22 March 2020

Mencari Tuhan Dalam Kehidupan

 أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantongku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepadاللهَ 
      وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...                ALLAH  اللهَ

Mencari Tuhan Dalam Kehidupan

Mencari Tuhan Dalam Kehidupan

Tuhan itu wujud. Tuhan itu sentiasa berperanan dalam setiap detik kehidupan kita. Mana mungkin kita boleh lupakan Tuhan. Mana mungkin Tuhan boleh dipinggirkan begitu sahaja. Bahkan tiap masa dan ketika, kita kena merasakan kehadiran Tuhan dalam hidup kita. Bukan itu sahaja, kita juga kena rasakan pelbagai kebesaranNya. Dialah Maha Pemurah , Dialah Maha Penyayang. Dialah Maha Memberi rezeki. Dialah Maha Menciptakan. Dialah Maha Memerhati dan Maha Mendengar. Dialah Maha segala-galanya. Tuhan mempromosikan diriNya pelbagai cara. Sudah tentu Tuhan memperkenalkan dirinya itu agar manusia kenal dan dapat mendekatiNya. Agar manusia sedar yang Dia wujud, Dia berkuasa dan Dia berperanan dalam hidup manusia. Salah satu cara yang Tuhan lakukan untuk tujuan itu ialah melalui ciptaanNya. Dia jadikan langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau, sungai dan lautan juga manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan supaya manusia memerhati dan memikirkan semua itu agar manusia dapat merasakan kewujudanNya.
Tuhan ada menyebutnya di dalam Al-Quran, “Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang menjadi tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Al-Imran:190). Tuhan menyambung lagi dalam ayat seterusnya, “iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia”.
Perkataan “yazkuru” atau “mengingati“ dalam ayat tersebut bukanlah sekadar ingat atau memikir di akal sahaja. Maksud “yazkurunAllah”, ini yang lebih tepat lagi ialah merasa-rasa pelbagai kebesaran Tuhan, bilamana kita memerhati dan memikirkan kejadian langit dan bumi. Bila ini berlaku, barulah kita dapat kenal Tuhan. Barulah terkait ciptaan Tuhan tersebut dengan diri kita sebagai hamba. Ia memberi kesedaran kepada kita, semua ciptaanNya itu selain untuk manfaat kegunaan manusia, tetapi ada maksud Tuhan itu sendiri. Agar manusia kenal Tuhan dalam ciptaan-ciptaan Tuhan. Kalau ini berlaku, tidak timbullah masalah hamba yang tidak mengenal TuhanNya. Selama ini, manusia itu mengaku hamba Tuhan, menyebut, “kami ada Tuhan”, malah menyembah Tuhan, namun ramai di antara manusia yang tidak kenal Tuhan.
Oleh itu carilah Tuhan dalam kehidupan. Kenalilah Dia, datanglah kepadaNya. Ini boleh dilakukan dalam kehidupan seharian kita dengan memerhati serta memikirkan tentang kejadian ciptaan Tuhan. Maha suci Tuhan, tidak Tuhan jadikan segala sesuatu itu dengan sia-sia.

JALAN UNTUK MENCINTAI TUHAN


Kita membaca tentang sepotong ayat, Allah berfirman, maksudnya begini: Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka, jika mereka iaitu umatmu benar-benar mencintai Allah, maka hendaklah mereka mengikuti dan mencontohi dirimu, Rasulullah.
Apa sebenarnya yang boleh difahami daripada ayat tersebut? Jika hamba Tuhan itu benar-benar cinta Tuhan, maka Allah minta buktikan kepada Rasulullah, kekasihNya. Allah minta kita berhubung dengan Rasulullah. Iaitu dengan mengikut sunnah Rasulullah. Sunnah itu ialah perjalanan hidup Rasulullah. Perjalanan hidup Rasulullah itu pula ada lahiriah, ada maknawiyah dan ada rohaniahnya. Kalau betul kita ikut jalan tersebut, maka memang benarlah terbukti yang kita sudah mencintai Tuhan.
Boleh juga dimaksudkan seperti ini. Hendak cinta Tuhan, kita tak mampu. Kita tak kenal Tuhan; zat, sifat dan perbuatanNya. Justeru, mencintai orang Tuhan seperti Rasulullah membawa kita sampai kepada Tuhan. Mencintai Rasulullah itu adalah jalan atau jambatan untuk kita cinta Tuhan. Rasulullah pernah menyebutnya seperti ini: Hendaklah kamu bersama Allah, dan kalaulah kamu tidak dapat bersamaNya, maka hendaklah kamu bersama dengan orang yang sudah dapat bersama Allah.
Apa yang dimaksudkan jalan lahiriah?
Rasulullah menegakkan jemaah. Di dalam jemaah itu, Rasulullah menegakkan sistem seperti sistem pendidikan, kebudayan dan ekonomi. Tertegaknya sistem-sistem tersebut berjaya mendisiplinkan ahli-ahli jemaah dalam membangunkan kehidupan. Ia juga menjadi wadah untuk ahli-ahli jemaah memberi manfaat dan khidmat kepada masyarakat sehingga masyarakat termasuk orang kafir berasa cukup selesa dan aman tenteram berada di bawah naungan sistem Islam.
Pernah Rasulullah ditanya oleh sahabat, apakah boleh kami mengikutmu? Rasulullah menjawab, apakah kamu sanggup susah? Menunjukkan kepada kita tidak mudah untuk menjadi pengikut Rasulullah. Kenalah sanggup miskin dan sanggup susah. Kenalah sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk agama.
Apa yang dimaksudkan jalan maknawiyah?
Daripada Rasulullah itu keluar berbagai ilmu, Itulah ilmu Al-Quran dan Al-Hadis. Ilmu ini perlu dituntut kerana Tuhan, difahami dan dihayati bersungguh-sungguh. Buah fikiran Rasulullah itu jika diikuti menjadikan kita orang yang cerdik dan berstrategi. Ia mampu melahirkan pejuang yang aktif berjuang menegakkan dua pembangunan, rohani dan material.
Apa yang dimaksudkan jalan rohaniah?
Rasa hati Rasulullah itulah jalan rohaniahnya yang perlu diikuti. Rasa hati itu yang utamanya adalah cinta dan takut kepada Tuhan. Selain itu ialah seperti sabar, redha, sangat berlapang dada, menerima keuzuran orang, berkasih sayang, tawadhuk, tawakkal dan pemaaf.
Bila bersatu 3 jalan ini, maka otomatik kita sudah terhubung dengan Rasulullah. Inilah “turning point” bagi kita untuk terhubung dengan Allah. Tanpanya, agak sukar kita terhubung dengan Allah. Itu sebab dalam ayat Al-Quran tadi, Allah seakan memberi “offer’ kepada hambaNya kalau benar kamu mencintai Aku, maka kamu hendaklah mencintai kekasihKu yakni Rasulullah. Mencintai Rasulullah pula tidak boleh sekadar dengan lafaz cinta sahaja. Ia kena dibuktikan. Ia kena diterjemahkan dalam amalan dengan mengikut jalan yang sudah ditempuh baginda Rasulullah. iaitu seperti yang diterangkan, jalan lahiriah, maknawiyah dan rohaniah.

Kaedah Mengenal Tuhan


Mengenal Tuhan tidak cukup kalau terhenti setakat akal sahaja. Walaupun kita sudah belajar sifat 20 sehingga faham dan alim, ia belum menjamin kita ‘kenal’ Tuhan. Kita sebenamya baru ‘tahu’ tentang Tuhan dengan akal. Sedangkan mengenal Tuhan ialah dengan hati, bukan dengan akal.
Hati yang arif dan kenal Tuhannya mampu untuk mengawal diri dari kemungkaran. Jika akal yang ‘tahu’ tentang Tuhan, ia tidak mampu untuk mengawal tuannya dari kemungkaran dan dosa. Dia juga payah untuk berubah dan meningkatkan diri.
Keseluruhan sifat-sifat Tuhan itu adalah lambang kasih sayang Tuhan terhadap hamba-Nya. Antara tanda kasih sayang Tuhan itu ialah nikmat yangTuhan beri terlalu banyak dan luas, bahkan tidak terhitung. Jika satu nikmat sahaja kita hurai, sudah cukup untuk menunjukkan betapa baiknya Tuhan kepada kita. Contohnya, cuba kita tutup hidung selama 5 minit. Tentu kita akan mati kerana tidak boleh bernafas. Begitulah besarnya nikmat Tuhan. Maha Besar Tuhan! Kita patut berterima kasih kepada Tuhan. Kalau Tuhan tidak beri kita udara, kemudahan dan keselasaan hidup yang canggih pun tidak bermakna kerana kita tidak dapat mengecapinya.
Rasa-rasa hati seperti inilah yang menguatkan hubungan hati seorang hamba dengan Tuhannya. Hubungan hati dan rasa inilah yang menundukkan manusia agar patuh kepada-Nya dengan hati yang penuh kecintaan pada Tuhan.
Jadi, kita perlu sentiasa ingat betapa Pengasih dart Penyayangnya Tuhan yang menjadikan kita. Kita ini hanya seorang hamba yang hina-dina. Diri kita yang hina-dina dan banyak dosa ini pun masih Allah sayang dan beri berbagai nikmat seperti penglihatan, pendengaran, kesihatan dan sebagainya. Kalau begitulah kasih sayang Tuhan kepada manusia, kenapa kita tidak boleh berkasih sayang sesama insan? Kita selalu menyebut Allah itu Pengasih dan Penyayang melalui kalimah Bismillah namun kita masih ada kesombongan di hati. Kita hina orang dan sebagainya kerana selama ini kita belajar mengenal Tuhan dengan hujah akal semata-mata. Hati kita tidak tersentuh pun jika disebut tentang kehebatan Tuhan.
Justeru itu kita mesti ubah cara kita belajar atau mengajar Tauhid tentang Tuhan supaya dapat mengenal Tuhan dan memiliki rasa-rasa bertuhan. Rasa-rasa bertuhan itulah yang hendak dibawa ke mana-mana. Rasa bertuhan itu kalau hendak dikiaskan adalah seperti kita berhadapan dengan seekor harimau. Harimau tersebut sedikit pun tidak mengusik kita. Jika kita dihidangkan makanan di waktu itu, beranikah kita terus makan rezeki yang sedap-sedap yang terhidang di depan kita? Tentu tidak, sebab kita terasa kehebatan harimau itu. Rasa takut kepada harimau itu yang boleh menerkam bila-bila masa.
Begitu juga dengan Tuhan. Hati yang kenal Tuhan tidak tunggu-tunggu dan berfikir-fikir, malah dia benar-benar faham dan terasa kehebatan Tuhan setiap masa. Kehebatan Tuhan itu jauh lebih dari seekor harimau. Jika Allah hendak bertindak ke atas kita, Allah tidak akan bertangguh. Dia boleh buat dalam sekelip mata. Mengapa kita tidak terasa kehebatan Tuhan yang amat jauh lebih hebat dari harimau itu?
Seandainya kita sentiasa merasakan kehebatan Tuhan di dalam hati, dan perasaan bertuhan itu kita bawa ke mana-mana, kita tidak akan makan rasuah, jatuhkan orang dan lain-lain. Sebagaimana kalau harimau ada di depan kita, apakah masih sempat hendak bergaduh. Tentu tidak. Segala-galanya hilang, yang ada dalam hati ialah perasaan takut akan ‘kehebatan’ harimau itu.
Mengapa tidak rasakan Tuhan begitu? Tuhan yang nyawa kita ini kalau Dia tarik satu urat pun, kita sudah tidak mampu hendak hidup. Sebab itulah dikatakan Tuhan itu Maha Besar. Di hari ini, orang yang ikut Islam pun sudah kehilangan Tuhan, sebab itu Tuhan biarkan umat Islam seluruh dunia diratah-ratah oleh musuh. Manusia sudah terlalu longgar hubungannya dengan Tuhan, sekalipun dalam solat. Sedangkan ketika solatlah sepatutnya rasa bertuhan itu benar-benar dihayati dan dirasai. Rasulullah berkata, “Cukup dua rakaat solat sunat, tapi memberi kesan pada peribadi daripada beribu-ribu rakaat tetapi tidak memberi kesan.”

APABILA KENAL TUHAN KITA AKAN CINTA PADANYA


Orang yang cintakan Tuhan itu ialah orang yang benar-benar kenal Tuhan dengan hatinya iaitu dapat rasa bertuhan. Dia bukan setakat tahu atau ada ilmu tentang sifat-sifat Tuhan tetapi dia boleh merasakan sifat-sifat Tuhan itu dihatinya. Orang seperti ini dinamakan a’arifbillah.
            Seperti mana juga hubungan kita dengan manusia, ada orang kita tahu namanya, kita tahu di mana rumahnya, tahu kerjanya, kita selalu nampak dia mundar-mandir dan lalu lalang, tetapi atas dasar itu sahaja, kita tidak boleh mengaku kita kenal dia. Mungkin kita tahu dia itu siapa tetapi kenal belum lagi. Kita tidak tahu wataknya, perangainya, akhlaknya, peribadinya, jahat atau baik orangnya, pemurah atau bakhil, pemarah  atau pemaaf dan sebagainya. Sudah tentu kita belum boleh benci atau cinta padanya. Kalau kita sudah kenal hati budinya barulah kita akan benci atau cinta padanya.
            Begitu juga dengan Tuhan. Kalau hanya setakat tahu sifat-sifat Tuhan, kita tidak dapat cinta padanya. Tahu atau ilmu itu baru di akal. Walhal Tuhan bukanlah entity yang boleh dijangkau oleh akal. Kita mesti kenal Tuhan melalui hati iaitu dapat merasa sifat-sifat Tuhan. Contohnya, kalau kita tahu Tuhan Maha Melihat, maka kita kena rasa sungguh-sungguh di hati bahawa Tuhan itu benar-benar melihat apa sahaja yang kita lakukan. Alat untuk mengenal Tuhan itu ialah hati.
            Allah itu mempunyai segala sifat-sifat yang Maha Sempurna, tidak seperti manusia. Sebab itu, ada manusia, kalau kita kenal dia, kita suka padanya. Ada pula manusia, kita kenal dia, kita benci padanya. Ini adalah kerana manusia itu ada yang bersifat baik dan ada yang bersifat jahat. Tetapi kalau kita kenal Tuhan, wajib bagi kita jatuh hati dan cinta padanya kerana sifat-sifat Tuhan itu  penuh kesempurnaan. Tuhan itu Maha Baik.
            Siapa kenal Tuhan, pasti dia cinta Tuhan. Siapa cinta Tuhan, pasti dia kenal Tuhan. Siapa tidak cinta Tuhan, tanda dia belum kenal Tuhan.



                          ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!

                           ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ

Mencari Tuhan Dalam Kehidupan

Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH 
.........................................................



No comments: