أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantongku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ

Orang Zuhud Dikasihi Allah
Orang Zuhud Dikasihi Allah
Orang Zuhud Dikasihi Allah
Posted on 4 Februari 2010 by kataganti
Rasulullah bersabda lebih kurang maksudnya, “Jika kamu hendak dikasihi Allah, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia”.
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa untuk mendapat kasih
sayang Tuhan, maka yang perlu kita perbuat di dunia ini ialah zuhud
kepada dunia. Yang dikatakan zuhud itu bukanlah boleh diukur kepada
miskin atau kaya. Sesetengah orang berpendapat miskin itu zuhud dan
kaya itu tidak zuhud. Tidak sebegitu dan tidak semestinya. Malah ada
juga yang menyatakan zuhud itu menolak atau membuang dunia. Salah
tafsir ini perlu diperbetulkan.
Zuhud itu letaknya di hati. Dikatakan zuhud bila hati tidak cinta
dunia. Hanya sanya dunia itu dijadikan sebagai saluran untuk membesar
dan mengagungkan Tuhan. Biarpun kaya, kaya digunakan untuk jalan Tuhan.
Biarpun miskin, hatinya tetap dengan Tuhan dan tak terikat dengan
dunia. Maksudnya di sini, orang zuhud bukanlah menolak dunia. Dunia itu
diambil sekadar keperluan. Selebihnya digunakan di jalan Tuhan.
Diceritakan bahawa pernah Sayyidina Ali, pergi melihat sebuah
masjid dan dilihatnya di situ ada halaqah pengajian. Yang mengajar itu
adalah Hasan Basri, seorang remaja belasan tahun umurnya walhal
orang-orang yang mendengar itu kebanyakannya orang dewasa. Timbullah
niat di hati Sayyidina Ali untuk menguji apakah Hasan Basri benar-benar
layak mengajar. Ditanya kepada Hasan Basri, “apakah yang boleh
menyelamatkan manusia?” “Zuhud”, jawab Hasan Basri secara spontan.
Maka, yakinlah Sayyidina Ali yang Hasan Basri itu mempunyai kelayakan
untuk mengajar hanya kerana dapat menjawab dengan tepat soalan beliau.
Pengajaran daripada kisah ini dapatlah kita ketahui bahawa zuhud adalah
kunci kepada keselamatan manusia. Manakan tidak, hadis di atas juga
telah meletakkan orang zuhud sebagai orang kesayangan Allah. Sudah
pasti orang kesayangan Allah itu akan terselamat di dunia juga di
Akhirat. Selama mana seseorang itu boleh zuhud, selagi itulah dia akan
terselamat.
Tuhan ada berfirman, “Tidak ada dua hati dalam diri anak Adam”
(Al-Ahzab:4) . Hati manusia ini kalaulah tanpa zuhud, nescaya akan
diisi dengan cinta dunia. Seolah-olah hati manusia itu menjadi rebutan,
bertarik-tarik antara zuhud dan cinta dunia. Amat malang, jika hati
terarah kepada cinta dunia, maka tiadalah lagi keselamatan kepada
manusia itu. Benarlah sabda Nabi tentang dunia ini iaitu: “Cinta dunia
adalah kepala bagi segala kejahatan.” Daripada cinta dunia, lahirlah
berbagai kejahatan lain seperti hasad dengki, pemarah dan sombong.
Semua ini bukan sahaja merosakkan empunya diri tetapi boleh juga
merosakkan orang lain. Hakikat krisis dan perpecahan umat yang berlaku
hari ini adalah disebabkan dengan penyakit cinta dunia ini. Selagi
penyakit cinta dunia ini tidak diungkai daripada hati manusia, selagi
itulah manusia akan terus berkrisis dan bersengketa. Tidak akan aman
dunia ini dengan adanya manusia-manusia yang bersarang cinta dunianya.
Lagi, bila kita kaji dan teliti hadis ini, orang zuhud itu
disayangi Tuhan kerana hati orang zuhud itu sudah tidak terikat dengan
dunia lagi. Apa maksudnya? Dunia bila sudah masuk hati, maka rasa-rasa
dengan Tuhan akan menjauhi. Tapi bila dunia itu sudah dibuangkan
daripada merajai hati, maka mudahlah rasa-rasa dengan Tuhan itu masuk
dan menguasai hati. Justeru, selarilah rasa hati seseorang itu dengan
kehendak-kehendak Tuhan. Jadilah, dia itu orang yang memahami kehendak
dan peranan Tuhan dalam kehidupan.
Disebut tadi, zuhud itu mengambil dunia sekadar perlu. Dan
selebihnya digunakan untuk jalan Tuhan. Itu ilmunya. Nak berbuat,
tidaklah semudah yang diceritakan. Ianya perlukan mujahadah. Kena
benar-benar mengekang nafsu daripada berkehendak kepada yang tidak
perlu. Kena benar-benar merasai kesusahan orang lain agar mudah harta
dunia itu dialihkan kepada orang yang susah. Kena benar-benar ada jiwa
untuk memperjuangkan Tuhan, barulah dunia itu disalurkan untuk
perjuangan fisabilillah. Kuat mujahadah, maka lemahlah nafsu mencintai
dunia, Sebaliknya, bila lemah mujahadah, jadilah nafsu itu kuat dalam
mencintai dunia
ORANG ZUHUD DIKASIHI ALLAH
Posted on 31 Disember 2009 by kataganti

mencintai dunia.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ
Orang Zuhud Dikasihi Allah
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment