Ada
pun kemudian daripada itu, bahawasanya telah berkata Hujjatul Islam
Imam Al-Ghazali Qaddasallahu sirrahu dalam kitab Misykatul Anwar
bahawasanya tiada pada wujud mumkinul wujud ini terlebih indah daripada
alam ini dan tiada terlebih sempurna kejadiannya daripada ini. Tetapi
insan itu terlebih indah pula daripada alam sekeliannya. Maka dari
kerana itulah setengah daripada Arif Rabbani berkata fardu dan wajib
atas orang yang Arif mengetahui daripada pihak yang mana sama antara
insan dengan alam, dan dari pada pihak yang mana terlebih insan
daripada alam sekalian. Adapun yang sama antara insan dengan alam ini
daripada pihak adakah Alam Malak dan pada Alam Malakut dan pada Alam Jabarut.
1)
Maka yang bernama Alam Malak pada alam ini ialah segala barang yang
terlihat pada mata kepala, dan terdengar telinga, terasa oleh perasa
tubuh. Maka itulah bernama Alam Malak.
2)Maka
yang bernama Alam Malakut itu ialah suatu alam segala barang yang tiada
terlihat oleh mata kepala, tiada didengar oleh telinga, dan tiada
terasa oleh perasa tubuh. Maka itulah bernama Alam Malakut itu pada
alam, suatu alam segala barang yang tiada terlihat oleh mata kepala,
dan tiada terdengar oleh telinga, dan tiada terasa oleh perasa tubuh.
Maka itulah yang bernama Alam Malakut pada alam ini.
Ada
pun telah berlaku hikmah Allah Ta’ala pada menyatakan sesuatu pada yang
nyata pada Alam Malakut ini hanyalah nyata dulu pada Alam Malakut itu
jua. Setelah itu maka turun nyatanya pada alam Malak ini.
3)Maka
yang bernama Alam Jabarut itu pada sgala ismuallah Ta’ala yang tajjli
yang menghimpunkan alam antara Alam Malak dan Alam Malakut itu.
1a)Adapun
yang bernama Alam malak pada insan ini segala barang yang terlihat pada
mata kepala dan terdengar oleh telinga, terasa oleh perasa tubuh,
seperti, tubuh dan daging, dan tulang dan darah, dan lainnya. Maka
itulah yang bernama alam Malak pada insan.
2a)Adapun
yang bernama alam Malakut pada Insan segala yang tiada terlihat oleh
mata kepala, dan tiada terdengar oleh telinga dan tiada terasa pada
perasa tubuh, seperti akal, dan ilmu, dan segala sifat zatnya, sperti
hayat, dan ilmu, dan qudrat dan sama’ dan basar dan kalam, maka itulah
yang bernama Alam Malakut pada insan.
Adapun
berlaku hikmah Allah Ta’ala pada menyatakan sesuatu yang nyata pada
Alam Malak yang pada Insan hanya nyata dulu pada Alam Malakut yang pada
insan itu juga. Setelah itu maka turun nyatanya kepada alam Malak yang
pada insan.
Syahdan telah ada yang Alam Malakut pada insan umpama isi, dan telah ada yang Alam Malakut padanya umpama kulit.
3a)Adapun
yang bernama Alam Jabarut pada insan segala panji indah sama yang zahir
seperti; penglihatan, pendengar, dan perasa dan penciuman dan penjawat.
Maka itulah yang bernama Alam Jabarut pada insan. Maka segala yang
tersebut sekaliannya itu telah ada pada alam dan pada insan. Maka
daripada pihak inilah dikatakan yang berkata sama alam dengan insan.
Adapun
yang terlebih insan daripada segala alam sekeliannya daripada pihak ia
menanggung amanah Allah Ta’ala. Iaitu tajjali zat Allah Ta’ala pada
insan, dan tajjali sifat Allah Ta’ala padanya, dan tajjali fi’il Allah
Ta’ala padanya dengan sempurna tajalli-Nya.
Hanya yang tiada tajjali Allah Ta’ala pada insan dengan dua sifat jua.
Satu Sifat Wajibul Wujud dan
Kedua Sifat Ghina Muthlaq.
Maka
hikmah Allah ta’ala tiada tajjali kepada insan dengan dua sifat ini pun
daripada Allah Ta’ala menyatakan kesempurnanNya jua. Dan daripada pihak
Allah Ta’ala menyatakan kesempurnaan insan jua. Yakni daripada pihak
Allah ta’ala hendak menyatakan kesempurnaan tauhid insan akan Allah
Taala jua.
Dan
kata Syeikh Muhyuddin Ibnu al-arabi Qaddasallahu sirrahu di dalam kitab
lubabush Shifu, bahawa fardhu dan wajib atas Arif mengetahui Martabat
Uluhiyah Haq Allah dan mengetahui Martabat Rububiyah-Nya supaya
sempurna makrifatnya akan Haq Ta’ala. Ada pun Martabat Rububiyah) itu
martabat tajjali tiap-tiap suatu daripada zat Haq Ta’ala dan nama Haq
Ta’ala Haiyun, dan Alimun, dan Muridun dan Qadirun dan Samiun dan
Basirun dan Mutakalimun ((sifat maknawiah)).
Maka nama Haq Ta’ala Alimun itu menghendaki ma’lumat
Maka nama Haq Ta’ala Muridun itu menghendaki muradat
Maka nama Haq Ta’ala Qadirun itu menghendaki maqurat
Maka nama Haq Ta’ala Samiium itu menghendaki masmu’at
Maka nana Haq Ta’ala Basirun itu menghendaki mubashsharat
Maka nama Haq Ta’ala Mutakalimun itu menghendaki mukallamat
Dengan
tiap-tiap sesuatu nama Haq Ta’ala itulah beroleh jalan segala yang Arif
kepada Allah Ta’ala daripada astarnya itu kepada mu’starnya. Maka
itulah bernama Martabat Rububiyah.
Adapun
martabat Uluhiyah itu, iaitu martabat tajjali zat Haq S.W.T dengan nama
Allah. Maka nama Allah Ta’ala itu bagi Allah ta’ala menghimpunkan dan
meluputkan segala nama yang lain seperti hayun, dan Alimun, dan
Muridaun dan Qadirun dan Sami’un dan Basirun dan Mutakalimun. Maka
daripada pihak itulah kata segala yang Arif peri persatunya dan peri
keesan nama Allah S.W,.T dengan nama yang lain. Dari kerana itulah
segala yang Arif tiada membawa ingat/zikir melainkan denga nama-Nya
Allah Jua.
No comments:
Post a Comment