اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
SAKA HARIMAU
SAKA HARIMAU
Antara Saka yang amat terkenal di Dunia Melayu.
Sebelum kita asyik menyalahkan Tok Nyang kita kenapa mereka
membela Harimau sebagai Pendamping ketahui dahulu keadaan di ketika itu.
Membuka suatu kawasan Hutan bukan semudah sekarang. Perlukan
sesuatu mengiring mereka sebagai langkah keselamatan terhadap kemungkinan
serangan binatang buas dan juga puaka puaka rimba.
Maka mereka yang berilmu tinggi pastinya dapat meneroka
suatu kawasan yang luas bersama sanak saudara dan beberapa teman yang menumpang
hijrah.
Yang paling Handal itulah menjadi Tok Ketua seterusnya bila
bergabung menjadi Tok Penghulu. Mereka perlu bergabung kerna ancaman Lanun pula
yang mula mengambil kesempatan atas kemakmuran suatu penempatan.
Sebelum berhijrah membawa diri kenegara baru seperti Tanah
Melayu dari serata pelusuk Indonesia ... memasing sudah ada amalan Pendinding
diri ...Kepandaian begini merangkumi ilmu rawatan kependekaran pawang bomoh.
Tanpa ilmu, hijrah mereka biasanya gagal.
Maka ujud gelaran bidan , tok peran, tok bomoh, tok pawang
dan lain lain. Biasanya pasti ada yang mampu berkomunikasi dengan makhluk halus
yang sudah lama bertapak di sesuatu kawasan. Ini melibatkan suatu tahap lain
pula.
Harimau di pilih kerana kegagahan. Di kenali Raja Rimba. Ada
yang membawa dari seberang lagi sebagai Penjaga diri dan ada juga yang mampu
menjinakan harimau liar buat tunggangan.
Ada juga yang memang sudah ada ilmu Sangkaguna boleh
menjelma menjadi Harimau pada ketika dan saat di perlukan.
Bahkan tidak heran jika mereka juga menguasai ilmu Siluman
Harimau.
Masa berlalu... Pendamping sudah di wariskan maka menjadi
lah ia Saka. Ada yang menurunkan ilmu Sangkaguna ilmu Siluman Harimau dan juga
ilmu Persilatan berasaskan Harimau.
Persilatan yang masih menggunakan Harimau sebagai penjaga
gelangang Silat. Tujuan tidak lain menjaga Gelangang dari di sudi orang. Bahkan
jika ada patah atau cedera di gelangang yang memerlukan Rawatan Besar, maka
Harimau Ghaib ini akan membantu.
Perkembangan ilmu dari asimilasi etnik melayu maka hasil
dari Tapaan mereka mendapat Harimau Harimau Ghaib di Alam Tanah Melayu.
Harimau yang memang special untuk di buat penjaga rumah
biasanya di datangkan dalam Tiang Seri yang memang di bawa dari luar.
Di kebun juga ada yang menggunakan si Rimau untuk
menjaganya. Seperti mana yang menggunakan makhluk Ghaib yang lain.
Variasi dari keilmuan Harimau ini menyebabkan dewasa ini
semakin ramai ahli keluarga memiliki Saka Rimau. Perlakuan menjadi Baran ..
Rezeki berat. Rumah pusaka rasa ada aje yang memerhatikan.
Saka Harimau adalah antara Saka yang teramat amat mudah di
buang. Jika perawat tak mampu..elok le belajar lagi ..kerana banyak lagi Saka
highgrade menanti jika nak berkecimpung dalam soal ini.
0123623594 Whatup only.
Dihantar oleh DARUL SAKA pada 2:20 AM
SAKA HARIMAU
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................

No comments:
Post a Comment