اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ

Gambar
ilutrasi
Abu
Hurairah meriwayatkan:
“Ketika
Rasulullah s.a.w berkata: Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api
neraka; “lalu seseorang bertanya; “Ya Rasulullah,adakah ia tidak akan mencukupi
untuk membakar orang kafir? Maka Rasulullah menjawab “Api neraka mempunyai 69
bahagian lebih dari api biasa di dunia dan kesemuanya adalah sangat panas
sebagaimana ia (api dunia).
(Riwayat
Bukhari).
Saudara-saudaraku…
Marilah
kita ke Sirathal mustaqim….jalan yang lurus, jalan yang betul, jalan yang
diredhai Allah, jalan yang ditunjukkan Rasulullah…Jangan kita tergigit oleh api
neraka walau sesaat pun kerana seksanya amat memedihkan dan mendahsyatkan. Moga
kita diselamatkan Allah dari Neraka Jahannam yang disediakan untuk manusia
kufur itu. Ingatlah bahan bakar api neraka itu hanyalah manusia dan batu-batu.
Siapakah manusia itu? Iaitu manusia yang sentiasa memprotes perintah Allah. Dan
apalah batu-batu itu? Di antara batu-batu itu adalah batu sembahan manusia
iaitu patung berhala…Ingatlah wahai saudara-saudaraku yang beriman, kembalilah
kepada Allah dan Rasulnya….Allahumma inna nauzubika min azabi jahannam wa min
azabil qabr. Amin…
Wallahu
a’lam

No comments:
Post a Comment