Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sesungguhnya Aku berniat kerana Allah:
Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat Allah.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada Mu Ya Allah..
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Hembusan Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
الحمد لله syukur kepada الله
Maksud Peribahasa : Buang Tabiat
buang tabiat
Maksud: Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.
Continue next reading
Assalamualaikum,Pernahkah anda mendengar seseorang itu sebelum meninggal dunia berkelakuan ganjil seolah-olah dia tahu bahawa dirinya akan dipanggil oleh Allah s.w.t ke alam barzakh. Gelagat aneh dan ganjil perilaku seseorang itu lebih ketara semasa dirinya terlalu hampir kepada kematian.
Sebagai contoh ada di kalangan hamba Allah ini sebelum menemui ajal akan mengumpulkan saudara maranya, mengumpul semula gambarnya semasa muda untuk tatapan keluarganya, menulis atau bercakap sesuatu yang menggambarkan kedatangan ajalnya dan lain-lain lagi perlakuan aneh. Dalam masyarakat melayu, terdapat peribahasa orang tua-tua mengenai tanda kematian ini seperti "Buang Tebiat"
Hakikatnya, setiap orang akan mendapat tanda atau kelainan pada dirinya di hari-hari terakhir hayatnya. Bagi orang beriman, ini adalah kelebihan yang Allah Taala berikan pada mereka. Mereka mengetahui bahawa mereka akan meninggal dunia dalam masa terdekat cuma tidak mengetahu tarikhnya secara tepat. Hakikatnya Allah s.w.t memaklumkan lebih awal bila seseorang itu meninggal dunia menerusi gerak hati yang dipanggil Latifah rabbaniah.
Didalam kitab Tasauf iaitu Sir Al-Salikin dalam bab Zikrul Maut (Mengingati mati) menunjukkan bahawa seseorang itu diberi isyarat ketika mautnya hampir sampai kepada orang tersebut. Ada juga dikalangan individu yang menerima isyarat tersebut tetapi buat-buat tak faham dan masih bergelumang dengan maksiat dan dosa. Setengahnya akan menjadi insaf dan mengambil peluang untuk beribadat dengan sisa kehidupan yang ada.
Isyarat akan menjadi lebih jelas ketika seseorang itu menghadapi sakratulmaut atau nazak. Orang yang beriman dan beramal soleh akan menghadapi kematiannya dengan tenang berbeza dengan orang yang kufur dan melakukan maksiat.
Penulis ingin berkongsi pengalaman mengenai kematian, cerita ini penulis dapat daripada abang ipar penulis yang juga seorang doktor. Ada hamba Allah ini yang nazak setelah berbulan-bulan. Ketika menghadapi sakratulmaut se belum dicabut nyawanya, nafas hamba Allah ini seperti kerbau dan ketika nyawa ditarik, hamba Allah ini jatuh seakan-akan terpelanting daripada katil hospital. Begitulah sakitnya ketika menghadapi kematian. Hingga jatuh daripada katil barulah nyawanya selesai dicabut. Penulis bercerita mengenai kematian hamba Allah ini bukanlah untuk mengaibkannya tetapi sekadar peringatan untuk kita semua.
Oleh yang demikian, wajarlah seseorang muslim itu mengingati mati pada setiap masa. Ia juga selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. serta dapat menghindarkan seseorang untuk melakukan kejahatan.
Continue reading
Wujudkah Petanda Kematian?
Bahagian 2
Tempah nisan sendiri sebelum mati
Beria-ia ingin memakai baju warna putih untuk Aidilfitri
Rakan sebaya sempat bergurau sebelum pergi
Ini kali terakhir aku bergambar dengan kamu semua.
Ayat-ayat seumpama ini sering menjadi bualan sebaik urusan pengebumian dilaksanakan. Bahkan kata-kata tersebut dianggap biasa sehinggalah sesuatu menimpa seseorang. Kerana itu ramai yang percaya, orang yang hendak meninggal, sebenarnya tahu bahawa ajalnya semakin hampir. Cuma tanda-tanda itu akan hanya dijelaskan melalui perkataan atau perbuatan-perbuatan yang dianggap sebagai ‘buang tabiat’. Soalnya, benarkah begitu?
Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ibnor Azli Ibrahim menafikannya. Ini kerana, jelas beliau, tiada satu pun ayat al-Quran dan hadis yang menerangkan tentang petanda kematian yang menunjukkan sikap-sikap ganjil oleh seseorang menjelang kematiannya.
“Kematian mempunyai dua perspektif iaitu Islam dan saintifik. Dalam Islam, kematian merupakan satu perpindahan dari ada kepada tiada. Manakala saintifik pula, kematian bergantung kepada sesebuah sistem sel-sel yang mati dalam tubuh manusia sehinggakan seseorang itu tidak boleh makan, minum, dan bergerak untuk menjalani kehidupan biasa mereka,” katanya memulakan bicara.
Ujar Dr. Ibnor Azli lagi, perkara-perkara yang dinyatakan di atas hanyalah bersifat kebetulan. Ini kerana ajal maut adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh manusia sehingga hari kiamat. Hal ini bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mempunyai pengetahuan mengenai hari kiamat, Dia yang menghantar hujan, dia mengetahui apa yang di dalam rahim, tiada siapa tahu apakan nasibnya esok, dan tiada siapa tahu di bumi mana dia akan mati.” – riwayat Bukhari.
Apa pun tanda-tanda hampirnya kematian, tegas Dr. Ibnor, secara zahirnya ia dapat dilihat dari proses kehidupan seperti pertambahan umur yang menjadikan seseorang itu bersifat seperti keanak-anakan pada usianya yang sudah lanjut. Juga, bertambah uban di kepala serta mudah menjadi seorang yang lupa dan nyanyuk. Namun, itu semua bukan penentu kerana ada juga kanak-kanak atau orang muda yang menerima `kad jemputan’ itu lebih awal oleh Allah s.w.t.
Kenyataan Ibnor Azli tersebut juga ada terdapat dalam Al-Quran yang menerangkan bagaimana usia seseorang manusia akan dikembalikan kepada usia tua sebagai sebuah permulaan hidup.
“Orang kita selalu akan kaitkan tanda kematian itu selepas mati. Jika orang itu masih hidup, tanda-tanda itu dianggap biasa malah kita sendiri pun tidak boleh meramal kematiannya,” kata Dr. Ibnor Azli.
“Ingin saya tegaskan, itu hanya dikenali sebagai buang tebiat. Sedangkan dalam Al-Quran dan Hadis tidak pernah menyebut tentang tanda-tanda kematian. Yang ada hanyalah usia tua sahaja yang membawa tanda penghujung hayat kita tersebut seperti saya katakan sebentar tadi,” tambahnya lagi.
Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan tanda-tanda kematian itu boleh diketahui melalui pengiraan hari. Cuma tanda-tanda tersebut berkemungkinan boleh dirasai dengan datangnya ilham dan mimpi dari Allah Taala yang mampu diperoleh oleh orang-orang tertentu sahaja.
Percaya tanda kematian adat Melayu
Persoalan ini kemudian diajukan oleh Al Islam kepada pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd. Izahar Ariff Mohd Kashim. Bagaimanakah jawapan beliau?
“Wujudnya tanda kematian yang sebenar adalah ketika sesuatu roh keluar dari tubuh jasad seseorang manusia (nazak) , bukannya perkara-perkara ganjil yang selalu dicanang oleh masyarakat umum khususnya Melayu dalam meramal kematian seseorang.
“Ini kerana Allah swt telah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 18 yang bermaksud : “Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, sehingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati (nazak), dan berkatalah ia sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini (sedangkan taubatnya itu sudah terlambat) dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedangkan mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian kami telah sediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
“Ayat ini menunjukkan bahawa tanda suatu kematian itu hanya diketahui apabila seseorang itu nazak sejurus selepas melakukan taubat atau sebaliknya. Hal ini juga turut dipersetujui oleh Imam Qurtubi, Imam At-Razi serta Abbas dalam tafsir mereka yang menganggap tanda-tanda kematian itu adalah ketika suatu roh itu keluar dari jasadnya.
“Ini kerana bukan setakat manusia, nabi dan rasul sendiri pun tidak diberitahu bilakah mati itu akan tiba. Justeru itu, sebahagian besar para ulama juga mengatakan bahawa kita tidak boleh meramalkan kematian seseorang dengan perkara-perkara yang pelik melainkan munculnya nazak seperti yang disebutkan dalam surah An-Nisaa’ tadi.
“Nabi juga pernah bersabda dalam sebuah hadis Hasan yang diriwayatkan at-Tarmizi yang bermaksud “Allah Taala akan menerima taubatnya selagi dia tidak nazak” membuatkan kukuhnya nazak ini sebagai satu tanda kematian ,” jelas Mohd. Izahar dengan terperinci.
Tegas beliau lagi, amalan mempercayai tanda kematian ini merupakan satu adat khususnya Melayu yang dibuat-buat sedangkan ianya tidak pernah disebutkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. kerana ada hikmahnya yang tertentu. Selain itu, mempercayai tanda-tanda kematian melalui proses pengiraan hari serta wujudnya cerita nyawa manusia ditarik berdasarkan dedaunan yang gugur dari pokok di araysh Allah. juga langsung tiada dalam Al-Quran dan As-Sunnah, bahkan ia hanyalah kata-kata adat orang kita sahaja.
