اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Hakikat Al Fatihah
بسم الله الرحمن الرحيم
Hakikat S. Al Fatihah (I) - Manuskrip Tok Pramu
Ia Menyatakan DIRI
BISMILLAH..............
Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua
keadaan YA RAHIM itu. Ya Muhammad engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain.
ALHAMDULULLAH.......
Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun
Aku. Alhamdulillah itu Ya Muhammad Solatmu ganti SolatKu tempat memuji DiriKu
sendiri.
RABBUL ALAMIN................
Rabbul Alamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam.
AR RAHMAN – AR – RAHIM...........
Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun
Aku juga.
MALIKIYAU MID DIIN..............
Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar...engkaulah kerajaannya.
IYYA KANA’ BUDU................
Ya Muhammad yang solat itu Aku. Aku memuji DiriKu Sendiri..
WA IYYA KAA NAS TAA IIN....
Ya Muhammad tiada kenyataanKu jika engkau tiada...
IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM...
Ya Muhmammad Awal dan Akhir itu Aku
SIRATAL LAZI NA AN AM TA ALAI HIM..
Ya Muhammad sebab Aku sukakan engkau ialah engkau itu
kekasihKu.
GHAI RIL MAGHDU BI ALAI HIM..
Ya Muhammad Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau itu
kekasihKu
WA LAD DHAL LIN...
Ya Muhammad jika tiada Aku maka tiadalah engkau..
Ya Muhammad Rahsiamu itu Rahsia Aku.
Yakni yang disembah itu tiada suatu juapun didalamnya melainkan
Tuhanku. Maka apabila Solat ghaiblah didalamnya . Apabila ghaib ESA-lah ia
dengan Tuhannya.
Yang Solat itu tiada dengan lafaz dan maknanya dengan
citarasa yang solat amat rapat kepada Zat Yang Esa dengan kata ALLA HU AKBAR.
Maka barangsiapa masuk didalam Solat tiada SERAH Tubuh dan
Nyawa-nya maka kekallah Sifat dengan Tuhannya – tiada mengesakan dirinya dengan
Tuhannya. Sabda Nabi saw :-
HAKIKAT S. AL FATIHAH (II) - Tuak Illahi
""""""""""""""""""""""""
Dalam memahami alam semesta cukup dengan memahami Kitab
kebenaran, dan memahami kitab kebenaran cukuplah dengan memahami Al-Qur'an, dan
memahami Al-Qur'an cukuplah dengan memahami Al-Fatihah,
dan memahami Al-Fatihah di mulai dengan memahami Baitullah
yang tempatnya adalah di Qalbu yang ada dalam diri ..
------------------------------------------------------------------------
Awalnya engkau tidak memahami apa-apa dengan kata Biss, lalu
disana ada Huruf Mim yang menyambung pada kata Allah dan jadilah :
بِسْمِ اللَّهِ
bismillah.
------------------------------------------------------------------------
Awalnya adalah engkau terpisah seperti terpisahnya titik yang
di bawa huruf BA',namun di penghujung ketika engkau memahami kebenaran dan
melebur menjadi kebenaran,engkau berada di dalam cawan huruf BA' dan BA' telah
menjadi NUN pada penghujung ayat ini yakni :
وَلَا الضَّالِّينَ
walaadhdhaalliin.
------------------------------------------------------------------------
Tujuh ayat di dalam Surah Al-Fatihah adalah menggambarkan
tujuh lapis langit,tujuh lapis bumi,tujuh kali tawaf,dan yang utama adalah
tujuh hijab yang ada dalam diri yang menghalangi jiwamu untuk menemukan Zat
Allah atau Nur Ilahi .. Apakah itu Nur ? .. Inilah kandungan utama Kebenaran
yang dijelaskan ayat demi ayat dalam Surah Al Fatihah ...
------------------------------------------------------------------------
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Bismillah Hirrahman Nirrahim.
Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua
keadaan YA RAHIM itu. Ya Muhammad engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain.
------
Ketika engkau telah memahami dengan kesadaran yang hakiki
tentang Baitullah yang ada di dalam dirimu maka itu adalah hakikat huruf
pertama pada ayat pertama (BA'),sehingga engkau disambungkan dengan huruf MIM
yang bermakna ma'rifat (mengenal) Allah Hurrahman Nirrahim .. Dia lah yang ada
di dalam dirimu yang kedekatanNya melebihi dekatnya urat lehermu,Dia lah Yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ...
------------------------------------------------------------------------
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
alhamdu lillaahi rabbil aalamiina.
Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun
Aku. Alhamdulillah itu Ya Muhammad Solatmu ganti SolatKu tempat memuji DiriKu
sendiri.Rabbul Alamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam.
------
Jika engkau telah sedar,maka pujilah Dia dengan
kesadaranmu,Dia lah yang meliputi sekaligus menguasai alam semesta .. makna
puji adalah bukan semata ungkapan kalimat asma' ulhusnah,tapi lebih dari itu
iaitu engkau terbangun jiwamu dalam kesadaran ber Tuhan .. olehnya engkau
mengerti kerana mengalami .. apa pun lakon hidupmu semuanya bermakna pujian
kepada Tuhan ...
------------------------------------------------------------------------
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
arrahmaanirrahiim.
Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku yang Memuji itu pun
Aku jua.
------
Jiwa yang telah terbangun kesadaran,kini memasuki kesadaran
lebih dalam lagi iaitu kesadaran RASA .. kesadaran rasa adalah mekar dari
esensi cinta yang sesungguhnya,cinta adalah refleksi dari energi Kasih dan
Sayang dari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,semuanya mengalir dari dalam
dirimu ...
------------------------------------------------------------------------
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
maaliki yawmiddiin.
Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar...engkaulah kerajaannya.
------
Akhirnya engkau menyerahkan segala urusan hidupmu kepada-Nya
lantaran sadar jika Dia lah yang menguasai keseluruhan kehidupanmu,termasuk
hari-harimu yang kini dan yang akan datang juga pada hari penentuan akan segala
amal perbuatan (hari pembalasan) ..
------------------------------------------------------------------------
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
iyyaaka na’budu wa-iyyaaka nasta’iin.
Ya Muhammad yang solat itu Aku. Aku memuji DiriKu Sendiri..
Ya Muhammad tiada kenyataanKu jika engkau tiada.
------
Rasa yang mengalir dalan cinta darimu kepada-Nya begitu juga
sebaliknya adalah tahap yang engkau capai ketika engkau telah memasrahkan
segala kepada-Nya .. engkau menyembah Nya kerana cinta bukan lantaran ketakutan
akan gambaran neraka dan siksa kubur .. sembahmu mengalir dalam setiap irama
nafas juga detak nadimu .. engkau sadar dalam kesadaran .. apapun yang engkau
lakukan engkau merasa bukanlah engkau yang melakukan,tetapi semuanya adalah Dia
adanya ..segala kerana pertolongan-Nya ....
------------------------------------------------------------------------
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
ihdinaash shiraathaal mustaqiim.
Ya Muhmammad Awal dan Akhir itu Aku.
------
Dalam setiap irama hidup,engkau selalu memohon kepada-Nya agar
sentiasa terbimbing dan menuju ke jalan yang benar .. pertolongan di sini akan
mengalir dalam segala ilmu dari semua pengetahuan yang ada .. sehingga engkau
menatap disetiap tapak pengetahuan dan menuju kepada pengetahuan tentang
keabadian .. dan engkau juga mengerti tentang jalan yang benar iaitu ke FANA an
yang sejati di mana dirimu telah hilang dari segala perhubungan selain Dia ...
selanjutnya menuju Dia dan melebur dalam Dia .. itulah Tauhid yang sesungguhnya
....
------------------------------------------------------------------------
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
وَلَا الضَّالِّينَ
shiraathalladziina an’amta ‘alayhim ghayril maghdhuubi
‘alayhim walaadhdhaalliin.
Ya Muhammad sebab Aku sukakan engkau ialah engkau itu
kekasihKu.
Ya Muhammad Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau itu
kekasihKu
Ya Muhammad jika tiada Aku maka tiadalah engkau..
------
Tauhid yang engkau harapkan adalah sebuah kurnia yang telah
Dia berikan kepada para kekasih-Nya yang terdahulu .. dan engkau juga telah
menjadi kekasih-Nya .. engkau telah menemukan sebuah titik sejati dari makna
kebenaran ... dan itulah makna huruf NUN (Nur) di penghujung ayat terakhir
surah Al-Fatihah ...
------------------------------------------------------------------------
Ya Muhammad kamu adalah RahasiaKu Dan adanya Aku ialah adanya
Kamu Dan Kamu tiada lainnya, maka oleh Kerana itu perkara ini adalah mengandung
ma’na. zahir perkataannya agaknya dua tetapi hakikatnya adalah Satu Wujud Jua.
.

No comments:
Post a Comment