اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Hakikat awal kejadian sehingga wujudnya Adam 'alaihissalam. Ke mana
halatujunya?
Wednesday,
June 23, 2010
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............
ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA
KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA
ASHABIHI WA MAN WALAH.............
SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA
ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN
NABIYAN WA RASULA.............
AMMA BA'DU,
Sebelum Allah Menjadi Tuhan, ketika semua makhluk
belum ada, bumi dan langit belum diciptakan, syurga dan neraka belum ada.
Keadaan itu bagi kalangan para ahli tasawuf dikenali dengan sebutan “Alam
Sunyi”. Pada keadaan “Alam Sunyi” tersebutlah, Zat berdiri dengan nurNya dan
dengan NurNya itu Zat berdiri dengan sendirinya serta dengan NurNya iaitu Zat
terdiri dengan sendirinya, tanpa sebab yang menyebabkannya.
Tahap selanjutnya, daripada NurNya itu timbullah
sifat wujud daripada Zat yang bererti ada. Dan mulai saat itu, Zat tersebut
menjadi ada dengan sifat wujudnya atau adanya Zat tersebut dengan sifat
wujudNya itu. Sehingga tanpa sifat wujud itu, Zat hanyalah Zat semata-mata
kerana belum ada sifat yang menyebabkan adanya. Dengan telah adanya sifat wujud
yang bererti ada, adanya Zat itu dengan terpancarnya Nur daripada Zat, sehingga
Nur yang terpancar daripada Zat adalah sesuatu yang membuktikan adanya Zat.
Tanpa Nur yang memancar dari Zat, sifat wujud dari Zat tidak boleh dibuktikan.
Ini merupakan pemahaman yang sangat penting, kerana
sebagai makhluk, kita tidak diberi hak atau kita tidak diberi kuasa ilmu untuk
membicarakan tentang Zat Tuhan. Sebagai makhluk, kita hanya diberi ruang yang
terbatas untuk penelitian tentang perbuatan Tuhan (Zat) sahaja, iaitu sesuatu
yang sudah diciptakan dan atau dizahirkan oleh Tuhan (Zat) atau sesuatu yang
sudah ada dan diadakan, sehingga apabila sesuatu itu telah ada, kita boleh dan
diberi hak untuk melakukan penelitian dan perbahasan, sesuai dengan
keterbatasan kemampuan yang dimiliki.
Kembali kepada pancaran Nur yang menjadi bukti
daripada adanya Zat yang sebelumnya Zat itu berdiri sendiri dengan NurNya, maka
selanjutnya Nur tersebutlah yang melahirkan sifat-sifat daripada Zat secara
keseluruhan. Nur yang memancar daripada Zat itulah yang kemudian difahami
sebagai Nur Muhammad.
“Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu
Rasul kami, menjelaskan kepadamu banyak daripada isi Al Kitab yang kamu
sembunyikan dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang
kepadamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan” (Al Maa-idah : ayat
15). Cahaya di dalam ayat ini maksudnya Nabi Muhammad
s.a.w. dan Kitab maksudnya Al Quran.
Jabir ibn `Abdillah r.a. berkata kepada Rasullullah
s.a.w: “Wahai Rasullullah, biarkan kedua ibu bapaku dikorban untukmu, khabarkan
perkara yang pertama Allah jadikan sebelum semua benda!”. Baginda berkata:
“Wahai Jabir, perkara yang pertama yang Allah jadikan ialah cahaya Rasulmu
daripada cahayaNya, dan cahaya itu tetap seperti itu di dalam KekuasaanNya
selama KehendakNya, dan tiada apa-apa lagi pada masa itu” (al-Tilimsani,
Qastallani, Zarqani ). `Abd al-Haqq al-Dihlawi
mengatakan bahawa hadith ini sahih.
Kemudian daripada Nur Muhammad, terciptalah Lauhul
Mahfuz, Arasy dan Qalam. Qalam kemudian diperintahkan untuk menulis la
ilaha illallah muhammadur rasulullah. Selanjutnya, Qalam melanjutkan
penulisan tentang penciptaan seperti bumi dan langit, syurga dan neraka,
malaikat dan iblis serta semua makhluk lainnya, termasuk manusia, Nabi-Nabi dan
Rasul-Rasul serta umatnya yang patuh dan umat yang derhaka sehingga hari kiamat
kelak, yang kemudian dikenali dengan Qadha dan Qadar. Dari Nur Muhammad itu
jugalah kemudian terciptanya Adam ‘alaihis salam.
“Bila Tuhan menjadikan Adam, Dia menurunkan aku
dalam dirinya (Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa di dalam bahtera dan
mencampakkan aku ke dalam api dalam diri Ibrahim. Kemudian meletakkan aku dalam
diri yang mulia-mulia dan memasukkan aku ke dalam rahim yang suci sehingga Dia
mengeluarkan aku daripada kedua ibubapaku. Tiada pun dari mereka yang terkeluar”.
(HR : Hakim,Ibn Abi `Umar al `Adani)
Dari pemahaman yang singkat di atas, dapat kita
membuat suatu kesimpulan bahawa sebelum Allah menjadi Tuhan, maka yang ada pada
saat itu hanyalah Zat semata-mata, yang terdiri dengan sendirinya, dengan
NurNya dan Allah menyatakan dirinya sebagai Tuhan setelah Allah melahirkan
sifat-sifatnya melalui Nurnya tersebut. Nur Allah itu kemudian dinyatakan
sebagai Nur Muhammad, sehingga melalui Nur Muhammad tersebutlah, Allah
melahirkan sifat-sifat ketuhanan pada makhlukNya.
Selanjutnya melalui posting yang singkat ini,
dapatlah kiranya difahami sedikit sebanyak tentang konsep pemahaman yang
menyatakan bahawa “Zat pada Allah, Sifat Pada Muhammad, Rupa pada Adam dan
Rahsia pada Diri Kita”.
Insya Allah, pada posting selanjutnya, kita akan
cuba membahaskan tentang “Hakikat Nur Muhammad” dalam kaitannya dengan “Sifat
Allah” dan hubungannya dengan “Adam” sebagai manusia yang keberadaannya di
dunia ini pada hakikatnya hanyalah untuk melahirkan atau menyatakan Nur
Muhammad yang merupakan sifat daripada Zat Tuhan yang bernama Allah.
Sebagai catatan daripada posting ini, perlu
disampaikan bahawa ayat “Zat berdiri dengan NurNya” bukan difahami dengan
konsep “Zat” dan “Nur” yang terpisah. Pemisahan dilakukan hanyalah semata-mata
untuk membangunkan pengertian dan pemahaman tentang kelahiran sifat dari Zat.
Wallahu a’lam…
Moga Bermanfaat

No comments:
Post a Comment