
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
5 Cerita Hantu Karak Highway Paling 'Legend' Yang Seram Sampai Ke Tulang
5 Cerita Hantu Karak Highway Paling 'Legend' Yang Seram Sampai Ke Tulang
Cover image
DJ radio berkenaan terkejut lalu cuba mendengar semula
rakaman malam tadi dari pemanggil misteri tersebut, namun rakaman tersebut
kosong dan hanya dipenuhi dengan bunyi senyap yang mengerikan!
اللهَ .لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
5 Cerita Hantu Karak Highway Paling 'Legend' Yang Seram Sampai Ke Tulang
5 Cerita Hantu Karak Highway Paling 'Legend' Yang Seram Sampai Ke Tulang
Buat sesiapa yang akan melalui lebuh raya ini, selamat
memandu!
AMARAN: Koleksi cerita hantu dalam artikel ini boleh membuat
darah anda berderau dan jantung anda berdegup kencang. Anda juga mungkin susah
nak tidur malam. Jadi, hati-hati.
Kalau nak bagi lagi best, tekan butang play dan biarkan
alunan muzik bermain sambil anda membaca
1. "Nampak emak saya tak?"

Pada suatu malam, ada seorang lelaki yang berasal dari Kuala
Lumpur mahu pulang ke rumah pada waktu malam. Selalunya ramai orang memilih
untuk mengguna lebuh raya Karak pada waktu malam kerana mahu mengelakkan
kesesakan jalan raya dan juga bahang panas matahari.
Namun, lelaki ini yang begitu suci pemikirannya daripada
kisah-kisah hantu di lebuh raya Karak terlalu penat pada malam itu, lalu
memilih untuk berhenti memandu dan tidur di dalam kereta di tepi jalan.
Baru sahaja beberapa minit dia terlelap, dia kembali
dikejutkan dengan bunyi ketukan tingkap dari luar. Rupa-rupanya ada seorang
budak lelaki yang merenungnya tanpa berkelip-kelip dan bertanya kepadanya di
mana ibunya.
Pemandu itu masih mempunyai naluri yang kuat. Nalurinya kuat
mengatakan dia harus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju dan jangan
mempedulikan budak misteri itu. Pemandu itu pun terus meninggalkan tempat
tersebut dengan kereta yang dipecut laju.
Namun begitu, dia melihat budak itu masih mengejar dengan
laju dan terus bertanya dan bertanya jika pemandu itu tahu di mana ibunya.
Kemudian sebuah kereta polis peronda pun muncul lalu
mengekori kereta lelaki itu. Ketika itulah hantu budak sesat cari ibu itu
menghilangkan diri. Lelaki ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun menceritakan
segala-galanya kepada pegawai polis. Pegawai polis memberitahu lelaki tersebut:
Pada suatu ketika dahulu, ada kemalangan berlaku di sini.
Kemalangan itu berlaku dipercayai kerana penumpang di dalam kereta tersebut
tidak memaki tali pinggang keledar keselamatan semasa memandu. Dalam kemalangan
itu, ibu kepada budak tersebut telah tercampak keluar dari keretanya. Manakala
budak tersebut kekal di dalam kereta. Disebabkan hal itu, budak itu pun
merayau-rayau mencari ibunya sehingga kini.
Ada orang kata semasa kemalangan itu berlaku, budak itu yang
duduk di bahagian depan, manakala ibunya sebagai pemandu. Dalam kemalangan itu,
cermin pecah dan kaca menusuk ke mata budak itu.
2. Misteri Volkswagen kuning yang tak boleh dipotong

Hantu Volkswagen kuning ini dipercayai mula mengganggu
kenderaan di lebuh raya Karak sejak tahun 1956.
Tetapi selepas Lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi
kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin
ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya
dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh
suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik
suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara
untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu
Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin
(keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati
dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya
pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut.
Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Menurut pengalaman seorang pelajar UIA yang datang dari
Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal pernah melalui dan tersermpak dengan
kereta kuning di lebuhraya itu pada tahun 2009 pada waktu senja kira-kira jam
7.30. Disebabkan beliau mengetahui akan misteri tersebut, beliau hanya ambil
langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut. Kereta tersebut bergerak
tanpa pemandu…
3. Penampakan pontianak
Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah
menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya.
Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup. Hadi bertanya, apa
yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.
“Aku rasa aku nampak pontianak. Dia tengah baring terlentang
atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita. Masa aku toleh ke belakang
tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Saifullah ketika menceritakan
detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.
Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba
memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang
kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi. “Pul,
betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi. Mendengarkan
katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa
kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit.
Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham
mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar. “Mungkin
mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham.
Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut
melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini
mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.
Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai
yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras.
Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang
disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.
Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi
ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang
berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal
perkuburan lama.
4. Kereta sebuah keluarga rosak dan tersadai di tepi lebuh
raya
Sepasang suami isteri yang masih muda bersama bayi mereka
sedang dalam perjalanan di Lebuhraya Karak. Ketika itu, waktu malam. Mereka
memilih waktu malam untuk mengelak traffic jam dan panas matahari.
Semasa si suami memandu dalam kesunyian lebuhraya Karak,
tiba-tiba, kereta yang dipandunya menghadapi masalah dan enjin terus mati. Si
suami terkejut kerana dia yakin dia ada periksa kereta tersebut sebelum
memulakan perjalanan jauh untuk keselamatan keluarganya. Kemudian, mereka tiada
pilihan lain kecuali berhenti di tepi jalan.
Si suami keluar untuk periksa enjin kereta tersebut manakala
si isteri bersama anak mereka menunggu di dalam kereta. Selepas beberapa minit,
si suami kembali semula dan memberitahu yang dia tak jumpa apa-apa masalah dan
cuba untuk menghidupkan kereta itu lagi. Tetapi, kereta tersebut masih tak nak
hidup. Akhirnya, si suami terpaksa membuat keputusan yang sukar sama ada tunggu
sahaja sampai kereta lain lalu atau cari pondok telefon berdekatan.
Tidak ingin meninggalkan keluarganya, si suami mengambil
keputusan untuk menunggu. Namun, setelah 20 minit, tiada satu kereta pun yang
lalu di situ. Si suami tiada pilihan, dia nekad untuk cari pondok telefon
berdekatan.
Sebelum pergi, dia menasihati isterinya untuk mengunci pintu
kereta lalu dengan berat hati pergi meninggalkan isteri dan anaknya. Si isteri
hanya melihat suaminya berjalan pergi dengan kerisauan di minda. Dia berdoa
agar seseorang akan ternampak kereta mereka yang rosak dan menawarkan bantuan
lambat-laun nanti. Dia juga khuatir jika kemalangan terjadi di Lebuhraya Karak.
Berjam-jam berlalu dan si isteri mula bertambah risau. Dia
risau jika sesuatu terjadi kepada suaminya.
Tiba-tiba, dia terlihat cahaya biru dan merah yang datang
dari kereta peronda. Melalui cermin pandang belakang, dia nampak seorang
anggota polis keluar dari kereta dan menuju ke kereta rosak tersebut. Mereka
meminta si isteri untuk keluar dari kereta rosak tersebut secara senyap dan
jangan pandang belakang.
Si isteri keluar (bersama bayi) dan berjalan ke arah kereta
polis dengan anggotanya. Bila dia sudah berada di jarak yang selamat, dia pun
menoleh ke belakang dan terlihat kepala tanpa badan suaminya di atas kereta
mereka. Sehingga hari ini, badan si suami masih belum ditemui.
Dipercayai, sepanjang menunggu suaminya pulang ke kereta
dari pondok telefon, terdapat beberapa bunyi dentuman datang dari atas bumbung
kereta tersebut.
5. Panggilan seram ke sebuah saluran radio
Suatu malam, seorang DJ Radio pada tahun 90-an mengadakan
satu rancangan berkongsi cerita-cerita seram. Ada seorang pemanggil call dan
ceritakan satu pengalaman ngeri. Cerita itu didengar secara langsung di radio
oleh semua pendengar seluruh Malaysia.
Pemanggil itu telefon dan menceritakan pengalaman dia sedang
memandu malam di satu lebuh raya bersama isteri, anak, dan kedua orang tuanya
yang mana kemudian mereka terlibat dalam satu kemalangan tragik. Kereta yang
dipandu itu terjatuh ke dalam gaung.
Dia memberitahu dia sangat sedih kerana kedua orang tuanya
dan seluruh ahli keluarganya meninggal dunia akibat kemalangan tersebut. Akhir
sekali dia berkata dia nampak dirinya juga mati di tempat kejadian, diikuti
dengan hilai tawa dan kemudian talian terus terputus!
DJ radio berkenaan cuba memanggil semula beberapa kali dan
panggilan tidak dapat disambung lagi. Beberapa minit kemudian, rancangan
kembali seperti biasa. Ramai yang menyangka ia hanya sekadar satu panggilan
palsu atau prank call.
Namun keesokkan harinya, di akhbar terpampang berita
mengenai kemalangan di kilometer yang sama seperti yang diceritakan oleh si
pemanggil radio malam tadi. Dan mangsa yang mati adalah 2 orang warga emas,
seorang kanak-kanak, dan sepasang suami isteri!
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
..................................................................
.......................................................................................................
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah
















No comments:
Post a Comment