اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Abdurahman al-Awzaie - Imam Ahli Syam
Nama penuh beliau ialah Abdurahman bin 'Amr bin Yuhmid al-Awzaie. Kuniahnya ialah Abu 'Amr. Beliau dilahirkan di Awza, sebuah tempat di Damsyik pada tahun 88 Hijrah.
Oleh itu, beliau dinisbahkan kepada tempat tersebut.
Oleh itu, beliau dinisbahkan kepada tempat tersebut.
Abdurahman al-Awzaie lahir dalam keadaan yatim dan miskin, ibunya sering membawa beliau berpindah dari satu negeri ke negeri lain.
Namun, kemiskinan tidak membentuk dirinya menjadi insan berperibadi kasar dan bebal.
Sebaliknya, beliau membesar sebegai seorang anak yang sangat beradab dan cerdas.
Al-Walid bin Muslim berkata:-
“Raja-raja tidak mampu mendidik anak-anak mereka sebagaimana al-Awzaie mendidik dirinya sendiri.”
Imam al-Awzaie berjumpa dengan ramai ulama' tabi'in di pelbagai negeri, beliau berjumpa dengan Yahya bin Abi Kathir di Yamamah lalu menulis banyak ilmu daripadanya.
Suatu hari, Yahya bin Abi Kathir berkata kepadanya:-
“Engkau mesti segera ke Basrah agar dapat berjumpa dengan Hasan al-Basri dan Ibn Sirin.”
Al-Awzaie menuruti nasihat ini. Namun setibanya beliau di Basrah, beliau mendapati Hasan al-Basri baru sahaja meninggal dunia. Beliau turut mendapati Ibn Sirin sedang sakit tenat, dan beberapa hari kemudian ulama' itu pun wafat.
Beliau tidak sempat menimba ilmu daripada kedua-dua tokoh tabi'in yang sangat terkenal ini.
Imam al-Awzaie melanjutkan perjalanan ilmiahnya ke pelbagai negeri yang lain. Beliau sempat berjumpa dengan Ata' bin Abi Rab'ah, Abu Ja'far al-Baqir, Makhul, Qatadah, Bilal bin Saad, Ibn Syihab al-Zuhri dan ramai ulama' yang lain.
Imam al-Awzaie melanjutkan perjalanan ilmiahnya ke pelbagai negeri yang lain. Beliau sempat berjumpa dengan Ata' bin Abi Rab'ah, Abu Ja'far al-Baqir, Makhul, Qatadah, Bilal bin Saad, Ibn Syihab al-Zuhri dan ramai ulama' yang lain.
Keilmuan dan Kesolehan al-Awzaie
Sekembalinya al-Awzaie ke negerinya, beliau diiktiraf sebagai ulama' Syam yang sangat pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Pelbagai pujian diucapkan oleh ulama' sebagai pengiktirafan atas ketinggian ilmu beliau.
Imam Malik RH memujinya dengan kata-katanya:-
“Al-Awzaie seorang imam yang menjadi contoh ikutan.”
Ismail bin 'Ayyas pula berkata:-
“Pada tahun 140 Hijrah, aku sering mendengar orang ramai berkata:‘Al-Awzaie ulama umat ini.’”
Daud al-Kharibi menyebut:-
“Al-Awzaie manusia yang paling mulia pada zamannya.”
Beliau menjawab 70 ribu soalan hukum yang ditujukan kepadanya dari seluruh dunia.
Kata al-Zahabi:-
“Al-Awzaie memiliki sebuah mazhab tersendiri yang masyhur. Mazhab ini pernah diamalkan oleh fuqaha di Syam dan Andalus selama beberapa ketika, namun kemudiannya pupus.”
Selain mempunyai ilmu yang luas, al-Awzaie sangat tekun beribadah dan sangat zuhud. Setiap masanya sentiasa diisi dengan zikir, ilmu dan ibadah.
Al-Walid bin Muslim menceritakan:-
“Aku melihat al-Awzaie tetap berada di tempat solatnya selepas solat Subuh dan berzikir hingga terbit matahari. Beliau mengatakan bahawa ini adalah amalan salaf.Apabila terbit matahari. Mereka berbincang antara satu sama lain tentang zikir dan fiqah.”
Tegas al-Walid:-
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih giat beribadah daripada al-Awzaie.”
Kalimat Hak dan Kata-Kata Hikmah
Pada tahun 150 Hijrah, Abdullah bin Ali merebut kekuasaan daripada tangan Bani Umayyah. Banyak nyawa yang terkorban dalam peristiwa tersebut.
Penguasa baru ini memanggil Imam al-Awzaie untuk menghadap kepadanya. Beliau ingin mendapat fatwa yang membenarkan perbuatan kejamnya itu.
Abdullah bin Ali berkata kepadanya:-
Abdullah bin Ali berkata kepadanya:-
“Apakah pendapatmu tentang darah Bani Umayyah?”
Hati al-Awzaie takut mati. Namun beliau membayangkan dirinya berdiri di mahkamah Allah SWT nanti. Akhirnya beliau memantapkan hati untuk menyampaikan kata-kata yang benar walaupun pahit.
Beliau berkata:-
“Darah mereka haram untuk ditumpahkan.”
Mendengarkan jawapan itu, Abdullah bin Ali menjadi marah sehinggakan matanya merah menyala menahan kemarahannya itu. Beliau lantas bertanya:-
“Mengapa?!”
Al-Awzaie menjawab:-
“Sebab Rasulullah SAW pernah bersabda:-‘Tidak halal darah seorang Muslim melainkan kerana salah satu daripada tiga sebab; iaitu orang yang pernah menikah lalu berzina, pembunuh yang dikenakan hukuman qisas dan murtad kerana meninggalkan agamanya’.”
Demikianlah seorang ulama' yang lebih takut akan Allah SWT berbanding makhluk-Nya.
Beliau tidak membenarkan perbuatan zalim meskipun berdepan dengan risiko kehilangan nyawanya sendiri.
Beliau tidak membenarkan perbuatan zalim meskipun berdepan dengan risiko kehilangan nyawanya sendiri.
Lisan ulama' Rabbani selalu memancarkan kata-kata hikmah. Begitulah yang berlaku kepada diri Abdurahman al-Awzaie.
Terlalu banyak kata-kata hikmah yang diriwayatkan daripada imam ahli Syam ini.
Beliau ada menyebut:-
“Sesiapa yang sering mengingati mati, maka yang sedikit cukup baginya. Sesiapa yang sedar bahawa ucapan dikira sebagai amalan, maka ia akan sedikit bercakap.”
Muhammad bin al-Awzaie menyatakan:-
“Ayahku pernah berkata:-‘Wahai anakku, jika kita selalu menerima semua pemberian orang, maka kita akan menjadi hina di pandangan mereka’.”
Beliau juga berkata:-
“Apabila Allah hendak membinasakan sesuatu bangsa, maka dibukakan bagi mereka pintu perbalahan dan ditutup pintu amal.”
Al-Awzaie pernah membicarakan tentang percakapan dan perbuatan, katanya:-
“Seorang Mukmin sedikit bicara banyak bekerja. Seorang munafik banyak bicara sedikit bekerja.”
Wafat
Imam al-Awzaie telah mengikuti dalam sebuah ekspedisi jihad di Beirut. Setelah beberapa lama berada di sana, beliau telah meninggal dunia pada tahun 157 Hijrah.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment