RedzWANG

BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر

03 March 2020

#KEHEBATAN BASMALAH



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 
#KEHEBATAN BASMALAH

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiimi." ( Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. ) Sabda Rasulullah s.a.w.: "Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti putih mata dengan hitamnya.Begitulah dekatnya." Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah. Sabda Baginda s.a.w. lagi: "Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiimi sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain." ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )

Bersabda Nabi s.a.w.: "Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiimi, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya." Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma: "Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiimi, mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu." Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya."

Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan Laa haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan." Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.: "Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai." Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat."

Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu,barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi. Kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah." Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillaahir rahmaanirrahiimi setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita. Dari Anas bin Malik bersabda Nabi s.a.w.: "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."




Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya timbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segakla perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi."

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiimi kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan "Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk selama-lamanya."

Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1 berada di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi itu ada sembilanbelas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilanbelas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlaj dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.


Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi ( yakni Malaikat ) dan alam yang rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di mukabumi ).

#KEHEBATAN BASMALAH


Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................




Posted by RedzWANG at Tuesday, March 03, 2020
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My photo
RedzWANG
ask
View my complete profile

Search This Blog

Comment massages

Give some opinion to this Blog 4 improvement

Total Pageviews

Followers

Blog Archive

  • ►  2008 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  June (10)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
    • ►  December (5)
  • ►  2010 (27)
    • ►  January (17)
    • ►  March (10)
  • ►  2011 (262)
    • ►  January (1)
    • ►  October (175)
    • ►  November (19)
    • ►  December (67)
  • ►  2012 (399)
    • ►  February (229)
    • ►  March (160)
    • ►  April (10)
  • ►  2013 (14)
    • ►  April (14)
  • ►  2014 (12)
    • ►  March (10)
    • ►  May (2)
  • ►  2015 (10)
    • ►  January (1)
    • ►  April (8)
    • ►  May (1)
  • ►  2016 (12)
    • ►  June (5)
    • ►  July (5)
    • ►  September (2)
  • ►  2017 (186)
    • ►  March (9)
    • ►  April (11)
    • ►  May (3)
    • ►  July (1)
    • ►  August (40)
    • ►  October (122)
  • ►  2018 (238)
    • ►  January (1)
    • ►  February (45)
    • ►  March (189)
    • ►  August (1)
    • ►  December (2)
  • ►  2019 (526)
    • ►  March (11)
    • ►  May (5)
    • ►  June (2)
    • ►  July (61)
    • ►  August (36)
    • ►  September (39)
    • ►  October (22)
    • ►  November (133)
    • ►  December (217)
  • ▼  2020 (22631)
    • ►  January (405)
    • ►  February (1325)
    • ▼  March (1491)
      • Petua Rawat Sakit Gout
      • ASAL USUL ILMU HAKIKAT
      • Rahsia Huruf Alif
      • AWAL PENCIPTAAN BISMILLAH
      • Imam Syatibiy
      • Sifat Syurga Allah SWT Dan Nama-Namanya
      • Membina Mahligai Di Syurga
      • Alam Barzakh
      • Ibn Rusyd
      • Imam al-Ghazali
      • Al-Idrisi
      • Ibn Khaldun
      • Berhak Walaupun Ghaib
      • Kisah Nabi Adam AS - Jenazah Nabi Adam AS Diurus M...
      • DARI TITIK ke TITIK
      • Lafaz Syahadat Yang Diucapkan Nabi Muhammad saw
      • DUA KALIMAH SYAHADAH
      • Cara Sediakan Selusuh
      • MAKSUD KALIMAH TAUHID
      • JANGAN PANDANG WUJUDMU
      • KEESAAN NUR MUHAMMAD
      • Hukum Murtad Mengikut Maqasid Syariah
      • KISAH PENCIPTAAN ROH MUHAMMAD
      • Menangani Masalah Khilaf Dalam Kehidupan
      • MENGENAL KEKUATAN SEMULA JADI DIRI SEBENAR DIRI (M...
      • MEMAHAMI AKU
      • PEMBAHAGIAN NAFSU MENURUT SIFATNYA
      • Hasad Terhadap Kebenaran
      • Dinamiknya Kehidupan
      • Wehdah
      • ERTI HURUF - HURUF HIJAIYAH
      • Hakikat roh
      • Ragui Status Kandungan Isteri
      • Apakah Sebenarnya Sijil Faraid?
      • Amal Sebahagian Daripada Iman
      • Dosa Pahala vs Rahmat Keampunan
      • Membentuk Tingkahlaku Mukmin Super
      • Agar Selalu Sihat Seperti Rasulullah SAW
      • AHDIYYAT
      • Keburukan Tidak Berselawat
      • AKU
      • ALAM MITHAL
      • HAKIKAT A'YAN
      • Ya Allah
      • KEBESARAN SUBHANALLAHI WA BIHAMDIHI ..
      • HAKIKAT BATIN
      • HAKIKAT HIJAB
      • HAKIKAT KHATRAT
      • HAKIKAT MANUSIA
      • HAKIKAT SIFAT
      • HAKIKAT SOLAT
      • HAKIKAT TAJALLI
      • HAKIKAT TUJUH ALAM
      • SIFAT DUA PULUH
      • ZAT SOLAT
      • ALLAH ITU SANGAT DEKAT
      • BERMULA DI DALAM " 0 "
      • Benarkah Wabak Maut Akan Berlaku Setiap 100 Tahun?
      • SYUHUDUL HAQ FIL HAQ
      • Zikir Istimewa
      • SHOLAHUDDAIM
      • DIRI MANUSIA
      • KAMUS SUFI
      • KITAB HAKIKAT INSAN MAD LAKSAMANA
      • MANUSIA
      • REINKARNASI
      • The Code Of Solomon
      • TENTANG ALLAH
      • zikir adalah penghidup hati
      • HAKIKAT WUJUD
      • Wanita Mampu 'Membebel' 30,000 Perkataan Sehari!
      • WAJIBUL WUJUD
      • TAUBAT JANGAN PUTUS ASA
      • 19 COVID APAKAH INI MUSLIHAT CHINA ..??
      • Doa Nabi Muhammad SAW, Wabak COVID-19, dan Dajjal
      • SUASANA DI ALAM BARZAKH
      • Fitrah dan Wahyu
      • TUJUAN PENCIPTAAN NABI ADAM AS
      • Manfaat Poligami
      • MORATORIUM 6 bulan
      •                                                  ...
      •                                                  ...
      • Ayat Kaf 40
      •                                                  ...
      • Hindari Jin - Rukyah Undang-undang, Kaedah & Bacaan
      •                                                  ...
      •                                                  ...
      • TATACARA DIDIK ANAK dan 15 Kesilapan ibu bapa dala...
      • #♡Doa doa menguatkan zakar dan tenaga batin
      • Hukum meninggalkan solat
      • DOA SAIDINA UMAR
      • KESEJATIAN Home AWAL AGAMA MENGENAL ALL...
      • Bicara al-Quran Pelbagai Perspektif Jik...
      • Janji Syaitan & Iblis
      • Internet Percuma 1GB Selama Tempoh PKP
      • Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ...
      • Cara Daftar Bantuan Prihatin Nasional
      • 17 Jenis Pengeluaran KWSP
      • Apa Sebenarnya Maksud Dan Perbezaan 1G, 2G, 3G Dan...
      • MEMATIKAN DIRI
    • ►  April (897)
    • ►  May (1431)
    • ►  June (2234)
    • ►  July (2311)
    • ►  August (2411)
    • ►  September (2511)
    • ►  October (2610)
    • ►  November (2711)
    • ►  December (2294)
  • ►  2021 (35711)
    • ►  January (3161)
    • ►  February (2765)
    • ►  March (3049)
    • ►  April (2846)
    • ►  May (3025)
    • ►  June (2845)
    • ►  July (3227)
    • ►  August (2974)
    • ►  September (2946)
    • ►  October (2902)
    • ►  November (2877)
    • ►  December (3094)
  • ►  2022 (35954)
    • ►  January (3012)
    • ►  February (2842)
    • ►  March (3090)
    • ►  April (3021)
    • ►  May (3027)
    • ►  June (2904)
    • ►  July (3101)
    • ►  August (3092)
    • ►  September (2960)
    • ►  October (2910)
    • ►  November (2966)
    • ►  December (3029)
  • ►  2023 (23486)
    • ►  January (2777)
    • ►  February (2698)
    • ►  March (2901)
    • ►  April (3022)
    • ►  May (2857)
    • ►  June (2921)
    • ►  July (2862)
    • ►  August (1964)
    • ►  September (610)
    • ►  October (618)
    • ►  November (182)
    • ►  December (74)
  • ►  2024 (176)
    • ►  January (14)
    • ►  February (4)
    • ►  March (54)
    • ►  April (30)
    • ►  May (14)
    • ►  June (52)
    • ►  July (8)
  • ►  2025 (7)
    • ►  March (2)
    • ►  April (5)
Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.