21 March 2020

Teknologi Dajjal - Project Blue Beam



Copy and Paste from

Blue Beam Project Dajjal konspirasi dunia manusia

Melihat cuaca di luar sekarang sepertinya tidak menentu. Baru-baru ini di Malaysia, cuaca agak meningkat dengan keadaan yang sedikit panas. Ada cuaca secara normalnya kita tahu sebagai perubahan suhu biasa. Namun, ada juga yang mengatakan sesetengah pihak dapat ‘mengawal’ cuaca.
Dengan kecanggihan teknologi bertahun-tahun dahulu, manusia membuat sesuatu yang adakalanya di luar dugaan dan pengetahuan ramai orang. Mereka dikatakan dapat menghasilkan awan jadian, hujan, banjir, gempabumi, tsunami mahupun puting beliung.
Beberapa kejadian yang aneh beberapa bulan yang lalu, memberikan 1001 tanda tanya apakah semua kejadian yang sering dilihat di langit adalah angkara teknologi manusia? Contohnya Cloud roll, gempa bumi Taiwan, kereta terapung di China, bebola api di Peru dan beberapa lagi kejadian yang jarang berlaku di dunia.

Mesin mengawal cuaca

Nampak seperti mengarut tetapi ada dokumentasi yang menyokong perkara itu berlaku. Anda boleh membuat carian Geo-engineering dan meneroka pelbagai lagi maklumat dan video berkaitan. Begitu juga dengan microwave transmission.
Kita semua tahu dan memahami bahawa penghantaran gelombang mikro yang dihasilkan boleh memanaskan secawan air atau makanan sejukbeku. Apa yang paling tidak tahu adalah transmisi gelombang mikro yang kuat memantul ke atmosfera dan diarahkan kembali ke bumi, maka ia akan menjadi sesuatu yang boleh dirancang.
Dalam permainan video Red Alert juga telah lama ada perkara berkaitan ini. Bagi negara alliance, ada Weather storm dan chronosphere dan bagi soviet ada Nuclear weapon dan Yuri. Kesemua ini ada kaitan dengan Projek Blue Beam dan HAARP.

Apa itu HAARP?

“High-frequency Active Auroral Research Program” (HAARP) yang sudah bermula pada tahun 90-an lagi adalah pemancar berkuasa tinggi dan berkuasa tinggi di dunia untuk kajian ionosfera. Program HAARP berkomitmen untuk membangun kemudahan penyelidikan ionosfer bertaraf dunia yang terdiri daripada :
  • Instrumen Penyelidikan Ionosferik (IRI), kemudahan pemancar kuasa tinggi yang beroperasi dalam lingkungan Frekuensi Tinggi. IRI boleh digunakan untuk sementara merangsang kawasan ionosfera terhad untuk kajian saintifik.
  • Satu instrumen saintifik atau diagnostik yang canggih yang boleh digunakan untuk mengamati proses fizikal yang berlaku di sesuatu kawasan.
  • Pemerhatian proses yang terhasil daripada penggunaan IRI dengan cara yang terkawal akan membolehkan saintis memahami proses yang berterusan di bawah rangsangan semulajadi matahari.
Mungkin sebelum ini ada yang hanya mendengar tentang Rahsia Diego Garcia dan Large Hadron Collider di Switzerland. Namun diberitakan ada beberapa lokasi di dunia yang mempunyai fasiliti pemancar kuasa tinggi ini iaitu :
1) MU Radar di Japan
2) Arecibo Observatory di Puerto Rico
3) HIPAS di Fairbanks, Alaska
4) Sura di Russia
5) HAARP di Gakona, Alaska
6) EISCAT di Norway Utara

Apa itu Projek Blue Beam?

Menurut Serge Monast, projek empat langkah yang dirancang oleh NASA dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membenarkan organisasi-organisasi ini untuk mencapai apa yang diyakini sebagai matlamat utama mereka untuk mewujudkan New Age Religion yang diketuai oleh Dajjal untuk memulakan pemerintahan era New World Order.
NASA akan melaksanakan Projek Blue Beam, dengan sistem kawalan fikiran lanjutan serta teknologi rahsia untuk menipu semua orang. Mungkin ada yang mengatakan semua ini gila tetapi sedikit demi sedikit sebenarnya telah keluar di bumi kita tentang perkara yang berlaku. Konspirasi akhir zaman ini telah bermula sejak dulu lagi tentang menguasai pemikiran manusia.
“Such rays from satellites are fed from the memories of computers that have stored massive data about every human on earth, and their languages. The rays will then interlace with their natural thinking to form what we call diffuse artificial thought.” -Serge Monast-

Empat langkah utama Projek Blue Beam

Langkah pertama, Projek Blue Beam akan melibatkan pembuatan gempabumi yang dibuat secara buatan di lokasi strategik di seluruh dunia.
Langkah kedua, akan melibatkan “pertunjukan ruang raksasa” hologram optik tiga dimensi, serta unjuran laser gambar holografik dipancarkan ke langit. Imej-imej Jesus, Nabi Muhammad, Buddha, Krishna, dan lain-lain, akan bergabung menjadi satu.
Seterusnya, langkah ketiga adalah di mana kawalan minda akan menjadi peringkat pertengahan. Peranti komunikasi telefon akan menghantar gelombang untuk mencapai setiap orang dalam fikiran mereka sendiri. Ini yang membahayakan kerana ia meyakinkan manusia bahawa tuhan mereka berbicara kepada mereka.
Akhirnya, langkah keempat Projek Blue Beam akan menggunakan pelbagai teknologi untuk meyakinkan orang bahawa serangan-serangan makhluk asing dan sehingga memudahkan kuasa-kuasa yang dapat menguasai manusia yang menakutkan.

Ikat isteri dan anak di rumah

Sudah pasti ramai yang masih kurang percaya dan ramai juga yang sedang memperkatakan perkara tentang HAARP dan projek Blue Beam ini sekian lama. Rata-rata hanya melihat tanpa mengkaji apa yang sedang berlaku di depan mata. Teknologi terdahulu amat canggih dan di bawa pada zaman ini sedang menghasilkan sesuatu yang kadangkala di luar kotak pemikiran kita.
Kita juga seharusnya berwaspada dengan munculnya Dajjal yang merupakan fitnah besar paling dahsyat di akhir zaman. Betapa dahsyatnya fitnah dajjal itu sehingga kita disuruh ikat isteri dan anak-anak di rumah bagi mengelakkan berjumpa dengan dajjal.
Tertulis tentang kemarau dalam 3 tahun berperingkat pada waktu itu. Sedangkan kawalan cuaca pun mereka boleh buat, apatah lagi untuk menghasilkan ‘kemarau jadian’ bagi sesuatu tempat. Ini boleh jadi berkaitan dengan kehadiran dajjal yang menawarkan air atau api kepada manusia dan menyuruh mengakuinya sebagai Tuhan. Apabila mereka mengakui tuhan, maka tempat itu menjadi subur tetapi apabila iman kekal di dada, tempat itu menjadi kering kontang.
Apakah kita sudah bersedia dengan semua ini?
PROJEK “BLUE BEAM”
Projek Dajjal menuju Tata Dunia Baru (NWO)
Continue

Project Blue Beam adalah projek rahsia yang melibatkan NASA dan Persyarikatan Bangsa-Bangsa. Sebuah rencana hasil penelitian Serge Monast dan temannya telah mendedahkan rahsia ini. Ia pertama kali dilaporkan kepada umum pada tahun 1994 oleh Serge Monast. Beliau ialah seorang wartawan Canada.
Terdapat empat peringkat usaha untuk mencipta sandiwara-buatan mengenai “Kedatangan Kedua Jesus atau Nabi Isa A.S ke bumi untuk mendirikan “satu agama dunia” yang dikendalikan oleh Order Dunia Baru. 
Serge Monast dan teman wartawannya memang telah lama meneliti Projek Blue Beam ini. Akibatnya, mereka telah mati dibunuh. Namun media2 yang dikawal geng2 jahat telah melaporkan bahawa kematian mereka adalah akibat “serangan sakit jantung” selang beberapa minggu antara satu sama lainnya. Kedua-dua mereka langsung tidak memiliki rekod berpenyakit jantung sebelum ini.
Saat itu Serge Monast sedang berada di Kanada sementara temannya sedang berkunjung ke Ireland. 
Sebelum kematian Serge Monast, Kerajaan Kanada telah menculik anak perempuannya dalam usaha mengugut dan mencegahnya dari terus melakukan penelitian dan penyiasatan Projek Blue Beam ini. Dilaporkan, anak Serge Monast sehingga kini masih hilang.
Di dalam Wikipedia pula… suatu masa dulu maklumat tentang Serge Monast memang wujud. Taip sahaja Keyword: “serge monast” maka kita akan menjumpainya di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Namun kini, maklumat Serge Monast hanya ada dalam Wikipedia Bahasa Perancis sahaja. Itu pun telah diedit dan ditapis. Adakah ini bermakna maklumat Serge Monast dalam Wikipedia telah sengaja dihapuskan?(http://fr.wikipedia.org/wiki/Serge_Monast).
Latar Belakang
Projek Blue Beam diyakini merupakan lanjutan dari eksperimen2 terdahulu seperti eksperimen Philadelphia dan eksperimen Montauk. Ia dilakukan oleh tentera2 Amerika Syarikat yang bekerjasama dengan saintis2 german yang juga mempunyai pertalian serta hubungan dengan Hitler semenjak tahun 1940an lagi.
HQ bagi Projek Blue Beam bertempat di lokasi yang mempuyai tahap keselamatan yang amat ketat di Area 51, Nevada, Amerika Syarikat. Projek ini diduga telah melakukan eksperimen berulang-ulang di daerah terpencil dengan membuat gambar holografik Yesus/Nabi Isa AS, kedatangan UFO, kemunculan makhluk2 aneh seperti raksasa serta jin dan macam2 lagilah.
4 Langkah Utama Projek Blue Beam
LANGKAH 1: Langkah pertama dalam Projek Blue Beam ini ialah mengaitkan pendoktrinan [re-evaluasi] dari semua pengetahuan arkeologi dan keagamaan. 
Mereka membuat set-up, dengan menciptakan gempa bumi buatan di lokasi tempat tertentu di planet ini. Kemudiannya mereka pura2 yang konon penemuan-penemuan baru telah berlaku akibat gempa bumi2 ciptaan mereka ini. Akhirnya mereka akan menjelaskan kepada semua orang tentang kesalahan yang mendasar dari semua doktrin agama. Semua agama seperti Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan semuanya sekalilah akan ditolak. Kita boleh menonton rancangan2 di History Channel dan National Geographic tentang hal ini. Mereka kini terang-terangan dengan berani mempertikaikan semua agama.
Pemalsuan informasi ini akan digunakan untuk menjadikan semua bangsa percaya bahawa semua doktrin agama2 terutamanya agama2 Hanif adalah bohong. Mereka akan membuktikan kononnya semua agama2 ini telah disalahfahami dan disalahtafsirkan selama berabad-abad.
Persiapan psikologis untuk langkah pertama ini sebenarnya telah dilaksanakan lebih awal lagi dengan membuat rancangan2 serta filem2 seperti, ‘2001: A Space Odyssey; ‘Serial Star-Trek, dan’ Independence Day; ‘yg mana semua film itu berhubungan dengan pencerobohan “Alien” daripada luar angkasa dan bersatunya semua bangsa di dunia untuk mengusir penyerbu (Alien). Film yang terakhir, ‘Jurrassic Park,’ berkaitan dengan teori evolusi, dan film ini mendakwa bahwa kata-kata Tuhan adalah suatu kebohongan. Perlahan2 minda generasi baru disediakan untuk menerima idea2 yang semakin lama semakin radikal.
Apakah pula gunanya Hoaxed “Discoveries ‘ yakni Penemuan Palsu yang direka ini? Apa yang penting untuk difahami pada langkah pertama adalah bahawa dulu2 telah terjadi gempa bumi di berbagai belahan dunia di mana ilmu pengetahuan dan ajaran arkeologi telah dikuburkan. 
Dengan jenis gempa bumi buatan mereka itu, maka mereka akan kata sekarang ianya telah memungkinkan bagi para ilmuwan untuk menemukan misteri yang akan digunakan untuk menimbulkan kesangsian terhadap asas semua doktrin agama (ajaran dan kefahaman).
Ini adalah rencana persiapan yang pertama untuk menghancurkan kemanusiaan. Ini kerana apa yang mereka ingin lakukan adalah menghancurkan keyakinan semua orang Kristian, Islam dan lain2 agama di mula bumi ini. Untuk melakukan itu, mereka memerlukan beberapa ‘bukti’ palsu dari masa lalu yang akan membuktikan kepada semua bangsa bahawa kefahaman mereka dalam agama semuanya telah disalahertikan dan disalahfahami.
Bagaimana mereka nak cipta gempa bumi dan membuat penemuan2 palsu?
– Menciptakan Gempa bumi buatan (dengan HAARP)
– Kerana gempa tersebut, maka ilmuan mereka pura2 menemukan suatu penemuan ULUNG di bidang arkeologi (padahal penemuan tersebut HOAX- buatan mereka sendiri)
– Penemuan tersebut akan digunakan untuk menafikan semua doktrin agama yang menentang Teori Evolusi. Teori Evolusi akan dengan mudah menumpaskan Teori Penciptaan?
LANGKAH 2: Langkah kedua dalam Projek Blue Beam akan melibatkan sepenuhnya bantuan daripada NASA dan badan2 yang sewaktu dengannya. Persatuan2 berhuruf seperti CIA, FBI, Moassad, KGB dan lain2 lagi akan memainkan peranan masing2 di bawah seliaan The Balck Pope dan Jesuit Vatican. Ia adalah melibatkan usaha2 untuk membuat ‘pertunjukan angkasa’ raksasa dengan hologram tiga dimensi dan suara optik, memprojeksikan gambar-gambar laser holografik ke berbagai belahan dunia, masing-masing menerima gambar yang berbeza menurut daerah keyakinan agama mereka . Suara Tuhan baru ini akan dapat berbicara dalam semua bahasa. Anda rasa ini semua mustahil?
Untuk memahaminya, kita harus melakukan penelitian tentang usaha2 rahsia yang telah mereka lakukan dalam 25 tahun terakhir ini. Orang Soviet Russia telah menyempurnakan komputer mutakhir, berdasarkan kajian tentang anatomi dan elektromekanis komposisi tubuh manusia, dan kajian tentang eletrik, kimia dan sifat biologis otak manusia. 
Komputer mutakhir ini diberikan data-data tentang bahasa-bahasa dari semua budaya manusia dan maknanya. Dialek dari semua budaya telah dimasukkan ke dalam komputer dari transmisi satelit. Selain itu nampaknya agen NWO (tata dunia baru) di Soviet – telah mengembangkan metode bunuh diri untuk diterapkan pada masyarakat dengan cara mengalokasikan gelombang elektronik untuk setiap orang dan setiap masyarakat dan budaya untuk merangsang pikiran untuk bunuh diri jika orang-orang itu enggan mematuhi perintah-perintah dari tata dunia baru – NWO.. Ya, ini semua amat pahit untuk ditelan apatah lagi untuk dipercayai!
Dari mana ‘pertunjukan angkasa’ berasal? Pertunjukan angkasa dilaksanakan melalui gambar holografik, akan digunakan dalam simulasi akhir, semua bangsa akan ditunjukkan dengan adegan-adegan merealisasikan pesanan para nabi (Turunnya Nabi Isa/ Yesus ke bumi).
Ini akan diprojeksikan dari satelit ke lapisan natrium sekitar 60 kilometer di atas bumi. Menurut laporan Serge Monast, mereka pernah melihat percubaan simulasi ini dalam satu waktu, tetapi mereka (disebut) pada waktu itu hanya menampakkan UFO dan “piring terbang” kepada orang awam.
Bila tiba masanya nanti, pertunjukan lebih hebat akan ditayangkan. Hasil dari peristiwa yang dipentaskan dengan sengaja ini adalah untuk menunjukkan kepada dunia akan kedatangan ‘christ,’ mesiah baru (yang sesungguhnya adalah anti christ/ Dajjal), untuk segera menerapkan agama dunia baru (new age religion). Beberapa kebenaran akan disisipkan ke dalam doktrin mereka, sehingga seluruh dunia akan percaya pada kebohongan mereka. “Bahkan yang paling terpelajar sekalipun akan tertipu.”
LANGKAH 3: Langkah ketiga pula berkaitan dengan komunikasi dua arah telepati elektronik melibatkan gelombang ELF (Extremely low frequency), VLF (Very low frequency), dan LF (Low frequency) akan mencapai orang-orang di bumi melalui bahagian2 tertentu dalam otak mereka, untuk membuat setiap orang percaya bahwa Allah sendiri yang berbicara kepadanya dari dalam jiwanya sendiri.
LANGKAH 4: Langkah keempat melibatkan manifestasi Supernatural yang universal menggunakan prasarana elektronik. Gelombang (frekuensi) yang digunakan pada waktu itu akan memungkinkan kekuatan ghaib untuk mengalir melalui kabel serat optik, kabel koaksial, label eletrik dan saluran telefon untuk menembus semua peralatan elektronik dan peralatan yang pada saat itu yang telah tersedia memiliki microchip khusus yang telah diinstal tanpa pengetahuan kita.
Tujuan dari langkah ini berkaitan dengan kewujudan syaitan, hantu, dan jin di seluruh dunia dalam rangka untuk membuat seluruh populasi menghampiri gelombang bunuh diri, membunuh dan mengalami gangguan psikologis kekal.
Setelah malam seribu bintang itu, akhirnya manusia diyakinkan telah bersedia untuk menerima kedatangan “mesiah baru” untuk mengembalikan perdamaian di bumi ini walaupun dengan harga yang pasti mengorbankan kebebasan.
Kaitan dengan Dajjal…
Pasti ada yang akan merasa hairan, apa pulak hubungan di antara Dajjal dengan Projek Blue Beam?
Project bluebeam adalah salah satu agenda penting dalam pembentukan New World Order acuan Dajjal. Harus diingat, New World Order juga boleh dimunculkan dengan acuan Al Mahdi dan ini tidak diingini oleh Dajjal.
Pelaksana2 agenda NWO Dajjal ini adalah orang-orang yang telah zaman berzaman menyembah IBLIS/ LUCIFER… dan Iblis melaksanakan rencananya dengan baik untuk menyesatkan manusia, iaitu dengan mempersiapkan kedatangan Dajjal atau The Anti-christ di muka bumi agar semua manusia tidak menyembah Allah tapi menyembah DAJJAL.
Penjelasan Lanjut Projek Blue Beam…
Projek Blue Beam adalah projek rahsia Vatican-NASA, dimana dengan menggunakan teknologi canggih (seperti HAARP, mereka akan menciptakan sandiwara untuk menipu dunia. Mereka akan mensimulasikan turunnya Yesus/ Isa A.S ke bumi, lalu mereka juga akan mensimulasikan serangan UFO ke bumi.
Apa tujuannya?
Untuk membuat masyarakat ketakutan… sehingga mereka terdesak memerlukan penolong yang hebat… seperti Superman, The Fantastic 4, X-Men? 
Di sinilah peluang messiah palsu akan turun (Dajjal), dan akan berpura-pura menjadi penyelamat mereka. Dajjal akan menyuruh manusia untuk bersatu dibawah satu pemerintahan (One World Government). Dajjal akan pada mulanya mengaku sebagai Messiah, dan seterusnya memproklamirkan diri sebagai TUHAN, dan menyuruh manusia menyembahnya melaui kesatuan agama (One World Religion).
Ditambah lagi dengan teknologi HAARP yang mampu mengatur perasaan (mood) manusia, sehingga seakan-akan manusia di seluruxh duinia terasa sedang berhadapan langsung dengan Tuhannya… Buat masa ini, HAARP telah berjaya mengawal manusia supaya sentiasa sibuk dengan urusan dunia, merasa tekanan sepanjang masa, merasa murung, malas beribadat, dan sebagainya. HAARP juga telah berjaya menghasilkan banyak gempa bumi dan tsunami TIRUAN seperti yang pernah di Acheh dan Fukushima.
Tujuan akhir dari Projek ini adalah menciptakan satu kehidupan dunia baru, dengan hanya satu agama.. dipimpin oleh DAJJAL LAKNATULLAH….
Teknologi Dajjal - Project Blue Beam
Teknologi fitnah Dajjal di akhir zaman.
Kisah fitnah Al-Dajjal

Pertama sekali, incikposmen mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Auni Mohamad kerana menimbulkan tajuk Projek Blue Beam ini dalam salah satu ceramah beliau. Dengan berbuat demikian, mudahlah kami untuk memperincikan lagi tajuk Projek Blue Beam ini supaya ia lebih jelas dan dapat difahami oleh umum.

Sememangnya tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Eskatalogi Islam dan fitan akhir zaman ini adalah sesuatu yang amat luas. Apatah lagi ianya berkaitan dengan keadaan penduduk bumi kini yang melalui zaman moden serba canggih dengan teknologi yang semakin berkembang. 

Pendek kata, untuk memahami topik-topik dari satu bidang yang amat luas dan rumit ini memerlukan keutamaan pemilihan tajuk-tajuk dan pencernaan tertentu bagi memudahkan kefahaman umum.

Dengan memilih tajuk Project Blue Beam dari berbanyak tajuk yang lain, mudah-mudahan dapat menjadi pemangkin kepada kefahaman pembaca-pembaca sekalian dalam memahami satu bidang yang banyak berkaitan dengan konspirasi dan agenda raksasa / grand design ini (Ustaz Auni juga ada membicarakan tajuk-tajuk yang lain). 

Setiap tajuk berkaitan fitan akhir zaman ada perkaitan dengan tajuk-tajuk yang lain. Memahami satu tajuk adalah membantu kefahaman secara keseluruhannya.

Apakah Itu Project Blue Beam?

Gambaran semata-mata. Kejadian sebenar mungkin berbeza dari paparan.
Sila Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas.
Bagi memahami apa itu Project Blue Beam, penulis akan menggunapakai artikel yang ditulis sendiri oleh seorang warga Kanada bernama Serge Monast (Rujukan di bawah). 

Serge Monast (Hidup 1945 - 5 Disember 1996) adalah seorang jurnalis yang bersama beberapa jurnalis yang lain, telah membuat siasatan dan kajian terhadap Projek Blue Beam ini seterusnya membuat pendedahan mengenainya kepada umum. 

Serge Monast
Beliau kemudiannya telah meninggal dunia secara misteri dengan laporan perubatan mengatakan sebab kematian adalah serangan jantung. Sedangkan beliau sebelum itu tidak pernah mempunyai sejarah jantung yang bermasalah.

Project Blue Beam atau Projek Pancaran Biru adalah satu projek di bawah NASA (Agensi angkasa Amerika Syarikat) yang bertujuan untuk menerapkan satu kefahaman agama baru yang berdasarkan konsep New World Order atau Pemerintahan Baru Dunia. 

Kemuncak pemerintahan ini adalah munculnya satu individu / entiti yang akan diperkenalkan sebagai tuhan kepada seluruh penduduk bumi.

Dalam kata lain, Project Blue Beam ini adalah usaha oleh pihak tertentu untuk menjayakan rancangan supaya seluruh penduduk bumi menerima kedatangan individu ini sebagai tuhan mereka.

Konsep New World Order


Kredit : Youtuber Steve Piotrowski
Antara ucapan mengenai New World Order 
oleh George W Bush Senior

Bila membicarakan topik seperti ini memang sudah rencah, ada yang akan mendakwa ianya dongeng, khayalan atau mengarut sahaja. Dakwaan ini memang sudah menjadi lumrah sejak ia diperbincangkan manusia lagi. 

Tetapi tiada pula yang berani bertanyakan kepada pemerintah-pemerintah tertinggi di dunia moden sekarang seperti Amerika Syarikat dan negara-negara besar yang lain kenapa mereka begitu obses dengan konsep pemerintahan New World Order? Apakah matlamat mereka dengan New World Order itu? 

New World Order = Pemerintahan Baru Dunia

Jika ada rakan anda yang mengatakan New World Order ini mengarut, biarkanlah sahaja dia itu. Kerana konsep ini telah pun menjadi ucapan pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat dan lain-lainnya. Malah ia bukan rahsia lagi. 

Bukti-bukti sudah banyak bertebaran tetapi dia tidak mahu mengambil endah dan memahaminya. Orang inilah sebenarnya seperti katak di bawah tempurung. 

Target Project Blue Beam

Serge Monast di dalam artikel tersebut menyatakan matlamat utama projek ini adalah untuk mendatangkan satu kepercayaan baru atau agama yang universal kepada seluruh umat manusia. Oleh kerana pemerintahan diktator ini dikatakan tidak boleh berhasil kecuali terhadap penduduk bumi yang mengganut satu fahaman yang sama. 

Kumpulan yang menjadi target utama mereka ialah kepercayaan pengganut agama Islam dan Kristian. Sesuatu akan dilakukan kepada kepercayaan agama Islam dan Kristian supaya ianya boleh tuning atau diselaraskan mengikut kepercayaan yang didatangkan oleh individu (Dajjal) yang ditunggu-tunggu tersebut. 

Sehingga tahun 1994 artikel beliau ditulis, teknologi Project Blue Beam ini telah dibina dan dirahsiakan bagi menunggu hari kejadian yang bakal mendatang. 

4 Langkah Utama Projek Pancaran Biru

Ada 4 langkah utama yang menjadi tunggak projek ini;

1) Teknologi gempa bumi dan penemuan-penemuan arkeologi kuno.


Penggunaan teknologi gempa bumi bagi merekahkan tempat-tempat tertentu yang akhirnya menemukan arkeologi lama. 

Arkeologi ini akan digunakan untuk menjadi bukti kepada pihak New Word Order untuk berhujah mendakwa kefahaman agama-agama yang dianuti kebanyakan manusia seperti Islam dan Kristianiti adalah tersilap atau tersalah tafsir.

Mungkin bagi agama Islam yang berasaskan sumber Al-Quran dan Al-Hadis, mereka menghadapi masalah sedikit kerana kedua-dua sumber itu dijaga dan dipelihara Allah Azza wa Jalla sehingga ke akhir zaman. 

Tetapi mereka akan mengambil jalan yang lain untuk menyerang agama Islam. Apa yang akan diperhujahkan bukanlah sumber yang sedia ada tetapi cara menafsirkan sumber Al-Quran dan Al-Hadis itu. Mereka akan datang dengan penafsiran mereka yang tersendiri.

Filem berdasarkan Novel Dan Brown, antara siri novelnya yang
menyerang doktrin fahaman mazhab Kristian Katolik.
Bagi agama Kristian sendiri, pihak New World Order ini telah lama berjaya menyusup masuk ke dalam cabang-cabang agama tersebut. Ini jelas dengan bukti dari kajian ramai pengkaji. 

2) Penzahiran lembaga dalam bentuk 3 dimensi yang realistik kepada seluruh penduduk bumi.



Bayangkan satu imej besar tiba-tiba muncul di langit dan mendakwa dirinya tuhan. Anda melihat orang sekeliling anda secara tiba-tiba mempercayainya seterusnya memberikan ikrar untuk beriman, taat dan patuh kepadanya. Agaknya apakah reaksi anda pada ketika itu?

Sekiranya anda menzahirkan penentangan anda, anda akan dilihat menentang arus! Apatah lagi penduduk bumi sudah dipupuk untuk mengikut trend, merujuk perkara yang viral dan memilih sesuatu yang popular. 

Penentangan bermakna anda akan dipinggirkan dan anda keseorangan. Itu belum lagi ancaman-ancaman yang dikenakan kepada sesiapa yang tidak menselaraskan diri dengan arus perdana ketika itu. 


Teknologi yang bukan rahsia (Tahun 2012):
Snoop Dog kiri menyanyi Rap bersama Hologram
Mendiang Tupac Shakur (kanan).

Teknologi yang rahsia pula bagaimana??
Dalam tahun 1994 ketika artikel beliau ditulis pun teknologi Hologram yang diperkatakan hanyalah fantasi di dalam cerita Star Wars sahaja. Kemudian dalam tahun 2012, teknologi Hologram ini mula digunakan secara komersial di dalam konsert muzik.

Artikel menyatakan teknologi Hologram ini adalah berbentuk 3 dimensi yang begitu realistik disertakan dengan bunyi dan ia berbentuk pelbagai imej kepada setiap kawasan regional di seluruh dunia. 

Dijadikan untuk memapar pelbagai imej yang direka berdasarkan sasaran yang mempunyai kepercayaan-kepercayaan atau pegangan tertentu. Mesej yang dikomunikasikan akan dapat difahami oleh semua orang walaupun berbeza bahasa percakapan. 

3) Komunikasi 2 Hala secara Telepatik Electronik


The third step in the NASA Blue Beam Project is called the Telepathic Electronic Two-Way Communication. Lt. Col John Alexander's article continues: 
"If it is possible to feed artificial thought into the multigenic field via satellite, the mind control of the entire planet is now possible. An individual's only resistance would be to constantly question the motivation behind their thoughts and not act upon thoughts which they consider to be outside their own ideological, religious and moral boundaries.'"

Terjemahan

Langkah ke-3 dalam Projek Blue Dream NASA dinamakan sebagai Komunikasi 2 Hala secara Telepatik Electronik. Lt Col John Alexander dalam artikelnya menulis;


"Jika ia adalah sesuatu yang mungkin untuk memasukkan gelombang fikiran buatan ke dalam kawasan multi-gen manusia melalui satelit, maka untuk mengawal minda manusia seluruh planet bumi ini bukanlah sesuatu yang mustahil lagi. Apa yang menjadi penghalang bagi seseorang individu itu adalah jika dia sentiasa mempertikaikan kemasukan hasutan-hasutan di dalam fikirannya dan dia tidak mengikut keadaan fikirannya pada waktu itu, disebabkan  mereka menganggap hasutan-hasutan itu di luar batasan ideologi, agama dan moral yang dipegang oleh mereka."

Walaupun terdapat artikel saintifik yang membincangkan teknologi yang mengawal fikiran manusia ini seperti di atas, tetapi tidak ramai yang tahu dan membaca seterusnya faham apa yang berlaku. Maka ramai yang tidak sedar dan bakal menjadi mangsa. Ada yang mendapat tahu tetapi tidak percaya juga menjadi mangsa akhirnya. 

Dengan teknologi telepatik elektronik seperti ini, manusia yang menjadi target bukan sahaja melihat imej super-human di angkasa tetapi juga akan diasak dengan hasutan-hasutan yang masuk ke dalam minda yang mendorongnya untuk mempercayai apa yang dilihat dan didengarinya berkenaan imej tersebut.
Dikatakan oleh orang yang mencipta teknologi itu sendiri, hanya mereka yang kuat pegangan kepada
ideologi, agama dan moral sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk tidak terpengaruh atau
dirasuk oleh pancaran gelombang tersebut.

4) Penzahiran kuasa supernatural dengan teknologi elektronik 


Serge Monast menyatakan individu (Dajjal) yang menjelma itu akan menunjukkan bermacam-macam kebolehan supernatural ataupun benda-benda yang mencarik adat. Kebolehan ini adalah berasaskan teknologi yang selama ini dirahsiakan. 

Sebelum terjadinya itu, satu rancangan perlu dilaksanakan iaitu mewujudkan rasa takut, cemas dan kucar kacir di kalangan manusia atas muka bumi. Ini bertujuan mewujudkan suatu masalah kepada semua manusia supaya mereka terdesak dan berfikir untuk mencari jalan keluar atau jawapan kepada masalah berkenaan.
Order Ab Chaos
Aturan yang lahir dari kekacauan.
Daripada kekacauan itulah mereka mengambil manfaat.
Pepatah Melayu : menangguk di air yang keruh.
Ketakutan itu adalah hasil daripada serangan alien yang diada-adakan oleh pihak New World Order yang menyebabkan ketakutan secara beramai-ramai. 

Penduduk bumi telah lama dipropagandakan supaya menerima hero-hero supernatural atau pun yang mempunyai kekuatan luar biasa bagi menyelamatkan mereka melalui filem-filem yang ditonton. 

Ketika kerisauan yang mencengkam ini datanglah superhero yang boleh diharapkan menyelamatkan bumi dari perbuatan orang-orang jahat tersebut.
Teknologi alien yang tersangat maju dan tak dapat ditandingi manusia.
Antara contoh superhero.
Oh, atau anda masih berfikir industri perfileman Hollywood
hanya semata-mata hiburan? 
Klimaksnya datanglah "penyelamat" kepada musibah
yang melanda manusia ketika itu.
Perlu diingat bahawa ini adalah pandangan Serge Monast yang menulis artikel hanya berdasarkan kajian beliau dan rakan-rakan bersumberkan maklumat yang diperolehinya. 

Sudah tentu kajian tersebut tidak berasaskan Al-Quran dan Al-Hadis yang menjadi sumber utama umat Islam khususnya yang berkaitan dengan peristiwa fitnah akhir zaman seperti kemunculan Dajjal, Yakjuj Makjuj dan lain-lain. Jika ada pun mungkin berdasarkan Bible agama Kristian yang juga ada menyebut mengenai Dajjal yang selalu disebut-sebut sebagai Anti-Christ.

Walaubagaimanapun kajian mengenai teknologi moden rahsia ini sudah menunjukkan sesuatu. Persoalannya mengapa teknologi moden yang dibina dan dimajukan digunakan untuk tujuan propaganda dan memperhambakan penduduk bumi. 

Kajian Serge Monast walaupun menunjukkan sesuatu dan petanda peristiwa fitnah akhir zaman tetapi sudah tentu bukanlah kajian yang lengkap. Sudah tentu apabila pihak New World Order apabila mengetahuinya akan melakukan sesuatu kerana adanya pendedahan. 

Atau adakah pendedahan Serge Monash tak memberikan kesan yang signifikan pun? Seperti kes 9/11?

Soalan : Berapa jumlah bangunan yang runtuh?
Jika kita melihat kejadian 9/11 di New York dalam tahun 2001, mereka sudah begitu tekad. Jika mereka sanggup merancang dan melakukan itu, maka mereka akan sanggup melakukan perancangan seterusnya. 

Mereka sudah tidak peduli walaupun ramai pihak termasuk universiti-universiti kejuruteraan mengatakan bangunan-bangunan tersebut tidak sepatutnya runtuh dalam keadaan meletup meninggal sisa-sisa debu. Mereka tidak peduli jikalau ia tidak logik atau tidak saintifik sekalipun. 

Anehnya ramai yang seolah-olah dipukau, tidak dapat berfikir kenapa ada 3 bangunan yang runtuh dan bukannya 2? Inilah dia contoh pementasan berskala besar tersebut. 

Seolah-olah ada pihak di belakang tadbir yang meinginkan segalanya dipercepatkan. 

"Perlantikan" Donald Trump sebagai Presiden US ini pula dilihat bermotifkan sesuatu. Apakah yang Donald Trump akan buat? 

Setakat ini beliau telah menyerahkan Palestin (Baitul Muqaddis) kepada Israel. Apakah selepas itu?

BLUE BEAM PROJECT Projek Dajjal menuju Tata Dunia Baru (NWO)

Fakta menarik Serge Monast 
PENGERTIAN
Project Blue Beam adalah projek rahsia yang melibatkan NASA dan Persyarikatan Bangsa-Bangsa. Sebuah rencana hasil penelitian Sarge dan temannya telah mendedahkan rahsia ini. Terdapat empat peringkat usaha untuk mencipta sandiwara-buatan mengenai “Kedatangan Kedua Yesus/Isa A.S ke bumi” (second coming of Jesus/ Isa A.S) untuk mendirikan  "satu agama dunia" yang dikendalikan oleh Order Dunia Baru. Pertama kali dilaporkan kepada umum (publik) pada tahun 1994 oleh Serge Monast, seorang wartawan Canada.



1. Serge Monast dan teman wartawannya, keduanya meneliti Project Blue Beam, telah mati akibat "serangan jantung" selang beberapa minggu antara satu sama lainnya, meskipun kedua-duanya tidak memiliki catatan berpenyakit jantung.

Saat itu Serge sedang berada di Kanada sementara temannya sedang berkunjung ke Irlandia. Sebelum kematiannya, pemerintah Kanada telah menculik anak perempuan Serge dalam usaha mencegahnya dari terus melakukan penelitian Project Blue Beam. Putrinya tidak pernah kembali.


2. Keyword: "serge monast" ada dalam Wikipedia perancis (http://fr.wikipedia.org/wiki/Serge_Monast), tetapi tak ada dalam bahasa Inggeris (dihapuskan?)

SEJARAH
Project Blue Beam diyakini merupakan lanjutan dari eksperimen terdahulu sepertiPhiladelphia dan Montauk, yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat di tahun-tahun 1940-an.

Blue Beam bertempat di lokasi yang mempuyai tahap keselamatan yang amat ketat di Area 51, Nevada, Amerika Syarikat. Projek ini diduga telah melakukan eksperimen berulang-ulang di daerah terpencil dengan membuat gambar holografik Yesus/Nabi Isa dan juga UFO.


THE FOUR STEP (4 LANGKAH)
hasil kajian Serge Monast



Langkah pertama dalam NASA Project Blue Beam ini menyangkut pendoktrinan [re-evaluasi] dari semua pengetahuan arkeologi. Ini berhubungan dengan set-up, dengan menciptakan gempa bumi buatan di lokasi tempat tertentu di planet ini, yang konon penemuan-penemuan baru ini akhirnya akan menjelaskan kepada semua orang tentang kesalahan yang mendasar dari semua doktrin agama. Pemalsuan informasi ini akan digunakan untuk menjadikan semua bangsa percaya bahwa doktrin agama mereka telah disalahfahami dan disalahtafsirkan selama berabad-abad.


Teori evolusi

Persiapan psikologis untuk langkah pertama telah dilaksanakan dengan membuat film-filmseperti, '2001: A Space Odyssey; 'Serial Star-Trek, dan' Independence Day; 'yg mana semua film itu berhubungan dengan invasi dari Alien luar angkasa dan bersatunya semua bangsa di dunia untuk mengusir penyerbu (Alien). Film yang terakhir, 'Jurrassic Park,' berkaitan dengan teori evolusi, dan film ini mendakwa bahwa kata-kata Tuhan adalah suatu kebohongan.

Hoaxed "Discoveries ' (Penemuan' Hoax) 
Apa yang penting untuk difahami pada langkah pertama adalah bahwa akan terjadi gempa bumi di berbagai belahan dunia di mana ilmu pengetahuan dan ajaran arkeologi telah menunjukkan bahwa misteri misterius telah dikuburkan. Dengan jenis gempa bumi seperti itu, maka akan memungkinkan bagi para ilmuwan untuk menemukan misteri yang akan digunakan untuk menimbulkan kesangsian terhadap asas semua doktrin agama (ajaran dan kefahaman).

Ini adalah rencana persiapan yang pertama untuk menghancurkan kemanusiaan, karena apa yang mereka ingin lakukan adalah menghancurkan keyakinan semua orang Kristian dan Islam di planet ini. Untuk melakukan itu, mereka memerlukan beberapa 'bukti' palsu dari masa lalu yang akan membuktikan kepada semua bangsa bahwa kefahaman mereka dalam agama semuanya telah disalahartikan dan disalahfahami.

Menciptakan gempa bumi dan Penemuan palsu







Intisari
- Menciptakan Gempa bumi buatan (dengan HAARP )
- Karena akibat gempa tersebut, maka ilmuan mereka menemukan suatu penemuan di bidang arkeologi (padahal penemuan tersebut HOAX- buatan mereka sendiri)
- Penemuan tersebut akan digunakan untuk mennafikan semua doktrin agama yang berkaitan Teori Evolusi (Teori Evolusi vs Teori Penciptaan ???) 


Langkah kedua dalam NASA Project Blue Beam adalah membuat 'pertunjukan angkasa' raksasa dengan hologram tiga dimensi dan suara optik, memprojeksikan gambar-gambar laser holografik ke berbagai belahan dunia, masing-masing menerima gambar yang berbeza menurut daerah keyakinan agama mereka . Suara Tuhan baru ini akan dapat berbicara dalam semua bahasa.



Untuk memahaminya, kita harus melakukan penelitian tentang rahsia yang telah mereka lakukan dalam 25 tahun terakhir. Orang Soviet Russia telah menyempurnakan komputer mutakhir, berdasarkan studi tentang anatomi dan elektromekanis komposisi tubuh manusia, dan studi tentang letrik, kimia dan sifat biologis otak manusia. Komputer ini diberikan data-data tentang bahasa-bahasa dari semua budaya manusia dan maknanya. Dialek dari semua budaya telah dimasukkan ke dalam komputer dari transmisi satelit. Selain itu nampaknya agen NWO (tata dunia baru) di Soviet - telah mengembangkan metode bunuh diri untuk diterapkan pada masyarakat dengan cara mengalokasikan gelombang elektronik untuk setiap orang dan setiap masyarakat dan budaya untuk merangsang pikiran untuk bunuh diri jika orang-orang itu enggan mematuhi perintah-perintah dari tata dunia baru - NWO..

Dari mana 'pertunjukan angkasa’ berasal?  Pertunjukan angkasa dilaksanakan melalui gambar holografik, akan digunakan dalam simulasi akhir, 
semua bangsa akan ditunjukkan dengan adegan-adegan merealisasikan pesanan para nabi (Turunnya Nabi Isa/ Yesus ke bumi).



Ini akan diprojeksikan dari satelit ke lapisan natrium sekitar 60 kilometer di atas bumi. Kami pernah melihat percubaan simulasi ini dalam satu waktu, tetapi mereka (disebut) menampakkan UFO dan "piring terbang" kepada orang awam.

Hasil dari peristiwa yang dipentaskan dengan sengaja ini adalah untuk menunjukkan kepada dunia akan kedatangan 'christ,' mesiah baru (yang sesungguhnya adalah anti christ/ Dajjal), untuk segera mengimplementasikan agama dunia baru (new age religion). Beberapa kebenaran akan disisipkan ke dalam doktrin mereka, sehingga seluruh dunia akan percaya pada kebohongan mereka. "Bahkan yang paling terpelajar sekalipun akan tertipu."

Langkah ketiga berkaitan dengan komunikasi dua arah telepati elektronik . gelombang ELF (Extremely low frequency), VLF (Very low frequency), dan LF (Low frequency) akan mencapai orang-orang di bumi melalui bagian dalam otak mereka, membuat setiap orang percaya bahwa Allah sendiri yang berbicara kepadanya dari dalam jiwanya sendiri.

Gelombang frekuensi

Langkah keempat melibatkan manifestasi supranatural universal menggunakan sarana elektronik. Gelombang (frekuensi) yang digunakan pada waktu itu akan memungkinkan kekuatan ghaib untuk mengalir melalui kabel serat optik, kabel koaksial, letrik dan saluran telefon untuk menembus semua peralatan elektronik dan peralatan yang pada saat itu memiliki microchip khusus yang telah diinstal.

Tujuan dari langkah ini berkaitan dengan 
kewujudan syaitan, hantu, dan jin di seluruh dunia dalam rangka untuk membuat seluruh populasi menghampiri gelombang bunuh diri, membunuh dan mengalami gangguan psikologis kekal.

Setelah malam seribu bintang itu, akhirnya manusia diyakinkan telah bersedia untuk menerima kedatangan "mesiah baru" untuk mengembalikan perdamaian di bumi ini walaupun dengan harga mengorbankan kebebasan.


DAJJAL

Pasti ada yang akan merasa hairan, apa hubungan antara dajjal dengan project bluebeam?

Project bluebeam adalas salah satu agenda untukpembentukan New World Order. Dimana pelaksana agenda ini adalah orang-orang yang menyembah IBLIS/ LUCIFER…   dan Iblis melaksanakan rencananya dengan baik untuk menyesatkan manusia, iaitu dengan mempersiapkan kedatangan dajjal/anti-christ di muka bumi agar semua manusia tidak menyembah Allah tapi menyembah DAJJAL… 
Project bluebeam adalah projek rahsia NASA, dimana dengan menggunakan teknologi canggih (seperti HAARP), mereka akan menciptakan sandiwara untuk menipu dunia. Mereka akan mensimulasikan turunnya Yesus/ Isa A.S ke bumi, lalu mereka juga akan mensimulasikan serangan UFO ke bumi.

Tujuannya?
Untuk membuat masyarakat ketakutan... sehingga mereka memerlukan penolong.. disinilah messiah palsu akan turun (dajjal), dan akan berpura-pura menjadi penyelamat mereka. Dajjal akan menyuruh manusia untuk bersatu dibawah satu pemerintahan (one world government). Dajjal mengaku sebagai Messiah, dan memproklamirkan diri sebagai TUHAN, dan menyuruh manusia menyembahnya melaui kesatuan agama (one world religion)

Ditambah lagi dengan teknologi HAARP yang mampu mengatur perasaan (mood) manusia, sehingga seakan-akan manusia di seluruh duinia terasa sedang berhadapan langsung dengan Tuhannya...



Tujuan akhir dari Projek ini adalah menciptakan satu kehidupan dunia baru, dengan hanya satu agama.. dipimpin oleh DAJJAL LAKNATULLAH

Sambung 
Di NWO


Continue 

Rujukan 

http://educate-yourself.org/cn/projectbluebeam25jul05.shtml
Ceramah Ustaz Auni Mohamad.
Sumber Cedokan: 
Maklumat daripada Serge Monast
SUMBER
http://www.geocities.com/area51/Shad...roject079.html
http://2012poleshift.wetpaint.com/pa...+Second+Coming
http://100777.com/node/1207
http://educate-yourself.org/cn/proje...m25jul05.shtml
http://www.youtube.com/watch?v=gkpT-gSSS54
http://www.youtube.com/watch?v=TtwjZ...video_response
http://fr.wikipedia.org/wiki/Serge_Monast
http://www.davi****e.com/forum/showthread.php?p=396224

Informasi Project Blue Beam dihapus dr wikipedia
Code: http://www.davi****e.com/forum/showpost.php?p=396224&postcount=
 Bonus Video :
Code:http://www.youtube.com/watch?v=9I-rXzmcPNA&feature=player_embedded






No comments: