
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
Hukum Doktor Lelaki Menyambut Wanita Bersalin Yang Kebanyakkan Hospital Ambil Mudah!
اللهَ .لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Hukum Doktor Lelaki Menyambut Wanita Bersalin Yang Kebanyakkan Hospital Ambil Mudah!
Suatu malam rumah saya didatangi beberapa orang mahasiswa
dari kalangan pelajar perubatan Tanta. Memandangkan sebelum ini kami pernah terlibat
sama dalam program persatuan, maka saya mengenali mereka.
“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat dalam
bidang perbidanan (wanita bersalin)?” Saya cuba menduga.
“Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya risikonya
tinggi dan agak susah.. contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah malam
ada orang nak beranak susahla doktor perempuan nak tolong..” Jawabnya.
Sudah saya jangkakan jawapannya. Saya cuba berfikir relevan
di sebalik jawapan itu sambil tangan mencobek ketulan cucur bawang yang kami
sediakan untuk mereka. Sedap juga menjamah cucur panas-panas begini.
“Lagipun doktor lelaki jadi dah biasa dah macam tu (sudah
mangli melihat aurat wanita ketika mahu bersalin, tidak bernafsu lagi)..”
Sambungnya lagi.
Saya juga telah menulis artikel berkaitan rawatan ke atas
pesakit berlainan jantina di sini.
Jawapan di atas pula bakal saya jawab sebentar lagi.
Teruskan membaca subtopik di bawah.
ALASANNYA DARURAT
Ada di kalangan mereka yang mengharuskan lelaki terjun ke
dalam bidang sakit puan atau obstetrik dan ginekologi (O&G) dengan
beralasan darurat. Malah menggunapakai kaedah masyhur qawaid fiqh yang
berbunyi:
Maksudnya: “Darurat boleh mengharuskan perkara yang
diharamkan dengan syarat darurat tersebut tidak kurang (bukan lebih kecil)
berbanding perkara yang diharamkan.”
Perlu diketahui, kaedah di atas bagi darurat doktor lelaki
merawat ataupun menjadi bidan kepada wanita bersalin adalah terlalu umum. Kita
tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa membuat pengecualian hal
ehwal sakit puan.
Justeru, kita tidak boleh mengkiaskan darurat memakan
bangkai secara keseluruhannya. Ini kerana darurat memakan bangkai berbeza dari
beberapa sudut. Antaranya ialah:
1. Merujuk kepada masalah keharusan memakan bangkai, ianya
tidak melibatkan pihak kedua. Maksudnya ia hanya melibatkan individu yang
memakan bangkai itu sahaja. Manakala bagi kes bersalin, ianya melibatkan
pelbagai pihak bersama iaitu pesakit, suami dan doktor yang menyambut kelahiran
itu sendiri.
2. Seterusnya jika berlaku kes bersalin, kesan di sebalik
perbidanan itu adalah amat besar samaada terhadap emosi sehinggakan si isteri
akan mengalami trauma berpanjangan. Begitu juga suami, pasti akan mengundang
rasa ‘lain’ apabila lelaki asing melihat aurat mughallazah isterinya. Doktor
juga tidak dapat lari daripada menerima kesan akibat kes perbidanan tersebut
seandainya masih bergelar lelaki sejati.
3. Harus memakan bangkai dikategorikan sebagai perkara yang
ta’abbud. Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara ta’abbud dengan tujuan
pensyariatan (maqasid syariah) maka mestilah mendahulukan maqasid syariah.
Menjaga aurat adalah salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga maruah), dan
berubat juga merupakan salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga nyawa).
Ini kerana, ada sesetengah keadaan didahulukan menjaga maruah berbanding
menjaga nyawa, dan ada sesetengah keadaan di dahulukan menjaga nyawa berbanding
menjaga maruah.
Contoh lain, misalnya terdapat kes seorang wanita dipaksa
berzina, jikalau tidak berzina maka akan dibunuh. Oleh itu dalam masalah ini
ulama’ mengharamkan wanita berkenaan berzina, jadi hendaklah memilih untuk
dibunuh berbanding berzina. Mengapa? Kerana berzina risikonya lebih besar
berbanding bunuh. Antara risiko jenayah zina ialah kesan trauma, kesedihan,
kemurungan terhadap mangsa dan keluarga. Malah kesan ini akan lebih teruk jika
menyebabkan kelahiran anak luar nikah.
ALASAN MEREKA YANG LAIN
Saya merasakan alasan kerana wanita sukar untuk keluar malam
jika berlaku kes kecemasan adalah tidak relevan sama sekali. Ini kerana dunia
kini bertambah canggih dan mempunyai pelbagai kemudahan perhubungan. Bahkan
wanita itu juga boleh ditemani suami ataupun mahram jika keseorangan.
Cuba kita renung sejenak, dahulu ibu-ibu kita melahirkan
anak bagaimana? Hanya atas pertolongan mak bidan menggunakan perubatan
tradisional. Terdapat juga sesetengah tempat mereka menggunakan khidmat
jururawat bergerak. Kesemua mereka adalah wanita. Mereka sanggup berkorban demi
membantu kaum sendiri tanpa beralasankan hari sudah larut malam. Dunia
bertambah canggih, ini bukan ceritera kisah menunggang basikal tua!
Oh, saya sedikit geli hati mendengar alasan doktor lelaki
sudah bosan melihat aurat wanita sehinggakan tidak rasa bersyahwat lagi.
Jawapannya mudah, apakah doktor lelaki itu sudah mati pucuk? Atau sudah menjadi
tidak normal? Sungguh kasihan jika itu berlaku.
Faktanya, lelaki yang mengubati wanita dan terpaksa melihat
aurat lebih berisiko iaitu risiko terdedah kepada perzinaan. Ini bukan
bermaksud terdedah kepada berzina dengan pesakit ketika rawatan sahaja, bahkan
ianya mendorong kepada perzinaan umum, tidak kira samaada dengan pesakit atau
bukan pesakit.
Secara teorinya, melihat aurat terutama bahagian aurat
mughallazah (bahagian alat kelamin) boleh merangsang hawa nafsu. Lantas
ransangan ini mendorong seseorang ke arah perzinaan walaupun sekadar istimta’
(ringan-ringan).
Teori ini disokong oleh kajian daripada W.H.O yang
menyatakan hampir 20% doktor lelaki menjalinkan hubungan seks dengan pesakit
wanita. Ini termasuklah kes pegawai perubatan yang merogol pesakit ketika koma
sehingga menyebabkan mengandung di barat. Perkara sebegini akan bertambah teruk
jika dimonopoli oleh para doktor lelaki yang masih bujang dan tidak berakhlak.
Qatadah meriwayatkan: Telah sampai kepadaku sabda Rasulullah
SAW dengan maksudnya: “Tidak harus bagi mana-mana perempuan yang beriman dengan
Allah SWT dan hari akhirat (memperlihatkan anggota dan mereka) melainkan di
bahagian ini, sambil baginda memegang bahagian tengah lengannya.” (Maksud
bahagian tengah ialah – bermula dari hujung jari sehingga separuh lengan, bukan
pergelangan tangan)
Terdapat riwayat di dalam sebuah hadis yang sahih bahawa
Ibnu Abbas r.a berkata kepada Ato’ bin Abi Robah r.a bermaksud:
“Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang perempuan ahli
syurga?”
Ato’ menjawab: “Ya.”
Ibnu Abbas berkata: “Perempuan hitam ini telah datang kepada
Rasulullah SAW lalu berkata: Aku dirasuk dan auratku tersingkap, maka bolehkah
engkau doakan untukku?” Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau mahu bersabar,
maka bagimu syurga. Jika engkau mahu aku mendoakan kesejahteraan, (maka aku
akan doakan)”. Perempuan itu berkata: “Aku memilih bersabar (menanggung
keperitan)”. Ia menambah: “Auratku tersingkap, maka doakanlah untukku supaya ia
tidak tersingkap (ketika tidak sedarkan diri). Maka Rasulullah SAW pun
mendoakan untuknya.
Perkara begini bukan sesuatu hal yang sangat-sangat ringin
persis debunga yang berterbangan ditiup angin. Ini juga bukan masalah menghirup
kopi sambil menonton gusti di warung kampung. Ini soal maruah seorang wanita.
Hati wanita mana tidak remuk seandainya selama berpuluh tahun elok berhijab
menutup aurat, menjaga rambutnya dari terdedah, namun diragut maruah hanya
kerana peristiwa beberapa jam saat kelahiran anak. Mungkin wanita yang tidak
menutup aurat kurang merasa kesengsaraan jiwa, tetapi bagi yang selalu
menjaganya. Pasti ia merupakan detik hitam yang kelam dan hitam.
Pada hemat saya, ini adalah salah satu strategi pihak yahudi
dan barat menusukkan jarum-jarum halus mereka. Sengaja meramaikan pelajar
lelaki di dalam bidang sakit puan, dan meramaikan pihak wanita di dalam bidang sakit
tuan. Natijahnya, soal aurat langsung tidak dititikberatkan lagi sehinggakan
mencetuskan kecelaruan fikrah di benak-benak umat Islam.
FARDHU KIFAYAH YANG MENJADI FARDHU AIN
Bidang sakit puan & perbidanan (O&G) akan menjadi
fardhu ain jika kekurangan doktor muslimah. Fardhu ain ini terpundak di atas
bahu-bahu pelajar perubatan wanita yang kini sedang menuntut di mana sahaja
hamparan bumi. Bukan untuk lelaki. Ayuh, sahutlah seruan ini wahai kaum hawa
demi masa depan dirimu sendiri. Apakah akan terjadi jika fardhu ain juga
diabaikan? Saya yakin kalian juga tahu hukumnya.
Kaedah hukum fiqh mengatakan bahawa:
“Jika sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan melainkan
dengan sesuatu (tindakan), maka sesuatu (tindakan) tersebut juga menjadi
wajib.”
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
..................................................................
.......................................................................................................
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah













No comments:
Post a Comment