24 March 2020

Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sesungguhnya Aku berniat kerana Allah:
Tugasan gerak tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat Allah.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada Mu Ya Allah..

Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Hembusan Nafasku berzikir Allāhu akbar  الله أكبر

 الحمد لله syukur kepada الله

Makanan Manis Penyebab Jadi Pelupa!

Info Kesihatan. Pengambilan makanan manis yang terlalu banyak bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi, malah mengakibatkan seseorang menjadi pelupa.

Mudah lupa
Daya ingatan otak mudah terhakis 
dengan pemgambilan gula berlebihan.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neorology mendapati, individu yang memiliki kandungan gula tinggi dalam darah cenderung mengalami masalah ingatan.

Uji kaji dilakukan ke atas 141 responden yang berumur purata 63 tahun. Mereka perlu menghafal 15 perkataan setelah mendengarnya selama 30 minit.

Responden bebas daripada penyakit diabetes serta tidak memiliki masalah memori.

Penganalisis, Dr. Agnes Floel dari Hospital Universiti Berlin berkata, keputusan mendapati, responden yang memiliki sedikit gula dalam darah cenderung memiliki nilai baik berbanding mereka yang kandungan gulanya tinggi.

Diabetes tahap dua dikatakan menjadi faktor risiko terjadinya penyakit Alzheimer.

Namun, keupayaan mengingat tidak hanya berlaku kepada mereka yang mengalami penyakit diabetes tahap dua.

Ketahui Makanan Ringan Yang Sebenarnya Berkhasiat

Ramai orang menyangka jika mahu mengamalkan pemakanan yang sihat, mereka harus melupakan makanan segera yang digemari.


Hal ini ternyata salah. Banyak makanan ringan yang mempunyai khasiat tersembunyi yang kita tidak sedar. Antaranya ialah:

Gula-gula memanjangkan jangka hayat. Ternyata kanak-kanak yang gemar memakan gula-gula menjadi lebih sihat, berat badan normal dan mengurangkan risiko penyakit jantung! Kajian lain pula mendapati orang dewasa yang memakan gula-gula berkemungkinan mempunyai berat badan berlebihan berbanding orang yang kurang memakan gula-gula. Walaupun berat badan mungkin bertambah, gula-gula mampu memanjangkan umur kita sehingga satu tahun.

Bertih jagung (pop corn) kurangkan risiko kanser. Menonton filem kegemaran di pawagam juga boleh menyelamatkan hidup anda. Bertih jagung sangat kaya dengan antioksida yang dipanggil 'polyphenols'. Polyphenol ini berfungsi untuk mengurangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit lain seperti sakit jantung. Satu hidangan bertih jagung mempunyai lebih polyphenol daripada buah-buahan dan sayuran.

Gula-gula getah makanan untuk otak. Ramai orang berpendapat gula-gula getah tidak mempunyai manfaat. Anda mungkin tidak sedar ia boleh meningkatkan daya ingatan dan prestasi otak. Bukan itu saja, anda telah mengurangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan (terutamanya makanan ringan yang tidak mempunyai kebaikan).

Cili legakan sakit. Cili bukanlah makanan ringan namun dia juga bukan makanan untuk diet. Sesetengah cili mempunyai lebih vitamin C berbanding buah oren. Bagi yang tidak tahu, cili boleh menyembuhkan sakit perut dan juga diaplikasikan dalam tujuan perubatan hari ini. Cili selalunya digunakan di dalam ubat sapu atau balsam untuk sakit sendi. Jadi dalam perubatan, cili digunakan untuk memberi rasa hangat bagi mereka yang mengalami sakit sendi.

Gula semulajadi baik untuk gigi. Gula semulajadi ini selalunya digunakan di dalam gula-gula getah, pudina dan gula-gula yang lain kerana ia rendah kalori dan baik untuk gigi. Jika sering digunakan, plak dan asid laktik yang boleh merosakkan gigi akan berkurangan. Bukan sahaja membantu mengatasi masalah mulut, malah kanak-kanak yang mengambil Xylitol ini dua kali sehari boleh mengurangkan risiko jangkitan telinga sebanyak 25%.

Coklat baik untuk jantung. Ramai yang sedia maklum bahawa coklat boleh mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan fungsi jantung apabila diamalkan setiap hari dalam kuantiti yang secukupnya. Makan sedikit coklat mampu melembapkan kulit anda dan membuatkan wajah kelihatan licin. Selain itu, coklat juga mampu membantu anda daripada terkena sinaran UV.


Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi

Ramai mengang­gap untuk menjadi cerdik dan genius, seseorang perlu bergantung kepada tahap IQ dan kepintaran semata-mata.

IQ Tinggi

Ini tidak benar sama sekali kerana kajian Universiti California, Los Angeles, Amerika Syarikat membuktikan pemakanan sangat penting untuk kecerdasan minda.

Kajian itu mendapati, sel otak hanya berhubung dengan cekap apabila dibekalkan dengan tenaga mencukupi iaitu makanan.

Ada beberapa jenis makanan yang anda boleh ambil untuk perkembangan sel otak antaranya:

Ginkgo biloba

Ginkgo biloba

Ia adalah herba semula jadi bagi membantu merawat pesakit yang kehilangan ingatan akibat usia tua dan penyakit Alzheimer.

Herba ini menggalakkan pengaliran darah dan oksigen ke otak. Ia adalah antioksidan terbaik dan ramuan di dalam makanan tambahan.

Daun pegaga

Daun pegaga

Daun pegaga mengandungi triterpenoid glikosida yang kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi untuk menguatkan ingatan, melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan akibat tekanan.

Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed mendapati jika digunakan sebagai ulam-ulaman, ia membantu meningkatkan pengawalan saraf dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya.

Ia juga membantu meningkatkan penumpuan fikiran dan daya ingatan.

Choline

Choline

Ia adalah nutrisi penting untuk keupayaan minda terutama kanak-kanak. Ia boleh diperoleh daripada telur, kekacang, sayur brokoli, soya dan yogurt.

Bahan aktif bernama phosphati-dylserine di dalam choline menggalakkan fungsi otak berkembang dengan baik serta mengurangkan risiko nyanyuk dalam kalangan orang dewasa.

Kaedah Agama

Kaedah Agama

Anda juga boleh mencuba kaedah diamalkan ulama silam untuk menguat-kan ingatan. Ulama seperti Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Bukhari mempunyai daya ingatan menakjubkan sehingga boleh menghafal 30 juzuk al-Quran dan puluhan ribu hadis muktabar.

Anda juga boleh mencuba amalan berikut:
  1. Amalkan doa daripada al-Quran seperti daripada Surah Taha ayat 25-28, Surah Al-Anbiya’ ayat 79, Surah Luqman dan Surah al-Isra’ ayat 70.
  2. Menjauhi dosa dan maksiat.
  3. Amalkan berpuasa sunat.
  4. Memperbanyak zikir, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil.
  5. Menghormati guru dan ilmu yang disampaikan.








No comments: