Gangguan makhluk halus dari 7 Jenis Jin
Sila baca doa mohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan daripada syaitan yang direjam sebelum membaca artikel ini.
Jin adalah makluk Allah dan ciptaan Allah. Sepertimana manusia, ia mempunyai alamnya sendiri. Firman Allah, “Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanyalah untuk beribadah kepadaKu” (Surah Adz-Dzariyat 51:56).
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam ) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. (Al Hijr : 26-27 )
Jin boleh dibahagi kepada dua bahagian: malaikat dan iblis. Malaikat dijadikan daripada spektrum sebelah kanan bercahaya putih, manakala jin dijadikan dari spektrum sebelah kiri iaitu berwarna hitam dari hujung lidah api. Kita percaya jin dijadikan dari plasma atau haba dari api yang berwarna gelap atau hitam, iaitu pada sebelah kiri spektrum warna, dan ia boleh dilihat dalam warna merah gelap atau infrared, manakala malaikat dibuat dari warna cahaya putih yang boleh dilihat dalam cahaya ultraviolet pada sebelah paling kanan spektrum warna.
Api adalah satu manifestasi haba dan suhu. Api boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi haba hanya boleh dirasai. Haba dan suhu boleh diukur menggunakan alat ukur dan boleh diterjemahkan dalam bentuk kuantiti.
Setiap lapisan api ada bahang dan ada tenaga (energy) masing-masing. Bahang api disebut sebagai haba. Di dalam haba, terdapat sumber plasma atau gas ion (ionized gas). Setiap tahap haba ada warna berbeza. Haba paling panas ialah pada api berwarna merah. Haba paling rendah atau kecil ialah pada api berwarna hitam. Di sinilah duduknya haba awal yang mengandungi sumber plasma atau gas ion yang menjadi sumber kejadian jin. Apabila gas ion ini mendapat cukup oksigen, ia akan membesar dengan haba yang lebih kuat dan bertukar warna.
Kita membuat hipotesis bahawa Jin dibuat daripada “api” atau “smokeless fire” yang membawa erti plasma atau “ionized gas”. Plasma boleh bertukar menjadi sesuatu yang menyerupai benda lain termasuk objek, makluk lain seperti binatang, virus, bakteria, mahupun manusia sendiri. Plasma atau Ionized gas yang mempunyai haba boleh menyerap masuk dalam tubuh manusia. Haba boleh diserap dan menyerap dalam badan manusia dan hampir apa sahaja. Hipotesis ini akan mengaitkan antara haba panas pada Jin yang berada dalam diri manusia ketika manusia marah, tidak tenteram, bergaduh, bertengkar, mengutuk orang lain dan semua perbuatan yang disusuli dengan sifat-sifat mazmumah. Itulah aset Iblis.
Iblis adalah satu kumpulan etnik jin selain daripada syaitan. Dalam kalangan Iblis ada “syaitan”. Ketua Iblis bernama Azazil digelar “syaitan” terkutuk apabila ia sombong dan degil kerana menolak perintah Allah supaya sujud kepada Allah sebagai penghormatan kepada Allah di atas penciptaan manusia bernama Adam untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Ketua Iblis telah berjanji dan bersumpah kepada Allah untuk menyesatkan manusia dari semua sudut setelah Ketua Iblis dihalau keluar dari syurga. Ini bermakna Ketua Iblis sudah berazam untuk merosakkan manusia, memporak-perandakan rumahtangga dan masyarakat dan kehidupan manusia seluruhnya. Ini JANJI dan SUMPAH Ketua Iblis iaiatu Azazil kepada Allah. Ketua Iblis mempunyai bala tenteranya yang terdiri daripada iblis dan syaitan dengan bilangan yang besar. Makhluk jin seperti manusia juga boleh beranak pinak dan mati. Yang tidak mati ialah Ketua Iblis yang dilewatkan waktu matinya sehingga hari kiamat.
Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis: “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. Allah berfirman: “Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina”. Iblis menjawab: “Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan”. Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh.” Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). Allah berfirman: “Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya.Dan Allah berfirman): “Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim “. Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: “Tuhan kamu tidak melarang kamu daripada mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga)” . (Al-‘Araf 7:12-20)”
Bagaimana pun, Allah menyatakan ada juga jin soleh dan jin kafir : “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang orang yang soleh dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza .” ( Al Jin: 11)
Dalam berpuluh kajian kes yang diteliti melibatkan penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus atau Jin, terdapat tujuh jenis tugas Jin yang dboleh dirumuskan.
- Jin menggoda, menghasut
- Jin mengikut
- Jin menumpang
- Jin bermukim
- Jin sukarela-paksa
- Jin upahan
- Jin perjanjian, saka
Jin no. 1 adalah jin paling ramai; tugasnya menggoda, melalaikan, menghasut manusia samada beriman atau tidak beriman. Ia menghasut manusia supaya menipu, bergaduh, bercakap kotor, membuat kotor, membunuh orang, dan membuat apa sahaja kerja jahat dan mungkar. Ia mengganggu rumahtangga sehingga berlaku perceraian. Ia menggoda manusia supaya berzina. Ia melalaikan orang yang sedang solat atau orang yang mahu mendekati Tuhan. Jin no 1 ini gembira bila manusia tidak solat, tidak buat amar maaruf, bercerai berai, bergaduh, dan lalai. Cara tangani Jin ini ialah dengan menguatkan NUR, aura, “inner strength” atau “electromagnetic field” dalam diri dengan amalan-amalan yang digariskan Al Quran dan Sunnah selain daripada mengamalkan bacaan doa “Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.” Silat lihat kaedah penambahan dan pengukuhah NUR dalam diri di: https://supyanhussin.wordpress.com/2016/10/16/cas-bayaran-khidmat-perubatan-islam-nur-dan-nar/
Dalil menunjukkan Jin No 1 ini melakakan perbuatan menghasut, menggoda:
- Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
- “Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang selama ini) tertutup. Dan (syaitan) berkata,”Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal(dalam syurga)”(Surah al-A’raf: ayat 20)
- “Setelah Syaitan merosakkan(hubungan) antara aku dan saudara-saudaraku”(Surah Yusuf: 100)
- “Dan katakanlah, Ya Tuhanku…Aku berlindung dengan Engkau daripada godaan syaitan-syaitan”(Surah al-Mukminun: ayat 97)
- Rasulullah bersabda, “Iblis membangun istananya di atas air, kemudian dari sana ia mengirimkan (menyebar) pasukannya. Kemudian sang Iblis memanggil salah satu dari pasukan yang paling pandai membuat onar atau paling berbahaya untuk melaporkan tugas yang dikerjakannya. Saya telah melakukan ini…dan itu….kata salah satu pasukan itu, namun sang Iblis menjawabnya : “kamu belum berbuat apa-apa!”. Kemudian datang lagi salah satu pasukan yang lain. “Aku tidak akan membiarkan dia sampai aku dapat memisahkan dia dengan isterinya, bagus! puji Iblis kepada pasukan yang berhasil merusak keharmonisan suami isteri tersebut.” (HR. Muslim).
- Firman Allah SWT maksudnya : ” … dan (syaitan) itu mengatakan, ‘Aku pasti akan mengambil bagian tertentu dari hamba-hamba-Mu, dan pasti akan ku sesatkan mereka, dan akan ku bangkitkan angan-angan kosong pada mereka…” (Surah an-Nissa’ ayat 118-119).
- Firman Allah SWT maksudnya: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Jin no. 2 mengikut manusia ke tempat kediaman manusia. Lazimnya dia mengikut bayi-bayi kecil ke rumah tanpa disedari oleh ibubapa anak kecil. Ia menggangu bayi hingga bayi menangis ketakutan, biasanya waktu selepas matahari jatuh atau waktu maghrib, pada waktu malam, dan pada waktu sebelum matahari naik. Ada kala mata bayi terbeliak, merenung pada satu-satu tempat. Jin no 2 juga mengikut orang dewasa ke dalam rumah. Ia akan makan, tidor, mandi, berehat bersama kita. Cara tangani Jin no 2 ini kita dari luar rumah ialah dengan membaca Bismillahirahmanirrrahim atau beri salam sebelum masuk ke dalam rumah seperti dinasihatkan oleh Nabi. Ketika itu Jin no. 2 tidak akan masuk ke dalam rumah. Malah elok juga amalkan doa “Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya” dalam aktiviti harian kita.
- Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada bersabda: Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia berdoa: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu ssebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah sesseorang itu membeeri salam ke Atas keluarganaya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Jin no. 3 ialah jin yang merayau atau berjalan ke sana ke mari lalu singgah dan menumpang di rumah atau bangunan kosong atau yang ditinggalkan lama atau paling tidak rumah atau bangunan yang ditinggalkan lebih tiga hari. Apabila ia masuk menumpang, ia akan berkampung bersama suku sakatnya. Cara tangani Jin no 3 ini ialah membaca Bismillahirahmanirrrahim atau beri salam sebelum masuk ke dalam rumah, mengebas tempat tidor dengan kain sebanyak 3 kali, dan melakukan solat serta membaca ayat-ayat Quran secara konsisten di rumah. Adalah wajar juga amalkan doa “Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya” dalam aktiviti harian kita.
- Nabi s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Bila seseorang masuk rumahnya, lalu menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Tidak ada penginapan bagi kamu dan tidak ada makanan malam bagi kamu. Jika seseorang itu masuk rumahnya dan tidak menyebut nama Allah, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Kamu mendapat penginapan. Dan jika seseorang tidak menyebut nama Allah ketika makan, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Kamu akan mendapat penginapan dan makanan untuk malam.” Shahih Muslim no. 2018
- Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda: ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” – Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
Jin no. 4 adalah jin yang sudah bermukim di sesuatu tempat, samada di hutan, belukar, kawasan ladang, sungai, laut, bukit, gunung dan bilik air (jamban).. Mereka mempunyai keluarga dan komuniti mereka sendiri. Apabila tempat mereka dikotori, diceroboh atau diganggu, maka jin yang bermukim ini akan bertindak pertahan tempat mereka dan menyerang penceroboh dari kalangan manusia. Ia menyerang mereka yang mengotori kawasan jin bermukim. Ia mengganggu pemaju dalam pembinaan rumah/bangunan, mematikan enjin mesin yang digunakan pemaju di kawasan pembinaan, dan ia menyebabkan kemalangan berlaku di tempat pembinaan. Ia mengganggu penghuni rumah/bangunan baru setelah rumah/bangunan itu siap dan memporak perandakan penghuni dan keluarganya. Cara tangani Jin no 4 ialah dengan meNURkan rumah/bangunan baru pada permulaan masuk menghuni rumah/bangunan tersebut dan secara berterusan meNURkannya. Silat lihat kaedah penambahan dan pengukuhah NUR dalam diri di: https://supyanhussin.wordpress.com/2016/10/16/cas-bayaran-khidmat-perubatan-islam-nur-dan-nar/
- Nabi Muhammad s.a.w. menyebut tentang jin yang bermukim ini dalam sebuah hadis: Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari ( di udara ), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah-randah. [Hadits Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak]
- Dari Sa’id Al-Khudri dikatakan Rasulullah SAW bersabda, “Di dalam rumah terdapat penghuni-penghuni (jin) maka jika kamu melihat sesuatu (yang aneh) maka usirlah ia 3 kali, kalau ia pergi maka biarkanlah, tapi jika ia membandel (tidak mau pergi) maka bunuhlah, sebab ia pasti jin kafir,” [HR. Muslim]
- Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada satu rumah orang muslim pun kecuali di atap rumahnya terdapat jin muslim. Apabila ia menghidangkan makanan pagi, mereka (jin) pun ikut makan pagi bersama mereka. Apabila makan sore dihidangkan, mereka (jin) juga ikut makan sore bersama orang-orang muslim. Hanya saja, Allah menjaga dan menghalangi orang-orang muslim itu dari gangguan jin-jin tersebut” [HR. Abu Bakar dalam Kitab Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Atsqolani]
- Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya jamban-jamban (WC) itu dihuni oleh Jin” [HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad]
- Dari Abdullah bin Sarjas, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seseorang di antara kalian kencing di lubang”, mereka bertanya kepada Qatadah, “Mengapa tidak boleh kencing di lubang?”, Qatadah menjawab, “Rasulullah SAW mengatakan karena lubang itu adalah tempat tinggalnya golongan jin.” [HR. Nasai dan Ahmad]
- Rasulullah bersabda, Janganlah kalian menjadi orang yang pertama kali masuk ke pasar atau menjadi orang yang paling akhir keluar dari pasar, karena pasar itu merupakan tempat berseterunya para syaithan. Dan di pasarlah syaithan menancapkan benderanya,” [HR. Muslim]
Jin no. 5 iaitu jin sukarela-paksa memasuki tubuh badan orang lain secara seru atau paksa. Jin sukarela ialah jin yang hadir atau datang dalam diri penyeru apabila ia dipanggil atau diseru. Penyeru boleh jin ini untuk masuk berjalanji dalam alam jin dan berkomunikasi dengan jin yang lain. Jika ia digunakan untuk pertahanan ini, penyeru ini “menurun”. Jin ini biasanya digunakan untuk mencantikkan diri dan melindungi diri penyeru. Orang yang menggunakan susuk untuk mencantikkan wajah dan menarik perhatian orang lain, serta orang yang menggunakan susuk untuk mejadi kebal juga termasuk dalam kategori menyeru jin untuk memenuhi hasrat mereka ini. Manakala jin paksa ialah jin yang masuk ke dalam tubuh manusia secara sesat atau terpaksa untuk mencari “rumah baru” atau tuan baru. Ia boleh melompat masuk ke dalam tubuh yang lemah NUR dan menguasai diri tuan barunya. Biasanya ia berlaku dalam suasana jin terdesak atau mencari tempat bersarang apabila terlibat dalam sesuatu peristiwa sesak atau terperangkap. Jika jin ini jin kafir, maka tuan baru sukar untuk solat atau membaca al-Quran selepas ia masuk ke dalam tubuh badannya. Kalau jin itu jin Islam, ia menjadi sebaliknya iaitu tidak mengganggiu orang itu solat atau dekati al Quran tetapi tuan baru akan dikuasai oleh jin ini. Jin ini boleh menjadi khadam kepada pemilik baru ini. Cara tangani Jin no 5 ialah pertama tinggalkan amalan seru jin masuk dalam tubuh badan atau berhenti seru jin menjadi khadam kita. Kemudian bertaubat dengan bersungguh. Bagi mereka yang dimasuki tubuh badannya oleh jin secara paksa, hendaklah mendapatkan rawatan dari perawat yang banyak NUR dan banyak pengalaman tanpa melakukan perkara-perkara syirik serta cas bayaran yang tidak masuk akal. Seterusnya perlu kukuhkan NUR dalam tubuh badannya. Silat lihat kaedah penambahan dan pengukuhah NUR dalam diri di: https://supyanhussin.wordpress.com/2016/10/16/cas-bayaran-khidmat-perubatan-islam-nur-dan-nar/
- Jin masuk melalui mulut“Abu Said berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang dari kalian menguap, letakkanlah tangannya pada mulutnya (tutuplah), karena setan akan masuk bersama dengan orang yang menguap (yang mulutnya tidak ditutup)” (H.R. Muslim)
- Abu Hurairah berkata, Rasulullah S.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Apabila seseorang bersin lalu mengucapkan al-hamdulillah, maka muslim yang mendengarnya harus mendoakannya. Adapun menguap datangnya dari setan, karenanya tahanlah sedapat mungkin. Apabila ia menguap terus keluar suara “haaa”, maka setan akan tertawa” (H.R. Bukhari)
- Jin masuk melalui kuku. Wahai Abu Hurairah, potonglah (perpendek) kuku-kukumu. Sesungguhnya setan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang. (H.R. Ahmad)
- Jin masuk melalui hidung. Bahwa Nabi s.a.w.. bersabda: Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur, hendaklah mengeluarkan air dari hidungnya (istintsar) tiga kali, karena setan itu menginap di batang hidungnya. (H.R. Muslim).
- Jin memasuki telinga. Abdullah berkata, “Disebutkan di sisi Nabi bahwa ada seorang laki-laki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan shalat (malam). Lalu beliau bersabda, ‘Setan telah kencing di telinganya (H.R. Muslim)
Jin no. 6 iaitu Jin upahan merupakan jin yang paling kerap menjadi sumber kepada amalan sihir yang menyiksa dan membinasakan orang yang dibenci. Jin no 6 ini dipuja oleh perawat (bomoh) dan berlaku dalam semua etnik tanpa mengira agama. Jin diupah oleh bomoh untuk melakukan sesuatu perkara “luarbiasa” serta jahat sepertimana yang dimahukan oleh pengadu yang sanggup membayar apa sahaja bagi menyusahkan atau memusnhakan orang dimusuhinya. Jin akan menyatakan apa bentuk “pengeras” bagi melaksanakan tugas jahat itu. Terdapat berpuluh cara atau kaedah untuk menggunakan jin upahan ini untuk menyerang manusia sasaran, dari jauh atau dari dekat, melalui objek, makanan, air, pakaian, angin, udara, minyak, patung dan 1001 satu macam cara. Orang yang terkena sihir lazimnya akan bermimpi pelbagai yang pelik dan terlihat kelibat serta tanda-tanda fizikal mewakili kehadiran jin. Cara tangani Jin no 6 ialah mesti kukuhkan NUR dalam tubuh badan dan jiwa disamping mendapatkan khidmat rawatan dari perawat yang banyak NUR dan banyak pengalaman tanpa melakukan perkara-perkara syirik serta cas bayaran yang tidak masuk akal.
- Firmah Allah: “Dan bahawasannya ada beberapa orang lelaki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al Jin: 6)
- Firman Allah: “(aku berlindung) dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul (Q.S. Al-Falaq:3-4)
Jin no. 7 ialah jin saka yang diambil dan dipelihara oleh diri sendiri. Cara mendapatkan jin saka ini boleh berlaku dengan “mengambilnya” di tempat tertentu, diambil dari bomoh, dan diambil oleh orang lain yang ada jin saka. Lazimnya pemilik mendapatnya melalui “persetujuan” warisan (MOU – memorandum of understanding) atau melalui mimpi atau dalam sedar apabila pemilik jin saka memberikan “perjanjiannya” kepada orang seterusnya ketika ia sakit atau dalam nazak. Jin saka ini tidak mengganggu orang lain dan pada dasarnya menjaga pemiliknya, tetapi ia boleh menyerang orang lain jika tuannya atau har milik tuannya diganggu. Jin no 7 ini juga boleh bertempur dengan Jin no 3, 4, 5 atau 6 jika Jin no 7 merasa terganggu atau terancam dengan hadirnya Jin no 3, 4, 5 atau 6 dalam “kawasannya”. Cara tangani Jin no 7 ialah perlu dapatkan khidmat rawatan dari perawat yang banyak NUR dan banyak pengalaman bagi mengeluarkan jin saka tanpa melakukan perkara-perkara syirik serta cas bayaran yang tidak masuk akal; selepas itu, orang ini hendaklah bertaubat dan berhenti mengulang dosa dan maksiat ini. Kemudian susuli amalan kukuhkan NUR dalam diri di: https://supyanhussin.wordpress.com/2016/10/16/cas-bayaran-khidmat-perubatan-islam-nur-dan-nar/
- Firmah Allah: “Dan bahawasannya ada beberapa orang lelaki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al Jin: 6)
Daripada 7 jin ini, Jin no 6 adalah yang paling bahaya kerana ia diupah menyerang mangsa secara berterusan sehingga mangsa sakit dan boleh sampai ke tahap mati. Jin yang kedua bahaya ialah jin no. 7 iaitu saka, walaupun ia tidak menyerang orang lain, ia kekal lama dalam diri tuannya, dan menyusahkan diri tuan pemilik jin ketika hampir mati.
Kesimpulannya, beriman dengan perkara ghaib adalah sebahagian daripada tuntutan iman dalam Islam sebagaimana yang digariskan dalam Rukun Iman. Tetapi kta tidak boleh beriman dengan kuasa makhluk halus kononnya lebih kuat atau lebih hebat dari kuasa Allah SWT kerana Allah adalah Pencipta makhluk halus. Makhluk halus seperti Jin tidak boleh mengatasi kuasa Allah, tidak boleh mengalahkan ayat-ayat Al Quran, tidak boleh mengatasi manusia yang mempunyai NUR, aura atau electromagnetic field diri yang besar dan kuat. Menggunakan kuasa makhluk halus, bergantung harapannya kepadanya, dan percaya makhluk menjadi pelindung dan penyelamat manusia adalah fikiran dan perbuatan syirik. Maka bertaubatlah kepada Allah dan tinggalkanlah semua angkara dan maksiat bersama jin ini.
Nota: Sebahagian kandungan penulisan ini adalah hasil rumusan kajian LRGS/TD/2012/USM-UKM/KT/03 yang dijalankan sejak 2012-2016
Continue
Selamat Sejahtera. Hello everyone! supyanhussin.wordpress.com
Hipotesis Jin dibuat dari plasma atau gas ion dari api
Di dalam al Quran disebut dua makluk yang dijadikan oleh Allah: jin dan manusia
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” – Surah az-Zariyat: ayat 56.
Jin (Jinn) dari Api…
Dan Kami telah menciptakan Jin sebelum (Adam /manusia) dari api yang sangat panas. (Q15.27) _Baca juga Q55.15!
Dan Kami telah menciptakan Jin sebelum (Adam /manusia) dari api yang sangat panas. (Q15.27) _Baca juga Q55.15!
Manusia dari Tanah…
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. (Q15.26)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. (Q15.26)
Sepertimana manusia yang merupakan kelompok besar dan mempunyai pelbagai etnik, jin juga adalah kelompok besar dan mempunyai etniknya sendiri.
Firman Allah: 

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. 49:13
Jin terdiri daripada syaitan, iprit, dan iblis. Orang Melayu memberi nama kepada jin seperti toyol, jembalang tanah, jembalang air, pontianak, langsuir, datuk hitam, datuk kuning, datuk merah, panglima gunung tujuh berbelang, tujuh beradik lautan hindi, orang bunian, hantu, polong, pocong, dan pelbagai lagi nama-nama ciptaan orang Melayu Nusantara.
Malaikat juga adalah mahkluk ciptaan Allah; ia juga mempunyai etnik atau kelompok berdasarkan kepada tugas dan peranan masing-masing. Di dalam hadith, disebut malaikat dijadikan oleh Allah dari cahaya
Malaikat dari Cahaya…
Para malaikat diciptakan Allah dari cahaya, dan diciptakanNya jin dari api, sedangkan Adam diciptakan dari apa yang dijelaskan pada kalian. (HR Muslim)
Para malaikat diciptakan Allah dari cahaya, dan diciptakanNya jin dari api, sedangkan Adam diciptakan dari apa yang dijelaskan pada kalian. (HR Muslim)
Perlukah kita fikirkan tentang kejadian manusia, jin dan malaikat? Tidak cukupkah kita terima sahaja dan beriman sahaja dengan apa yang sudah disampaikan kepada kita dari Rasulullah s.a.w. Apakah ia akan menambah iman dalam diri kita kalau kita tahu lebih lanjut dari apa yang sudah disebut dalam Al Quran dan Hadith?
Sesungguhnya ilmu Allah ini luas. Islam tidak menghalang kita untuk meneliti ilmu dan membina ilmu selagi mana ia tidak bawa mudarat kepada manusia dan tidak membawa manusia syirik kepada Allah. Ilmu sains adalah satu bentuk ilmu dalam khazanah Allah. Sains tidak bercanggah dengan Islam, sebaliknya sains menunjukkan kebenaran Islam, kebenaran Al Quran, keindahan Islam dan kebenaran Hadith. Menyelidik dan memahami kejadian manusia, jin, dan malaikat seharusnya menambah keyakinan kita dan iman kita terhadap kejadiaan alam ini dan keagungan Allah adalah suatu yang digalakkan dalam Islam.
JIN DARI “API”
Firman Allah: 
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang (smokeless fire, smokeless flame of fire). Surah Ar-Rahman: 15.
Menurut Al Quran, manusia dibuat dari tanah, manakala jin dibuat daripada api. Tetapi kedua-dua kejadian ini tidak diperincikan: adakah manusia itu dijadikan dari tanah liat yang kering tanpa dicampurkan dengan air? Begitu juga dengan kejadian Jin. Apakah jenis api dan kekuatan api yang digunakan? Adakah lapisan api warna putih, jingga, biru, hijau, kuning, oren, merah, atau hitam? Kita membuat hipotesis jin dibuat dari lapisan api bewarna hitam.
.



Api adalah satu manifestasi haba dan suhu. Api boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi haba hanya boleh dirasai. Haba dan suhu boleh diukur menggunakan alat ukur dan boleh diterjemahkan dalam bentuk kuantiti.
Setiap lapisan api ada bahang yang miliki tenaga (energy) masing-masing. Bahang api disebut sebagai haba. Di dalam haba, terdapat sumber plasma atau gas ion (ionized gas). Setiap tahap haba ada warna berbeza. Haba paling panas ialah pada api berwarna merah. Haba paling rendah atau kecil ialah pada api berwarna hitam. Di sinilah duduknya haba awal yang mengandungi sumber plasma atau gas ion yang menjadi sumber kejadian jin. Apabila gas ion ini mendapat cukup oksigen, ia akan membesar dengan haba yang lebih kuat dan bertukar warna.
Kita membuat hipotesis bahawa JIN dicipta dari PLASMA atau GAS ION yang terdapat pada api. JIN bukan dibuat dari cahaya. Perkataan NAR bukan bermakna cahaya, tapi API.
Firman Allah: 
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. Al Hijr: 27
NAR dalam ayat ini disebut sebagai “Angin api” dianggap sebagai haba, yang mempunyai suhu dan kekuatan suhu ini disebut sebagai bahang. Setiap lapisan warna api ada tahap haba dan kekuatan bahangnya. Dalam haba dan bahang ini terdapat plasma.
Plasma ialah molekul-molekul gas tanpa elektron, atau tidak cukup elektron, dan dikenali juga sebagai ion. Plasma terbentuk dari molekul gas yang menerima tenaga yang tinggi. Gas yang dipanaskan sehingga pada suhu yang tinggi akan menghasilkan plasma. Plasma dikenali sebagai ‘keadaan keempat jirim’, selain dari pepejal, gas dan cecair.
Plasma boleh berubah dan menyerap serta bertukar menjadi suatu bentuk lain samada pepejal (jirim), gas, atau cecair. Haba boleh bergerak melalui pepejal (solid), cecair (liquid), gas, dan juga vakum (vacuum).
Maka jin yang bersumber dari plasma boleh berubah atau menjelma menjadi suatu yang lain, misalannya ular, jengking, paku, kaca, batu, atau lembaga yang menyerupai manusia atau lembaga yang pelik. Ia adalah jelmaan jin dan bukan rupa jin yang sebenar. Sesungguhnya manusia tidak boleh melihat jin yang sebenar, tetapi hanya boleh melihar jelmaan jin.
Firman Allah.

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (al A’raf ayat 27).
Firman Allah pada ayat ini “Sesungguhnya ia (iblis/setan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka”, menunjukkan bahwa manusia tidak dapat melihat jin, yaitu pada bentuknya yang asli. Namun melihat penjelmaan jin adalah perkara biasa dan telah terjadi pada zaman Nabi s.a.w. Ketika menjelaskan manfaat dari hadits Abu Hurairah yang menangkap setan, [1]. Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan: Bahwa setan terkadang menjelma dengan berbagai bentuk sehingga memungkinkan (manusia) melihatnya. Dan firman Allah Ta’ala “Sesungguhnya ia (iblis/setan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka (al A’raf ayat 27)”, dikhususkan jika pada bentuknya (yang asli) yang Allah telah ciptakan. [Fathul Bari, penjelasan hadits no. 2311].
Kita percaya jin dijadikan dari plasma atau haba dari api yang berwarna gelap atau hitam, iaitu pada sebelah kiri spektrum warna, dan ia boleh dilihat dalam warna merah gelap atau infrared, manakala malaikat dibuat dari warna cahaya putih yang boleh dilihat dalam cahaya ultraviolet pada sebelah kanan spektrum warna.

MEMADAMKAN “API” atau “JIN”
Jin termasuk syaitan dan iblis) adalah dari api dan mempunyai ciri-ciri “panas”. Nabi s.a.w. “Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
Berwuduk ialah proses syarie (ritual) dengan membasah dan membasuh anggota badan tertentu sebelum mendirikan solat. Orang yang marah dan kemudiannya berwuduk (ablution) akan reda marahnya. Dalam ertikata lain, air adalah “pemadam” kepada “api” dan menyejukkan suhu atau bahang panas dalam diri manusia.
Orang yang dirasuk atau diganggu oleh jin dipercayai dipengaruhi atau dikuasai oleh jin. Dirinya akan terasa panas dan tidak tenteram. Perwatakan, tingkah lakunya dan suaranya boleh berubah sehingga pada tahap agresif. Maka air boleh digunakan untuk merawat orang terkena gangguan. Air yang dibacakan ayat-ayat Quran akan menjadi penawar kepada mangsa yang diganggu oleh jin.

Seorang ahli sains Jepun, Masaru Emoto, dalam kajiannya tentang molekul air menegaskan bahawa air yang “mendengar” perkataan tidak elok, tidak sopan, dan kotor menukar molekul normal dalam air kepada wajah molekul yang buruk dan tidak menarik. Manakala air zam-zam mempunyai wajah molekul yang cantik seperti kristal; jika dibacakan ayat suci al Quran, ia akan menghasilkan molekul air yang mempunyai struktur yang lebih cantik seperti kristal juga. Kita percaya air ini mempunyai daya kekuatan yang boleh memadamkan “api” jin dalam diri mangsa yang diganggu oleh jin.

Jika tidak digunakan air, ayat-ayat ruqyah dari Quran serta doa-doa mathur yang dibacakan pada mangsa yang diganggu jin, dengan izin Allah, boleh menjadikan mangsa tenang dan kembali pulih dari gangguan. Ada ketika, jin dalam badan manusia memberontak kerana sakit akibat bacaan ayat-ayat Quran yang dibacakan. Ayat-ayat Quran yang dibacakan pada mangsa boleh menjadi “pemadam” kepada “api” dan melemahkan atau merendahkan suhu “panas” dalam diri mangsa, sekaligus memaksan jin keluar dari tubuh badang mangsa.
JIN DAN GELOMBANG
Jika jin dibuat dari plasma, yang dirasai dalam bentuk haba, maka haba mempunyai daya dalam bentuk tenaga (energy) yang mengalir dari kawasan suhu tinggi ke kawasan lain yang mana suhunya adalah lebih rendah. Haba boleh bergerak melalui pepejal (solid), cecair (liquid), gas, dan juga vakum (vacuum). Pergerakan haba boleh diukur dengan jumlah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan zarah-zarah. Pergerakan jin adalah pergerakan gelombang (wave) yang mempunyai kekuatan tersendiri (wave length) dan apabila seseorang diganggu jin, apa yang berlaku ialah jin telah menguasai atau mengambil alih gelombang dalam diri manusia, dan seterusnya menjadikan mangsa mengikut “arahan” atau gelombang jin dalam diri manusia.
—–Seterusnya, sila baca petikan ini dari http://www.1kedai.com/kedai/index.php?option=com_content&view=article&id=195:hantu&catid=10:artikel&Itemid=10—-
Menurut penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.
Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.
“Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema.” katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.
Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.
Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.
Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang tidak sihat mampu memberikan kesan terhadap kehidupan seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.
Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.
Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin,? katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).
Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.
Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.
Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku.
Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.
Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,? katanya.
Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak.
Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya,? katanya.
Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.
—-akhir petikan—-
Pada pandangan sains, setiap bunyi yang dihasilkan mempunyai gelombang. Gelombang boleh menjadi bentuk berstruktur dan tidak berstruktur. Setiap bunyi ada tahap kekuatan yang bergerak melalui gelombang. Bunyi yang berstruktur (dalam irama yang betul) akan menghasilkan daya kekuatan yang hebat (wave length).

Bacaan Al Quran secara nyaring dipercayai boleh menghasilkan gelombang yang halus/kecil, kuat, serta menggetarkan partikel pada udara dan molekul-molekul yang bergerak dari satu arah kepada sasaran yang dituju. Apatah lagi ayat-ayat ruqyah dari Al Quran yang dibacakan boleh memberi kesan kepada gelombang jin yang menguasi mangsa dengan menjajarkan semula gelombang dalam diri manusia kepada keadaan yang normal.

Setiap huruf dalam al Quran adalah kod, dan apabila kod ini dicantumkan dalam perkataan dan menjadi ayat lantas dilagukan dengan betul mebgikut hukum tajwidnya, maka ia akan menghasilkan bunyi yang mempunyai gelombang berstruktur dan bertenaga. Lantunan suara bacaan yang nyaring akan memberi kesan kepada diri mangsa, manakala yang membacanya dengan nyaring akan membantu “merawat” diri pembaca itu sendiri.
Bagi orang yang membaca sendiri ayat-ayat Quran, pergerakan lidah, gigi, gusi, langit-langit, anak tekak, air liur dan tenggorok yang berinteraksi antara satu sama lain bagi menghasilkan bunyi ayat bacaan yang betul mengikut sebut makhraj (tajwid) yang betul akan menghasilkan getaran yang menyentuh titik saraf pada permukaan kulit dalam mulut. Titik saraf ini mempunyai hubungan dengan organ dan anggota badan manusia. Getaran yang betul terhasil daripada bacaan Al Quran yang tartil dan bertajwid akan mejadi terapi pada diri manusia. Jika seseorang diganggu jin, getaran yang terhasil itu akan mampu menghalang gelombang jin yang menggangu mangsa.
Dalam satu kes yang menarik di Yogyakarta, Supiyati yang disihir mendapati ada paku-paku dalam kakinya. Setelah diperiksa oleh hospital, memang sah ada 17 batang paku, lalu dibuat pembedahan kecil dan dikeluarkan paku berkenaan. Dua hari kemudian, ada paku baru wujud dalam kakinya dan kali ini terdapat juga paku kecil pada tumit kakinya. X-ray mengesahkan memang ada objek fizikal paku dalam kakinya. Doktor Sageran, pakar bedah, yang mengendalikan kes Supiyati terus mendapatkan khidmat perawat Perubatan Komplementari Islam , iaitu Ustaz Fadlan Abu Yasir. Ustaz Fadlan telah merawatnya dengan cara ruqyah dan air, dan setelah paku -paku keluar jatuh dari kaki pesakit, paku lain pula wujud dalam kaki pada hari-hari seterusnya. Ustaz Fadzlan terus merawat Supyati dan ia mengambil masa setahun setengah hingga Supiyati pulih dengan izin Allah, dan jumlah paku yang dikeluarkan dari kaki Supiyati ialah 2000 batang.

Dalam masa yang sama Ustaz Fadlan mengajar Supiyati supaya menghafal dan membaca ayat-ayar ruqyah sendiri dengan tartil dan bertajwid bagi merawat dirinya sendiri dan bergantung kepada Allah untuk perlindungan dan kesembuhan, serta tidak bergantung pada Ustaz Fadlan. Akhirnya, Supiyati dapat menepis serangan sihir pada hari-hari seterusnya hingga hari ini. Beliau telah pulih dan tiada lagi paku baru dalam kakinya.
Kes ini menunjukkan bahawa mungkin paku yang wujud dalam kaki itu adalah jelmaan jin atau ilusi jin, di mana kejadian jin dari plasma boleh menyerap dan berubah menjadi objek fizikal, gas, atau cecair, dan apabila dibacakan ayat-ayat Quran pada mangsa, maka kehadiran jin dapat dihindari dan dipadamkan “api” jin dalam tubuh mangsa. Ayat-ayat yang dibaca sendiri oleh Supiyati secara nyaring akhirnya menjadi terapi pada dirinya. Getaran-getaran bunyi ayat-ayat al Quran itu telah menghasilkan gelombang yang kuat untuk menuju kepada sasaran gelombang jin dan melemahkan pengaruh gelombang jin dalam diri mangsa, dan akhirnya gelombang pesakit menjadi normal dan pulih, dengan izin Allah.
Kesimpulannya, kita hendaklah rajin membaca al Quran setiap hari walaupun membaca sedikit daripadanya. Kita harus selalu berdamping dengan al Quran kerana ia adalah sebahagian darpada sumber NUR untuk mengukuhkan kekuatan dalam kita dan menambah serta meluaskan pendiding (elekromagnetic field) di sekeliling badan kita.
Tulisan ini adalah hasil dari penelitian dalam projek penyelidikan dari geran LRGS/TD/2012/USM-UKM/KT/03 yang dijalankan sejak 2012-2017.
Continue




No comments:
Post a Comment