“Ada hikmahnya Allah Taala ‘menghaibkan’ tanda-tanda tersebut. Jika tanda-tanda tersebut tidak dighaibkan dan boleh diketahui akan kelibatnya, sudah pasti semua manusia akan beramal alim serta tidak melakukan maksiat, seolah-olah ujian yang diturunkan ‘mudah’ dan ‘senang’ untuk dilalui semua insan. Ini terdapat dalam surah Al-An’aam yang bermaksud : Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja, dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut, dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur basah mahu pun, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata, ” tambahnya lagi.
Menyentuh perihal perkara ghaib tersebut, terdapat lima perkara ghaib Allah s.w.t. yang tidak diketahui manusia iaitu turunnya hujan, kandungan rahim, kehidupan masa hadapan dan kematian. Hal ini dikuatkan lagi oleh Allah dalam firmannya dalam surah Luqman 34 yang berbunyi : Sesungguhnya di sisi Allah, pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia jugalah, yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang di dalam rahim, dan tiada seseorang pun yang betul apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seseorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.
Mohd. Izahar turut menegaskan, tiada satu pun hadis Nabi Muhammad s.a.w. terdapat ayat-ayat tertentu yang dipratikkan untuk mengenali tanda-tanda kematian. Jikalau ada pun, cuma sebahagian para ulama yang mempraktikkannya menerusi karamah iaitu satu anugerah yang diberikan oleh Allah untuk para-para solehin. Begitu juga dengan mimpi dan ilham, hanya segelintir orang yang mampu merasainya.
“Nasihat saya, jangan terlalu mempercayai tanda-tanda kematian. Perbuatan ini mendatangkan khurafat kerana ia boleh mensyirikkan Allah swt. Setiap manusia akan mati, tetapi bila dan di mana, kita tidak tahu melainkan takdir-Nya. Apa paling penting, kita hendaklah bersedia setiap masa kerana kematian akan datang pada bila-bila masa,” katanya mengakhiri perbualan
Continue reading the point
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
Continue reading chapter
Rebutlah peluang mati dalam keadaan baik dengan 10 tanda ini
KESIBUKAN diri dalam urusan dunia menyebabkan ramai dalam kalangan kita lupa akan kehidupan di akhirat. Tidak ada satu pun di atas muka bumi ini yang kekal abadi.
Ini kerana setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Sejauh mana pun kita melarikan diri daripada kematian, ia tetap akan mengekori kita. Firman Allah di dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 8: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu ingin larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."
Mengingati mati memberi ketenangan jiwa
Mengingati mati bukan bermaksud kita meninggalkan urusan dunia serta menjauhkan diri daripadanya akan tetapi mengingati mati merupakan satu kaedah supaya kehidupan di dunia kita lebih baik dan lebih berjaya. Ini kerana dengan kita mengingati mati, kita tidak akan melakukan perkara-perkara tidak diredai dan dibenci Allah.
Sabda baginda Rasulullah: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnungi pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” - (HR al-Bazzar 6987).
Jika kita mengingati mati, kita tidak akan melakukan perkara-perkara tidak diredai dan dibenci Allah. - Gambar Sekadar Hiasan
Syeikh Said Hawwa Rahimahullah telah menyatakan bahawa mengingati mati sebagai salah satu cara berkesan untuk menyucikan jiwa manusia daripada kotoran sifat buruk (mazmumah).
Dengan mengingati mati, ia bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah.
Tanda-tanda orang yang meninggal dalam keadaan baik
Ramai dalam kalangan kita tertanya-tanya apakah tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan baik (husnul khatimah).Di sini saya akan meringkaskan tanda-tanda seseorang itu meninggal dalam keadaan baik serta beberapa potongan doa untuk mendapatkan pengakhiran baik berdasarkan hadis baginda Rasulullah:
1. Melafazkan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia - Sabda Rasulullah: Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’ nescaya dia akan memasuki syurga. - [HR Abu Daud 3316].
2. Meninggal pada hari atau malam Jumaat - Sabda Rasulullah: Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur. - [HR Al-Tirmidzi 1074].
3. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya - Sabda Rasulullah: Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya. - [HR al-Tirmidzi 982].
4. Seseorang diberikan taufiq dan hidayah serta beramal soleh sebelum dia meninggal dunia - Sabda Rasulullah: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat (RA) bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?” Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya. - [HR al-Tirmidzi 2142].
5. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut - Sabda Rasulullah: Sesiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid. - [HR Muslim 1915].
Meninggal kerana lemas adalah mati syahid.
6. Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT - Sabda Rasulullah: Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit taun, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah. - [HR al-Bukhari 652].
7. Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak - Sabda Rasulullah: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian kerana sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid. - [HR Ibn Kathir 5869].
8. Meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya - Sabda Rasulullah: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!” “Bagaimana kalau dia melawanku?” Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!” “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid." “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka!” - [HR Muslim 140].
9. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh - Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.” - [HR Ahmad 23372].
10. Meninggal disebabkan penyakit taun - Sabda Rasulullah: dari 'Aisyah berkata; "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang masalah taun lalu baginda memberitahu kepada aku bahawa taun adalah sejenis seksaan yang Allah kirimkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita jika dia bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar mengharapkan pahala dan mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah telah mentakdirkan kepadanya maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang mati syahid". [HR Bukhari 3215]
Dengan itu, jika seseorang ingin mati dalam keadaan baik dan diredhai Allah maka hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah dengan doa: Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah Kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.
Jika kita jaga Allah, Allah pasti akan menjaga kita. Marilah kita sama-sama merenungi perkara ini dan banyak mengucapkan syukur Alhamdulillah atas nikmat yang tidak terhingga banyaknya kita nikmati semasa dunia ini.
15 Tanda-tanda Kematian Ini Akan Muncul 6 Bulan Menjelang Kematian Seseorang.
BANGKAPOS.COM--Ada kehidupan pasti ada kematian dan satu hal ini pasti akan dialami semua manusia yang hidup.
Manusia mengalami roda kehidupan lahir, tua dan meninggal.
Kematian seseorang merupakan rahasia Illahi dan ketika saat itu tiba tidak ada satu manusia pun yang mampu menolaknya.
Kelahiran manusia akan membawa sukacita, sedangkan kematian akan membawa kesedihan.
Meskipun roda kehidupan tersebut diketahui dan disadari manusia, namun kematian tetap meninggalkan kesedihan bagi yang tinggalkan.
Tanda-tanda kematian seseorang tersebut terlihat dalam kurun waktu enam bulan sebelum ajal menjemput.
Berikut 15 tanda-tanda seseorang menjelang kematian:
1. Udara nafas yang dihembuskan terasa dingin di telapak tangan.
Umumnya hembusan napas yang normal seseorang akan terasa panas/hangat ketika dihembuskan di telapak tangan.
Namun, hembusan napas ini justru sebaliknya terasa dingin/sejuk.
2. Dalam manik mata orang lain tidak bisa melihat bayangan kita sendiri.
Umumnya bayangan siapa saja bisa dilihat, tapi orang yang menjelang ajal tidak akan bisa melihatnya.
3. Pelemahan pada empat anggota tubuh, empat anggota tubuh terasa nyeri tak tertahankan.
4. Warna tinja menjadi putih.
5. Gigi menjadi esktrim kering dan hitam.
6. Telinga menjadi lisut dan kusam.
7. Hidung menjadi miring.
8. Bisa melihat bintang pada siang hari, sedangkan orang lain tidak bisa melihatnya.
9. Mata tidak terasa silau ketika menatap matahari.
Tentu saja Matahari di siang hari, bukan matahari yang baru terbit dari ufuk timur, mata orang lain merasa silau.
Namun, ia bisa menatap matahari siang itu dengan tenang dan tidak menyilaukan matanya.
10. Air kencing menjadi asam.
Tercium aroma asam dari urinnya yang tajam menusuk.
11. Tidak bisa melihat bayangan sendiri.
Tidak peduli apakah di bawah pancaran sinar matahari, atau di bawah sinar bulan, tapi ia tidak bisa melihat bayangannya sendiri, tidak ada lagi bayangannya.
12.Garis-garis atau kerut di dahinya membengkak.
13. Muncul bintul-bintul merah di daerah di bawah pusar.
14. Pada titik Yongquan (terletak di 1/3 tengah kaki dari ujung atas) dan titik Yintang (terletak di batang hidung, pertengahan jarak ujung alis mata), terasa nyeri/sakit seperti ditusuk jarum.
Jika ada gejala seperti yang disebutkan pada nomor 13 dan 14, ini akan cukup fatal.
15. Emosional yang kerap berubah-ubah tidak menentu.
Fluktuasi (emosional) yang tidak biasa dan tanpa sebab yang jelas, tidak dapat mengendalikan diri.
Munculnya tanda-tanda ini, dimana salah satu diantaranya itu menyiratkan kemungkinan besar akan pergi selamanya dalam enam bulan ke depan, terutama nomor 13 dan 14, jika ada tanda-tanda seperti ini, maka usia hidup hanya akan berlangsung sekitar tiga hari di muka Bumi.
Wallahu'alam
--------------------------
Sumber saripada Arkib Ilmu; http://alongpunyablog.blogspot.com
No comments:
Post a Comment