اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Memberitahu Kepada Bukan Muhrim Tentang Fizikal Aurat
Kongsikan di
Soalan:
Asssalamualaikum Ustaz. Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bahagian aurat kepada yang bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut? Contohnya seorang perempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang sifat rambutnya ‘yang panjang’, ‘lurus’ dan sebagainya tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan tersebut.
Mohon pencerahan Ustaz .
Jawapan:
Hukum memberitahu ciri-ciri bahagian aurat kepada yang bukan mahram adalah ditegah oleh syarak, maksudnya haram hukumnya walaupun orang itu tidak melihat aurat tersebut, kerana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud r.a., Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
“Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perihal perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya itu melihat perempuan yang diceritakannya”. (HR al-Bukhari dan Muslim)
Imam Ibnu Kathir menyatakan di dalam Tafsirnya mengenai Firman Allah Subhanahu wa Taala (au nisaa`ihinna), maksudnya adalah, seorang wanita muslimah juga di bolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah), agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti di hindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi.
Illah (sebab) batas aurat wanita muslim dihadapan wanita bukan muslim sama seperti aurat perempuan dengan lelaki bukan mahram adalah kerana wanita bukan muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah). Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan. Bagi wanita ahlu zimmah tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain). Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment