
menakjubkan. Sekalian manusia di syurga berasa terkejut melihat suatu kejadian
paling ajaib yang tak pernah terfikir oleh akal.
Kemudian terbuka lagi sebuah hijab yang lebih besar iaitu
hijab yang menghalang setiap makhluk melihat wajah Allah S.W.T. Di sinilah saat
paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah
tempat pertemuan yang sebenarnya antara manusia dengan Allah. Allah lalu
memberi salam kepada sekalian manusia dan seluruh manusia menyambut salam
dengan rasa nikmat dan syukur tak terperi.
Berkatalah seluruh manusia kepada Allah yang Maha Pencipta, yang
Maha Berkuasa, yang Maha Pengasih dan Penyayang, “Wahai tuhan kami, izinkanlah
kami sujud kepadaMu hari ini”. Allah lalu berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, hari
ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu.
Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya
wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi
ia merupakan tempat mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang berkekalan.
Walaupun begitu, demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu
pada hari ini”.
Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila ahli
syurga telah masuk ke syurga, Allah berfirman, “Apakah kalian ingin tambahan
sesuatu dariKu?” Kata mereka, “Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami?
Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami
dari api neraka?” Lalu Allah membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang
paling mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian
Rasulullah S.A.W membaca ayat ini, “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada
pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]
Melihat Allah S.W.T merupakan kenikmatan yang paling
dicintai bagi penghuni syurga. Selain itu, keistimewaan syurga Firdaus ialah para
penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada
waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah
apabila manusia dapat menatap wajah Allah.
Rujukan: Himpunan Kisah Teladan
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Bolehkah Manusia Melihat Allah?
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment