21 March 2020

ZAT-NYA ADALAH MAHA HEBAT

 أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantongku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepadاللهَ 
      وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...                ALLAH  اللهَ

ZAT-NYA ADALAH MAHA HEBAT

ZAT-NYA ADALAH MAHA HEBAT

APAKAH engkau tidak takut kepada satu Zat yang luar biasa
Yang Dia adalah Maha Berkuasa di atas segala-galanya
Dialah yang menaikkan orang-orang yang berkuasa
Dia jugalah yang menurunkan orang yang pernah berkuasa
Dialah yang memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki
Itulah Dia Tuhan yang patut kita cintai dan takuti
Zat-Nya adalah Maha Hebat
Dekat-Nya tidak boleh ditunjukkan seperti makhluk
Jauh-Nya tidak boleh kita katakan
Kerana Dia tidak berjarak
Zat-Nya tidak terlibat dengan tempat
dan juga tidak dilingkung oleh masa
Dia tidak terlibat dengan pihak dan hala
Kerana pihak dan hala adalah juga ciptaan-Nya
Tuhan tidak berhajat kepada makhluk-Nya
Tapi makhluk-Nyalah yang berhajat kepada-Nya
Istimewanya Dia kerana tidak dapat digambarkan
Bagaimana hendak digambarkan
kerana Dia Maha Suci daripada penyerupaan
Yang boleh digambarkan itu
ialah yang ada penyerupaan dan persamaan
Dialah yang mencipta seluruh yang wujud
dan mentadbirnya
Seluruh yang ada ini, yang kecil dan yang besar
Pada Allah satu sahaja pandangan-Nya
Tidak ada berperingkat-peringkat penglihatan-Nya
Iaitu kecil dan besar sama sahaja,
tidak ada perbezaannya
Tapi Dia tahu ada yang kecil dan ada yang besar
Itulah Dia Tuhan yang patut kita takuti dan cintai

ZAT YANG MAHA SUCI


BAGAIMANALAH aku hendak melupakan
Zat Yang Maha Suci
Yang kuasa-Nya tidak pernah satu detik terlepas dariku
Yang sentiasa mengetahui berterusan
setiap gerakan jantungku
Ia sentiasa melihat hingga ke batinku
Sentiasa mendengar setiap waktu dan detik
Kehendak-kehendak-Nya ke atasku pasti berlaku
Sama ada aku setuju mahupun tidak setuju
Menggembirakan mahupun yang mendukacitakan
Ia Maha Agung, Maha Qahhar dan Maha Jabbar
Juga kasih sayangnya kepadaku lebih daripada
seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya
Seluruh hidupku di dalam genggaman-Nya
Ia boleh buat apa sahaja kepadaku
Kuasa-Nya ke atasku sepenuhnya
Tidak ada langsung campur tanganku ke atas diriku sendiri
Itulah Tuhan Pencipta seluruh alam dan yang menjadikan aku
Ia adalah Penyelamat
Pentadbir, Penjaga, Pendidik dan Pemelihara
Dengan penuh berhikmah
Oleh itu bagaimana aku mahu melupakan-Nya
Sedangkan Dia tidak akan melupakanku
Walau setakat sekelip mata
Aduh, tidak mungkin aku boleh melupakan-Nya
Tidak mampu aku untuk melupakan-Nya
Itulah Dia Tuhanku
Aku tidak boleh terlepas daripada kuasa-Nya


ENGKAU MAHA TAHU


TUHAN! Engkau Maha Tahu yang kecil dan yang besar
Di dalam semua perkara dan benda
Terhadap apa jua jenis makhluk-Mu
Kerana Engkaulah yang menciptanya
Tapi pada-Mu kedua-duanya sama sahaja
Tidak ada beza di antara keduanya
Jika kecil Engkau sebutkan maka ia terjadi,
yang besar Engkau sebutkan pun terjadi juga
Tidak pula yang kecil rasa mudah
dan yang besar terasa payah dan susah
Tidak seperti makhluk-Mu yang lemah; membuat perkara
kecil mudah, membuat perkara besar susah
Walaupun di antara habuk dan gunung;
yang satu halus dan yang satu besar gagah
Namun Qudrat dan Iradah-Mu Tuhan, keduanya sama sahaja
Walaupun Engkau memberitahu manusia, langit dan bumi
Engkau jadikan selama enam hari
Bukan ertinya Engkau tidak boleh jadikan dengan sekelip mata
Bukan pula Engkau tidak boleh lakukan secara kun – jadilah
maka ia pun terjadi
Enam hari itu memang kehendak-Mu sendiri
Untuk didikan kepada manusia
Begitu juga jarak jauh dan dekat, Engkau tahu juga
Dan Engkau tahu ini dekat dan ini jauh
Tapi pandangan-Mu sama sahaja
Dekat dan jauh tidak ada beza apa-apa
Bahkan yang tersembunyi dan yang nyata
pada-Mu sama sahaja
Macam mana Engkau melihat yang jauh, begitulah juga
Engkau melihat yang dekat
Tidak seperti penglihatan makhluk
Melihat yang dekat dengan yang jauh ada bezanya
Yang dekat mudah dilihat, yang jauh susah dilihat
Maha Suci Engkau Tuhan
dan Maha Agung Engkau Tuhan



TAKUTLAH KEPADA ZAT YANG MAHA AGUNG


ENGKAU tidak takutkah kepada satu Zat yang Maha Agung
Yang pengetahuan-Nya tidak lekang daripada engkau
Yang sentiasa melihat, mendengar setiap detik
Yang boleh menyuluh lahir dan batin engkau
Apa yang engkau lakukan semuanya dirakam dan direkod
Bahkan lintasan hati engkau pun dirakam
betapalah gerak-geri engkau
Apa yang berlaku kepada engkau semuanya dinilai
Sama ada nilai Syurga atau nilai Neraka
Itulah Dia Allah yang Maha Berkuasa, Tuhan engkau
Sifat yang ada padanya sama ada ilmu-Nya, kuasa-Nya,
kehendak-Nya semuanya bersifat Maha, Maha, Maha
Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Suci, Maha Berkuasa,
Maha Mengetahui dan lain-lain lagi
Engkau adalah ciptaan-Nya, hamba-Nya yang hina
Kalau engkau miliki dunia sekalipun
Engkau di hadapan Tuhan ibarat habuk sahaja
Betapalah engkau bukan miliki dunia
Engkau hanya memiliki dunia sikit sahaja
Ibarat engkau mendapat setitik air lautan
Hinanya, lemahnya, dan tidak ada kuasa langsung
bila berhadapan dengan Tuhan
Kemudian engkau boleh melupakan Tuhan begitu sahaja
Engkau hanya melihat dan merasa kebesaran engkau
Yang hakikatnya engkau tidak ada kebesaran apa-apa
Kalau Tuhan hentikan sahaja nafas engkau
Engkau matilah secara tiba-tiba
Masya-Allah terlalu lemah dan kerdilnya engkau
Kemudian engkau hendak melawan Tuhan?!

TUHAN ADALAH SEGALA-GALANYA (s)


ALLAH adalah Tuhan
Tuhan adalah segala-galanya
Segala-galanya tidak akan ada tanpa ciptaan-Nya
Allah Taala mencipta bukan dengan tenaga
Tapi dengan Zat-Nya yang mempunyai sifat Qudrat
yang tidak serupa tenaga
Tenaga adalah kepunyaan makhluk-Nya
Qudrat-Nya kita tidak tahu, hakikat ia tidak serupa tenaga
Tenaga ada batasnya†
Qudrat Tuhan tiada batasnya
Allah Taala mengadakan dan mentiadakan
adalah dengan Zat yang
mempunyai sifat Qudrat dan Iradah
Iradah atau sifat Kehendak-Nya bukan kemahuan nafsu-Nya
Iradah atau Kemahuan-Nya suatu yang tidak boleh digambarkan
Kemahuan manusia walaupun tidak dapat dilihat oleh mata
Tapi kita sendiri secara maknawi dan rohani
dapat dirasakan oleh jiwa
Iradah Tuhan jangan pula kita gambarkan
seperti yang kita rasa
Kerana sifat Tuhan seperti juga Zat-Nya tidak ada penyerupaan
Lantaran Iradah-Nya bukan tenaga seperti manusia
Kerana itulah Dia Tuhan dapat mengadakan
dan mentiadakan tanpa batasnya
Maha Suci Engkau Tuhan dapat segala yang dapat digambarkan
Di sini jugalah agungnya Engkau
Agung itu hanya boleh diperkatakan
Tapi tidak dapat digambarkan seperti agungnya makhluk
Walaupun begitu ia dapat menggeletarkan
hati mukmin yang bertaqwa

KENAL DIRI MAKA KENAL TUHAN


SELALULAH periksa hati atau jiwa
Gerakannya halus, perjalanannya seni, kesannya besar
Sungguh susah dan sulit sekali mengesan perjalanannya
Kerana gerakannya tidak dapat dilihat oleh mata
Bahkan akal fikiran pun tidak mampu mengesannya
Hanya dapat dikesan dengan mata hati itu juga
Serta disuluh oleh ilmu mengenai hati atau jiwa
Siapa mengenal dan dapat mengesan
perjalanan hati atau jiwanya
Dia telah mengenal dirinya sendiri
Orang yang mengenal diri, dia akan mengenal Tuhannya
Barangsiapa tidak mengenal diri sendiri
Sudah pasti dia tidak kenal Tuhan yang menjadikannya
Orang yang tidak kenal Tuhan
adalah menjadi bencana kepada dunia
Makin pandai, jika tidak kenal Tuhan,
makin menjadi perosak kepada dunia dan manusia
Semakin kaya, kalau tidak kenal Tuhan,
semakin merbahaya kepada manusia dan kehidupan
Lebih-lebih lagi orang yang berkuasa tidak kenal Tuhan
Berlakulah penzaliman, penganiayaan dan penindasan
Aduh! Awasilah manusia yang derita dan terseksa
Malang kepada manusia
Berbagai-bagai perkara yang besar dan sulit
manusia telah mengesan dan mengenalnya
Bermacam-macam ilmu yang telah dapat diteroka
Tapi malang sekali,
sedikit sekali manusia yang mengenal diri



                          ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!

                           ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ

ZAT-NYA ADALAH MAHA HEBAT

Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH 
.........................................................



No comments: