09 October 2017

Kassim Ahmad meninggal dunia

Kassim Ahmad meninggal dunia

BEKAS aktivis politik, Kassim Ahmad meninggal dunia hari ini. - Foto fail NSTP

Kassim Ahmad meninggal dunia





KULIM: Bekas aktivis politik, Kassim Ahmad, 84, meninggal dunia pada 10 Oktober 2017 hari Selasa pukul 10.00 pagi  tadi akibat radang paru-paru di Hospital Kulim, di sini.

Anak bongsu Allahyarham, Ahmad Shauqi Kassim, berkata bapanya menerima rawatan akibat radang paru-paru di Hospital Kulim sejak 16 September lalu.
"Ayah ada minta untuk keluar hospital kelmarin tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
"Kesihatan ayah memang semakin merosot sejak akhir-akhir ini, namun kami sekeluarga redha dengan pemergiannya," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Jenazah Kassim dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kulim di sini, petang ini.
3429 dibaca
Sarjana kontroversi Kassim Ahmad meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan koma semalam akibat masalah jangkitan kuman dan jantung tersumbat.
Sarjana kontroversi Kassim Ahmad meninggal dunia di hospital di Kulim Bandar Baru pada usia 84 tahun.

Peguam syariah yang mewakilinya dalam kes semakan kehakiman, Rosli Dahlan (foto) berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh anak lelaki Kassim, Ahmad Syauqi.
Rosli berkata kesihatan Kassim merosot selepas terheret untuk kes di Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil.
Kassim terkenal sebagai sarjana dan ahli politik kiri yang terpalit dengan dakwaan anti-hadis – dakwaan yang dinafikan sehingga ke hujung hayatnya.

Di bidang sastera, beliau antara sosok penting yang terlibat dengan politik sastera Islam sekitar 80-an dengan Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad, selain terkenal dengan puisi-puisi yang malar segar.
Di bidang akademik, beliau menjadi sarjana tampil dengan pandangan mengejutkan bahawa Hang Jebat seorang wira sebenar Melayu berbanding Hang Tuah.
Jenazah Kassim dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kulim, petang ini.
  • kassimahmad

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/397839#wg0Oie2ib6bMyWUf.99

No comments: