24 March 2020

Liwat Dan Hukumnya





 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎


الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

Ancaman Liwat

Liwat adalah antara perbuatan derhaka yang boleh merosakkan sendi-sendi kehidupan manusia serta boleh menghancurkan keharmonian di dunia ini. Ini kerana, lelaki dan perempuan yang terlibat dengan liwat sebenarnya hidup tanpa mempedulikan peraturan dunia, apatah lagi peraturan Allah SWT.

Maka amat logik jika hukumannya sama ada di dunia mahupun akhirat sangat berat, bahkan hukuman yang paling berat antara hukuman-hukuman berat yang lain.

Takrif Liwat

Dikemukakan di sini dua takrif berkenaan maksud perbuatan terkutuk di atas:-

1. Liwat iaitu hubungan jenis melalui dubur. Sedangkan meliwat pula ialah seseorang melakukan liwat terhadap seseorang. (Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman 950)

2. Homoseks. Ia memberi beberapa maksud:-
  • Cenderung, tertarik dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina dengannya.
  • Orang yang tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yang sejenis dengannya terutamanya lelaki dengan lelaki.

Sementara Homoseksualiti pula bererti keinginan nafsu syahwat atau hubungan seks hanya dengan orang yang sama jantina dengannya.

Ancaman Liwat

Banyak dalil yang menunjukkan haramnya perbuatan liwat:-

1. Al-Quran

1.1.  Firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?”.” (surah al-A’raf 7:80)

Al-Maraghi berkata:-

“Perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh seseorang pun sebelum kamu pada mana-mana zaman tetapi perbuatan itu termasuk dalam perkara baru yang kamu buat dalam soal kerosakan sehingga kamu merupakan satu contoh dan teladan perbuatan jahat. Oleh sebab itu, kamu akan menerima dosa daripada sesiapa sahaja yang mengikuti kamu dalam melakukannya hingga hari kiamat.”

1.2.  Firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki daripada kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang yang bersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!” (surah al-Syua’RA 26:165-166)

Ibn Kathir berkata:-

“Tatkala Nabi Allah Lut AS melarang mereka daripada melakukan perbuatan keji dan hina dengan mendatangi lelaki secara liwat atau homoseks, Baginda menunjukkan mereka supaya bersam wanita yang Allah SWT jadikan mereka sebagai pasangan tetapi malangnya mereka mengingkari saranan Nabi Lut AS malah menghalaunya keluar dari negeri tersebut.”

2. Hadith

Antara hadith yang menunjukkan ancaman liwat ialah:-

2.1. Ibn Abbas RA mendapat sebuah hadith Nabi Muhammad SAW yang isinya tentang hukuman pelaku liwat bahwa Baginda SAW bersabda yang bermaksud:-

“Sesiapa antara kamu yang menemukan seseorang yang melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Lut, maka bunuhlah kedua-duanya sama ada pelaku liwat mahupun orang yang diliwat.” (Hadith ini diriwayatkan oleh Asbab al-Sunan dan disahihkan oleh Ibn Hibban dan lainnya sedangkan pendapat Imam Ahmad berdasarkan hadith ini dan sanadnya mengikut syarat al-Bukhari)

2.2. Dalam hadith lain disebutkan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:-

“Allah SWT melaknati seorang yang melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Lut, Allah melaknati seseorang yang yang melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Lut, Allah SWT melaknati seseorang yang melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Lut.” (HR at-Tabarani)


3. Athar

Dalam kitab al-Kaba’ir oleh al-Zahabi menyebut:-

“Orang yang melakukan perbuatan keji dengan mendatangi lelaki pada duburnya iaitu daripada kaum Nabi Lut AS bertempat di perkampungan Sadom. Mereka sangat suka melakukan perbuatan keji dan terkutuk sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Antara perbuatan terkutuk tersebut ialah homoseksual atau liwat dengan menyetubuhi duburnya. Mereka tanpa segan silu melakukannya di hadapan khalayak ramai ataupun di kelab-kelab pertemuan khas sesama mereka."

Riwayat Ibn Abbas RA, terdapat sepuluh perbuatan keji yang dilakukan oleh golongan tersebut:-

Menggulung rambut dan melepaskan kain tutup aurat
Menembak dengan senapang
Melaga atau menyabung burung-burung merpati dara
Meniup dengan jari-jari sebagai peluit
Mengikat buku-buku lali
Melabuhkan pakaian (sehingga menyapu jalan)
Melepaskan kancing baju
Mencandui minuman keras
Mendatangi lelaki pada dubur

Hukuman Liwat Lebih Berat Daipada Zina?

Para ulama’ berbeza pendapat sama ada hukuman liwat itu lebih berat daripada zina ataupun sebaliknya hukuman zina lebih berat daripada liwat, ataupun kedua-duanya sama berat.

Ada tiga pendapat yang dikemukakan oleh ulama’:-

Pendapat Pertama

Abu Bakar as-Siddiq RA, Ali Ibn Abi Talib RA, Khalid Ibn al-Walid RA, Abdullah Ibn Zubair, Abdullah Ibn Abbas RA, Jabir Ibn Zaid, Abdullah Ibn Mu’ammar, al-Zuhri, Rabi’ah Ibn Abdul Rahman, Malik, Ishak Ibn Rahawaih, Imam Ahmad dalam riwayat yang paling sahihImam as-Syafi’e dalam satu pendapatnya bahawa hukuman liwat adalah lebih berat daripada hukuman zina dan sebagai hukumannya adalah wajib dibunuh sama ada orang yan telah bernikah atau yang belum bernikah.

Pendapat Kedua

Atha’, Ibn Abi Rabah, Hasan al-Basri, Sa’id Ibn Musayyab, Ibrahim al-Nakha’I, Qatadah, al-Auza’I, al-Syafi’e dalam mazhab zahirnyaImam Ahmad pada riwayatnya yang keduaAbu Yusuf dan Muhammad bahawa hukuman zina dan hukuman liwat adalah sama.

Pendapat Ketiga

Pendapat Abu Hanifah bahawa hukuman liwat itu lebih ringan berbanding hukuman zina. Oleh sebab itu, orang yang melakukan liwat hukumannya ditakzir (dihukum agar serik). Menurut pendapat ini kerana kemaksiatan yang dilakukan oleh hamba di dunia ini ada hukuman yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan ada yang tidak ditentukan-Nya. Liwat ini termasuklah kederhakaan yang tidak ditentukan hukumannya oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Untuk kemaksiatan yang hukumannya masih tidak mutlak, langkah yang paling tepat adalah dengan memberi hukuman takzir sebagaimana maksiat memakan makanan haram, anjing, khinzir dan sebagainya. Menurut pendapat ketiga ini, liwat termasuk bersetubuh tidak pada tempatnya. Allah SWT tetap murka terhadap perbuatan seperti itu meskipun dilakukan oleh haiwan namun hukumannya tidak seperti berzina.


Penutup

Syed Qutub RH berkata:-

“Dosa keji dengannya dikenali kaum Lut ialah keganjilan seks iaitu meninggalkan perempuan dan melakukan persetubuhan dengan lelaki. Ia adalah penyelewengan fitrah yang buruk.”

Allah SWT menciptakan lelaki dan perempuan dan menanamkan kecenderungan semulajadi pada kedua-duanya saling mencintai antara satu sama lain untuk melaksanakan hikmah dan kehendak Ilahi iaitu melangsungkan kewujudan zuriat menerusi hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan.

Kecenderungan lelaki kepada perempuan dan sebaliknya ini merupakan sebahagian daripada undang-undang alam iaitu undang-undang yang menjadikan segala apa yang wujud di alam ini berada dalam keadaan yang selaras dan bekerjasama untuk melaksanakan kehendak Allah SWT. Perbuatan hubungan kelamin sesama lelaki, tidak membawa kepada sesuatu matlamat atau tujuan tertentu, justeru amat tidak sesuai dengan kehendak dan undang-undang alam.

Kelazatan yang dirasai lelaki dan perempuan dalam hubungan tersebut merupakan fitrah untuk melaksanakan kehendak Ilahi. Penyelewengan daripada undang-undang alam sebagaimana perbuatan kaum Lut itu amat jelas.

Oleh yang demikian, sama ada mereka membetulkan penyelewengan tersebut atau menghadapi akibat kebinasaan kerana mereka telah keluar daripada garisan fitrah dan mengabaikan hikmah kewujudan mereka iaitu melanjutkan hayat manusia melalui perkahwinan sah dan beranak pinak.

Wallahua'lam.

Liwat Dan Hukumnya


Imam al-Zahabi menukilkan dalam al-Kaba’ir, riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:-
“Ada empat golongan manusia, mereka pada waktu pagi dan petang sentiasa berada dalam kemurkaan Allah dan kebencian-Nya.”

Para sahabat bertanya:-


“Siapakah mereka itu ya Rasulullah?”


Jawab Baginda:-


“Mereka itu ialah lelaki yang menyerupai wanita seperti pondan, wanita yang menyerupai lelaki, mereka yang mendatangi binatang dan lelaki yang melakukan liwat atau homoseks.” 

Hadith Riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi

Berdasarkan hadith di atas jelaslah betapa durjana dan ruginya mereka yang melakukan larangan Allah SWT sehingga mendapat kutukan dan kemurkaan-Nya. Pada kali ini kita bincangkan lagi secara khusus berkenaan dengan hukum liwat.

Hukum Liwat

Hukum liwat secara ijmak dan sepakat ulama’ bahawa ia termasuk dalam dosa besar.

Menurut pendapat fuqaha’ mazhab as-Syafi’e, dalam kitab Fiqh al-Manhaj menyebut:-
“Liwat adalah persetubuhan pada dubur baik yang disetubuhi itu lelaki mahupun perempuan. Menurut pendapat yang sahih, hukum perbuatan ini ialah hukum zina bagi pelaku sekiranya wujud bukti dan pengakuan. 


Sekiranya pelaku seorang muhsan (lelaki atau perempuan yang pernah berkahwin dengan nikah yang sah dan terpelihara daripada zina), dia akan direjam hingga mati. 

Sekiranya pelaku bukan muhsan, dia akan disebat sebanyak 100 kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun.”
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:-
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. 


Sesungguhnya zina itu ialah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” 

Surah al-Isra’ 17:32
Firman Allah SWT yang menceritakan kisah kaum Lut dalam al-Quran yang bermaksud:-
“Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?” 
Surah al-A'raf 7:80
Daripada Abu Musa, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:-
“Apabila seorang lelaki mendatangi seorang lelaki, mereka berdua adalah penzina.” 
Hadith Riwayat al-Baihaqi, jilid 8, halaman 233
Sementara orang yang diperlakukan pula, jika bukan isterinya sendiri, akan dibuang negeri sama seperti hukuman zina bukan muhsan, walaupun dia seorang lelaki atau perempuan muhsan.

Ini kerena tempat sasaran perlakuan ini (dubur) tidak melibatkan masalah muhsan atau tidak.

Menurut satu pendapat, perempuan yang muhsan akan direjam.

Menurut pendapat Imam as-Syafi’e RH, pelaku liwat dihukum bunuh berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh para penulis Sunan (Asbab al-Sunan) daripada Ibn Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:-
“Sesiapa yang kamu temui mengamalkan amalan kaum Nabi Lut, hendaklah bunuh pelaku dan yang diperlakukan.” 
Hadith Riwayat at-Tirmidzi no. 1456, Abu Daud no. 4462 dan Ibn Majah no. 2561
Terdapat pendapat mazhab lain selain mazhab Syafi’e yang menyebut pelaku liwat dibakar. Pendapat ini berpandukan hadith riwayat al-Baihaqi yang bermaksud:-
“Para sahabat Rasulullah SAW sependapat membakar pelaku dan yang diperlakukan.” 
Riwayat al-Baihaqi, jilid 8, halaman 233
Menurut al-Hafiz al-Munziri, pendapat bahawa hukuman para peliwat dibakar ialah pendapat empat khalifah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Ali bin Abu Talib, Abdullah bin Zubair dan Hisyam bin Abdul Malik.

Pendapat Fuqaha’ dan Mazhab Yang Lain

Dinyatakan di sini pelbagai pendapat ulama’ berkenaan dengan hukuman yang melakukan liwat:-
Pertama:

Jika peliwat itu  muhsan, hukumannya sama seperti had zina iaitu hendaklah direjam.

Jika bukan muhsan hendaklah disebat. Inilah pendapat jumhur ulama’, di mana sebahagian mereka menganggap ia menepati takrif zina seperti yang dinukilkan oleh Ibn Qudamah dalam al-Mughni, jilid 8, halaman 181.

Begitu juga pendapat al-Kharsyi daripada kalangan ulama’ Maliki yang menganggap hukuman zina pada syarak. (Lihat Mukhtasar Khalil, jilid 8, halaman 86)

Imam Ibn al-Qayyim menisbahkan pendapat ini kepada ramai ulama’ salaf seperti Ata’ bin Abi Rabiah, al-Hassan al-Basri, Sa’id bin al-Musayyab, Ibrahim al-Nakha’i, Qatadah, al-Auza’i, Imam as-Syafi’e pada zahir mazhabnya, Imam Ahmad dalam satu riwayat, Abu Yusuf dan Muhammad daripada kalangan mazhab Hanafi.

Kedua:

Hukumannya hendaklah dibunuh sama ada yang muhsan atau tidak.

Ini merupakan satu riwayat daripada mazhab Hambali bahkan yang paling sahih antara dua riwayat mereka, seperti kata Ibn al-Qayyim. Ia merupakan satu pendapat dalam kalangan ulama’ Syafi’e dan paling rajih dalam kalangan ulama’ Maliki. (Dr. al-GhamidiUqbah al-I’dam, halaman 550)
Ketiga:

Tiada hukuman had yang ditetapkan dalam jenayah liwat sebaliknya hukuman tersebut berdasarkan takzir yang diserahkan kepada pendapat pemerintah. Inilah pendapat Abu HanifahZahiriah dan satu pendapat dalam kalangan ulama’ Syafi’e.

Ibn al-Humam berkata:-
“Sesiapa yang melakukan amalan kaum Lut, maka tiada had ke atasnya di sisi mazhab Abu Hanifah tetapi hendaklah ditakzir dan dipenjara sehingga mati atau bertaubat. 


Jika dia mengulangi perbuatan tersebut, pemerintah bolehlah membunuh sama ada muhsan atau tidak berdasarkan siasah syar’iyyah.” 

Kitab Fath al-Qadir, jilid 5, halaman 262
Keempat:

Pelaku liwat hendaklah direjam jika muhsan dan disebat jika bukan muhsan.

Kepada yang dikenakan liwat direjam, sama ada muhsan atau tidak. Hal ini dinukilkan daripada Ibn Hazm kepada Abi Ja’far Muhammad bin Ali bin Yusuf, seorang ahli fiqh dalam mazhab Syafi’e. (Al-Muhalla, jilid 13, halaman 448)

Tarjih

Melihat pendapat para ulama’ dan dalilnya, ada yang mentarjihkan pendapat bahawa pelaku jenayah liwat hendaklah dibunuh sama ada muhsan atau tidak, kerana beberapa sebab:-

Kuat dan jelasnya dalil yang menunjukkan hendaklah dibunuh secara mutlak. 

Antara riwayat Ibn Abbas RA:-
“Sesiapa yang melakukan amalan kaum Lut, maka hendaklah dibunuh pelaku dan yang dilakukan ke atasnya.” 
Hadith Riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, Ibn Majah, Ibn al-Jarud, al-Hakim dan lain-lain. Al-Hakim berkata dalam al-Mustradak: Hadith ini sahih pada sanadnya.
Ijmak yang telah dinukilkan daripada ramai sahabat. Sekiranya tiada dalil kecuali dengan ijmak ini nescaya memadai. Apatah lagi dengan banyaknya dalil.


Cara Pelaksanaan Hukuman

Para ulama’ telah khilaf cara pelaksanaan hukuman bagi kesalahan liwat. Oleh kerana ditarjihkan hukuman mati, maka persoalan di sini, bagaimana cara perlaksanaannya?

1. Dibunuh dengan pedang seperti orang murtad

Pendapat ini dikemukakan oleh al-Syarbini daripada kalangan fuqaha as-Syafi’e dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj (jilid 4, halaman 144)

Imam al-Syawkani menisbahkan pendapat ini kepada Abu Bakar as-Siddiq RA dan Ali bin Abi Talib RA. (Nail al-Autar, jilid 7, halaman 132)

2. Direjam dengan batu hingga mati

Berdasarkan kepada beberapa dalil:-

a. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RARasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Pelaku amalan kaum Lut hendaklah direjam sama ada  yang di atas atau di bawah (peliwat dan yang diliwat).” 
Hadith Riwayat Ibn Abi Syaibah
b. Athar Ibn Abbas RA:-
“Bahawa hendaklah direjam.” 
Kitab Al-Muhala, jilid 13, halaman 447 dan Nail al-Autar, jilid 7, halaman 131
3. Dibakar dengan api

Berdasarkan riwayat al-Baihaqi dengan sanadnya daripada Muhammad Ibn al-Munkadir, bahawa Khalid bin al-Walid RA mengutuskan surat kepada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA yang mendapati wujud amalan kaum Lut di perkampungan Arab yakni berkahwin seperti perkahwinan dengan wanita (melakukan liwat).

Lantas Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat. Kenyataan paling tegas dikemukakan oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA, antara lainnya:-
“Ini merupakan dosa yang tidak pernah dilakukan kecuali satu umat, di mana Allah SWT azabkan mereka seperti yang kamu tahu. 


Kami berpendapat hendaklah dibakar dengan api dan para sahabat bersetuju atas pendapat tersebut.” 

Kitab Al-Sunan al-Kubra, jilid 8, halaman 232

Al-Hafiz Ibn al-Hajar, selepas menyebut athar ini berkata:-
 “Ia amat dhaif dan jika ia sahih sudah pasti menjadi pemutus dalam berhujah.”
Mengikut riwayat al-Waqidi dengan sanadnya daripada Abdullah bin Abi Bakar bin Hazm katanya:-
“Antara lain Umar RA dan Ali RA berpendapat hendaklah dibakar dan selain mereka berpendapat hendaklah disebat. 


Kemudian Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA mengutuskan surat kepada Khalid bin al-Walid RA supaya dibakar dengan api dan Khalid RA melaksanakannya.”
4. Dilontarkan atau dicampakkan dari tempat tinggi

Ini berdasarkan riwayat daripada Abu Bakar as-Siddiq RA.

Begitu juga diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA ketika ditanya berkenaan hukuman had peliwat. Jawabnya:-
“Hendaklah dilihat pada tempat paling tinggi di sebuah tempat dan dicampak kepala dahulu dan direjam dengan batu.” 
Kitab Nail al-Autar, jilid 7, halaman 132 dan al-Muhalla, jilid 13, halaman 446
5. Dihumbankan ke dinding atau pagar besar ke atasnya

Pendapat ini dinisbahkan oleh al-Syawkani kepada Umar RA dan Uthman RAIbn Qayyim juga menisbahkan kepada Ali RA.

Tarjih

Melihat kepada perbuatan para sahabat dalam melaksanakan hukuman berkaitan liwat ini, pengarang kitab Uqubah al-I’dam cenderung menyerahkan hal ini atas pertimbangan pemerintah dan boleh dilaksanakan berdasarkan salah satu cara di atas.

Ini tidak lain semata-mata bagi menggerunkan orang ramai daripada terbabit dengan maksiat tersebut.


Golongan Yang Dilaknat

Penulis ingin mengemukakan sebuah hadith yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-
“Tujuh golongan manusia dilaknat Allah SWT dan tidak melihat kepada mereka dengan pandangan ihsan dan rahmat pada hari kiamat, malah Allah SWT berfirman kepada mereka:-


‘Masuklah kamu ke dalam neraka bersama dengan mereka itu para peliwat, yang diliwat, yang berkahwin dengan binatang, yang berkahwin dengan ibu dan anak perempuannya dan yang melakukan onani. 

Semua mereka melakukan dosa mereka kecuali bertaubat.” 

Hadith Riwayat al-Dailami
Semoga Allah SWT  memelihara kita daripada perbuatan songsang dan tempang yang menyalahi agama dan arahan Allah SWT sehingga akhirnya melayakkan kita menghuni syurganya. 

Aamiiiin.

Wallahua'lam

No comments: