04 March 2020

Perangkap Riba dan Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah Mesir




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sesungguhnya Aku berniat kerana Allah:
Tugasan gerak tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat Allah.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada Mu Ya Allah..

Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Hembusan Nafasku berzikir Allāhu akbar  الله أكبر

 الحمد لله syukur kepada الله

bnu Khaldun dalam salah satu kajian ketamadunannya mengatakan bahawa bangsa yang lemah akan mencontohi bangsa yang kuat. Kenyataan ini bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh ‘Amr bin Luhay yang membawa sang Hubal kerana takjubnya dan berharap akan Mekah ketika itu dapat mencontohi kemajuan Syam.

Tamadun Islam

Tetapi, setelah beberapa tahun silih berganti, Mekah tidak dapat menandingi kemajuan Syam meskipun bilangan bangunan makin bertambah. Sebaliknya, berhala tersrbut hanya merosakkan agama hanif dan menukar identiti bangsa Arab kepada penyembah jahiliah.

Begitulah apa yang telah terjadi ke atas bangsa kita sekarang. Tanah kita pernah dijajah British, Belanda, Portugis dan Jepun seawal kurun ke 16 sehinggalah awal kurun ke 19.

Mereka mengeksploitasi bahan mentah dan tenaga kerja dari penduduk setempat dan membawa pulang hasil bagi memajukan negara mereka.

Mereka bukan saja menjajah tanah kita, tetapi menjajah kita dari segi pemikiran dengan memberi wajah baru terhadap agama kita yakni sekular dan liberal.

Mereka meracuni agama dan bangsa kita supaya hilang rasa izzah kepada Islam, dan memperhambakan kita agar tunduk dan sentiasa berharap kepada mereka. Kita terpesona melihat kemajuan mereka segala dalam hal kebendaan, sains dan teknologi dan kita ingin merasa maju seperti mereka.

Lalu dihantar anak anak Melayu yang bijak pandai untuk belajar dan membawa pulang segala macam kebendaan yang ada. Namun, sampai hari ini setelah puluhan tahun berlalu, kita masih gagal mengalahkan mereka, sebaliknya terus diperhambakan tanpa sedar.

Allah SWT telah memuliakan kita bangsa muslim dan melahirkan kita untuk memimpin bukan meniru atau mengikut bangsa lain seperti firman Allah swt,

“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.” (Surah Ali-Imraan: 110)

Jika kebendaan, sains dan teknologi menjadi syarat kejayaan, nescaya Allah SWT mengarahkan Nabi Musa as. dan Bani Israel untuk mempersiapkan segala kekuatan fizikal dan alat agar setanding dengan kehebatan Firaun.

Tetapi Allah mengkehendaki sebaliknya. Firaun dihancurkan apabila Bani Israel taat akan kepada Allah melalui tindakan Nabi Musa yang membelah lautan.

Allah SWT menurunkan Al-Quran kepada umat Muhammad SAW dan di dalamnya terkandung pelbagai penawar dan petunjuk untuk mengeluarkan manusia daripada belenggu jahiliah menuju cahaya Islam.

Melalui Al-Quran, kaum muslimin hanya mengambil sedikit masa untuk tampil sebagai kuasa besar dunia. Manhaj ini memberikan penekanan kepada program tarbiyah yang diwarnai dengan celupan Rabbani.

Tertewasnya Rom dan Parsi membuktikan jumlah manusia dan kemodenan benda bukanlah syarat kelayakan kepada kemenangan Islam.

Bagaimana mungkin perang Badar yang disertai oleh 313 orang Muslim melawan 1000 orang Quraisy Mekah dan perangnya dimenangi oleh kaum Muslimin? Ia boleh menjadi petanda kepada pengakhiran sesebuah ketamadunan apabila kebendaan itu disembah dan merebak fitnah.

Itulah yang terjadi kepada Rom dan Parsi. Mereka berjaya membina sebuah tamadun materialistik yang menjadikan syahwat sebagai tuhan dan menilai manusia hanya pada fizikal seperti kata pemikir barat Freud, manusia hanyalah ibarat kumpulan intrinsik yang bergerak.

Jadilah mereka seperti kera kera yang sedang berevolusi untuk memenuhkan segala tuntutan syahwat. Kera-kera itupun melompat gembira apabila syahwatnya dipenuhi sebaliknya bertukar menjadi gorilla yang paling ganas jika kekuasaan dan kemewahan yang dimiliki digugat

“Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk buruknya pada sisi Allah ialah; orang orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun.” (Surah Al-Anfal:22)

Material tidak akan memberikan sebarang nilai tambah kepada harga diri seseorang manusia dan sesebuah masyarakat jika tidak memahami matlamat kewujudannya.

Material sebaliknya boleh merosakkan kehidupan manusia itu sendiri kerana salah guna dan perebutan berlaku untuk mendapatkannya. Para sahabat tidak dikurniakan kehebatan sains dan teknologi untuk mengalahkan Rom dan Parsi sebaliknya mereka dikurniakan hati yang sarat dengan muatan iman.

Sabda Nabi SAW; “Ketahuilah! Bahawa di dalam tubuh ini ada seketul daging. Jika baik, baiklah seluruh tubuh ini, dan jika rosak, maka rosaklah seluruh tubuh ini. Ia adalah hati.” (HR Bukhari, Muslim dan Ibn Majah)

Pembinaan peradaban menurut manhaj Al-Quran bermula dari pembentukan hati yang tunduk kepada Allah dan bersih dari kecintaan dunia. Al Quran mengajarkan Rasulullah SAW untuk membina jiwa manusia dulu sebelum meluaskan wilayah dan membina bangunan.

Rasulullah SAW tidak pula menghantar para Sahabat untuk belajar di Rom dan Parsi yang terkenal sebagai tamadun gergasi ketika itu. Buat apa mempelajari tamadun yang hanya materialistik, tapi tiada ruh.

Khulafa Ar Rasyidin menggunakan teknologi Al-Quran untuk meruntuhkan tembok tembok Rom dan Parsi. Jika Rom dan Parsi berlumba lumba mendapatkan kuasa melalui penjajahan dan perhambaan sesama manusia sebaliknya seorang muslim sama sekali takkan redha melihat manusia hidup di bawah kepimpinan yang zalim dan fasiq.

Begitulah jawapan Rabi’ bin Amir, Hudzaifah bin Mishan dan Mughirah bin Syu’bah kepada panglima Parsi, Rustum sebelum tercetusnya perang Qadisiyah pada 636 M.

Namu begitu, ini tidak menafikan langsung keperluan terhadap kebendaan kerana kebendaan itu adalah sebahagian daripada persiapan selepas keimanan.

Sayyid Qutb pernah menjelaskan bahawa:

“Ini tidaklah bererti bahawa kita mesti melupakan dan mesti memandang enteng kepada soal “penghasilan benda” dan “rekaan sains” sebab menjadi kewajipan kita juga untuk berusaha mendapatkannya, tapi bukanlah dengan anggapan bahawa ia merupakan “syarat kelayakan” asasi yang mesti kita gunakan dalam memegang pimpinan umat manusia dalam tempoh sekarang ini. Cuma ia perlukan sekadar untuk menjaga hidup kita dari ancaman dan penindasan dan juga kerana konsep Islam sendiri yang mengajarkan bahawa ciptaan sains adalah mustahak sebagai syarat menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

"Oleh itu maka mustahaklah ada suatu syarat kelayakan lain, bukan hak ciptaan sains dan penghasilan benda, dan sudah pastilah syarat kelayakan itu tidak lain daripada “akidah” dan “program” yang membolehkan manusia itu mengawal dan memelihara hasil ciptaan sains, di bawah pengawasan suatu konsep lain yang dapat memenuhi hajat fitrah seperti yang telah diperolehi oleh kemajuan sains itu, dan supaya akidah dan program itu menjelma di dalam sebuah perkumpulan manusia, iaitu sebuah masyarakat Islam."

Pemimpin Yang Tidak Beriman

Berbalik kepada Malaysia yang kini seolah diancam dan cuba digugat keharmonian yang telah terbina semenjak merdeka. Seolah ada yang cuba mencarik fabrik perpaduan di negara kita. Kita juga percaya Islam sebagai agama Persekutuan mula tidak dihormati fasalnya dalam perlembagaan.

Menjadikan Islam di negara kita mula diprovokasi dengan isu isu mudah sehingga umat Islam menjadi reaktif. Unsur unsur pembawakan sekularisme dan liberalisme sedang cuba diserap penuh oleh golongan atheis dan pejuang hak asasi yang kononnya memperjuangkan suara manusia tetapi hanyalah untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Golongan sasar yang menjadi sasaran mereka adalah anak anak muda yang kini semakin ganjil perangainya dan pembawakannya. Generasi muda semakin hilang moral dan nilai yang sepatutnya membentuk jati diri mereka terhadap agama dan bangsa.

Negara kita juga seolah tidak stabil kerana tindakan politikus yang tiada hala tuju dan seolah tidak memikirkan rakyat yang rata rata masih susah. Ahli politik lebih memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan periuk nasi mereka berbanding rakyat.

Contoh politik beginilah yang membentuk masyarakat. Masyarakat yang hanya mengikuti tanpa ilmu akan mudah tertipu dengan janji janji manis politikus.

Jika hendak dibandingkan ketika zaman Umar Al-Khattab, zaman beliau digelar zaman keemasan kerana rakyat hidup mewah dan dan golongan miskin hampir saja tiada. Dikatakan harta Baitul Mal tidak terguna sedikit pun kerana tiada golongan yang layak menerimanya.

Sedang Madinah hidup senang ketika itu, Umar al Khattab sebagai pemimpin hidup dalam keadaan dhaif.

Kalau diikutkan boleh saja beliau hidup senang dengan gaji yang dibayar padanya, tetapi beliau berkhidmat bukan pada harta, tetapi pada amanah. Namun di Malaysia, menjadi keganjilan kerana wakil rakyat yang diberi mandat menggunakan alasan simplistik untuk berada dalam Dewan Rakyat.

Sebagai pemimpin tidak sesuai untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu. Bayangkan jika Khulafa Ar Rasyidin mengeluarkan kenyataan seperti penat dan sebagainya, adakah Islam dapat membina empayarnya yang tersendiri?

Khulafa Ar-Rasyidin hidup tanpa sains. Tetapi masih lagi mampu meluaskan syiar Islam hingga ke Afrika. Kita hidup dengan teknologi dan pengetahuan tetapi menjadi lebih terkebelakang dan lebih takut menyampaikan kebenaran.

Moga artikel ini memberi pengetahuan dan sedikit sebanyak kesedaran kepada kita bahawa materialistik tanpa ruh Islam tidak akan membantu, malah akan menjatuhkan ketika kita berada di puncaknya.

Wallahu a’lam.

Perangkap Riba, Hutang Dan Wang Kertas Dalam Kejatuhan Kerajaan Mesir Dan Uthmaniyyah

Rasanya agak mudah untuk memahamkan kita tentang konspirasi Dajjal melalui agennya Rothschild (Freemason) dalam usaha merosakkan sistem matawang dan jual beli Islam yang halal lagi adil. Perhatikan bagaimana sistem matawang kertas dan riba yang telah diwujudkan ini menjerat masyarakat dunia dalam usaha menawan negara-negara mereka.

Tumbangnya Kerajaan Uthmaniyyah

Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniyyah selaku kuasa besar Islam terakhir adalah antara sasaran utama Dajjal. Begitu juga Mesir yang terkenal dengan Fatwa Al-Azharnya, yang dirujuk satu bilion umat Islam sedunia menjadi pegangan pemikir politik yang pro-Islam atau Islam Sekular.

Dajjal tahu akan hal ini dan agennya (Rothschild) sentiasa berusaha dengan konspirasinya bertujuan menjajah seluruh umat Islam.

Bank Rothschild

Ketika 99 peratus bank di seluruh Eropah dikuasai oleh ahli-ahli keluarga Rothschild, Khalifah Islam dari kerajaan Turki Uthmaniyyah membuat kesilapan besar dengan melakukan pinjaman wang dari bank-bank Eropah.

Pinjaman dibuat Turki atas alasan pembangunan negara dan menampung kos ketenteraan. Tidak kurang juga besarnya sumbangan pengaruh wanita yang telah turut menjerat pemimpin Turki sehingga terpaksa berhutang.

Kejatuhan Mesir pula berlaku pada era 1860-an, ketika ia di bawah pemerintahan Ismail Pasha yang sangat inginkan negaranya maju seperti negara-negara Eropah lain. Keinginan beliau yang berpendidikan Eropah ini diambil kesempatan oleh Rothschild melalui agen-agennya di Mesir.

Projek pembinaan Terusan Suez oleh Dinasti Ali Pasha yang dijalankan oleh jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps menjadi punca kesulitan. Kos projek ini telah meningkat berjuta-juga Pound setiap tahun akibat peperangan yang sengaja ditaja oleh Dajjal.

Akhirnya, kerajaan Mesir terpaksa berulang-ulang menambah hutangnya hampir setiap tahun bermula pada 1862, 1864, 1866, 1867, 1868, dan 1870.

Pada 11 Jun 1873, kerajaan Mesir telah membuat pinjaman paling besar sepanjang pemerintahannya iaitu 32 juta pound dengan kadar bunga tahunan yang paling tinggi, iaitu 20 peratus setahun.

“Orang-orang yang makan riba’ tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran penyakit gila..” (QS:2/275)

Agen Rothchild di Mesir, Herman Oppenheim adalah antara yang membantu mendapatkan pinjaman kewangan daripada Bank Eropah. Daripada sekadar untuk biaya pembinaan Terusan Suez sampailah kepada pinjaman peribadi. Semua pinjaman itu sengaja di LULUSKAN dengan mudah.

Jumlah tunai yang diserahkan pula tidak penuh kerana telah ditolak bunga awal-awal lagi. Awalnya hanya hasil mahsul negara dari tiga kawasan dagangan di Mesir dijadikan cagaran. Apabila pendapatan negara tidak mencukupi untuk membayar hutang, maka terpaksa dicagar juga tanah-tanah bernilai tinggi.

Atas perancangan Rothschild, Mesir bankrap hanya selepas 2 tahun dari pinjaman terakhir, iaitu setelah kerajaan British berjaya menguasai saham harta terbesar Mesir iaitu Terusan Suez.

Ismail sendiri telah ditemui mati lemas secara misteri di Sungai Nil dan dipercayai angkara orang-orang Rothschild.

Atas perancangan Rothschild juga, pada tahun yang sama iaitu pada Oktober 1875, kerajaan khalifah Uthmaniyyah di Turki telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang bank Rothschild.

Kedua-dua kisah ini telah menyebabkan rakyat melarat cukup lama kerana terpaksa dibebani cukai yang naik melambung-lambung untuk membayar hutang negara.

WANG KERTAS DAN PENUBUHAN “FEDERAL RESERVE DEPARTMENT” (FRD)

Apa Itu Federal Reserve? (Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia)

Selepas runtuhnya Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah di Turki Pada tahun 1924, Yahudi telah menukar Sistem Kewangan Dunia menggunakan Wang Kertas.

Mulanya, wang kertas itu bersandarkan emas, akhirnya Yahudi MEMANSUHKAN sistem kewangan berasaskan emas dan perak itu dari muka bumi ini buat selama-lamanya.

Lantaran itu, sejarah wang kertas diwarnai pelbagai misteri, tipu muslihat dan pembelitan yang dahsyat.

Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll membawa kepada penubuhan ‘The Federal Reserve Department (FRD)’ pada tahun 1913. Keahliannya adalah milik syarikat persendirian. Kongres Amerika terpaksa meluluskannya secara paksa dan curi-curi.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat, termasuklah mencetak wang kertas Dolar Amerika. Mereka menentukan dasar perjalanan sesebuah bank. Kini FRD digunakan oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British menguasai Bandar Jerusalem pada tahun 1919.

Dunia telah berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah di Turki.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia. Antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada tahun 1929.

Pada 1944, muncul pula perjanjian ‘Bretton Woods’ yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan US35 = 1 auns EMAS.

Negara-Negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas itu, Dolar Amerika mendapat ‘daulat’nya, dan ‘International Monetory Fund’ (IMF) pun ditubuhkan.

Pada tahun 1948, Negara haram Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat di tengah-tengah benua Arab dan di dalam negara Palestin yang sah.

Pada tahun 1971, Amerika Syarikat pimpinan Richard Nixon yang hampir bankrap oleh perang Vietnam bertindak memutuskan ikatan antara dolar Amerika dan emas. Sejak itu dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Nilai dolar hanya ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Kesannya, semua matawang dunia telah berubah menjadi matawang FIAT, iaitu matawang yang bernilai SIFAR. Bayangkan betapa liciknya percaturan ini.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan mengenainya?

Mereka yang memahami sistem penipuan ini boleh membuat persiapan terhadap KERUNTUHAN yang tidak dapat dielakkan lagi dan melindungi diri masing-masing.

Mulakan simpanan emas anda. Ikut kemampuan dalam masa sama cuba wajibkan. Minima 1 gram 1 bulan. 12 bulan sudah ada 12gram. 10 tahun sudah ada 120g. Jadikan habit dan hobi.

KESIMPULAN

Dunia mulai sedar mengenai rahsia wang kertas yang tiada nilai itu. Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini hanya ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya. Ini bermakna nilainya tergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.

Wang kertas hanyalah ‘janji untuk membayar’. Sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai” Dalam erti kata lain, wang kertas hanya ‘sekeping kertas’ yang tidak bernilai apa-apa.

Masih ingat lagi bilamana ‘duit jepun’ menjadi tidak laku walau pun jumlahnya berguni di dalam simpanan kita dahulu? Apakah tidak mustahil keadaan semacam itu akan berlaku lagi?

Apakah kita masih mahu menafikan bahawa nilai wang kertas semakin susut saban tahun? Sedarlah bahawa nilai RM 1 pada hari ini tentu tidak akan sama nilainya pada 5 tahun akan datang.

Semoga memberi manfaat.

3 Mac 1924: Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah Kerajaan Islam Terakhir

Tanggal 3 Mac 1924 menjadi satu tarikh hitam buat seluruh umat Islam dengan jatuhnya sistem khalifah Islam yang sudah berabad-abad memerintah, sekalipun Sultan Abdul Hamid II berusaha sehabis mungkin meneguhkan Empayar Islam Turki yang sedang tenat akibat ditekan oleh kuasa-kuasa besar Eropah yang lain, ditambah pula hutang kerajaan yang tinggi pada ketika itu.

3 Mac 1924: Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah Kerajaan Islam Terakhir
Sultan Abdul Hamid II (1876-1909 M).

Sebahagian besar wilayah takluk Empayar Islam Uthmaniyyah yang bertapak di Turki itu terletak di Asia Barat termasuklah Palestin, Israel, Kuwait, Iraq, Lebanon, Jordan, Syria dan Iran, pernah menguasai sebahagian besar benua Asia, Eropah dan Afrika Utara.

Empayar Islam Uthmaniyyah juga pernah menjajah beberapa negara Eropah dan Afrika Utara termasuklah Greece, Hungary, Albania, Armenia, Bosnia-Herzegovina, Bulgaria, Serbia, Kosovo, Arzebaijan, Croatia, Tunisia, Libya, Mesir, Algeria serta beberapa negara lain.

Bertahan selama lebih 600 tahun, empayar itu bagaimanapun akhirnya runtuh disebabkan pelbagai faktor termasuk isu dalaman sehingga menyebabkan anasir luar mudah menerobos dan menghancurkan kegemilangan kerajaan Islam tersebut secara perlahan-lahan.

Kerajaan Uthmaniyyah merupakan kerajaan Islam terakhir yang mengamalkan sistem pemerintahan khalifah selepas kerajaan Umayyah (661 hingga 750 Masihi) dan kerajaan Abasiyyah (752-1258).

Diasaskan oleh Uthman Ertugrul atau dikenali sebagai Osman Ghazi dan Uthman I sekitar tahun 1299, empayar itu melalui beberapa era iaitu penubuhan, perluasan, kekuasaan dan kejatuhan iaitu antara 1683 hingga 1908 sehinggalah zaman pemerintahan khalifah terakhir Abdul Majid II yang berakhir pada 1924.

Selain kejayaan menawan beberapa wilayah menerusi Perang Kosovo dan Perang Salib, kemuncak kejayaan Uthmaniyyah ialah kejayaan menawan Constantinople atau Istanbul di bawah pimpinan Sultan Muhammad ke-II atau Sultan Al-Fateh.

Bagaimanapun, ‘langit tidak selalu cerah’ dan itulah yang berlaku selepas Perang Vienna 1683 yang menyaksikan kekuatan Empayar Uthmaniyyah semakin mengecil dan satu persatu wilayahnya jatuh ke tangan kuasa barat termasuk Britain, Perancis dan Rusia.

Pada masa yang sama, banyak wilayah lain turut bangkit atas semangat nasionalisme menuntut pembebasan daripada kekuasaan Uthmaniyyah termasuk beberapa negara Arab yang ketika itu dimomokkan dengan sentimen menentang ketuanan khalifah yang berbangsa Turki.

Faktor-faktor dalaman seperti perebutan kuasa, pergolakan politik, rasuah, hutang dan kemewahan melampau turut menyumbang kepada kejatuhan empayar itu sehingga muncul satu persatu kuasa yang cuba menjatuhkan mereka.

Faktor lain termasuklah keterlibatan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Rusia-Turki sehingga menyebabkan pemimpin empayar Islam itu ketika itu digelar ‘The Sick People of Europe’.

ZIONIS

3 Mac 1924: Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah Kerajaan Islam Terakhir
Theodore Herzl pemimpin kumpulan Zionis yang pertama.

Semasa pemerintahan baginda, pemimpin utama Zionist iaitu Theodore Herzl datang menghadap Sultan Abdul Hamid II dengan penuh hormat sambil tunduk dan mencium tangan baginda.

Herzl meminta pada baginda agar membenarkan orang-orang Yahudi yang terusir dari Eropah membina penempatan di Palestin dengan menawarkan bayaran emas bernilai 150 juta pound. Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh Sultan Abdul Hamid II.

“Beta tidak akan menjual walau seinci pun tanah Palestin kerana tanah itu bukan milik beta tetapi ia milik umat Islam. Mereka mendapatkan tanah ini dengan darah,” kata Sultan Abdul Hamid II kepada Theodor Herzl.

“Simpan saja wang kamu itu. Kamu akan mendapat wilayah Palestin secara percuma jika empayar ini musnah. Selagi beta hidup, beta tidak akan benarkan perkara itu berlaku,” tegasnya lagi.

Pendirian Sultan Abdul Hamid II itu telah menyebabkan Zionis mengamuk dan tidak berdiam diri.

MUSTAFA KAMAL ATARTURK

3 Mac 1924: Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah Kerajaan Islam Terakhir
Mustafa Kamal Ataturk merupakan Presiden Turki yang petama (1918-1934 M).

Kemudian, muncul pula gerakan baharu yang menyebarkan idea-idea pemodenan dalam masyarakat Turki yang diterajui oleh beberapa tokoh terkenal termasuk seorang pegawai tentera Uthmaniyyah yang juga pengasas Republik Turki moden sekarang iaitu Mustafa Kamal Atarturk.

Mustafa Kamal yang mengepalai sebuah gerakan dikenali The Young Turks dikatakan cuba mengurangkan kuasa Sultan dengan menubuhkan Parlimen dalam usaha menjadikan Turki sebuah negara sekular serta membuat beberapa perubahan radikal terhadap polisi negara itu mengikut acuan Barat.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya Turki masih lagi menganggap mereka sebagai negara yang berkuasa walaupun hakikatnya tidak - apabila hasrat mereka untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) masih belum diterima sehingga kini.

Dalam situasi hari ini pula, boleh dikatakan sebahagian besar daripada negara yang pernah berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah di Asia Barat kini masih bergolak.

Konflik antara Israel dan Palestin telah lama berlarutan hingga menyebabkan beratus ribu nyawa melayang, manakala negara-negara lain seperti Iraq, Libya dan Mesir pula berdepan penentangan rakyatnya sendiri hingga mendorong campur tangan kuasa luar terutamanya Amerika Syarikat (AS) yang mengintai peluang ‘untuk menangguk di air keruh’.

Negara seperti Greece pula berdepan kemelesetan ekonomi yang teruk ekoran krisis hutang yang sangat tinggi, manakala beberapa siri keganasan masih mewarnai Turki dan perang saudara meletus di Syria sehingga menyebabkan ratusan ribu orang awam terkorban.

TURUN TAKHTA

Sultan Abdul Hamid II digulingkan takhta dalam satu peristiwa berdarah sebelum digantikan khalifah Sultan Mehmed V, Sultan Mehmed VI dan Sultan Abd-ul-Mejid II yang hanya sebagai boneka sahaja.

Sistem khalifah di ambang kejatuhan tatkala Mustafa Kamal Ataturk diangkat menjadi Presiden Turki yang pertama pada 29 Oktober 1923.

Kemenangan di dalam beberapa siri peperangan yang diketuai oleh Mustafa telah dirancang rapi untuk mengaburi mata rakyat Turki pada masa itu sehingga mereka berasa yakin dengan kepimpinan beliau.

Semasa pemerintahan Mustafa, beliau telah mengusulkan kepada anggota Zionis Antarabangsa untuk melaksanakan projek pembubaran khalifah.

Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh anggota organisasinya sendiri. Detik hitam ini dirakamkan pada 3 Mac 1924.

Rentetan daripada itu, kedurjanaan Mustafa yang dilantik sebagai Presiden Turki telah pun terserlah dengan menjadikan Turki sebagai negara yang sekular atas alasan mahu memodenkan Turki mengikut gaya Barat.

Sejurus selepas sistem khalifah secara rasmi dibubarkan, beliau telah mengumumkan beberapa perkara iaitu:
  • Mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara.
  • Menutup mahkamah-mahkamah Syariah.
  • Menghapuskan jawatan Menteri Syariah.
  • Membubarkan sekolah agama dengan mencampurkan pelajar lelaki dan perempuan.

Antara perubahan lain yang dilakukan oleh Mustafa ialah azan dilaungkan dalam Bahasa Turki, pemakaian yang dikaitkan dengan agama adalah diharamkan seperti purdah dan tudung serta kalendar Hijrah ditukar dengan kalendar Masihi.

Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924, umat Islam terus ditimpa musibah yang seperti tiada kesudahannya.

Kerajaan Islam kecil yang bernaung di bawah Turki sebelum ini telahpun dikaut dan dijajah oleh Eropah.

Selain itu, masyarakat juga menjadi pincang dan berpecah belah sehinggakan umat Islam seakan-akan dibiarkan tergantung tak bertali.

Akhirnya, selepas 3 Mac 1924, tiada lagi khalifah Islam sehingga ke hari ini dan corak pemerintahan Islam hanyalah menjadi satu lagi lembaran sejarah yang ditinggal kenangan.

KUASA BARU?

3 Mac 1924: Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah Kerajaan Islam Terakhir

Empat tahun selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyyah juga menyaksikan Imam Hasan Al Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam, seterusnya gerakan Islam ditubuhkan di bumi umat Islam yang lain. Jamiat Islami ditubuhkan di Sub Continent, MASYUMI di Indonesia, Hizbul Muslimin di Malaya, an Nur di Turki dan pelbagai gerakan Islam kontemporari yang lain.

Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah membuka laluan kepada kemunculan kuasa baru di rantau Asia Barat seperti Iraq di bawah Saddam Hussein dan Libya di bawah Muammar Gaddafi serta Mesir di bawah Hosni Mubarak dan Syria, namun, kekuasaan semua negara Arab itu berakhir selepas AS menyerang Iraq membawa kepada kejatuhan Saddam Hussein dan kematian Muammar Gaddafi selepas campur tangan barat di Libya dan perang saudara di Syria.

Kini, wujud vacuum di Asia Barat dan Turki mula menunjukkan pengaruhnya untuk bangkit semula sebagai satu kuasa di Asia Barat dan begitu juga dengan Arab Saudi dan Iran.

Tarikh 3 Mac 1924 adalah sejarah luka umat Islam dan ianya akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam.

Islam yang berdaulat, negara yang mendokong Syariat serta menjadi pembenteng kepada agama Allah sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniyyah.

Semoga memberi manfaat.

Jasad Mustafa Kamal Ataturk Ditolak Bumi, Mayat Ditindah Batu Seberat 44 Tan

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.

Mustafa Kamal Ataturk

Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin.

Ketika itu Empayar Ottoman/Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist.

Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.

Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kamal:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya, “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?” Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab, “Kamal Atartuk adalah Tuhan,” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Mustafa Kamal Ataturk [2]

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayat ini diawet selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di bawah batu marmar.

Makam Mustafa Kamal Ataturk

Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Mustafa Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa

“Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

#Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi.

Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.

No comments: