

اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tahmid Dengan Denyutan Nadiku اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ) الله
Tahlil Degupan Jantungku لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ )
Takbir Hela Turun Naik Nafasku (اللَّهُ أَكْبَرُ) اللهَ
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ اللهَ ALLAH اللهَ
اللهَ .لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Patutlah Guru Di Sana Lebih Fokus Mengajar, Ibu Fatimah Kongsi Hubungan Guru-Ibu Bapa Di England Yang Boleh Dicontohi 
Sumber : GPS Bestari

Sejak belakangan ini, trend menggunakan aplikasi
grup mesej sekolah semakin mendapat sambutan ramai.
Dengan adanya medium komunikasi dua hala, ia
dikatakan boleh merapatkan perhubungan antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan
pelajar.
Namun, jika jam 3 pagi, masih ada ibu bapa yang
menghubungi guru bertanyakan itu dan ini kepada guru kelas, adakah ia
memudahkan tugas guru?
Adakah guru itu berasa selesa dengan situasi
tersebut?
Ibu kepada kanak-kanak cilik yang petah loghat
Kelantan, Fatimah Omar Mukhlis, 5, Nor Ashila Mahamed Ismail, 39, mahu
berkongsi cara komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa di United
Kingdom.
Perkongsian beliau bukan untuk
membanding-bandingkan tidak langsung untuk merendahkan sistem pendidikan di
Malaysia tetapi berniat untuk memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya
ibu bapa, guru, murid dan pelajar.
Kata beliau, di sekolah anak sulungnya, Mukhtar
Omar Mukhlis, 13, yang kini bersekolah di King Edward School, dan sekolah
rendah tempat Fatimah sedang belajar mempunyai dua situasi berbeza.
“Sekolah Mukhtar misalnya, setiap hari, ibu bapa
dan guru menggunakan emel untuk berkomunikasi. Guru akan menjawab semua emel
secepat mungkin untuk semua perkara penting.
“Biasanya ibu bapa akan mendapat emel balas secepat
mungkin, kecuali untuk perkara rumit dan memerlukan sedikit masa diselesaikan,”
katanya.
Kata beliau, jika ada kemusykilan ibu bapa yang
memerlukan masa untuk guru menjawabnya, ibu bapa akan diberitahu terlebih
dahulu.
“Selain emel, guru juga akan menggunakan
surat-menyurat untuk diberikan kepada ibu bapa pelajar. Jika pelajar berkenaan
tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah, ibu bapa perlu menghubungi pejabat
sekolah dan bukan sebaliknya.
“Saya dan ibu bapa lain tidak dibenarkan
menghubungi nombor peribadi guru dan mereka juga tidak dibenarkan berkongsi
nombor dengan ibu bapa,” katanya ketikan ditemu bual GPS Bestari.
Menurut Nor Ashila yang telah menetap hampir 20
tahun di Birmingham, England, mana-mana ibu bapa yang mahu mengadakan
perbincangan dengan guru mengenai prestasi pembelajaran anak mereka atau
permasalahan berkaitan pelajar, ibu bapa perlu membuat temujanji pada waktu
pejabat dan perjumpaan itu diadakan di sekolah.
Tambahnya, pelajar di sini menggunakan internet
sekolah dan emel untuk menyiapkan kerja rumah, membuat pengumuman dan
sebagainya.
“Pada saya, suasana pembelajaran di sini sangat
menghormati masa guru kerana guru juga adalah manusia yang memerlukan ruang,”
katanya.
Di England juga ada grup whatsapp tetapi untuk
pelajar sahaja dan mereka mempunyai garis panduan yang sangat ketat di mana
setiap grup tidak melebihi 30 pelajar.
“Grup whatsapp ini dibuat untuk pelajar sahaja dan
bukan guru. Ini sebab guru tidak dibenarkan untuk berkongsi butiran peribadi
mereka dengan pelajar dan ibu bapa.
Kaedah komunikasi sekolah rendah
Nor Ashila berkata, kaedah komunikasi agak berbeza
di sekolah rendah, ibu bapa dan guru menggunakan aplikasi sekolah mereka
sendiri untuk berkomunikasi sama ada pemberitahuan jika murid berkenaan tidak
dapat hadir ke sekolah, pengumuman, kemas kini kerja sekolah murid, untuk
membayar makanan tengah hari dan pelbagai lagi.
“Selain itu, guru juga akan menghantar surat
sebagai perhatian ibu bapa sama seperti kaedah yang digunakan di sekolah
menengah.
“Ibu bapa pula tidak dibenarkan menghubungi guru
melalui nombor telefon peribadi mereka dan guru tidak dibenarkan berkongsi
nombor dengan ibu bapa,” katanya.
Nor Ashila berpandangan, ini adalah cara yang lebih
sesuai untuk berkomunikasi antara ibu bapa dan guru.
Katanya, interaksi yang digunakan guru di Malaysia
yang terpaksa mengor bankan privasi mereka dengan berkongsi nombor telefon
peribadi untuk berkomunikasi dengan ibu bapa adalah sesuatu yang kurang wajar.
“Perkongsian nombor peribadi membuatkan ada ibu
bapa yang bebas menghubungi guru setiap masa beberapa kali sehari.
“Ada yang menghubungi guru untuk ‘check’ sama ada
anak mereka sudah makan atau minum, ada yang menghubungi minta ‘inform’ anak
yang mereka lambat ambik anak dari sekolah dan 1001 macam isu lagi,” katanya.
Malah katanya, berdasarkan kisah kawan guru di
Malaysia, ada yang menghubungi mereka sampai ke malam bagaikan guru itu rakan
mereka tanpa rasa segan dan hormat bertanyakan benda remeh dan tak kurang juga
yang gunakan aplikasi whatsapp untuk mengadu atau marah.
Menurut beliau, guru juga manusia biasa yang ada
kehidupan mereka sendiri dan perlu dihormati.
Sepatutnya, ibu bapa perlu menghubungi pihak
sekolah, bukan bertindak secara terus dengan guru jika mengalami apa-apa
masalah.
Tambahnya, sebagai ibu bapa seharusnya meletakkan
harapan yang tinggi pada guru untuk mendidik anak-anak tetapi pada masa yang
sama, tanpa segan silu mengganggu mereka semasa waktu bekerja, semasa berehat
dan semasa bersama keluarga.
“Tak pernahkah kita terfikir yang perbuatan kita
sendiri boleh mengganggu guru hingga boleh membuatkan prestasi mereka menurun
dan boleh ‘lead to stress’.
“Malaysia sebuah negara yang maju, jadi saya rasa
sudah masanya untuk kita wujudkan satu medium yang lebih profesional untuk
berkomunikasi antara ibu bapa dan guru. Secara tidak langsung dapat mewujudkan
rasa hormat pada guru dan membantu mereka bekerja dalam suasana lebih efektif
dan produktif,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima
Kasih!
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................................
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَر)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah















No comments:
Post a Comment