اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
RAHSIA AL FATIHAH DALAM AMALAN WALI SEMBILAN
Assalamualaikum ...
Kita semua memang,secara umumnya, mengetahui kelebihan Al
fatihah yang menjadi ibu Al Quran. Tetapi kelebihan yang kecil-kecil , memang
masih banyak yang menarik untuk kita perdalami. contohnya dalam perubatan
berdasarkan wali sembilan, mereka merawat dengan pesakit dengan membaca Al
fatihah sahaja. Mengkin perkara ini, pada hari ini, melucukan tetapi itulah
realiti keistimewaan mereka mereka yang soleh zaman lampau.
Sekiranya kita memerhatikan benar-benar amalan mereka memang
menggerunkan kita. bilamana mereka telah berniat untuk berkhidmat kepada
masyarakat melalui perubatan, mereka saban malam berzikir al fatihah berulang
kali tanpa henti-henti , dengan bilamana tiba kepada ayat :
إياك نعبد وإياك نستعين
mereka terus berniat di tunaikan hajat mereka untuk
menyembuhkan sakit pesakit.
ada juga guru-guru mereka yang soleh mengajar berdoa
bilamana tiba pada ayat:
إهدنا الصراط المستقيم
mereka terus berniat di sembuhkan penyakit
Bayangkan kesungguhan mereka yang tinggi, walaupun dengan
amalan yang kita katakan pada hari ini cukup mudah, datanglah keberkatan yang
akhirnya membawakan amalan mereka kepada mustajab.
والله أعلم
Posted by SAYYID PENDITA at 10:51 PM

No comments:
Post a Comment