اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
SAKIT ANGIN DI TUBUH ADALAH DARI AKIBAT ANGIN BERNYAWA
Published by TuanKelarias under - SERANGAN SAKIT JANTUNG
BERPUNCA DARI ANGIN SYAITAN. on Khamis, Mei 06, 2010
SAKIT ANGIN BADAN.
Ada beberapa jenis jenis angin seperti mana yang kita pernah
dengar selama ini, sebagai contohnya angin semput, angin enchok, angin pedu,
angin ahmar kecuali angin ribut dan angin taufan. Kesemua angin di dalam tubuh
itu dikenal dengan bermacam macam nama oleh orang melayu kita dengan tujuan
untuk membezakan jenis angin dari satu jenis ke jenisnya yang lain. Ada tujuan
menamakan angin angin tersebut supaya mudah dikenali dan disesuaikan dengan
jenis ramuan dan ubat yang diperlukan.
Ramai dari kalangan kita mengalami serangan angin angin
jahat yang amat sukar untuk disembuhkan sehingga pernah saya mendengar beberapa
bulan yang lalu salah seorang ahli keluarga kami telah mengalami kesakitan
dilutut yang memerlukan khidmat seorang pakar bedah lutut untuk membuang
penyakit bengkak dilututnya dengan kos anggaran mencecah dua puluh satu ribu
ringgit. Setelah di nasihatkan supaya mengambil cuti selama seminggu beliau
berehat di salah sebuah pusat rawatan tradisional di Perak sambil menjalani
rawatan kampung, beliau telah sembuh dengan kos perubatan tidak sampai dua ribu
ringgit sahaja. Penyakit ini sebenarnya ada kaitan dengan angin syaitan yang
amat jahat. Walau pun begitu saya tidak menolak rawatan moden mampu membantu
pesakit yang terkena angin angin syaitan ini dengan istilah dan panggilan
penyakit tertentu. Ia sama juga dengan masalah stroke yang kami kenal sebagai
syaitan ahmar atau angin ahmar.
Orang orang tua dahulu sangat mahir mengenali dan
mempergunakan beberapa tumbuhan herba sebagai ubat yang mujarab untuk membantu
mengurangkan kesakitan urat saraf. Akar akar kayu dan daun daun herba tertentu
dikenal pasti mengandungi khasiat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan
manusia supaya dapat membantu menstabilkan peredaran darah dan meneutralkan
tubuh dari dicemari oleh asid yang berlebihan malah tidak diperlukan oleh tubuh
dalam menjaga sistem dan mengekalkan kesihatan tubuh badan seseorang
keseluruhannya. Ada di antaranya yang mengandungi bahan asli anti oksidan yang
boleh menyembuhkan luka tanpa perlu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
atau swasta. Dalam hal ini , rawatan tradisional adalah merupakan alternatif
pilihan rawatan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan yang sememangnya telah
diwarisi semenjak ribuan tahun dahulu sebelum klinik atau hospital wujud dibumi
beberapa ratus tahun sebelum ini. Malah diberitakan , orang tua tua zaman
dahulu usianya lebih lanjut berbanding orang orang tua sekarang yang bergantung
sepenuhnya dengan kecanggihan perubatan dan peralatan hospital pada hari ini.
PUNCA SERANGAN SAKIT JANTUNG.
Saya ingin menyampaikan berita gembira buat kita umat islam
yang mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad itu
adalah pesuruh Allah, kalimat ini juga yang akan dibisikkan oleh para paderi
kristian ditelinga pengikutnya yang hampir nazak. ITULAH YANG DIAMALKAN OLEH
MEREKA SELAMA INI DISEBALIK KEEGOAN MEREKA SEMASA MASIH HIDUP DI DUNIA. Saya
kembali kepada masalah serangan sakit jantung yang amat banyak berlaku selama
ini di seluruh dunia. Dengan mudah para doktor dan pakar perubatan meletakkan
punca sebabnya dari kandungan kolesterol yang tinggi semata mata. Tanpa mahu
mendengar pandangan para tukang urut, bidan bidan dan mereka yang setengahnya
arif dalam hal urat kemasukan angin angin ganjil.
Sakit dada adalah petunjuk awal seseorang itu bakal terkena
serangan sakit jantung yang boleh membawa maut dengan tiba tiba akibat
kesukaran bernafas dan tarikkan urat di belakang bahu yang amat pedih dan
menyakitkan, ia serentak berlaku dengan suatu kesakitan di bahagian kanan atau
kiri dada. Terutama dibahagian kiri, sebab kedudukan jantung kita berada di
sana. Angin angin ini telah memasuki saluran urat darah terus dari dua celah
dari tiga jari jari kita iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari manis. Di
celah ketiga tiga jari ini terdapat urat urat darah yang bersambung terus ke
dada kanan dan dada kiri manusia yang bersambung terus ke jantung kita. Apabila
angin angin itu masuk sampai ke bahagian urat dalaman terutama di bahagian
dalam dada maka ia akan mengganggu peredaran darah dan menyebabkan kesakitan
dada dan di bahagian lain berhampiran dada. Gangguan angin itu akan menyebabkan
saluran darah menjadi sempit sehingga akhirnya menutup ketiga tiga saluran
koronari ke jantung. Serangan jantung akan berlaku dan di dalam masa beberapa
minit sahaja seseorang yang terkena angin ini akan mati mengejut atau mati muda
kalau orang tua tua kata.
Jika dilihat luaran fizikal seseorang yang mati akibat
serangan jantung itu, ada diantara mereka yang tidak merokok dan mengamalkan
cara hidup sihat dengan bersenam, mengamalkan terapi diet dan memilih makanan
yang berkhasiat mengikut diet pemakanan yang teratur saban hari. Tetapi
segelintir dari mereka terkena juga serangan sakit jantung yang terkenal sebagai
pembunuh nombor satu di dunia. Sebenarnya , angin yang mempunyai gelombang
panas dan tajam jika dirasakan melalui jari jemari yang mempunyai pengesan rasa
yang tinggi akan dapat mengesannya sebagai angin syaitan yang telah memasukki
liang seni tubuh yang terbuka sewaktu kita sedang mengalami stress atau rasa
marah melampau, rasa takut melampau, berahi melampau seronok berlebihan dan
lalai dari mengingati Allah sepanjang masa.
MARAH MEMBUKA LALUAN MASUK SYAITAN.
Terbukalah seluruh liang seni rongga yang tidak dapat
dilihat oleh mata dan tidak dapat didengar oleh telinga tetapi dapat dirasa
sakit dan lenguhnya oleh deria rasa manusia. Waktu begini terutama sewaktu
marah, rasulullah saw sering mengingatkan kita supaya mengambil air sembahyang
supaya liang seni segera sejuk dan tertutup dengan cepat setrusnya dibawa solat
dua rekaat. Dengan maksud dan antara tujuan lain supaya sarung kita ini tidak
diceroboh berterusan oleh angin angin syaitan yang jahat, ada juga yang
menggelarkannya sebagai angin jahat. Bukanlah sesuatu yang berlebihan jika saya
katakan , orang yang mati terkena sakit serangan jantung sebenarnya banyak
hidupnya terlalai dari mengingati Allah SWT. Setuju ke dengan kata kata ini,
kalau setuju maka cepat cepatlah kita kembali kepadanya dan bersegeralah
bertaubat nasuha serta mulakanlah mengekali zikir dengan mengingatiNya supaya
setiap saluran darah kita ke arah jantung di isi dengan larutan zikir yang
mampu mengusir keluar angin angin syaitan yang bergerak bebas di dalam sana.
Serangan jantung berbeza dengan lemah jantung.
AHLI TARIKAT BEBAS SERANGAN JANTUNG SECARA HAQ.
Para ahli zikir sirr contohnya seperti Imam Ghazali dan para
arif billah yang lain yang benar benar telah menjalankan fungsi jantungnya
mengikut kaedahnya yang sebenar, tidak akan mendapat serangan sakit jantung,
tetapi mereka menerima alahan lemah jantung pada keseluruhannya. Ini adalah
suatu kebaikan yang dikenal sebagai jannatul ajilah yakni syurga dunia yang
bertapa di jantung sebagai ganti singgahsana iblis yang sebelum itu bermaharaja
lela disana. Para arif memilih jannatul ajilah sebagai pengisi ruangan jantung
latifah yang amat peka dan sensitif bila disebut nama tuhannya itu.
Begitu juga kesakitan di dalam urat darah yang berselirat di
dalam tubuh kita yang berjumlah 360 urat mengikut kata pakar bius , sebenarnya
berpunca dari angin angin yang saya sebutkan sebahagian namanya di atas tadi.
Angin angin ini banyak berkeliaran di luar tubuh manusia yang sentiasa mencari
tempat untuk berteduh dan bernaung serta menumpang rezeki bersama sama kita.
Mereka akan segera memasukki tubuh melalui liang seni yang sengaja kita bukakan
tanpa kawalan akibat kemarahan yang tinggi dan sebab yang lain lain tadi.
Seperti kata baginda saw " Innassyaithaana Yajrii Min Ibni Adama Majrad
Daami " Sesungguhnya angin angin ( angin syaitan ) termasuklah kuman ,
bakteria dan apa sahaja angin yang dikenal dengan berbagai bagai nama gelaran
moden itu masuk ke dalam tubuh badan manusia melalui jalan urat darah merah
kita ini. Angin angin ini hidup dan kekal selama tidak di urut atau tidak
dirawat menggunakan dua kaedah yang diketahui oleh manusia hari ini.
KAEDAH RAWATAN.
Di dalam mengatasi permasalahan jantung yang disekat aliran
darahnya akibat saluran koronari yang tersumbat akibat lebihan kolestrol, pakar
bedah berjaya menemui kaedah yang amat berjaya untuk menyelesaikannya walaupun
kos yang perlu ditanggung amat tinggi. Tetapi dalam soal kematian akibat
serangan sakit jantung yang mengakibatkan ribuan bahkan jutaan manusia
menguburkan dirinya seusia muda remaja, para pakar masih tercari cari kaedah
mengatasinya.
Saya hanya ingin berpesan kepada seluruh umat muslimin dan
muslimat supaya tidak mudah terkena serangan yang menakutkan ini dengan
menjauhkan diri dari melayan perasaan marah sehingga memukul dan menumbuk orang
lain termasuklah memaki hamun dengan kata kata yang pedih dan kesat. Kenapa,
ini adalah kerana akan terbuka lubang seni yang saya katakan tadi dari arah
tangan muka dan dada sehingga dipenuhi dengan angin angin syaitan disetiap urat
darah yang menuju ke jantung kita. Maka kesannya akan kita dapati selepas kita
marah marah bertumbuk atau bergaduh berperang mulut , akan suatu rasa keletihan
yang amat, lenguh di sana sini yang disangka penat dan letih berjuang
mempertahankan sesuatu tetapi sebenarnya urat darahnya sudah dipenuhi syaitan
angin yang menakutkan. Itulah sebabnya nabi kita berpesan berkali kali sehingga
diulang sebanyak tiga kali dalam salah satu dari sabdanya mengenai marah
katanya ; " Laa Taghdhab, Laa Taghdhab, Laa Taghdhab, Dakholal Jannah
" Jangan marah, jangan marah, jangan marah, masuk syurgalah nanti kamu.
Samada syurga dunia yang disegerakan atau pun syurga akhirat yang bakal
dijanjikan.
BERWUDHU DAN DUA REKAAT SOLAT SUNAT.
Jangan marah adalah ubat paling mujarab untuk mengelakkan
diri kita dari kemasukan angin jahat ke dalam tubuh melalui urat darah. Apabila
angin angin jahat telah memasukki tubuh maka kita masih ada peluang untuk
menghilangkannya dengan izin dari Allah SWT, melalui dua kaedah yang biasa kita
tahu. Pertama mengikuti nasihat doktor pakar yang pengetahuannya menghampiri
kebenaran walaupun tidak keseluruhannya dengan mengamalkan cara hidup sihat.
Jaga makan minum dan yang kedua ialah dengan bertaubat nasuha serta kembali
insaf menyedari kesalahan diri. Hanya Allah SWT yang akan membantu kita
mengeluarkan angin angin jahat itu melalui kaedah kaedah tertentu seperti yang
dikehendakiNya jika dikehendaki.Kenyatan ini bukanlah ingin mencabar mana mana
institusi perubatan di negara ini malah ini adalah sebahagian pendapat yang
tidak dapat disokong dengan bukti nyata. Maka oleh itu saya menganggap
kenyataan yang ada di dalam artikel ini hanyalah rekaan penulis semata mata.
Apa pun nasihat para doktor amat penting untuk menjamin keadaan dan keperluan
kesihatan tubuh badan kita berada ditahap yang maksimum seadanya.
Sekian.
Posted by SAYYID PENDITA at 12:35 AM
No comments:
Post a Comment