03 March 2020

Mahu Berhenti Merokok?









Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Mahu Berhenti Merokok?



Mahu Berhenti Merokok?
Mulakan berhenti merokok dengan YAKIN DIRI bahawa anda pasti boleh melakukannya. Langkah-langkah berikut boleh membantu anda memulakan penghidupan baru sebagai seorang bukan perokok.

Langkah 1 BERSIHKAN

Buangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja.

Langkah 2 BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKAN

Buat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok. Buatkan juga nota tersebut dalam bentuk kad kecil yang boleh dimasukkan dalam saku baju untuk dibuat peringatan.

Langkah 3 LAKUKAN SAHAJA

Untuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara “ cold turkey “. Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok. Sebaiknya, beberapa minggu sebelum tiba hari yang ditetapkan anda telah mula mengurangkan sedikit demi sedikit bilangan rokok yang dihisap.

Langkah 4 TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI

Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.

Langkah 5 BERFIKIRLAH SECARA POSITIF

Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada orang mempelawa anda rokok, katakanlah terima kasih, saya tidak merokok. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk tidak merokok.

Langkah 6 DAPATKANLAH SOKONGAN

Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.

Langkah 7 MELAWAN KEINGINAN MEROKOK

Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiap kali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok. Katakan pada diri anda, setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok, anda akan merasa lebih yakin dan lebih berupaya untuk melawan keinginan untuk merokok pada hari-hari yang berikutnya. Lama kelamaan keinginan untuk merokok akan hilang buat selama-lamanya.

AMALAN 4M - PETUA MENGATASI KEINGINAN MEROKOK

MELENGAHKAN-LENGAHKAN

Lengahkan tindakbalas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Seandainya rokok ada di tangan, jangan nyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda ” nanti ” setiap kali anda ingin merokok.

MENARIK NAFAS PANJANG.

Tariklah nafas panjang-panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.

MINUM AIR.

Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air yang mengandungi kafin seperti kopi atau teh, kerena minuman ini biasanya membuatkan anda lebih teringin merokok seepas minum.

MEMBUAT SESUATU

Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada merokok. Contohnya bersiar-siar, makan angin, membaca buku, membuat silangkata, berkebun dan bersenam.

FAEDAH YANG DIPEROLEHI SEBAIK SAJA ANDA BERHENTI MEROKOK

- Selepas beberapa jam, sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin.Dalam tempoh 2 hari, hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.

- Selapas 6 jam, nadi akan lebih perlahan ke paras yang lebih normal dan tekanan darah akan menurun sedikit. Ini amat baik untuk jantung anda.

- Selepas 24 jam, karbon monoksida iaitu salah satu jenis gas beracun akan mula lenyap dari tubuh. Ini membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel dalam tubuh. Paru-paru akan dapat berfungsi dengan lebih baik.

- Selepas 2 hari, deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati kelazatan makanan, lebih dibandingkan semasa anda merokok. Deria menghidu akan pulih seperti sediakala. Gigi, rambut, jari, pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.

- Selepas beberapa minggu, silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membersihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih dan paru-paru dapat berfungsi dengan lebih baik.

- Selepas 2 bulan, peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki mejadi lebih efisien.

- Selepas 3 bulan, kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebih subur.

GEJALA ” WITHDRAWAL “ ATAU GIAN

Sekiranya anda ketagih dengan rokok tentunya tubuh anda telah terbiasa dengan nikotin yang mana ketiadaan dalam tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami gian atau gejala “withdrawal”. Gejala fizikal yang berlaku ke atas diri anda merupakan suatu tanda positif bahawa tubuh anda kembali pulih. Gejala-gejala ini akan hilang dalam tempoh 3 hingga 14 hari.

- Batuk-batuk menandakan mekanisma pembersihan saluran pernafasan anda berfungsi seperti sediakala.
- Pening-pening sedikit menandakan tubuh anda mula menyesuaikan diri dengan paras oksigen yang lebih berbanding semasa menjadi perokok dahulu.
- Sakit kepala boleh terjadi apabila tekanan darah menurun ke paras normal. Ini berlaku selepas tiga hari berlalu.
- Rasa kebas dan sengal-sengal kadang-kadang boleh terjadi pada otot. Ini berlaku kerana peredaran darah menjadi lebih lancar. Lakukan senaman untuk melancarkan lagi sistem peredaran darah.
- Gangguan sistem penghadaman seperti sembelit, merasa loya atau sebu perut kadang-kadang boleh terjadi tetapi cuma untuk beberapa hari sahaja.
- Gejala-gejala lain seperti gangguan tidur, gangguan konsentrasi dan perasaan resah akan juga berlaku. Gejala-gejala ini tidak berpanjangan dan boleh diatasi dengan mudah. Sekiranya tidak boleh mengatasi gejala “withdrawal” ini berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan nikotin gantian.

Assalamualaikum semua yang sedang membaca artikel kali ini. Wahhhh semua nampak CERIA sekali !

Hari ini saya nak mencoret tentang isu yang cukup popular di kalangan remaja.
Apakah dia? Berhenti Merokok !
Semua orang tahu rokok itu merosakkan kesihatan. Rokok mengandungi 4000 jenis racun di dalamnya. Rokok mengundang 1001 penyakit berbahaya. Kesan buruknya bukan sekadar kepada perokok malah mereka yang berada di sekitar perokok.
Kasihan perokok… Hari-hari orang menyumpah seranah atas sikap mereka. Hari-hari juga orang terdetik di hati mendoakan yang tidak elok kepada mereka.
https://cutisekolah.files.wordpress.com/2017/08/2016-10-21-1477021086-7074995-stopsmokingnow.jpg?w=300
Zaman sekarang ini, boleh dikatakan semua jenis sekolah ada pelajar yang menghisap rokok.
Lagi sedih apabila pelajar sekolah rendah pun telah menjadi seorang perokok. Mereka seolah-olah tidak tahu akan keburukan merokok.
Sedangkan begitu banyak kempen atau di media sosial yang menceritakan tentang keburukan malah ada yang siap dengan “cara-cara” berhenti lagi.
Hari ini saya nak sentuh 3 Sebab Anda Perlu Berhenti Merokok yang saya rasa pelajar hari ini wajib tahu.

PERTAMA: AGAMA
Yang pertama ialah faktor agama.  Semua sedia maklum bahawa rokok adalah HARAM hukumnya di sisi Islam. Jelas fatwa ini. Jelas juga hukum ini.
Dan keputusan tersebut telah disebarkan di banyak ceramah di surau-surau dan masjid-masjid.  Malah, ada sebahagian institusi agama mengeluarkan poster kempen memaklumkan tentang pengharaman merokok.
https://cutisekolah.files.wordpress.com/2017/08/getty_rm_photo_of_cigarette_smoke.jpg?w=300
Baiklah, soalan saya mudah. Siapakah BIG BOSS kita? Siapakah TUHAN kita? Dan kepada siapakah kita MEMINTA?
Semestinya jawapannya adalah Allah S.W.T..
Maka siapa kita nak lawan BIG BOSS? Maka siapa kita nak mendabik dada di depan Tuhan?
Dan sanggupkah kita menadah tangan berdoa dengan tangan yg sama memegang rokok setiap hari?
Sanggupkah kita mengungkap doa dengan bibir sedangkan bibir itulah huga menghisap perkara haram setiap hari?
Yang kelakarnya, lepas tu mengadu kat orang yang doanya tak dimakbulkan! Sangat kelakar!
Sayang Allah bukan? Nak Allah sayang? Patuhlah perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya.

KEDUA: KELUARGA
Faktor yang kedua yang selalu saya jumpa ialah kerana SAYANGKAN ahli keluarga, terutamanya terhadap kesihatan ahli keluarga mereka.  Saya mempunyai beberapa orang rakan yang berhenti disebabkan oleh faktor ini.  Selepas mak ayahnya mendapat tahu yang anak mereka menghisap rokok, kasih sayang mak ayah terus pudar!
Saat itu mak mula menangis dan ayah mula memarahi. Perkara ini telah menyebabkan hati seorang ibu berkecai dan terpaksa menanggung beban serta tekanan perasaan yang mana anaknya ketagih kepada rokok. Ayah pula? Putus harapan untuk melihat anaknya menjadi lebih hebat daripadanya!
Jadi sewaktu cuti sekolah adalah waktu yang terbaik untuk berhenti menghisap rokok. Ya, BERHENTI!
Seperti yang telah saya sebutkan di atas, bukan senang hendak berhenti merokok.  Namun, disebabkan oleh kasih-sayang dan tidak mahu menyebabkan hubungan adik-beradik serta dengan mak ayah menjadi keruh, maka dikorbankan tabiat tersebut.  Betapa besar kasih sayang mak ayah terhadap anak-anak yang berjaya menukarkan diri dari perokok tegar kepada tidak merokok.
Persoalannya, anda tak pedulikah tentang mereka?
KETIGA: DUIT
Faktor yang ketiga adalah DUIT. Orang selalu cakap berhenti rokok dapat menjimatkan duit dan mempunyai simpanan. Tetapi remaja hari ini tidak boleh menerima dengan sekadar bercakap begitu saja. Mereka tidak nampak erti jimat dan pembaziran itu.
Jom kita buat kira-kira agar remaja yang sedang membaca ini jelas dan nampak kelebihan ini. Lebih-lebih lagi sewaktu cuti sekolah ini.
https://cutisekolah.files.wordpress.com/2017/08/smoking.jpg?w=300
Satu kotak rokok bersamaan dengan RM17 (Rokok paling mahal) dan bayangkan pelajar remaja kita menghisap sekotak rokok dalam masa satu hari.
Jika anda berhenti seminggu anda akan mendapat RM119 (17 x 7) dan dengan adanya duit ini boleh membeli sebuah jam Casio ataupun kasut futsal. Tu baru SEMINGGU beb!
Jika anda berhenti selama sebulan anda akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM510 (17 x 30) dan anda boleh membeli sebuah telefon berjenama Asus, Samsung & Lenovo. Tu baru SEBULAN beb!
Jika anda berhenti setahun anda boleh ada duit sebanyak RM6205 (17 x 365) dan anda sudah mampu membeli motosikal berjenama Yamaha LC. Nah, puas hati!
Cuti sekolah ini, jom buang terus tabiat merokok agar diri kita dipelihara oleh Allah dan menikmati manfaatnya. Berhentilah merokok bermula sekarang agar membantu kita untuk terus berhenti buat selamanya.  Semoga Allah mempermudahkan niat dan azam anda untuk berhenti merokok!
Ingat, anda adalah masa depan ummah! Jangan biarkan masa depan ummah diselebungi kabus dan asap yang menyesakkan!
Hasil Tulisan Daripada Hati Buat Remaja di Luar Sana:
AMPACoach Ayie
www.programcutisekolah.com


Posted by Hassan Adli B. Haji Othman at 4:18 PM



Nak Berhenti Merokok Tapi Susah? Ikuti Saranan Lapan Langkah Terbaik Yang Doktor Ini Berikan


Merokok adalah satu tabiat yang membahayakan kesihatan kerana asap rokok mengandungi 4000 jenis bahan kimia dan 200 daripadanya adalah racun yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan sebagainya.
Tabiat ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada perokoknya tetapi juga kepada orang sekeliling yang dikenali sebagai perokok pasif. Mereka adalah orang yang terpaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Orang yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Sumber Foto: Google
Sumber Foto: Google
Berhenti merokok merupakan perkara yang mudah untuk di sebut tetapi amat sukar direaliasikan. Mempunyai niat untuk berhenti merokok adalah satu keputusan yang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan ahli keluarga.
Bagaimanapun, dengan hanya berniat mahu berhenti merokok, impian itu tidak akan terlaksanakan tanpa praktis yang betul dan sentiasa komited untuk mencapainya. Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dilakukan sekiranya mahu berhenti merokok dan yang penting nekad untuk menjalaninya.
Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi hasil penulisan dari Dr Ezairy M.Sallih tentang lapan langkah terbaik untuk menghentikan tabiat merokok.
Semoga saranan dari doktor ini sedikit sebanyak boleh membantu anda atau ahli keluarga di luar sana yang ingin berhenti merokok.
Sumber Foto: Google
Sumber Foto: Google
Anda berhadapan dengan ahli keluarga yang merokok?
Rasa susah untuk nasihat mereka? Sukar untuk berhenti?
 lapan langkah terbaik untuk menghentikan tabiat merokok.
1.Sedut minuman
Apabila kita menyedut minuman dengan menggunakan straw, ia akan mengganti dan membantu untuk menhenti keinginan menyedut rokok.
Sumber Foto: Google
Sumber Foto: Google
2.Mengunyah dan makan
Salah satu cara untuk melupakan kita dengan tabiat merokok ialah ambil apa-apa makanan. Kerapkan makan. Bagi mengelakkan kenaikan berat badan, ambil makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Kuantiti sedikit secara kerap. Ambil buah-buahan contohnya. Mengunyah chewing gum juga bagus.
3.Penuhkan jadual bulanan anda
Ini paling best! Buat jadual bulanan secara tetap. Sebelum masuk bulan baru, pastikan anda buat jadual harian selama sebulan. Padatkan rutin harian. Semakin sibuk anda, semakin lemahbkeininan anda terhadap perkara lain seperti merokok.
Sumber Foto: Google
Sumber Foto: Google
4.Banyakkan aktiviti sihat.
Berbasikal, bersukan dan berlari contohnya. Sibukkan diri dengan aktiviti sukan dan lasak akan menjadikan hidup lebih bermanfaat.
5.Ingat semula kenapa anda berhenti merokok
Tulis besar-besar di dinding, di pintu peti ais, di dapur dan di bilik. Letak gambar keluarga dan anak-anak. Anda pasti akan sentiasa bermotivasi dengan matlamat asal anda.
Sumber Foto: Google
Sumber Foto: Google
6.Simpan duit setiap hari.
Jadikan amalan menyimpan wang yang selama ini anda guna untuk rokok dengan menyimpan di tabung. Kalau sebelum ini setiap hari beli sekotak rokok berharga sepuluh ringgit contohnya. Sekarang simpan nilai berkenaan setiap hari di tabung simpanan anda. Bila keinginan untuk merokok datang, lihat kembali berapa banyak wang yang telah anda simpan semenjak berhenti merokok.
7.Tulis semua trigger kepada merokok
Anda mesti tahu apa situasi yang menyebabkan anda akan merokok. Tulis dan senarainakn semuanya. Kenalpasti kelemahan anda. Elakkan ia. Tak guna kalau mampu berhenti tiga bulan tapi merokok semula hanya kerana perkara yang anda sendiri boleh elak.
Sumber Foto: Google
Sumber Foto: Google
8.Keep on track
Kekalkan momentum dan motivasi anda. Banyakkan hadiri program bermanfaat seperti ceramah agama, aktiviti bersama keluarga, create hobi baru. Semua perkara ini akan membuat anda terus konsistent dengan matlamat anda. Jangan putus asa!
Semoga bermanfaat!

No comments: