اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
KEBESARAN
SOLAT DUA RAKAAT
ALLAH
selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan
pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada
pendapat menyatakan 124,000 sayap.
Selepas
itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah
Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman
yang ber maksud: “Tidak.”
Kemudian
Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan
setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.
Selepas
Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibril, kamu sudah
menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada
seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya
Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka
itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam
keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan
dosa mereka pun besar juga.
Maka
demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih
sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”
Kemudian
Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka
sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu
Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’wa
sebagai tempat tinggal.”
Sesungguhnya
Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:
#
Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.
#
Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
#
Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
#
Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.
#
Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
#
Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.
engkau
berdiri bersolat sedang hatimu ke sana ke mari
tidakkah
engkau sedar bahawa perbuatan itu jahat sekali?
engkau
berdiri dan berukuk dan bersujud berulang kali
namun
rakaatnya kau lupa tidak ingat berapa kali?
celaka
engkau, apakah ini solat yang engkau tunaikan?!
kepada
tuhan rabbul-alamin yang engkau selalu serukan
taqwa
dan rahmat belas-kasihan yang engkau harapkan
padahal
hatimu terus berpaling terus membelakangkan
kepada
yang lain engkau sibuk mengira dan mengingatkan
inikah
yang kau katakan solat, tanpa khusyuk yang kau sertakan???!
ingatlah
kawan, jika solat itu ditolak dan dikembalikan
alamat
celaka menimpa badan, di hari sudah hari kebangkitan!
di
akhirat kelak kita dikumpulkan mengikut amal yang kita lakukan
ke hadrat
tuhan yang maha perkasa kita dihadapkan
segala
perbuatan segala perlakuan kita dipersoalkan
buruk
dan baik semuanya diperlihatkan tiada yang ketinggalan
taqwa
dan iman jadi penentuan dan amal soleh diperhitungkan
ketahuilah,
jika buku amalan diberi ditangan kiri, celakalah badan
dan
sekiranya diberi sebelah kanan tanda bahagia berkekalan
inilah
kesudahan bagi semua insan kepada tuhan kita dikembalikan..
Tiada
Alasan Meninggalkan Solat
"Yang
ku harapkan adalah
rahmat
dan keredhaan ALLAH swt"
Kejayaan
yang sebenarnya adalah berada di dalam syurga ALLAH swt.....
Allah Maha Besar
Solat
itu adalah tiang agama dan tempat berlindung segala keyakinan. Ia juga Penghulu
dari segala amal kebaktian dan ketaatan. Semua usul-usulnya (pokok-pokoknya)
dan furu'-furu'nya (cabang-cabangnya) telah pun terkumpul di dalam mata
pelajaran ilmu fiqh. Di sini kita hanya menyingkatkan pembicaraan kepada perkara-perkara
yang perlu saja bagi para pelajar, iaitu membicarakan amalan-amalan solat dan
rahsia-rahsia kebatinan solat semata-mata.
Telah
bersabda Rasulullah s.a.w.:
Tiada
seorang jin atau manusia atau benda apapun yang mendengar suara pangilan azan
itu, melainkan dia akan menyaksikannya di Hari Kiamat kelak.
Sabdanya
lagi:
Apabila
kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh
muazzin itu sendiri.
Menyahut
azan sama seperti kata-kata muazzin itu adalah dituntut dan sunnat, kecuali
pada hai'alataini maka hendaklah dijawab dengan kata:
Tiada
daya dan kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah.
Dan
pada kata-kata Qadqamatis-Solah' dijawab pula:
Semoga
Allah mendirikannya (solat) dan mengekalkannya
Dan
pada kata-kata:
Engkau
telah berkata benar dan berbakti.
Sesudah
azan, hendaklah ia membaca:
Ya
Allah, Tuhannya doa yang sempurna ini, dan juga shalat yang berdiri ini.
Kurniakanlah Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan
bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji (Maqam Mahmud) yang Engkau janjikan
baginya
No comments:
Post a Comment