أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan
1.Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
2.Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
3.Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
4.Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.
Rukun Solat Jenazah
1.Niat pada takbiratul ihram.
2.Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
3.Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
4.Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
5.Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
6.Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
7.Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah
Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.
“Sengaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.
“Sengaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.
“Sengaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.
Lafaz niat solat jenazah bagi makmum/imam ditambah perkataan إِمَامًا./ .مَأْمُوْمًا
Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.
Takbiratul ihram
Takbir ketiga berdoa untuk si mati.
Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan
Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan
Hadis
riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di
atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali.
(Shahih Muslim No.1586)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra :
Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya). Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda:
Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. (Shahih Muslim No.1588)
Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 : Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha’ , Asy Syafi’y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.
Beliau juga mengatakan: Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.
Hadis yang di rujuk :
Ibnu Abbas r.a berkata:

“ Pada
suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau
bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau.
Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali.
(H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)
Sa’ied ibn Al-Musayyab berkata:
(H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)
Sa’ied ibn Al-Musayyab berkata:
“Bahawasanya
Ummu Sa’din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala
kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan
lamanya. (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)
Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan.
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya..
Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tdk sempat solat sebelum jenazah dikebumikan.

Ustaz Azhar Idrus
1. Memandikan Mayat
Salah satu daripada mandi yang diwajibkan ialah memandikan mayat dan adalah fardu kifayah dan disyaratkan :
1. Mayat itu mayat orang Islam.
2. Mayat itu ada tubuh walau sedikit sekalipun.
3. Mayat itu bukan mati syahid ma'rakah.
Cara Memandikan Mayat
Sebelum
seorang mayat dimandikan perlu disediakan lebih dahulu beberapa perkara
supaya setelah dimandikan dapat di kapan kemudian di sembahyang dan
dibawa ke kubur untuk disemadikan (dikebumikan) tanpa kelengahan lagi
itu :
1. Disediakan air mutlak secukupnya.
2. Air daun bidara atau sabun mandi.
3. Air kapur baruh. Ketiga perkara ini alat untuk memandikan mayat.
4. Kain kapan secukupnya.
5. Kapas satu bungkus.
6. Air mawar.
7. Serbuk pewangi (debu kayu gaharu atau lainnya).
8. Pengusung mayat (keranda).
9. Kayu tudung liang lahad atau lung.
10. Kain untuk tudung keranda atau pengusung untuk diusung ke kubur.
11. Ugupan (kemenyan) dan bekas bara api.
Setelah
semua perkara di atas sudah ada dan orang yang hendak sembahyang pun
ada, mayat dibawa masuk ke bilik mandi atau di mana-mana tempat yang
sesuai untuk dimandikan mayat, mula-mula :
1. Disalinkan pakaiannya (pakaian-pakaian basahan).
2. Diletakkan
di atas tempat tinggi atau di riba oleh keluarganya. Dan orang yang
memandikan mayat seelok-eloknya memakai sarung tangan.
3. Dibersihkan najis pada tubuh jika ada.
4. Dihilangkan perkara yang menegah sampai air ke seluruh badannya.
5. Diangkatkan
sebelah atas tubuhnya (sebelah kepala) dan disandarkan punggungnya ke
paha atau sesuatu. Dan diurutkan atas perutnya kemudian ditekan sedikit
dengan perlahan-lahan supaya keluar kekotoran yang patut keluar dari
duburnya (Nguwam) kemudian dibasuh duburnya seperti biasa.
6. Mayat
ditelentangkan, dimandikan dengan air mutlak meratakan tubuhnya dan
digosok, seperti mandi wajib daripada janabat, haid atau sebagainya,
supaya meratai air ke seluruh badan termasuk celah-celah paha.
Lipatan-lipatan dan sebagainya.
7. Disugikan
mulutnya dengan benda lembut seperti kain putih yang disediakan khas
baginya dan dicungkilkan di celah-celah kuku jika perlu, dan diselati
celah-celah jari atau janggutnya jika ada dan perlu disisir rambutnya.
8. Kemudian
dibalik badannya sebelah kanan ke atas sebelah kiri ke bawah dicucur
air mutlak, digosok-gosok dan dicucur air hingga rata.
9. Dibalik
pula tubuhnya. Supaya sebelah kiri ke atas dan sebelah kanan ke bawah
dan dicucuri air supaya meratakan semua tubuhnya. Semasa melintang,
menyenggeng hendaklah digosok tubuhnya supaya hilang segala kekotoran
dan disertakan dengan air daun bidara atau kapur baruh atau sabun bagi
memudahkan hilang kekotoran daki jika ada.
Sekali
rata semua tubuh sekali. Kemudian dicucur lagi hingga tiga kali rata
air rata, kemudian dicucur air daun bidara diakhiri dengan air kapur
baruh (semolek-moleknya 3 kali).
Orang yang berhak memandikan mayat
Orang
yang lebih utama memandikan mayat ialah keluarganya (warisnya) yang
terdekat jika ia pandai memandikan mayat, jika tidak keluarganya yang
lebih dan beramanah walau macam mana sekalipun mayat lelaki hendaklah
dimandikan oleh orang lelaki atau isterinya atau orang yang haram nikah
dengan si mati, begitu juga mayat wanita hendaklah dimandikan oleh
wanita atau suaminya atau orang yang haram nikah dengannya.
Jika
ketiadaan mereka-mereka seperti ini ditayamumkan sahaja, seperti mayat
perempuan tidak ada orang perempuan atau suaminya atau mahramnya begitu
juga sebaliknya.
Setelah selesai mandi disalin kain basahan itu dan dilapkan tubuhnya dengan kain yang bersih.
Semasa
menukar pakaian dan semasa memandikan, wajib dijaga jangan terbuka
auratnya dan di tempat memandikan mayat sama ada bilik atau tidak hanya
orang yang perlu sahaja boleh masuk kerana jaga aurat si mati dan
seorang kerabatnya yang terdekat.
2. Fardu Kifayah yang kedua terhadap mayat orang Islam ialah kapan.
Setelah selesai dimandikan dan disalin kainnya dengan kain yang bersih mayat dikapankan iaitu :
1. Kain
kapan telah disediakan, yang wajibnya selapis bagi lelaki dan
perempuan. Dan afdal bagi lelaki tiga lapis bungkus lepuk (tanpa baju
dan serban) menggunakan kain kapan berwarna putih menutup seluruh
badannya dan salah satu daripadanya kain pakai atau tiga lapis selain
daripada kain pakai dan boleh dipakai baju dan serban dengan dua lapis
kain kapan yang lain.
Manakala
bagi mayat perempuan afdal lima lapis iaitu kain pakai dipinggang,
baju, telekung atau kain tudung kepala dan dua lapis kain kapan yang
lain menutup semua tubuhnya (badan mayat).
2. Kain
kapan dihampar sehelai demi sehelai dan ditaburkan di atasnya dengan
serbuk pewangi seperti debu kayu gaharu atau kapur baruh atau
sebagainya dialas di atas kain kapan dengan kapas dan direnjis air
mawar atau sebagainya.
3. Mayat
lelaki dipakai kain lebih dahulu baru diletak di atas kain kapan
tersebut, kedua tangan mayat diletak ke atas badannya, tangan kanan
diletak di atas di atas tangan kirinya seperti semasa kiam sembahyang
atau kedua-dua tangannya diluruskan menurut badannya.
Dan
bagi mayat perempuan dipakai kainnya, bajunya lebih dahulu kemudian
baru diletak di atas kain kapan yang terhampir itu. Tangannya diletak
sama seperti lelaki juga kemudian dipakai telekung atau kain tudung
kepala.
4. Kapas digunakan untuk menutup lipatan-lipatan badan, sendi-sendi dan muka si mati sebelum dibungkus dengan kain kapan.
5. Kain
kapan hendaklah ditutup (dibalut tubuh si mati) selapis demi selapis
kemudian diikat dengan tali daripada kain putih juga jika ada supaya
tidak terbuka. Sebaik-baik ikatan lima ikatan ; di bahu, di punggung,
di betis, di hujung kepala dan hujung kaki. Ikatan itu dibuka semasa
hendak dikebumikan dan setelah dimasukkan ke dalam kubur.
Persediaan Solat Jenazah
2.Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
3.Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
4.Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله
Jawab Makmum :
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله
Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.
Rukun Solat Jenazah
1.Niat pada takbiratul ihram.
2.Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
3.Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
4.Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
5.Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
6.Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
7.Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah
Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sengaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sengaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sengaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.
أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sengaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.Lafaz niat solat jenazah bagi makmum/imam ditambah perkataan إِمَامًا./ .مَأْمُوْمًا
Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.
Takbiratul ihram
اَ للهُ اَكْبَرُ
سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧
Takbir kedua baca selawat.
أَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى
إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ
إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
“Ya
Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah
kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana
Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi
Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan
keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas
alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”
Takbir ketiga berdoa untuk si mati.
أَللَّهُمَّ
اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ
وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ،
وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ
الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا
مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ
، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya
Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan
maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan
kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin.
Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih
dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih
baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik.
Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur
dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”
Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
أَللَّهُمَّ
لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا
وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ
تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ
رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ
“Ya
Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan
janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya
dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan
janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami
terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau
bersifat pengasih dan penyanyang.”
Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Bacaan sesudah salam
سُوۡرَةُ الإخلاص
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ
سُوۡرَةُ الفَلَق
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ (١)
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِن
شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلۡعُقَدِ (٤) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا
حَسَدَ
سُوۡرَةُ النَّاس
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١)
مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ
ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ
ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦)
سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
(٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤)
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ
ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ
ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا
رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ
بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ
(٣) وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ
مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ (٤) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ
عَلَىٰ هُدً۬ى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُون
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH

No comments:
Post a Comment