أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
penghulu segala istighfar
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
penghulu segala istighfar
Continue
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan penghulu segala
istighfar?
Jawapan
:
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang
yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Di
dalam kehidupan kita, kita perlulah banyak beristighfar kepada Allah SWT iaitu
memohon ampun kepada-Nya di atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita
lakukan. Ini kerana, Nabi SAW yang diketahui bahawa Allah SWT telah
mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang tidak pernah meninggalkan
istighfar ini. Di dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar
lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam
al-Bukhari:
- Daripada
Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
وَاللَّهِ
إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ
سَبْعِينَ مَرَّةً
Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada
Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat
al-Bukhari (6307)]
Demikian
menunjukkan akan pentingnya istighfar di dalam kehidupan seharian kita.
Berdasarkan soalan di atas, terdapat hadith yang menceritakan berkaitan
Penghulu Istighfar atau ia dinamakan sebagai Sayyid al-Istighfar.
- Daripada
Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
سَيِّدُ
الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا
أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا
اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ
عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ
الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan:
Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan
benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu.
Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku
berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu
kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana,
tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari
(6306)]
Di
dalam Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar menaqalkan perkataan Ibn Jamrah yang
mengatakan bahawa di dalam hadith ini, Nabi SAW telah menghimpunkan seni
makna-makna serta lafaz-lafaz yang indah dan dengan itu melayakkan ia digelar
sebagai penghulu segala istighfar. Di samping itu juga, terdapat padanya ikrar
kepada Allah yang Esa akan keEsaan-Nya dan juga Ubudiyyah kepada-Nya (yang
hanya berhak disembah). Tambahan pula, di dalamnya terdapat pengiktirafan
(daripada hamba) bahawa Allah adalah pencipta dan beriqrar dengan janji yang
diambil oleh Allah ke atasnya. Selain itu, berserah dengan apa yang telah
ditetapkan oleh Allah kepadanya serta memohon perlindungan (daripada Allah)
dari segala kejahatan yang dilakukan oleh seseorang hamba itu terhadap dirinya.
Di dalamnya juga terdapat sandaran kesenangan kepada pencipta-Nya dan juga
sandaran dosa kepada diri pelakunya serta keinginannya untuk memohon ampun dan
pengiktirafan akan dosa yang telah dilakukannya bahawa tiada yang mampu untuk
mengampunkan dosa-dosa tersebut melainkan Allah SWT. [Lihat: Fath
al-Bari, 100/11]
Di
dalam hadith ini juga, Nabi SAW menyatakan akan kelebihan bagi sesiapa yang
beramal dengan Sayyid al-Istighfar.
- Sabda
Baginda SAW lagi di dalam hadith yang sama:
وَمَنْ
قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ
يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ
مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid
al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal
pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni
syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh
keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam
kalangan penghuni syurga”.
Antara
kelebihan lain yang dinyatakan di dalam hadith:
- Daripada
Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ
لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ
كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar,
Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap
kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari
arah yang tidak disangka-sangka”. [Riwayat Abu Daud (1518)][Menurut
Syeikh Syu’aib al-Arna’outh: Sanadnya dhaif kerana salah seorang perawi bernama
al-Hakam bin Mus’ab padanya jahalah (tidak dikenali) sebagaimana yang
dinyatakan oleh Imam al-Zahabi]
Menurut
Syeikh Muhsin al-‘Abbad al-Badr ketika mensyarahkan hadith ini berkata:
“Walaupun
hadith ini dhaif dari sudut sanadnya tetapi maknanya terdapat di dalam
al-Qur’an ketika membahaskan berkaitan taqwa di dalam surah al-Thalaq 2 hingga
3. Selain itu, di dalam al-Qur’an juga menyatakan bahawa istighfar merupakan
sebab mendapat rezeki sebagaimana di dalam surah Nuh ayat ke 10 hingga 12”.
Penutup
Kesimpulannya,
istighfar sangat penting kerana padanya terdapat banyak kelebihan. Selain itu
juga, kita sebagai seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan
kesilapan dan kesalahan perlulah melazimi istighfar di dalam kehidupan seharian
kita. Tambahan pula, istighfar mempunyai banyak lafaz dan bukannya terhad pada
satu lafaz sahaja. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan
hamba-Nya yang sentiasa melazimi istighfar serta menggolongkan kita dalam
kalangan penghuni syurga. Amin.
Wallahua’lam
Continue
Copy and Paste
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................
No comments:
Post a Comment