
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
MACAM MANA KITA BOLEH HILANG PULAU BATU PUTEH DULU? INI FAKTA YANG KITA KENA TAHU
MACAM MANA KITA BOLEH HILANG PULAU BATU PUTEH DULU? INI
FAKTA YANG KITA KENA TAHU Admin 2 Years
Ago No Comments
Sumber :
https://soscili.my/macam-mana-kita-boleh-hilang-pulau-batu-puteh-dulu-ini-fakta-yang-kita-kena-tahu/
اللهَ .لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
MACAM MANA KITA BOLEH HILANG PULAU BATU PUTEH DULU? INI FAKTA YANG KITA KENA TAHU
MACAM MANA KITA BOLEH HILANG PULAU BATU PUTEH DULU? INI
FAKTA YANG KITA KENA TAHU Admin 2 Years
Ago No Comments
FACEBOOK PREV ARTICLE
NEXT ARTICLE
Mungkin ramai dari kita yang pernah pergi Pulau Tioman,
Pulau Pangkor, Pulau Langkawi dan sebagainya kat Malaysia ni. Tapi tak pernah
pulak kita dengar yang orang melancong pergi Pulau Batu Puteh. Apa taknye, saiz
pulau ni pun hanya sebesar padang bola sepak! Kalau main bola sepak pun konfem
asyik hilang bola.
Walaupun pulau ni nampak macam takde nilai bagi kita, tapi
pulau inilah yang direbutkan dua negara iaitu Malaysia dan Singapura. Sampaikan
pertikaian ni dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2007.
Sebenarnya, ada 3 pulau yang dipertikaikanstatus
kedaulatannya, iaitu Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan
Tubir Selatan (South Ledge).
Yang kecik-kecik tu lah pulau-pulau yang direbutkan tu. Imej
dari batuputih.blogspot
Akhirnya pada 2008, mahkamah memutuskan yang Pulau Batu
Puteh jadi milik Singapura, Middle Rock jadi milik kita dan Tubir Selatan akan
ditentukan berdasarkan persetujuan dua negara. Tapi baru-baru ni Malaysia
sekali lagi nak tuntut pulau ni bila dapat beberapa bukti baru.Oleh itu, mari
kita kenal dulu sejak bila Pulau Batu Puteh ni menjadi rebutan dua negara.
Sebelum ni, takde siapa yang kisah pasal Pulau Batu Puteh
Orang Portugis namakan pulau ni sebagai Pedra Branca yang
jugak bermaksud Batu Puteh, dan nama tersebut masih lagi diguna oleh Singapura
sekarang. Kenapa batu putih? Sebab dulu banyak taik burung bertepek yang
buatkan pulau kecik ni jadi warna putih (betul tak tipu).
Berdasarkan rekod sejarah, pulau ni disifatkan berbahaya
sebab dari tahun 1824 sampai 1851, sebanyak 25 kemalangan kapal terjadi kat
kawasan pulau ni. Pulau ni jugak sebenarnyakosong dan takde siapa yang nak
ambil peduli, sampailah tahun 1851 apabila seorang warga British, Kapten James
Horsburgh dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) membina sebuah rumah api.
Dah beratus tahun rumah api tu dah ada kat pulau ni. Imej
asal dari news.asiaone.com
Rumah api tu pun dinamakan sempena namanya (Rumah Api
Horsburgh). Bermula dari situ, Singapura kata yang pulau ni dah sah jadi milik
British. Jarak antara pulau ni dari Malaysiaadalah 7.7 batu nautika manakala 25
batu nautika dari Singapura.
Tapi sebab pokok mulanya pertikaian ni adalah bila Malaysia
terbitkan peta rasmi pada 1979 dan dalam peta tu, Malaysia tetapkan yang Pulau
Batu Puteh adalah sebahagian dari Malaysia.Pertikaian ni akhirnya membawa
kepada ICJ di Belanda untuk dibicarakan.
Macam mana kita boleh kalah dalam pertikaian ni?
Masa dalam perbicaraan kat ICJ, Singapura mendakwa Pulau
Batu Puteh adalah pulau yang ‘tak bertuan’ sebelum 1847. Bagaimanapun, ICJ menolak dakwaan ni dan
mengesahkan yang Pulau Batu Puteh berada di bawah naungan Sultan Johor kerana
ada orang laut yang jalankan aktiviti ekonomi kat situ.
Orang Laut terkenal dengan sikap diorang yang setia pada
Raja. Imej dari untoldhistoriesofmalaya.blogspot
Malaysia jugak berhujah yang kerajaan Johor ada bagi surat
kebenaran kat British untuk bina rumah api kat Pulau Batu Puteh. Malangnya,
Malaysia gagal kemukakan surat tu dan ia jadi hujah pulak bagi Singapura yang
kemudiannya mengemukakan peta rasmi Malaysia/Tanah Melayu sekitar tahun
1962-1974, melabelkan Pulau Batu Puteh sebagai milik Singapura.
Tapi antara bukti yang paling tak boleh disangkal lagi, bila
Singapura tunjukkan surat Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 1953.
Ini kerana, dalam surat tu kata yang Johor tak tuntut hak milik Pulau Batu
Puteh! Makanya, ICJ nampak yang ini sebagai tanda Johor dah melepaskan
kedaulatannya ke atas Pulau Batu Puteh. Secara halusnya, Johor dah hilang Pulau
Batu Puteh sejak 1953 lagi.
Inilah surat yang dimaksudkan tu. Imej dari Wikipedia.
Selain tu, wakil Malaysia ke ICJ jugak dikatakan jadi punca
kekalahan kita dengan Singapura. Perkara ni pernah disuarakan oleh Dr Mahathir
suatu ketika dahulu. Katanya, Singapura hantar ketua hakim dan seorang peguam
yang pernah kerja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sedangkan
Malaysia hanya hantar peguam negaranya yang tak berapa terkenal.
Berikut adalah mereka yang jadi wakil Malaysia dan
Singapura:
Antara Pasukan Malaysia
Tan Sri Abdul Kadir Mohamad – Penasihat Perdana Menteri
dalam Hal Ehwal Luar Malaysia.
Datuk Noor Farida Ariffin – Duta Besar Malaysia ke Belanda,
bertindak sebagai wakil bersama.
Tan Sri Abdul Gani Patail – Peguam Negara, ketua pasukan
undang-undang.
Antara Pasukan Singapura
Tommy Koh – Dari Kementerian Luar Republik Singapura. Dia
jugak profesor undang-undang kat Universiti Kebangsaan Singapura.
S. Jayakumar – Timbalan Perdana Menteri Singapura.
Chan Sek Keong – Ketua Hakim Negara.
Chao Hick Tin – Peguam Negara.
Walapun macam tu, Tommy Koh dan S. Jayakumar dalam buku
diorang: ‘Pedra Branca: The Road to the World Court’ memuji, malah kata yang
diorang sebenarnya takut dengan pasukan peguam Malaysia, terutamanya kepada
Datuk Noor Faridah.
Team Singapura masa kat ICJ. Dari kiri: Tommy Koh, S
Jayakumar dan Chan Sek Keong. Imej asal dari Channel News Asia.
‘Cuai’ jadi punca Malaysia kalah
Walaupun begitu, masih ada suara-suara yang tak berpuas hati
dengan keputusan tersebut. Ini kerana bagi diorang Malaysia memang ada hak ke
atas pulau tu. Tindakan Malaysia yang cuai dan tak bersedia menyebabkan
kekalahan kita di ICJ.
Antara kecuaian Malaysian adalah bila kita membiarkan
Singapura menjalankan pentadbiran dan undang-undang kat kawasan Pulau Batu
Puteh. Ini berlaku bila Singapura mendakwa yang diorang dah buat kawalan dan
rondaan kat kawasan perairan Pulau Batu Puteh, sedangkan Malaysia tak buat
semua tu. Tindakan Singapura itu jugak tak dapat bantahan dari Malaysia.
Imej asal dari navaltoday.com
Dalam hal ni, Singapura cuba bandingkan tindakan Malaysia
kat Pulau Pisang, Johor (juga jadi pertikaian Malaysia-Singapura) dengan apa
yang jadi kat Pulau Batu Puteh. Hujah diorang, Malaysia pernah suruh Singapura
turunkan benderanya kat Pulau Pisang tapi tak buat macam tu kat Pulau Batu Puteh.
Selain tu, sikap diam diri Malaysia bila Singapura pasang
alat komunikasi pada 1977 dan cadangan negara tu nak buat penambakan laut di
perairan Batu Puteh mula diterima dalam mahkamah. Menurut ICJ lagi, Johor dan
Malaysia jugak dikatakan tak buat apa-apa ke atas pulau tu sejak tahun 1850
lagi, sampaikan bila ada pegawai-pegawai dari Malaysia nak buat urusan kat
pulau tu, diorang terpaksa mintak kebenaran daripada Singapura.
Oleh itu, Malaysia dilihat dah cuai dalam mempertahankan
Pulau Batu Puteh bila bertindak mengabaikan pulau tu sejak 100 tahu lalu. Tapi
apa yang lebih menyedihkan adalah kerana surat Pemangku Setiausaha Kerajaan
Negeri Johor yang kata Johor tak tuntut hak milik Pulau Batu Puteh.
“Kemudian pada 1953, tanpa berfikir panjang, Setiausaha
Kerajaan Negeri Johor mengesahkan kepada Singapura bahawa Pulau Batu Puteh
bukan milik Johor. Pengesahan itu dibuat secara hitam putih. Kecuaian ini
menyebabkan kita kehilangan pulau itu.
Pengajaran penting daripada penghakiman ini kepada setiap
pihak ialah belajarlah daripada sejarah. Kita perlu berhati‐hati
apabila membuat keputusan agar generasi akan datang tidak menanggung kerugian
penderitaan.” – Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud, dipetik dari Berita Harian, juga
tersiar di Jabatan Penerangan Malaysia.
Yang besar tu Singapura menang & yang kecik tu kita
menang. Imej dari Astro Awani.
Kenapa pulau ni penting sangat sampai kita nak berebut
bagai?
Sebelum apa-apa, mari kita faham dulu apa yang dimaksudkan
dengan status ‘pulau’. Menurut Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982
(UNCLOS 1982), pulau adalah tanah yang dikelilingi air laut ketika air pasang.
Pulau yang manusia boleh hidup kat atasnya pulak dibenarkan
untuk menjana laut wilayah (territorial sea), Zon Ekonomi Eksklusif (Exclusive
Economic Zone) dan Pelantar Benua (Continental Shelf) di sekeliling pulau
tersebut. Tapi pulau yang terbentuk dari batu macam Pulau Batu Puteh tak boleh
menuntut Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan pelantar benua (continental shelf).
Apa kebenda semua tu?
Laut wilayah (territorial sea): Negara perairan pantai
berhak dalam jarak 12 batu nautika dari pantai berdekatan (selalunya diukur
dari garis air surut). Hal ini akan memberikan hak kedaulatan mutlak kepada
sesebuah negara itu dalam lingkungan 12 batu nautika tersebut.
Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ): Kawasan pesisir pantai dan
dasar laut dalam jarak 200 batu nautika dari pantai negara (air surut di
pantai). Negara mempunyai hak dan bidang kuasa menjelajah, mengeksploitasi,
memulihara dan menguruskan sumber-sumber asli yang hidup dan yang tak hidup.
Pelantar benua (continental shelf): Tanah dasar laut dalam
jarak 200 batu nautika dari pantai negara (air surut di pantai). Selalunya
diguna untuk perlombongan minyak.
Mungkin bila korang tengok ni, korang akan faham. Imej dari
tunnel2funnel.com
Jadi apa pentingnya Pulau Batu Puteh ni sampai jadi rebutan?
Pada tahun 1986, Singapura dah melancarkan operasi tentera ke atas pulau
ni.Singapura jugak dah letakkan kapal perang berhampiran Pulau Batu Puteh dan
jadikan kawasan sekitarnya tu sebagai ‘kawasan larangan’.
Nelayan-nelayan yang selama ni jadikan Pulau Batu Puteh sebagai
‘lubuk emas’ diorang mula dihalang menangkap ikan kat situ. Selain tu,
kedudukan pulau ni pun sangat strategik, sebabnya Pulau Batu Puteh terletak kat
jalan utama antara timur dan barat melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.
“Jadi kalau Singapura berjaya dapatkan Batu Puteh, itu
bermaksud Singapura ada kedaulatan di kawasan jalur laut yang penting…yang
sepatutnya kawasan itu hanya milik Malaysia dan Indonesia sahaja.” – Dr. Mohd
Hazmi Mohd Rusli, Fakulti Undang-undang dan Syariah, Universiti Sains Islam
Malaysia, jawapannya kepada SOSCILI.
Apa yang jadi kebimbangan pada Malaysia adalah Singapura
bebas nak buat apa je kat pulau tu termasuklah penambakan laut. Jadinya pulau
yang sebesar satu padang bola, tak mustahil boleh jadi sebesar 20 padang bola.
Kalau perkara tu berlaku tak jadi masalah untuk Singapura buat pangkalan polis
marin, tentera atau sebagainya.
Bekas Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew pernah
cadangkan Singapura bina loji nuklear kat Pulau Batu Puteh. Imej dari Must
Share News.
Malaysia kena ada bukti yang kukuh, kalau nak balik Batu
Puteh
Sebenarnya keputusan ICJ masa 2008 tu adalahkeputusan
muktamad tanpa rayuan. Tapi ICJ masih lagi benarkan semakan dalam masa 10
tahun. Buat masa sekarang pihak Malaysia kata yang kita ada bukti baru dari
arkib British yang kata Batu Puteh tak pernah jadi milik Singapura.
Team Malaysia masa kat ICJ. Dari kiri: Ghani Patail (peguam
negara), Noor Faridah Ariffin (Duta Malaysia ke Blanda) & Abdul Kadir
Mohamad (Penasihat PM dalam Hal Ehwal Luar). Imej dari airmata-darah-keringat
Usaha ni sebenarnya bagus cuma kita mesti ada bukti kukuh
untuk menang. Kita tak boleh kalah sekali lagi, sebabnya perkara tu bukan je
dah malukan negara malah mencalarkan maruah negara sekali lagi!
“Kita tidak mampu untuk kalah lagi, sebab ini melibatkan
maruah negara dan kalau bukti ini tak kuat, saya berpendapat lebih baik kita
selesaikan masalah secara perbincangan. Perbincangan boleh jadi menang-menang,
tapi keputusan ICJ implikasinya menang-kalah.” — Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli,
Fakulti Undang-undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, jawapannya
kepada SOSCILI.
Maka itu, marilah kita sebagai rakyat Malaysia bersatu dan
lupakan perselisihan politik kita dalam mempertahankan hak kita terhadap Pulau
Batu Puteh. Sebabnya dengan kemenangan ni, nelayan kita takde masalah lagi
untuk tangkap ikan kat kawasan tebabit. Kita jugak tak payah berbincang dengan
Singapura lagi dalam membahagikan wilayah maritim.
“Kedudukan Middle Rocks dan Batu Puteh tidak lebih dari 1km,
bayangkan kawasan maritim kita, tapi tiba-tiba ada wilayah Singapura di
tengah-tengah. Kalau kita menang implikasi positifnya sangat besar tapi kalau
kita kalah, sudah tentu maruah kita akan tercalar lagi.” – Dr. Mohd Hazmi Mohd
Rusli, Fakulti Undang-undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia,
jawapannya kepada SOSCILI.
Selain tu, ni bukannya kes pertama Malaysia yang libatkan
ICJ. Sebelum Malaysia dan Indonesia jugak pernah masuk ICJ dalam isu pemilikan
Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Akhirnya pada 2002, ICJ putuskan yang
kedua-dua pulau tu adalah milik Malaysia.
Pulau Batu Puteh adalah maruah yang kita kena pertahankan
Walaupun tindakan kerajaan dalam hal ni nampak baik. Tapi
ada jugak mereka yang agak ragu-ragu dengan usaha kerajaan ini. Seperti mana
yang dikatakan oleh Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang mintak
kerajaan jangan jadikan isu tuntutan semula Pulau Batu Puteh sebagai propaganda
Pilihanraya Umum ke 14. Perkara ni pun disebut oleh Bekas Menteri Penerangan, Tan
Sri Zainuddin Maidin dalam blognya.
“Najib berharap dengan membangkitkan semula tuntutan Pulau
Batu Puteh ini, yang akan memakan masa bertahun-tahun untuk pengurusan kesnya
akan melupakan rakyat terhadap penyelewengannya dari nasionalisme Malaysia
sehingga Pilihanraya ke-14.” – Tan Sri Zainuddin Maidin, dipetik dari Zamkata.
Walau bagaimanapun, isu tuntutan Pulau Batu Puteh tetap
dianggap sebagai isu maruah negara yang terlepas ke negara asing. Sebuah pulau
yang telah sekian lama menjadi milik kita akhirnya terlepas hanya kerana
kelalaian kita untuk menjaga dan mempertahankannya.
Tapi dengan azam yang kuat dan keteguhan maruah, kita
sepatutnya bersama-sama mempertahankan hak kita sebagai pemilik sah Pulau Batu
Puteh. Mungkin kita boleh ambil kata-kata Almarhum Sultan Johor, yang tegas
dalam mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh.
“Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu
Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila
pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu.” –
Almarhum Sultan Iskandar, dipetik dari Malaysiakini.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
..................................................................
.......................................................................................................
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah













No comments:
Post a Comment