29 March 2020

Qisas





 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ:
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Bayu Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎


الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

Ada Kehidupan Dalam Qisas

“Kadangkala rasa bimbang, zaman sekarang, sana sini ada tragedi bunuh.”

Begitulah keluhan seorang pakcik jemaah surau kepada saya. Beliau merasakan dunia moden sekarang sangat berbahaya dan tidak aman lagi berbanding zamannya dahulu.


Mungkin benar apa yang dikatakannya. Kadangkala, kita berasa bimbang dan tidak aman lagi hatta di kampung-kampung. Jenayah bunuh semakin menjadi-jadi. Indeks kes bunuh dalam kalangan generasi muda juga tinggi.

Dalam satu artikel, dijelaskan mengikut statistik daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), sebanyak 2,906 kes bunuh dilaporkan bermula tahun 2004 hingga tahun 2008Tahun 2009 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 692 kes semuanya.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah ada orang yang merasakan dunia sudah tidak aman lagi zaman sekarang. Jadi, bagaimana cara untuk mengembalikan keamanan?

Mungkin jawapannya terletak pada slogan mudah ini:-

“Islam ada penyelesaiannya.”

Mengapa saya kata begitu?

Ini kerana antara faktor penting untuk mengembalikan keamanan dan kesejahteraan selain daripada pendidikan kepada manusia itu sendiri adalah melalui undang-undang.

Kadangkala sesetengah manusia tidak dapat diperbetulkan melalui pendidikan, maka perlu kepada kekuasaan atau undang-undang.

Sebab itulah dalam Islam terdapat peruntukan undang-undang berkaitan jenayah bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan manusia sejagat. Dalam konteks jenayah pembunuhan, Islam mempunyai undang-undang qisas

Apakah kerelevanan qisas daripada pandangan syarak?

Nyawa Dipelihara

Secara ringkasnyaqisas dibincangkan dalam fiqh jinayat. Ia satu hukuman bunuh balas kepada pembunuh sekiranya cukup bukti dan syarat-syaratnya. Terdapat beberapa matlamat atau maqasid qisas disyariatkan. 

Al-Quran jelas menyebut mengenai qisas sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang yang berakal supaya kamu bertaqwa.” 
Surah al-Baqarah 2:179
Tokoh mufasir terkenal, Imam Ibn Kathir menjelaskan ayat ini:-
“Dalam pensyariatan qisas (bunuh balas terhadap pembunuh) terdapat hikmah yang sangat besar kepada kamu, iaitu akan berkekalan dan terjaga sistem kehidupan. 

Hal ini kerana apabila pembunuh mengetahui bahawa dia akan dibunuh (jika melakukan jenayah tersebut) nescaya dia tidak akan melakukannya. 

Maka hal demikian menjadi satu kehidupan kepada seluruh manusia.”
Sebab itulah terdapat dalam kitab umat terdahulu ungkapan ini:-

“Pembunuhan (bunuh balas) boleh menafikan pembunuhan (lain)”

(Rujukan: Tafsir Ibn Kathir, jilid 1, halaman 492)

Menurut Abu al-Aliyah, Allah SWT menjadikan hukuman qisas padanya ada satu kehidupan


Alangkah ramainya orang yang ingin membunuh, tetapi ia terhalang kerana takut ia dibunuh balas semula. Begitu juga sebagaimana yang dinukilkan daripada Mujahid, Sa’id bin Jubair, Abi Malik, al-Hasan, Qatadah, al-Rabi’ bin Anas dan Muqatil bin Hayyan.

(Rujukan: Tafsir Ibn Kathir, jilid 1, halaman 492)

Apa yang dimaksudkan oleh mereka ialah nilai keamanan dan keadilan yang wujud dalam hukum qisas

Sebagaimana yang diketahui, jenayah bunuh sebenarnya bukan setakat memusnahkan kehidupan seorang individu yang menjadi mangsa bunuh sahaja. Bahkan ia sebenarnya telah merosakkan nikmat rasa aman dalam kalangan anggota masyarakat.

Seluruh masyarakat akan berasa takut dan bimbang, pembunuhan mungkin akan berlaku lagi. Mungkin hari ini orang lain yang dibunuh tetapi esok lusa entah siapa pula yang bakal menjadi mangsa.

Diri sendiri?

Atau mungkin anak sendiri?

Mungkin juga saudara-maranya?

Naud’zubillah.

Balasan Setara

Di samping itu, peruntukan undang-undang qisas ini juga mempunyai hubungkait dengan nilai taqwaQisas menjadi sebab kepada natijah yang baik iaitu taqwa, tidakkah makna taqwa itu menahan diri daripada maksiat?


Oleh sebab itu, hukuman qisas ini boleh menahan manusia daripada bertindak melakukan maksiat yang paling bahaya iaitu pembunuhan.

Seterusnya, hukuman qisas tidak hanya terbatas kepada jenayah pembunuhan sahaja. Ia juga merangkumi jenayah mencederakan anggota badan yang lain. 

Sebagai contoh, sesiapa yang memotong jari orang lain dengan niat melakukan jenayah, maka jarinya juga mesti dipotong sama. 

Ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Ma'idah ayat 45 yang bermaksud:-
“Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). 

Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka itu menjadi penebus dosanya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang zalim.”
Sentiasa Relevan

Perlaksanaan qisas sangat bertepatan dan sesuai pada masa sekarang. Kembali kepada cara yang diredhai Allah SWT pasti akan menyuburkan keamanan bumi.

Terdapat satu kata-kata yang dinisbahkan kepada Saidina Uthman bin Affan RA:-
 “Sesungguhnya Allah menghalang manusia daripada melakukan kejahatan melalui kekuasaan pemerintah bagi apa-apa yang tidak terhalang dengan al-Quran.”
Apa yang kita lihat, ada segelintir manusia yang lemah imannya

Walaupun jelas larangan sudah ada dalam al-Quran, namun ada yang masih tidak patuh kepada perintah dan larangan dalam al-Quran. Namun sebaliknya, jika mengetahui ada hukuman undang-undang daripada pemerintah, mereka menjadi takut.

Seolah-olah mereka tidak takut kepada Allah SWT tetapi takut kepada pemerintah atau dengan kata-kata lain, takut kepada hukuman yang bakal dikenakan.


Ibn Taimiyyah RH ada menyatakan bahawa antara faedah hukuman yang disyariatkan dalam undang-undang jenayah dunia ialah dabt al-‘awam (mengawal hal ehwal orang awam)

Maka dengan itu, beliau menjelaskan bahawa melaksanakan hudud menjadi satu kewajipan kepada pemerintah. Ini kerana pemerintah wajib menegakkan kebaikan dan melarang kemungkaran (amar makruf nahi mungkar).

Dan ini hanya akan dapat ditegakkan melalui perlaksanaan uqubah (balasan) terhadap penjenayah yang meninggalkan perkara wajib atau melakukan perkara haram.

(Rujukan: Majmu’ al-Fatawa, jilid 6, halaman 332)

Mudah-mudahan kita diberi taufik dan hidayah-Nya.

Aamiiin.

Wallahua'lam



No comments: