21 March 2020

Bayi Tabung Uji & Menggugurkan Anak

 أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantongku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepadاللهَ 
      وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...                ALLAH  اللهَ
Bayi Tabung Uji & Menggugurkan Anak

FATWA MUIS: Bayi Tabung Uji & Menggugurkan Anak

Apakah pandangan Islam tentang bayi tabung uji?

Cara-cara yang boleh tergambar dalam penyemaian benih dalam tabung uji pada masa ini ada tujuh
cara:

   1.Disemaikan antara benih si suami dengan telur yang diambil dari seorang perempuan yang
     bukan isteri kepada lelaki itu kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.

   2.Disemaikan antara benih seorang lelaki (bukan suami) dengan telur si isteri kemudian
     dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.

   3.Disemaikan benih si suami dengan telur si isteri kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam
     rahim seorang perempuan lain yang bersetuju untuk mengandung (hamil) dengannya.

   4.Disemaikan antara benih seorang lelaki (asing) dengan telur perempuan asing juga kemudian
     dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.

   5.Disemaikan benih dengan telur dari sepasang suami isteri kemudian dimasukkan ke dalam
     rahim isteri keduanya.

   6.Diambil benih dari si suami dan telur si isteri dan disemai di tabung uji kemudian dimasukkan
     ke dalam rahim isteri.

   7.Diambil benih si suami kemudian disuntikkan di tempat yang sesuai dalam rahim isterinya
     sebagai semaian dari dalam.

Cara-cara yang pertama sehingga yang kelima adalah haram kesemuanya dan terlarang di sisi
agama Islam kerana kesannya boleh merosakkan perhubungan halal serta mencampuradukkan
keutuhan keturunan. Cara yang ke-6 dan yang ke-7 adalah dibolehkan. Seseorang Islam yang ingin
mendapat anak boleh berusaha untuk mendapatkannya tetapi hendaklah ia pastikan dan
berjaga-jaga supaya tidak melakukan sesuatu yang lain daripadanya.



PENGGUGURAN ANAK

Apakah pandangan Islam tentang pengguguran anak?

Para ulama bersependapat bahawa pengguguran anak selepas 4 bulan hukumnya adalah haram,
bahkan ia merupakan satu perbuatan jenayah. Perbuatan ini merupakan suatu pembunuhan ke atas
makhluk hidup yang telah cukup sifat dan nyata hidupnya. Oleh itu umat Islam sama sekali ditegah
dari melakukannya. Kecuali pengguguran itu terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa di ibu
tersebut.

Pengguguran sebelum 4 bulan pula, para ulama tidak bersependapat. Ini disebabkan terdapat
perselisihan sama ada kandungan itu telah hidup atau sebaliknya. Sebahagian besar ulama
cenderung kepada menyatakan bahawa kandungan itu sudah hidup bersandarkan kepada ilmu
perubatan. Berasaskan hal ini mereka menghukumkan pengguguran benih itu sebagai haram.

Memandangkan kepada kenyataan ilmu perubatan bahawa janin itu sudah hidup sejak pencantuman
benih lelaki dan perempuan, maka jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa hukum
pengguguran anak dalam kandungan adalah haram, tidak kira umur benih dalam kandungan.


      [Luqman Hakim's HomePage] [Masalah Dan Pengetahuan Umum] [Luqman Hakim Islamic Page]
                               [Islamic Resoruces]



                          ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!

                           ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ

Bayi Tabung Uji & Menggugurkan Anak

Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH 
.........................................................



No comments: