Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sesungguhnya Aku berniat kerana Allah:
Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat Allah.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada Mu Ya Allah..
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Hembusan Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
الحمد لله syukur kepada الله
Au
zubillah himinashsyaitan nirrajim ...
Bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada
syaitan yang direjam,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani
Bacalah
ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini
akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda
masuk rumah,
bacalah ayat di atas, kemudian bacalah
surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat:
Qulhuwallahu
ahad.
Allahussamad.
Lam
yalid walam yu-lad.
walam
yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah
rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah.
Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah
bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat
akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi
mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat
akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di
dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat
akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah
SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang
menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali
(yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas
Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah
SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata
Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke
langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi ! dan jarak jauh
antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap
sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap
satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang
sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya
pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda
Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
Allahhus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s,Lamyalid walam yuulad
tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis
pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin
mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku
walaupun satu ayat' Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu,
hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1)
Sedekah/amal jariahnya
2)
Doa anak-anaknya yang soleh
3)
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

No comments:
Post a Comment