أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantongku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
Menggunakan Nikmat Di Jalan Tuhan
Menggunakan Nikmat Di Jalan Tuhan
Menggunakan Nikmat Di Jalan Tuhan
Posted on 1 Februari 2010 by kataganti
Marilah
kita fahami secara umum maksud menggunakan nikmat di jalan Tuhan.
Pertama, cara mendapatkan nikmat itu mesti betul-betul menepati
syariat. Nikmat itu didapati dengan cara yang halal dan bukan cara yang
haram. Nikmat itu bukan didapati dengan cara mencuri, merampas atau
menipu. Nikmat itu didapati dengan cara yang baik dan berhikmah. Nikmat
itu didapati atas dasar ada keredhaan daripada orang yang memberinya.
Kalau nikmat harta, didapati dengan jalan jual beli yang sah. Kalau
nikmat ilmu, didapati dengan cara belajar dengan guru. Bagi orang
muqarabin atau warak, mereka sangat berhati-hati dalam mengambil nikmat
ini. Malah yang halal kalau tidak jelas halalnya, mereka tidak ambil.
Mereka ini orang sangat takut dengan Tuhan sepertimana yang digambarkan
oleh Rasulullah: “Tidaklah dinamakan taqwa itu sehingga seseorang itu
meninggalkan sesuatu yang tidak salah kerana takut terjebak kepada
hal-hal yang salah.” Kedua, sudah mendapat nikmat, hendaklah dirasakan
nikmat itu datang dari Tuhan. Meskipun kita dapat nikmat itu daripada
orang dan kita berterima kasih kepada orang tersebut, hakikatnya semua
nikmat itu adalah daripada Tuhan. Oleh itu, kenalah kita benar-benar
merasakan nikmat itu daripada Tuhan. Dari sini, sepatutnya lahir
berbagai-bagai rasa kehambaan dengan Tuhan. Kita rasa berterima kasih
kepada Tuhan yang Maha Baik memberikan nikmatNya kepada kita. Rasa malu
dengan Tuhan atas nikmatnya yang banyak kepada kita sedangkan apalah
sangat diri kita ini di sisi Tuhan. Rasa tidak layak untuk mendapat
nikmat, contohnya jika kita diberi jawatan, kerana kita bukan orang
yang selayaknya. Rasa cemas mendapat nikmat, bimbang kita tidak dapat
menggunakan nikmat ini di jalan Tuhan. Atau boleh sahaja kita lalai dan
salahgunakan nikmat itu. Rasa takut dengan Tuhan, takut-takut nikmat
itu adalah tanda kemurkaan Tuhan kepada kita. Justeru, nikmat itu tidak
menjadi rahmat tetapi bertukar menjadi istidraj. Juga dari sini akan
lahir berbagai-bagai rasa bertuhan seperti merasakan Tuhan itu Maha
Pemurah, Maha Kaya, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Adil. Ketiga, nikmat
yang kita dapat itu, hendaklah digunakan mengikut kehendak Tuhan. Di
sini kena ada ilmu, jika tidak, kita tidak faham mana satu kehendak
Tuhan, mana satu kehendak nafsu kita. Malah perlu juga ada pimpinan
agar kita sentiasa terpimpin kepada Tuhan. Nikmat harta yang banyak
yang kita dapat contohnya, sepatutnya kita ambil mana yang perlu
sahaja. Mana yang selebihnya, sudah bukan keperluan, maka kita
kembalikan kepada Tuhan. Kita berikan pada fakir miskin atau gunakannya
untuk projek membangunkan keperluan umat Islam. Kemudian, dalam
menggunakanlah nikmat itu Tuhan sudah mengingatkan kita supaya tidak
membazir kerana orang yang membazir itu adalah kawan syaitan. Selain
itu, apapun harta yang kita ada, bila cukup syaratnya untuk berzakat,
hendaklah kita tunaikan kewajiban tersebut. Contoh lain, nikmat ilmu,
janganlah kita gunakan untuk tujuan cari makan. Atau kita gunakan ilmu
itu untuk tujuan bermegah-megah dan mencari glamour. Ini sudah tidak
menepati kehendak Tuhan.
Filed under: Kuliah 2, Menggunakan Nikmat Di Jalan Tuhan
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ
Menggunakan Nikmat Di Jalan Tuhan
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment