26 March 2020

AL-QURAN DALAM HANDPHONE



AL-QURAN DALAM HANDPHONE

SOALAN:SAYA ada kemusykilan mengenai aplikasi al-Quran di dalam telefon bimbit. Saya baru menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy dan ada memuat turun aplikasi al-Quran dari perisian Andriod Market.

Aplikasi al-Quran itu percuma. Adakah menjadi kesalahan jika saya meletak telefon saya di dalam poket seluar dan sering membawa telefon berkenaan ke dalam tandas?


JAWAPAN:


HUKUMNYA adalah harus untuk mempunyai telefon bimbit yang mempunyai aplikasi al-Quran.


Bagi menjaga kesucian al-Quran, aplikasi al-Quran tidak dibuka ketika berada di tempat kotor seperti tandas.


Membawa telefon berkenaan bersama-sama ke dalam tandas dibenarkan apabila ia tidak dibuka atau diakses ketika itu. Ini kerana aplikasi al-Quran dikira tidak wujud ketika masa itu.


Kita boleh ibaratkan ia seperti seorang hafiz memasuki tandas, tidak menjadi kesalahan asalkan dia tidak membaca al-Quran dalam tandas kerana perbuatan itu boleh menjejaskan kesucian al-Quran.


No comments: