أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantongku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Auto Loan Moratorium
Ringkasan berkenaan Auto Loan Moratorium supaya lebih ramai
faham dan tidak keliru.
1. Bila bermula?
- 1 April 2020 hingga 1 September 2020 (6 bulan).
2. Jenis loan yang dapat moratorium?
- Pinjaman Perumahan.
- Pinjaman Kenderaan.
- Pinjaman Peribadi.
- Pinjaman Perniagaan.
- Syaratnya, pinjaman tiada tunggakan selama 90 hari.
3. Macam mana nak mohon?
- Automatik, tak perlu pohon, tak perlu hantar borang, tak
perlu telefon bank dan sebagainya.
4. Siapa yang layak?
- Semua rakyat Malaysia tidak kira kerja Kerajaan atas
Swasta.
- Tak ada konsep gaji jalan tak boleh dapat ke atau gaji tak
jalan je boleh dapat ke. Semua layak.
5. Kad Kredit pun dapat penangguhan ke?
- Tidak.
- Bank boleh convert baki hutang kepada pinjaman tetap.
- Faedah maksimum akan menjadi 13% setahun berbanding 18%.
6. Jumlah pinjaman akan bertambah ke?
- Tidak akan bertambah.
- Cuma akan bertambah faedah sebanyak 6 bulan (kerana
penangguhan 6 bulan).
- Jangkamasa pinjaman sahaja ditambah 6 bulan.
- Jika sebelum ini pinjaman adalah selama 7 tahun, dia akan
jadi 7 tahun DAN 6 bulan.
7. Kalau pinjaman yang bukan melalui Bank contohnya AEON
Kredit, pinjaman kenderaan dengan Kedai dan sebagainya?
- Sila berurusan terus dengan pemberi pinjaman kerana mereka
bukan institusi Perbankan.
8. Ada kesan tak kat rekod CCRIS dan CTOS?
- Tiada, tidak terkesan langsung.
9. Rumah sewa dapat tangguh secara automatik tak?
- Tidak. Tetapi boleh berbincang dengan pemilik untuk
diskaun dan kelonggaran kerana secara dasarnya, pemilik pun dapat penangguhan
bayaran pinjaman.
10. Bagaimana kalau tak mahu buat penangguhan dan nak bayar
macam biasa?
- Hubungi bank dan bagitau mereka.
11. Penangguhan akan kena faedah atau penalti tak?
- Tidak. Anggap sahaja penangguhan ni satu anjakkan ke depan
dan 6 bulan ini hanya satu ruang kosong yang anda tak perlu bayar dan tak
memberi kesan.
12. Selepas 6 bulan moratorium macam mana?
- Bayar pinjaman seperti biasa.
13. Insurans perubatan, insurans nyawa dapat penangguhan
juga tak?
- Tidak termasuk dalam Moratorium.
- Kalau tak bayar, takde perlindungan.
Semoga dapat memberi pencerahan. Kongsikan supaya orang
tidak lagi tertanya-tanya.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Auto Loan Moratorium اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................


No comments:
Post a Comment